15 November 2011

Kenapa Pemimpin kita "Beraja di Mata, Bersultan di Hati"???






Memang banyak isu semasa yang yang penulis boleh ulas seperti kes "Syahri-yap Duit Projek Ternak Lembu", cerita "Pakej Tunai Haji Ekspress", SEA Games, dsb'nya... TETAPI cerita Istana Negara yang baharu di Jalan Duta mejadi pilihan hati. Penulis blog ini amat bersedih dan kecewa dengan kewujudan sebuah lagi istana di tengah-tengah masyarakatnya yang masih "kais pagimakan pagi, kais petang makan petang". Istana lama kenapa? Penuh hantu jerangkung dalam almari? Rosak? Tak syiok? Penggantian pada saat ekonomi kritikal begini? Beribu alasan apa saja boleh diberikan untuk menyiakannya. Tetapi dengan perbelanjaan yang begitu besar yang diperlukan untuk pembinaannya, mengapa pemimpin kita sebgai pemimpin berfahaman Islam & berjiwa rakyat tidak pula menyatakan "TIdak" apabila disaran dan diajukan idea dan pelan draf istana tersebut.

Al-maklum, Setiap pemimpin negara adalah bertanggungjawab ke atas setiap orang rakyatnya. Tambahan, mereka yang susah dan melarat kehidupannya saban hari ini. Apakah sudah memadai menyerahkan urusan kerja & tanggungjawab itu kepada orang suruhannya sedangkan rakyat pun tahu betapa mudahnya & mewahnya kehidupan pemimpin negara hasil kepercayaan * kesetiaan kami kepada negara. Mereka mungkin tidak berasa penat jerih kami yang bersusah payah setiap masa untuk nilai penghidupan yang sederhana.Mereka? Mudah saja mendapat itu ini untuk diri sendiri dan keluarga, sedangkan di luar pagar istananya begitu ramai orangnya sendiri menderita akibat tekanan ekonomi mendesak. Pernahkah mereka menyulusuri realiti kehidupan sebahagian rakyatnya di lorong-lorong kotaraya, di kampung-kampung?

Payung apakah ini? Simbol kekuasaan Islam & Melayu sahajakah? Boneka? Apa ukuran kejayaan atau KPI untuk kerja Sultan dan Raja Melayu yang juga ketua pemimpin umat Islam? Perlukan sistem feudalisme di negara ini yang menguntungkan hanyalah sekerat 2 pemimpin sehingga peruntukan kewangan (subsidi) negara untuk kebajikan semua rakyat yang memerlukannya di negara ini disekat? Selaraskan subsidi antara lainnya untuk merealiasikan impian sesetangah orang untuk projek & monumen baharu negara - Istana Negara yang baharu di Jalan Duta, KL? Mengapa mereka, elitas, terus menerus mencuri & menafikan hak-hak kami? Belanja yang sedikit yang digaduhkan, sedangkan belanja yang besar tidak dihiraukan??? Projek ini yang telan RM 800 juta boleh pulak buat, tapi, golongan sasaran/ asnaf tak pernah dilayan sepenuhnya, sebaiknya.

Ya Allah, sesungguhnya aku menyaksikan semua kejadian ini sebagai sebahagian bentuk kezaliman & penganiayaan kepada insan kerdil - rakyat yang marhain - yang serba serbi kekurangan ini maka aku berdoa kepadaMu semoga mereka yang terlibat dalam projek hasil daripada "air mata rakyat" ini diazab di dunia sehingga akhirat! Amin!



p/s : i'm totally trully gutted... word can't describe my feeling , atm .. argghhHHH. 
Beraja di mata, bersultan di hati -  Ikut suka hati saja la nak buat apa pun sebab dia ada kuasa, pengaruh, kepentingan, pangkat, dsb. Peduli apa mereka terhadap rakyat dia ramai yang susah, orang miskin, melarat, didiskriminasi oleh sistem & pemimpin bangsa sendiri. 

3 comments:

  1. Bhai Hanz...

    Err... depa-depa sekor-mekor nih ader ker mintak ijin nak guna duit kiter semua nih untuk buat benda nih... errr.... ader mintak ijin ker?

    ReplyDelete
  2. Gua bukan apa...Rakyat ramai lagi yang susah cari makan. Kos hidup makin tinggi walau duduk kat kampung. Kalau bandar pun selagi gaji minima tak diapply mampus la sapa yang underpaid. Tauke ikut san saja.

    Orang kita sendiri pun ramai lagi susah. kalau tak, takkan ramai berebut sanggup cuti, beratur ambik RM100 untuk setiap anak yg bersekolah! Bantuan Tunai RM500 lagi. Duit sebanyak tu (bina istana, DSBnya) boleh turun kat rakyat sebaik mungkin!

    Patutnya semua perbelanjaan setiap 1 sen untuk buat istana, beli itu ini untuk Raja, Sultan, atau pun Menteri Pertahanan nak beli kapal selam ker jet angkasa lepas ker semua masuk buku!!! Ada rekod! bawak bincang dalam Parlimen! DAN kita rakyat pun nak tahu semua tu dalam buku auditnya setiap 6 bulan. baru la betui rakyat didahulukan!

    ReplyDelete
  3. Bhai Hanz...

    Memang gua stuju masuk dalam buku.. tapi kalu dalam buku ponn depa buat majik... err... payah gak....

    Depa kalu nak sangat buat yang baru... pakai duit sendiri la.... takkan semuanya orang lain nak tanggung...

    Hampeh tul..

    ReplyDelete

Comment as you like... Tulislah seikhlas hatimu!