17 October 2010

UMNO Sudah Hilang Sokongan kerana Sikap Sombong Pemimpin-Pemimpin UMNO & Bersalah Dalam Cara Menguruskan Negara



“Kita lihat sekarang PAS sudah berubah dan banyak melakukan kelonggaran dalam beberapa isu tapi nampaknya Umno menjadi seperti PAS semasa tahun 80-an dulu.  Umno tidak boleh jadi perkauman, sebaliknya Umno perlu lebih matang dalam membuat keputusan. Jangan membuat perkara yang boleh membahayakan diri sendiri,” kata Dr Mohd Asri Zainul Abidin.


Mantan Mufti negeri Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin telah tampil dalam forum anjuran UMNO malam tadi (16/10/2010) dan beliau berkata, PAS telah berjaya memperlihatkan PAS banyak berubah berbanding dengan  UMNO - parti dominan Barisan Nasional (BN) itu sepanjang dua dekad yang lalu (2 dekad = 20 tahun ini, harap maklum).

Beliau menambah, perubahan mengikut peredaran masa itu dapat dilihat dengan ketara khususnya sejak selepas pilihan raya umum ke-12. Sehubungan itu, menurut beliau, UMNO sekarang dilihat tidak lagi menjaga dan mengangkat hal-hal berkaitan agama Islam. Malah UMNO tidak boleh menjadi parti yang membawa sentimen perkauman, sebaliknya perlu menjadi lebih matang dalam membuat keputusan.


“Umno tidak boleh jadi (parti membawa sentimen) perkauman, sebaliknya Umno perlu lebih matang dalam membuat keputusan. Jangan membuat perkara yang boleh membahayakan diri sendiri,” katanya.


Dr. Asri juga mendakwa sikap pemimpin Umno yang ada sekarang merupakan punca rakyat terutamanya orang Melayu sudah bosan dan tidak lagi menyokong parti Melayu itu. Beliau berkata, pemimpin Umno dilihat lebih menjaga kepentingan peribadi masing-masing sehingga mengabaikan tanggungjawab terhadap rakyat.


“Apa yang berlaku sekarang kita lihat UMNO sudah mula hilang sokongan kerana sikap peribadi pemimpin-pemimpin mereka iaitu sikap sombong dan cara pengurusan negara yang menyebabkan rakyat mula tolak UMNO.
“Rakyat terutamanya orang Melayu tidak membenci Umno atau formula yang digunakan Umno selama memajukan negara ini tetapi adalah kerana sikap pemimpin mereka. Umno perlu betulkan semua ini, jika tidak mereka akan kehilangan sokongan orang bukan Melayu dan juga orang Melayu,” katanya.


Dalam ucapannya itu, Dr. Asri juga menegaskan parti-parti politik di negara ini perlu melahirkan lebih ramai individu yang berpengetahuan luas ataupun Ulul-Albab.


“Ulul-Albab adalah golongan yang mempunyai pengetahuan yang matang di mana mereka bersedia mendengar dan kemudian pilihan yang terbaik cuma selama ini ia tidak diangkat oleh kepimpinan negara. Justeru, parti politik yang bertanggungjawab adalah parti yang menjadikan rakyat sebagai bangsa Ulul-Albab iaitu rakyat yang berpengetahuan. Bukan pemimpin yang hanya menyuruh rakyat mengikut telunjuk mereka walaupun apa yang diikut itu sememangnya salah, katanya.

p/s:  

Usaha untuk mentransformasi UMNO ke pangkal jalan (Islam)? Kot betul mereka cukup ikhlas, baguslah & alhamdulillah. Insaflah kesalahan.

Atau, HANYA 1 usaha (baca: propadanda) UMNO untuk  mempamerkan kepada rakyat jelata + penyokongnya (baca: MENUNJUK-NUNJUK) bahawa UMNO cuba berubah, bertaubat & nak jadi baik, ker? Nak kencing sapa lagi? Kan lu ker kuat kencing selama hari ni?


No comments:

Post a Comment

Comment as you like... Tulislah seikhlas hatimu!