UM?NO dan penyokongnya seperti biasa akan memainkan
Sudahlah UMNO & orang ramai yang terpedaya dengan perang-saraf & slogan UMNO kebelakangan ini. Yang pasti, tiada seorang Melayu yang waras yang tiada mahukan pemimpin Melayu berkuasa & menjaga kebajikan mereka. Apa yang rakyat terutama orang Melayu - dikecualikan di sini pemimpin & penyokong UMNO tegar - secara keseluruhan, ialah, corak kepimpinan yang wibawa, berdisiplin tinggi, cekap, dinamik, telus lagi ikhlas mengurus segala hal negeri & negara tanpa bercampur baur dengan dosa & kesalahan akhlaq atau moral etika. UMNO? Mereka telah banyak melakukan kerosakan & kesilapan. Apa yang DS Najib sedang lakukan hanya membuktikan UMNO telah pun silap langkah & di bawah kepimpinan UMNO-BN negara perlu ditransformasikan dengan kadar segera. Ya, bagus usaha itu sebagai langkah pembetulan menebus kesilapan lampau oleh mereka. Terima kasih kerana sedar diri dalam hal ini.
Tetapi, tolonglah, insaf & sedar diri bahawa tanpa "Ketuanan Melayu" yang dicanangkan oleh UMNO pun, Melayu akan sentiasa ada pemimpin Melayu-Islam di kalangan mereka, khasnya Sultan-Sultan & Raja-Raja Melayu selain digalang-ganti oleh barisan yang mungkin jauh lebih baik berbanding UMNO-BN, daripada Pakatan Rakyat dari PAS & PKR. Mengenai DAP, ya, mereka jauh lebih baik daripada segi gerak kerja & transperensi daripada MCA, Gerakan, PPP (combined?).
p/s: DAP fahaman komunis? Aiyaa, lu lebih dulu sulah manyak makan garam, tu pasal la otak talak betul. MCA, Gerakan kawan UMNO berpuluh tahun tu bukan komunis? Habis tu DAP lu takut? Enough said!
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/tiada-istilah-ketuanan-melayu-dalam-perlembagaan-hanya-ketuanan-raja-kata-pakar/
Betul. Melayu yang waras tentulah mahukan pemimpin dari kalangan Melayu tetapi Melayu yang beragama dan telus dan ikhlas. Bukannya Melayu yang khilaf dam utamakan kuasa dan terlalu kebendaan sehingga semuanya halal dirembat.
ReplyDeleteYa uncle ..kita, pendek kata, mahukan pemimpin yang bagus. Kalau dapat pemimpin setempat tu biar la orang kita, Melayu-Islam, & wajarnya dia tu hebat & bagus segala segi terutama akidah, sahsiah, ilmu dunia & akhiratnya, kepimpinannya pula mestilah dinamik, work rate macam semut berkerja, mirip pemimpin Islam yang tercatat dalam lipatan sejarah tamadun Islam yang cemerlang, gemilang & terbilang tu.
ReplyDelete