11 November 2010

Zoo-l Buat Hal Lagi ...

Aikk! Zoo-l gamak tak tolong orang yang tengah kesusahan itu? Muhriz pun ada jugak tolong. Zoo-l? Dah la tak tolong, dia senyum kambing@sengih pulak? Pejuang Islam apa benda tu?


YB Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin, peguam pencuci handalan buat perangai lagi. Isunya kenapa seorang budak sekolah yang bawa & makan makanan tak halal dirotan oleh pihak sekolah? Tapi dia boleh 'twist' kata PAS tak perjuangkan Islam dengan membenarkan orang Islam makan makanan haram (sosej)? Mabuk perhatiankah dia? Cari publisiti murahan lagi? Kasihan Ahli Parlimen PAS Kuala Selangor Dr.Dzulkefly Ahmad diarahkan keluar dari Dewan Rakyat kerana dituduh menimbulkan ketegangan dalam Dewan Rakyat (Parlimen) berhubung perkara seorang pelajar lelaki, Basil Anak Beginda (budak sekolah) berusia 10 tahun anak kepada Beginda Anak Minda atau Noor Azman Abdullah & ibunya, Angela anak Jabing, yang dirotan anaknya  dirotan penolong kanan kerana membawa nasi dengan daging khinzir goreng dan sosej yang tidak halal ke sekolahnya di Sarawak!

Sedangkan status agama ayahnya pun masih belum jelas, bagaimana peguam sehandal Zulkifli boleh dengan yakin mengatakan budak tiu beragama Islam? Status Beginda Anak Minda atau dikatakan juga bernama Noor Azman Abdullah, sedang dalam siasatan oleh pihak agama Islam negeri & JAKIM. Dzulkefly berterusan menyalahkan Zulkifli kerana membawa isu itu ke dalam dewan, dan menyatakan ia tidak sesuai dibincangkan berikutan masa yang diperuntukkan kepada anggota parlimen untuk berbahas sangat singkat iaitu 10 minit.

Rentetan daripada itu, Zulkifli membalas dengan bertanya Dzulkefly,
"Adakah kamu (Dzulkefly) sokong anak seorang Islam bawa babi ke sekolah?"
YB Zulkifli seterusnya mengejek,
"Inilah PAS menggalakkan anak Muslim makan babi" (??? wtf ... That's pure bullocks, Mr.! )
Dr.Dzulkefly berkata isu yang dibangkitkannya bukan berhubung indentiti agama pelajar itu tetapi mempersoalkan tindakan pihak sekolah yang menghukum budak lelaki itu dengan merotannya.

Perkara yang sah haram pun kena betullah cara kita bertindak. Kalau budak itu sudah silap (bawa & makan makanan tak halal) mengapa tak ditegur cara yang lebih sopan? Bukankah perkara ini Guru Besar atau cikgu kelas pelajar itu sepatutnya cukup dengan bagi amaran lisan sahaja kepada budak (nama pun budak tentu tak tahu atau tak paham hukum lagi) supaya tidak mengulangi kesilapan itu (jika benar dia orang Islam?). Mengapa kita hendak marah sangat hingga menghukum rotan kepada budak itu? Jika begitu, bolehlah kita menyarankan idea kepada pihak sekolah berkenaan supaya budak itu disepak terajang saja supaya semua kita berpuas hati? 

Justeru bukan menyentuh masalah hukum Islam atau tidak memperjuangkan hak Islam. Ini isu lebih kepada akhlaq & pedagogi pengajaran & penyampaiannya. Tegas biar bertempat. Kena gaya! Dalam Islam kita hendak berdakwah atau tegur kesilapan pun kena cara yang sebaik mungkin. Jangan jadikan Islam malu dengan tindakan kita. Kena siasat lebih lanjut & ada kelonggaran (allowance) sebab membabitkan budak bawah umur yang belum matang pemikirannya. Pihak sekolah kena tanyalah kenapa perlu (keperluan mendesak/darurat) si budak itu makan makanan haram? Ekonomi meleset? Kurang pengetahuan agama Islam? Kesilapan disengajakan atau bagaimana? Nampaknya, YB Zoo-l sendiri kalau jadi cikgu harus dia akan merotan budak sekolah yang 'ter'silap sebegitu demi nama Islam - in the name of Allah?

p/s: Harapanku, cpj bukan begitu kalau tak aku tukar & hantar anak aku ke sekolah lain la. Hehehe!

No comments:

Post a Comment

Comment as you like... Tulislah seikhlas hatimu!