06 December 2010

Happy New Year to all Moslems .. Salam Maal Hijrah 1432 @ Selamat Tahun Baru !!!


Allah berfirman, 
”Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana merekapun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa.” (QS At-Taubah: 36)

Bulan-bulan haram yang dimaksudkan dalam ayat di atas ialah: Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam & Rejab, di mana umat Islam dilarang berperang dalam bulan-bulan ini kecuali jika mereka diugut.

Al Allamah Ibnu Hajar menulis, Abi Daud telah meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad (صلى الله عليه وسلم) memandubkan (yakni menSUNAT) berpuasa di bulan-bulan haram.

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Seutama-utama puasa sesudah puasa bulan Ramadan ialah puasa bulan Muharram dan seutama-utama solat sesudah solat fardu ialah solat malam". (Sahih Muslim)


2 comments:

  1. semoga tahun baru membawa harapan baru dan harapan itu diharap berhasil dan bukan tinggal hanya harapan...(banyaknya harapan)

    ReplyDelete
  2. Kita hidup, berharap. Berhajat. Bercita-cita. Impian? Tanpanya, kita tak perlu hidup lagi. Tak salah kita hendak apa pun, selagi tak salah padaNya sebab kita insan memang begitu, lemah & bergantung kepada sesuatu. Nak berjaya pun, bergantung kepada niat, usaha, izinnya, keadaan kesihatan, fokus kita, pertolonganNya yang selalunya kita tak pernah perasan pun all these while.

    Having said that, Hanz harap bayak perkara. Antaranya hidup mulia dengan segala keindahan, anugerahNya & kot tahun ni aku mati, biarlah aku mati dalam kemuliaan! Ameen!

    ReplyDelete

Comment as you like... Tulislah seikhlas hatimu!