+ Selamat Jalan buat yang pergi ke suatu destinasi yang agak jauh/ balik kampung/ etc. Berhati-hati di jalan raya, periksa semua apa yang patut. Kenderaan? Mesti la. Beg duit? Mesti la kena bawa duit tunai + kad debit/credit whilst we're going places. Rumah? Jangan tinggal begitu saja. Kunci semua pintu & tingkap rumah kita. Ikhtiar lain, sebelum kita bertawakkal, kita minta la tolong jiran kita yang baik hati, matanya tu, & dia pun tak ke mana-mana raya ni, minta dia tolong tengok-tengokkan rumah kita. Security patrol tu pun elok jugak la kita langgan, kalau mampu & rasa berbaloi dengan servis mereka itu. PDRM? Polis kita pun dah banyak urusan demi negara + sibuk menyaman orang kat lebuh raya musim raya ini. Faham faham saja la. Sebagai warga yang prihatin jangan la kita bebankan
+ Selamat menjamu selera di hari raya dengan hidangan lauk pauk, kuih, muih, cookies & all that! Enjoy it!
+ Selamat melakukan ibadat fardhu & sunat menjelang, semasa Hari Raya Korban (Eidul Adha ini). Semoga kerja-kerja berkaitan majlis sembelih binatang korban di tempat anda berjalan dengan baik.
+ Selamat pulang bertugas, menjalani aktiviti harian seperti biasa selepas raya.
No comments:
Post a Comment
Comment as you like... Tulislah seikhlas hatimu!