30 December 2010

Tarbiah Rasullulah yang menyuruh bersangka baik dan menjauh fitnah memfitnah di antara satu sama lain ...

Parti Melayu Islam Bersatu SeMalaysia??? 

Malangnya tarbiah & pendekatan sesetengah pemimpin parti @ gerakan Islam seperti PAS (ya, 2, 3 kerat pemimpin PAS) adalah layak didefinasikan sebagai langkah sumbang dalam politik semasa & memberikan impak (effect) yang buruk kepada imej Islam yang PAS bawa. Antaranya, rundingan atau perjumpaan sulit dengan pemimpin UMNO walaupun bersaksi & dihadiri pihak neutral & tiada berkepentingan. Ia adalah fitnah! Pemimpin sendiri membuatkan fitnah itu terjadi. Fitnah sebab PAS-UMNO adalah seteru sejak berzaman maka perjumpaan sebegini suasananya adalah menggambarkan mereka setuju 'berdamai' & akan selalu  selari/sependapat. Sementelah pendamaian itu bagus tetapi adakah 'damai' itu dikongsi hanya oleh 2,3 kerat pemimpin atasan PAS sahaja. Mengapa berdamai jika perang sesama ahli UMNO-PAS masih meletus di sana sini di seluruh negara? Mungkin idea UG diperbincangkan. Mungkin tiada Apa isunya? Apa pentingnya diadakan 'rundingan gelap' itu? Mengapa dirahsiakan agenda & minit mesyuarat itu? Suatu lagi konspirasi berupa 'rundingan rahsia UG' dahulu? Mengapa tidak diajak rakan PR lain bersama menyertai rundingan? Ini fitnah! Elakkan! Jauhkan! Berani? Segera umumkan segera minit mesyuarat itu. Jangan menipu dengan menafikan adanya pertemuan & agendanya.

Kita, penyokong & rakyat dikehendaki bersangka baik mengenai intipati mesyuarat & hasilnya? Baguslah kalau dengan sikap bersangka baik itu akan menguntungkan Islam & bermanfaat untuk semua orang. Dalam kontek perang politik, adakah ia menguntungkan PAS atau kedua-dua pihak atau UMNO sahaja? Jika hanya menguntungkan UMNO, maka baik sangka kita hanya alasan untuk mengukuhkan kepimpinan UMNO yang kian seleweng & zalim itu. Lebih layak kita berhati-hati, waspada kepada musuh yang telah nyata sikapnya. Berdamai atas nama "ketuanan Melayu" mahupun "ketuanan Islam" sehingga sanggup melanggar prinsip Islam yang menganjur ketaatan dalam berjanji walaupun dengan orang Islam adalah amat karut & sesat. Ia jelas hanya alasan@dalih untuk menghalalkan kesalahan etika yang sesetengah pemimpin PAS lakukan. Bukankah mereka sudah secara sengaja mengkhianat janji & meruntuhkan kepercayaan orang bukan Islam yang mengundi & mempercayai parti kita orang Islam yang mampu memberikan sesuatu yang lebih baik daripada pihak Melayu Islam dalam UMNO yang mempunyai rekod sejarah yang rosak & zalim? Adakah sesetengah pemimpin gerakan Islam kita kini 'berkursus' atau berguru atau 'berusrah' dengan UMNO yang sebati dengan sifat khianat & zalim itu? Dato’ Haji Harun Bin Taib, Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, ada menawarkan kepada UMNO jika mempunyai masalah di dalam usaha kembali kepada jalan Allah, maka Dewan Ulamak PAS Pusat menawar diri untuk memberi khidmat bakti kepada mereka? Tetapi perlukan mereka berjumpa dalam 'gelap'? Tidak!

DAP & PKR ada agenda tersendiri? Ya, kita juga harus bijak & mempunyai persediaan menghadapi kemungkinan terjerat dengan musuh dalam selimut. Tetapi DAP & PKR hendaklah dianggap kawan seperjuangan kerana mereka masih taat & belum jelas menjadi musuh. Musuh kita ialah mereka yang terang-terang melanggar prinsip Islam & undang-undang negara yang selari kehendak syariat Islam. UMNO daripada dulu, kini & entah bila, menjadi musuh politik PAS adalah kerana mereka telah terbukti berbuat salah & tidak selari dengan kehendak Islam. Benar, UMNO boleh menjadi kawan PAS dalam beberapa perkara penghidupan. Jika ia untuk kebaikan negara kita & membentuk budaya politik baharu yang lebih dinamik, sihat & demokratik, sangkaan penulis adalah lebih baik mesyuarat atau rundingan diadakan secara jelas & transperens. Ia akan membentuk & mengukuhkan sikap baik sangka sesama kita yang berjanji ke arah pembaharuan & perubahan yang lebih baik - pendekatan Islamik. Buktikan kita Muslim sejati dengan sikap tenang & bijak merencana sesuatu perancangan sehingga mampu mengelakkan berlakunya sebarang bentuk fitnah, kerosakan imej Islam, salah faham ajaran Islam, buruk sangka akibat kelemahan peribadi & pengurusan oleh pemimpin umat Islam sendiri dalam PAS.

P/s: If we can't beat them, we join them? Ha ha ha .. tu taktik parasit & hipokrit - musuh dalam selimut. Alasan akibat sendiri lemah untuk berlawan. 


        

6 comments:

  1. Salam hanz, betul ke pasukan bola sepak mesia yang baru mula bersinar tu nak di politikkan untuk kepentingan pihak tertentu? Kalau ye, cpj akan berpatah arang dan sekirannya pasukan yang ada ini terkubur dengan jurulatihnya sekali, percayalah bahawa bola sepak mesia akan terkubur selama-lamanya dan tidak akan dapat bangun lagi kerana kepentingan politik pihak tertentu!Aduuuuuuh....peritnya rasa cikgupj... Tolonglah jangan di politikkan budak-budak bola dan jurulatih yang ikhlas yang dah banyak berkorban yang cinta kepada bola sepak dan negara tuh!!!!!

    ReplyDelete
  2. waalaikum salam cpj,

    Tu berita yang direka-reka sebagai 'perang saraf' dalam politik supaya peristiwa perarakan Piala Malaysia yang baru dimenangi bersama (semua? atau beberapa pemain) skuad Kelantan tempoh hari telah diusung/ berarak sekeliling di 1 PRK, tak terjadi lagi di PR Tenang. Tu saja.

    Tiada quote drp K.Rajagopal sedemikian rupa. Hanya rekaan. Tengok la sumber berita tu pun ...hehehe .. See!

    ReplyDelete
  3. lu masa pakai pampers lagi
    dah ada UMNO-PAS nak berunding dan berdebat.
    lu belum kenal huruf lagi TGHH telah ditawar macam-macam.

    jangan merapu, fahami realiti

    ReplyDelete
  4. Lu belum jadi BatuApi lagi wa dah tau UMNO tak boleh pakai. Sebelum lu entitled@menjawat jawatan sebagai seorang 'batu api', lebih baik lu retired saja la from what ares & nots u r doing.

    Lu makan boleh sebarang makan, TAPI merapu lu tak laku di sini.

    Ho ho ho

    ReplyDelete
  5. Salam, awat tiap kali Yong kuor Malaysıa, selalu panas kat Malaysia. Yang rogol amah, yg kena langgor kat Rusila, yg bunuh diri tapi tak jadi bunuh diri..Apa2 pun kalau buat koje jgn dlm gelap, tak nampok tu bahaya, menimbulkan fitnah dan buruk sangka.

    ReplyDelete
  6. ajenye ye cakap kak yong tu. M'sia memang dah cuacanya though mild sometimes quite hot for days - such intimidating.. takut gak kemarau/ take ayo, kan ke susah kite semue .. tapi kalau udah
    ujan, udah berhari hari, sehari suntuk le pulak sampei banjir. Very much unpredictable. But thanks Allah for all goodness.

    Cuaca politik pun camtu jugak le kak yong .. at times was intimidating,disgusting, absurd, inundated, annoying, etc .. leceh le kite nak pening kepale memikiokan hal deme tu pulak. Deme yg patut jage hal kite - rakyat. Not otherwise!

    Kak yong, maap le hanz tak undate blog lately. Ni pun teman dan bace here & there gitu gitu aje. Ada personel matters & the job kept me away from pc. InsyaAllah dalam minggu ni ada la kot entri baru. See ya around!

    ReplyDelete

Comment as you like... Tulislah seikhlas hatimu!