04 November 2010

Alhamdulillah! Pakatan Rakyat KALAH 2 2 PRK Hari Ini ...



Syukur kita - pendokong & penyokong PR - kepada Allah yang Maha Esa, Maha Pencipta & Dia juga Raja segala Raja semesta ini. Segala kemuliaan & kesempurnaan milikNya. Kekalahan PAS di tangan UM?NO!-BN dengan majoriti lebih 1000 undi adalah dijangka oleh penulis. It was miraculous job to win them. Kalah pun tak apa sebab ianya penuh rahmat & penuh erti kepada semua yang mahu memikir & serius mahu perubahan keadaan yang lebih baik untuk kita semua - rakyat.

Itu pasal penulis tak pernah mengulas pasal PRK ini sejak SPR mengistihar kekosongan & pertandingan semula. Penulis tak berminat nak merayu, provok atau menzahirkan sokongan kepada calon PR di Galas, Kelantan & Batu Sapi di Sabah sebab tak mahu menjanjikan harapan palsu kepada orang ramai & pengundi. Ya, peluang terlihat masih 50-50. Penulis berniat supaya bila PR kalah 2 PRK ini maka semua penyokong PR sedar diri, muhasabah masing-masing, periksa kekurangan diri selain mengajar erti kekalahan, redha, sabar & keikhlasan. Tak salah kepada mereka yang terang-terang berkempen untuk melobi kemenangan calon PR. Jika ada pertandingan/pemilihan maka mesti ada pertempuran & lontaran idea, prinsip, doktrin, ideologi dan sebagainya. Adatlah. Terima kasih kepada para pejuang tulen! Tahniah kepada mereka ini. Kemenganan BN adalah baik untuk rakyat di sana untuk seketika ini. Limpahan rezeki & peruntukan jelas terarah ke sana sejak kebelakangan ini. Biarlah ia dinikmati setiap rakyat yang memerlukan untuk sebuah kehidupan yang lebih seimbang, lebih baik dariada kelaziman jika ia diredhai oleh Allah. Melainkan rakyat atau sesiapa jua pengundi di'suap'kan dengan rezeki haram. Tanggunglah sendiri azabNya jika tak segera bertaubat. Mudah, kan?

Ingat! Agi Idup Agi Ngelaban! Masukmu tak diundang, Pergimu tak dihalau! Semua kerana Allah, kepada Allah jua. Baik buruk hanya daripadaNya. Take it easy! Take all the positives! Back to the drawing board then, shall we? If you want cry then take this heed of "Don't be afraid to cry. It will free your mind of sorrowful thoughts." (Native American proverb, Hopi)


Keputusan:

Galas
BN: 5,177
PAS:  3,744
MAJORITI: 1,433

Batu Sapi 
(Tidak Rasmi) 8.00pm:
Linda Tsen (BN-PBS) -8,538
Yong Teck Lee (SAPP) -2,007
Ansari Abdullah (PKR) - 3,281
Undi rosak votes - 420
Majoriti -5,257

3 comments:

  1. Salan Hans,

    Samalah kita, gua pun tak banyak sentuh bab PRK nih.. apatah lagi batu sapi langsung gua tak pandang.

    Galas.., gua sentuh pasal ustaz kurang ajar tu.. dgn fitnah calon merokok, cuma hari ni jer.. gua sentuh pasal puteri kena belasah dengan RM250, selainnya malas nak layan..

    Alhamdulillah PAS/PR kalah... gua tumpang seronok.

    ReplyDelete
  2. salam? waalaikum salam, then.

    A ah! PAS kalah pun bagus juga brader Isa. 1 lesson untuk kita 'bogel'kan PAS. Kelemahan. Kealpaan. Keegoaan (if any) pemimpin PAS & PR. Sedar diri & more works to do!

    Biar la UMNO-BN meraikan kemenangan tak seberapa tu. Depa boleh party all nite long kot malam raya semperna Divali esok ni? Ha ha ha....Lagipun 2 2 tempat tu susah nak PAS, PR menang. It's rather BN to lose. UMNO-BN menang pun kita tahu dah dia akan riak & lupa diri tak lama lagi. PRU13 masih ada 50-50.

    ReplyDelete

Comment as you like... Tulislah seikhlas hatimu!