28 October 2010

Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi...





Kita (rakyat, orang-orang yang berhak terima hasil zakat) mengharapkan Baitul Mal, orang-orang di pejabat agama (Islam) uruskan kutipan & pengagihan hasil zakat, rupa-rupanya mereka pun syaitan bertopeng manusia berjubah & berserban, lagi seleweng, bersikap culas & tidak amanah. Jahanam!
Dr Mohd Asri berkata, pendedahan laporan laporan Jabatan Audit Negara amat menghairankan kerana ketika ratusan juta ringgit wang zakat dipungut, si miskin terus menderita dan merempat. Ekoran laporan laporan audit Jabatan Audit Negara berhubung perbelanjaan dan pelupusan eset Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) baru-baru ini 'mengesahkan' wujudnya perkara yang tidak kena dalam pengurusan harta dan kewangan badan-badan agama di negara.


Di Perak? Takkan pernah berlaku penyelewengan & perkara sampai rakyat warga Perak kebulur kelaparan atau mengemis simpati atau bantuan, bukan? Ini mungkin sebab Datuk Mufti Perak kita, YB Datuk Harussani yang amat prihatin soal Melayu pastinya akan berani menjawab di hadapan tuhan kita Allah s.w.t. bahawa dia telah memastikan setiap sen dan ringgit kutipan zakat telah disalurkan kepada rakyat semula - 8 asnaf yang layak. Bukan begitu?     
"Hantu manakah yang mencuri atau menipu wang zakat kita, sehingga yang berhak tidak memperolehinya? Tangan-tangan siapakah gerangan? Jembalang di hutan, atau lebai berserban?
"Yang menggunakan nama syaitan, atau yang menggunakan nama Tuhan? Akhirnya wang umat Islam ketirisan dan kecurian," katanya dengan nada sinis.
Sehubungan itu, tokoh ulama yang terkenal dengan kelantangannya itu berkata, fungsi zakat perlu dimuhasabah semula sejauh mana kejujuran, kesungguhan dan ketelusan pengurusan zakat yang sepatutnya telah lama membangunkan umat Islam.


2 comments:

  1. Salam Yob Hanz, heee ap ke heh nyer petang2 ni (bukan pepagi, bangun pun lewat, puasa, jd bangun lewatlah pas subuh, bukan buleh makan!) mace laporan yg menaikkan hangin satu badan! Cilakak betoi kalau deme yg diamanahkan nyage hak orang tp dia songlap abih! Teman bayor gak zakat pendapatan ni bila ade duit, harap2 deme agih pd yg berhak...jahanam sungguh. Len kali bayor jer direct pd yg asnaf tu, ye tak Yob?

    ReplyDelete
  2. ye mane idok nye kak yong .. oghang penat penat bayo zakat deme pegi ke opis pejabat agame, deme entoh buat kroje macam mane entoh boleh deme 'kemut' kluorkan duit tu bagi kat oghang oghang memerlukan.

    Boleh deme simpan. Sampey berjuta-juta 'tak dan' nak bagi ke oghang meskin? Ade ke betui macam tu, kak yong? Mane boleh deme kluor duit ciput tak padan dengan jumlah duit yang masuk. Patutnye dapat A kluor pun mesti A + drp kerajaan ler untuk tahun tu. Ni idok.

    Tiris sebab salahguna/tak amanoh belanje duit kutipan zakat tu. Seleweng ler pulak bile deme kat ataih tu rambang mate urus duit banyak (juta-juta RM) tu. Deme harus ingat duit oghang tu dah macam duit deme kot?

    ReplyDelete

Comment as you like... Tulislah seikhlas hatimu!