10 October 2010

Rosmah Rampas Kedudukan Carta Wanita Pertama Malaysia menyisihkan Raja Permaisuri Agong


Rosmah, isteri No.1 kepada Datuk Seri Najib Razak, Perdana Menteri 1Malaysia, itu dikatakan menghina Raja Permaisuri Agung, Tuanku Nur Zahirah, dengan merampas gelaran baginda yang sah pada sisi Perlembagaan Lord Reid - undang-undang dunia yang diagung-agungkan oleh peminat UMNO di seluruh negara. Umum - kecuali peminat fanatik UMNO - mengetahui gelaran terhormat itu adalah hak Tuanku Nur Zahirah yang selayaknya digelar Wanita Pertama Malaysia.
"Imej beliau di kalangan Wanita Pertama negara Eropah dan Amerika Syarikat sudah tercalar. Mereka tidak mahu dikaitkan dengan beliau yang terpalit dengan bermacam-macam tuduhan yang memalukan negara. Yang peliknya bagaimana seorang yang tidak layak memanggil dirinya wanita Pertama atau "First Lady" dari segi Perlembagaan Persekutuan boleh menganjurkan sidang kemuncak yang mengumpulkan wanita Pertama negara lain walhal beliau sendiri bukan dalam kedudukan itu. Ini amat memalukan imej negara," kata Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Zuraida Kamaruddin ketika dihubungi Suara Keadilan.
Zuraida berkata tindakan Rosmah membelakangkan Tuanku Nur Zahirah dengan 'menyamar' sebagai wanita Pertama adalah sesuatu yang mencerminkan kejelekan peribadi beliau. Malah lebih memalukan dakwaan Rosmah yang mengaku sebagai Wanita Pertama Malaysia dipertikai bukan sahaja oleh pakar Perlembagaan dan juga rakyat negara tetapi pernah dibahaskan semasa sidang Parlimen.

Perkara 32 (2) Perlembagaan Persekutuan dalam Bab 1 berkaitan; "Ketua Utama Negara bagi Persekutuan, dan isterinya" jelas dinyatakan, " Isteri Yang di-Pertuan Agong (digelar Raja Permaisuri Agong) hendaklah diberi keutamaan daripada segala orang lain di dalam Persekutuan selepas Yang di-Pertuan Agong". 

Ramai orang persoalkan mengapa kerajaan pimpinan UMNO-BN boleh berikan peruntukan dana awam untuk sidang kemuncak ini serta apa peranan dan keperluan penganjuran sidang berkenaan. Dikhabarkan pun telah beberapa kali Rosmah mendapat teguran dan kritikan berhubung sikap beliau yang membelakangi Raja Permaisuri Agong dengan menganggap dirinya sebagai Wanita Pertama negara namun dia tidak pernah peduli dan ambil kira pandangan dan teguran.

Rosmah juga masih tidak mahu mengambil iktibar daripada teguran terhadap beliau berhubung isu iklan berwarna dua halaman penuh yang memaparkannya di dalam di New York Times pada April lalu. Iklan tersebut menyebut ucapan tahniah kepada 'Rosmah Mansor, Wanita Pertama Malaysia' kerana menerima anugerah Keamanan dan Harmoni Antarabangsa 2010. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sebagai lelakinya yang sah, juga melanggar peruntukan Perlembagaan sambil menyokong Rosmah mengguna gelaran itu dengan mengatakan, "Wanita Pertama tidak semestinya adalah Permaisuri". 

p/s: Rosmah telah merampas carta kedudukan wanita pujaan & pilihan di Malaysia mengetepikan bukan sahaja Raja Permaisuri Agung, Tuanku Nur Zahirah, tetapi ribuan wanita popular seperti Siti Nurhaliza, Memey, Ning, Ella, Julia Ziegler, Hani, Suriati, Markonah, Susilawatie, Bibik dan sebagainya. Begitulah tuah beliau walaupun beliau tidaklah begitu hodoh, kurus & bodoh sebenarnya.   



2 comments:

  1. Ini jenis betina tak tau malu bro...

    ReplyDelete
  2. eh, tak ade anu ke dia? Setiap yg ade mesti ade rasa malu .. kah kah kah!

    On serious note, Hanz paham apa lu maksudkan Brader Isa. Lu memang got a point there. Makcik Ros ni dia rasa sementelah dia dah jadi bini yg sah kepada Najib yg kemudian pula Najib jadi Perdana Menteri 1Malaysia, ni melayakkan dia jadi wanita 1Malaysia ...Perlembagaan belakang kira .. Raja Permaisuri Agong apa ada pada Makcik Ros kita tu?

    Hasmah Ali (eh betul ke ejaan aku ni?) - ala si bini Tun M tu - tak pernah aku tahu pun sibuk menonjol diri macam Makcik Ros-moh kita. Eh, Hasmah tu educated woman brader .. Dr. jugak lah, Ros-moh apa academic qualification dia, hah? Cer lu story wa at anytime, okay?

    hehe

    ReplyDelete

Comment as you like... Tulislah seikhlas hatimu!