02 December 2010

Relek la, sedangkan Real Madrid kalah besar, ni kan pula Malaysia ...

Don this jersey for the nation pride, with true passion & essential quality!

Kekalahan 1-5 kepada pasukan Indonesia pada aksi sulung Kumpulan A saingan Piala AFF Suzuki 2010 di Jakarta kelmarin merupakan kekalahan terbesar pernah dialami jurulatih kebangsaan, K. Rajagobal sejak dilantik pada 20 April 2009. Tetapi beliau tidak mahu kekalahan tersebut dianggap sebagai gambaran sebenar keseluruhan skuad bola sepak kebangsaan ketika ini. Perkara seumpama itu tidak mustahil boleh berlaku kepada mana-mana pasukan sekalipun.

"Real Madrid yang dibimbing Jose Mourinho dan dibarisi pemain-pemain bintang pun boleh tewas 0-5 kepada Barcelona. Korea Utara pun boleh tewas 0-7 kepada Portugal pada Piala Dunia 2010. Terbaru, Manchester United juga tewas 0-4 kepada West Ham United. Kita pula tewas 1-5 kepada Indonesia, bukan menerusi jaringan cantik atau kehebatan pihak lawan sebenarnya tetapi berpunca daripada kesilapan individu pemain kita sendiri. Hal ini memang boleh berlaku dan kita jangan terlalu negatif dengan kekalahan ini. Jangan terus membuat rumusan berdasarkan satu perlawanan ini saja," kata Rajagobal ketika dihubungi Kosmo! di Jakarta, Indonesia petang semalam.

Pada perlawanan di Stadium Gelora Bung Karno kelmarin, Norshahrul Idlan Talaha meletakkan Malaysia di hadapan pada minit ke-18 tetapi dibalas Indonesia menerusi jaringan sendiri Asraruddin Putra Omar (22), Christian Gonzales (33), Muhammad Ridwan (52), Arif Suyono (76) dan Irfan Bachdim (90).
Ternyata benteng pertahanan negara dibarisi Muslim Ahmad, Fadhli Shas, Razman Roslan dan Asraruddin terlalu goyah selain melakukan kesilapan individu yang membantu Indonesia menambah gol & derita kepada pasukan negara.

p/s: mmm .. Baguslah dia sedar kita perlu perbaiki benteng pertahanan pasukan. Betul, kita boleh kalah kepada Indonesia, tetapi kekalahan besar adalah memalukan & membimbangkan peminat mengenai prestasi & kualiti individu selain taktik permainan pasukan negara - melainkan kepada sesiapa yang tiada perasan malu & menyokong membabi-buta@taksub@fanatik. Kita mahu Malaysia maju & terus maju dalam bolasepak, bukan seperti lazim, prestasi yo-yo, yang tidak akan membawa kita ke mana-mana apatah lagi ke persada Asia. Penulis juga mahu Malaysia beraksi dalam World Cup 2018 di Rusia atau 2022 di Qatar jika prestasi kita semakin meningkat saban tahun. Jika begini keputusan & prestasi semasa pasukan negara maka FAM perlu lebih bijak merencana kejayaan dengan langkah-langkah yang lebih efektif bagi merealisasi impian semua peminat bolasepak Malaysia.

Penulis terima kata-kata (baca: alasan) Rajagopal buat masa ini untuk objektif bersama iaitu sebagai kaedah efektif dalam 'man-management' dengan meniup semangat & menguatkan kembali mentaliti pemainnya yang sedang gemuruh, malu & maruah mereka sudah tercalar. Penulis hanya mahukan Rajagopal & pemain-pemain bingkas bangun untuk mengharungi cabaran dengan persediaan yang lebih baik untuk menghadapi pasukan Thailand & Laos. Jangan ada lagi alasan hanya untuk menutup kelemahan individu & pasukan. Indonesia bukan Barcelona yang main "passing game - tiki taka(?)" yang sempurna. Bukan saja Real Madrid, Malaysia pun harus kalah 11-0 (on their day). Malah kekalahan ManU-re dalam suku akhir Carling Cup bukanlah kejutan atau memalukan sebab ia bukan sasaran utama pengurusnya, Sir Alex Ferguson, maka beliau hanya menurunkan "weakened team" semasa lawan West Ham. Nothing to lose.   Kesalahan individu pemain juga tanggungjawab Rajagopal. Ingat itu! Please, no more excuses if we're to taste success in near future!





No comments:

Post a Comment

Comment as you like... Tulislah seikhlas hatimu!