05 October 2011

Mesyuarat Tergempar Jemaah Penyamun perlu diadakan menjelang PRU13, paham?



Ini berita yang sahih sanadnya. Daripada Bernama tu, siot! Kita, sebagai warga yang baik & penuh ketaatan, kena percaya, telan bulat-bulat matlumat daripada kitab warisan Melayu-Islam kita sejak berzaman tu, weh. Kalau kita tak caya & sokong pernyataan warkah tu, sapa lagi? Komunis, ker? ;)

Agong minta majlis agama Islam laksana transformasi

26/09/2011 3:31pm

KUALA LUMPUR 26 Sept – Semua majlis agama Islam perlu melaksanakan fasa transformasi secara holistik, komprehensif dan bersepadu bagi meneruskan kecemerlangan sistem penyampaian perkhidmatannya, titah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.
"Namun dalam misi memacu transformasi pengurusan Islam seiring dengan pengurusan organisasi yang lain, kita perlu memastikan institusi agama berada di landasan yang kukuh, mantap dan berkesan,” titah Seri Paduka pada perasmian Kongres Majlis Agama Islam Negeri-negeri Seluruh Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.
Tuanku Mizan bertitah, usaha memperkemas jentera organisasi dan tadbir urus institusi agama perlu dilaksanakan dari semasa ke semasa.
"Sumber yang mapan, struktur organisasi yang kemas, kewibawaan modal insan dan kebijaksanaan memaksimumkan potensi yang ada merupakan antara faktor penting penentu kecemerlangan Majlis Agama Islam yang perlu diperkasa,” titah Seri Paduka.
Tuanku Mizan turut menarik perhatian bahawa pelaburan di bidang pendidikan perlu ditingkatkan bagi memastikan masyarakat Islam tidak terus ketinggalan.
Menurut Seri Paduka lagi, peranan Lembaga Penyelarasan Pelajaran dan Pendidikan Islam (Lepai) akan terus diperkukuh bersama majlis agama Islam negeri demi kepentingan pendidikan agama Islam di negara ini. 

Bernama


Anda sudah dimaklumkan. Terima kasih kerana menjadi rakyat yang setia kepada saluran INFORTAINMENT (konon). Adalah rakyat didahulukan (berita,janji manis,dll). Pencapaian (kami pemimpin negara dalam mengaut harta khazanah negara) sentiasa diutamakan...hehe


Sekian, berita kali ini. Salam 1Malaysia. 


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


p/s:  Betul tu baginda Agung! Baitulmal baik, Majlis Agama Islam Negeri baik, semuanya macam penyanggak jugak. Lemau! Tolongnya ciput, bisingnya kepoh 1 negara. Konon buat kerja bajet bagus. Tapi sebenarnya, hakikatnya apa? Personnally, bukan saja perlu transformasi tapi memang perlu idea revolusi & reformasi. macam sama ek? Tak sama la siot. Transformasi bapak kau! Kalau kerja 'orang-orang agama' kat atas tu baik, bagus, tu alhamdulillah. Tu yang kita mau daripada deme ni. Dah amanah, dah kerja deme pun. Makan gaji pulak tu. Takkan tak malu makan gaji tak buat kerja yang sepatutnya ler deme buat - tolong orang susah, miskin, dan lain-lain asnaf yang memerlukan. Tapi yang kita lihat sekeliling kita apa? Gelendangan tu biasa la di bandar, kota raya. Home less tu lah! Jobless bukan asnaf kita perlu tolong ker? Perlu, wajib juga tolong apa patut.


Dia olang kalau bab mesyuarat deme mesyuarat (meeting) memang cekap. Pagi petang, siang malam dia olang meeting hanya :


1 - Mana kita nak labur duit zakat berjuta-juta Rm ni. Rumah sewa? Buat ladang kat Indon? Apa?
2 - Buat majlis maklum berapa banyak dah berjaya kutip duit orang.
3 - Duduk pejabat goyang kaki, sembang & makan kuat! 
4 - Orang susah mintak tolong bagi saja borang & sikit penerangan (macam tak ikhlas saja nak tolong).
5 - Orang kaya datang nak bayar zakat, pehh, laju deme sorong bangku empuk, layan, cakap pun elok-elok bagai. Macam celaka!


Patut la, with this work rate going, banyak orang susah lagi kat M'sia. Duit zakat orang bagi tu patutnya lu olang kasi licin (clear) ler tak payah himpun bertapuk tapuk, bertingkat-tingkat. Baru cepat benteras kemiskinan & capai target ( golongan sasaran). Atm, imo, they're really F up! Bigtime. Screw u! Arghhh!

Apa? Baitul Mal nak taja Manchester United pulak? Barcelona tak mau sponsor? F off!

4 comments:

  1. Perlukah gua angkat tangan dan tunjuk 1 jari kat deme2 tuuuu... hahaha...

    Atau taat or thiqah or wakakakaka....!!!!

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,

    Pelaburan dlm pendidikan Islam? Yg teman tau gaji sebulan guru KAFA nak belanja sara idup pun tak cukup. Sekarang gaji deme lebih korang RM500 sebulan. Kalau nak standardkan jadi RM1500 tu baguih tapi ada bran?

    ReplyDelete
  3. Yo, brother blogger Isa! Howdy?


    Lu memang ruthless/kasar ler ISA ..patut lu jadi Pegawai MAIS ker JAIP ker JAKIM bagai..baru tegas bertempat... tapi kerja jalan!

    Angkat kaki aje ler Isa, maleh gua nak tunjuk V sign kat deme tu, bukan deme paham bahase pun. Deme tahu 'mentekederah' duit gaji & elaun deme saje ler. Ikut 'perintah'. Spesis ayam air-cond..kah kah kah!

    ReplyDelete
  4. Aloha kak Yong, write from Turkey ker? :)

    Bukan ape kak yong, pedih hati ni tengok orang kita masih bersandiwara. Orang agama pulak tu. Tahu kutip tapi tak gheti2 nak perabih untuk orang kita yg memerlukan (golongan sasaran/asnaf). Tu pun nak berkira sampai dah berpuluh tahun kerja tak pernah siap (benteras kemiskinan).
    Ok gaji guru KAFA tu elok up to at least RM1000/mth! Kalau ambik guna duit zakat yg dikutip pun tak habisnya ler, insyaAllah. Kalau mampu bagi saja 1/2 RM2K. Tapi jgn kita mimpi ler for time being. Kalau boleh KAFA tu bawah telunjuk deme seperti KEMAS tu, harus ler kot dpt RM1500/mth. Tapi dengar cerita guru Kemas pun dapat ciput jugak, tak berbaloi. Hmm kesian dah ler kena sokong (undi) UMNo tapi masih tak sedor deme kene 'jajah'.

    ReplyDelete

Comment as you like... Tulislah seikhlas hatimu!