13 September 2011

"Ni harta, Ahmad Albab yang punya..."



Assalamualaikum buat semua pengunjung.... sebelum anda terus membaca tulisan saya, izinkan saya memberi tahu kepada kalian semua bahawa saya bertujuan untuk mendakyah atau propa sesiapa saja pembaca entri saya. Saya dahulu pernah aktif berkecimpung & menyokong gerakan Islam. Tetapi setelah gerakan komunis telah insaf & menjadi manusia, saya kini ingin berbesar hati berjuang untuk komunis. Maafkanlah saya wahai rakan seperjuanganku, yang hilang akan berganti. Yang patah akan tubuh lagi. Komunis adalah wadah terbaharu di Malaysia tercinta sebab saya yakin sangat sangat mereka sudah berubah menjadi golongan manusia yang baik, berjiwa rakyat, ikhlas, peramah, et al. Keyakinan saya berputik & kini segar menguntum hasil daripada pesanan Perdana Menteri kita. 
najib tun razak


DS N**** Perdana Menteri kita ada membuat suatu kenyataan tidak lama dahulu bahawa,


“Komunis sekarang tidak sama dengan komunis dahulu. Komunis sekarang lain, komunis dulu lain, dulu mereka ingin kuasai negara dan sebarkan ideologi yang tak beri hak kepada rakyat. Kita baik dengan negara komunis sekarang kerana mereka telah tinggalkan ideologi lama mereka.”

HA HA... tak boleh belah... geli gua dibuatnya, siot! Jangan la bohong Datuk Seri. Sapa ker nak caya yang komunis dah berubah? Melain lu ada agenda tersendiri. 


Apa hal pulak gua nak sokong komunis hatta deme tu ada common sense & purpose - lawan penjajah British. Ops! Mana pulak British tu Penjajah, kan? British penaung negara kita saja & kawan baik kamcing gila sama orang Melayu - elitas kita dahulu. Ingat ker, British bagi merdeka kepada UNO dengan SYARAT. Ngape bukan kepada pejuang awal seperti PKMM, API & AWAS sejak tahun 20an, 30an sehingga la tahun 40-an? Deme tu semua dilabel/ dichop pengganas antarabangsa (kot la?), dikejor hingga lari ke hutan rimba, diugut hingga terpaksa masuk UMn. Kalau tak mahu duduk diam (tinggalkan perjuangan kemerdekaan) habis la deme ditangkap & diseksa. Ada yang dibunuh, geng oii. Bukan sikit, puluhan ribu kalau nak dikira (on record). Kenapa kita tak kesian kat keluarga deme yang dihina oleh masyarakat masa tu? Kenapa kita hanya kesian kepada mangsa keadaan peristiwa Bukit Kepong '50 sahaja?Agak-agak la sikit! 


Orang-orang kita masih tak merdeka sepenuhnya minda & jiwa raga deme kalau bab sejarah, kenegaraan, politik negara kita ini sejak dahulu lagi deme memang dibentuk begitu. Tu pasal jin beragas kat atas puncak kuasa boleh sapu seberapa banyak yang boleh kesemua harta negara kita. Dah macam harta mak bapak deme yang punya.  Alhamdulillah, sekarang dah lain dah, ramai makin paham & berani bersuara & bertindak tepat. Kita akan teruskan momentum ini walau dilanggar garuda USA & allies selepas UMNo-BN kalah nanti. InsyaAllah! Demi Allah, demi Rasulullah, Islam & negara tercinta. 






5 comments:

  1. Salam Yob,

    Memang betoi apa pemerintah kominis ni dah berubah...kalau kome dtangkap rasuah di China, siap ler kena tembak. BN ada bran tiru ni?

    ReplyDelete
  2. Adoii la kak yong ape ke situ la pulak? Tak de nyer DS N**** tu nak benteras rasuah rope tu. Tak ade beraninya dia. Nanti ape kata laki dia si Ros tu. Kembang lagi la rambut dia kalau DS N**** nak buat tembak tembak orang rasuah. Kut nak dia nak tembak (dgn air asid & asap pemedih mata) pendemo jalanan yg bantah isu yg agenda yg merugikan negara & rakyat, tu harus la.

    mmm ..Komunis ni ada dlm sistem dia tu kita boleh ciplak .. tapi bab yg bagus tu teman sokong ler.. rasuah saja, tangkap & mandatori ditembak. Fuhh... tentu ramai pemimpin yg ada yg kecut perut punya la.. & as preventative method too. Makin kurang la gejala rasuah.

    ReplyDelete
  3. Bhai HN...

    Hahaha.... kalu lu komunis... gua lagilah komunis... hahaha....

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
  4. :) helo dear expert Cplusplus ..hehe

    Gua tak pernah terpikir nak sokong perjuangan komunis yg brutal..tapi boleh la kita ceduk, celup mana yg patut saja... if only by any chance it's better than what we've got.. Sistem UMNO lagi komunis lagi bahaya kpd sesapa yg berjiwa merdeka. Lagi komunis la depa tu drp kita. Kalau Mat Indera dilabel 'komunis' atau 'pengganas' tentu la UMNO & pemimpinnya sila kuasa tu layak dilabel tali barut penjajah & pengkhianat negara. Such is life!

    ReplyDelete
  5. Sorry! ..typo : "....UMNO & pemimpinnya (many) yg GILA kuasa tu ..."

    ReplyDelete

Comment as you like... Tulislah seikhlas hatimu!