21 January 2012

MB Kedah kena tunjukkan PAS mampu tadbir...& sila sentiasa tonjolkan akhlak Islam



Penulis blog sokong PAS sejak dulu lagi iaitu dalam tahun 90an sebab tertarik kepada akhlak, gaya kesederhanaan & kepimpinan Allahyarham Ustad Fadxil Noor, masa tu dia Presiden PAS. Seperti TGNA. Dia beriya-riya mengusahakan PAS & Islam untuk semua kita di negara ini demi untuk menggantikan sistem yang semakin rosak & tolak kepimpinan UMno yang korup lagi angkuh itu. Retorik dia buat polemik semata. Dia buktikan hampir setiap yang dikatakan. Akhlak dia tip top!! Kelas!!! Sayangnya dia ditakdirkan bukan pemimpin negara (PM) atau MB Kedah. Dia sudah transit dalam perjalanan pergi berjumpa Allah Tuhan Maha Pencipta. Sepotong doa untuk dia seorang pejuang Islam yang dimuliakan & bersama itu juga bacaan Al-Fatihah!


Sayu hati gua lihat foto ini... terbayang keikhlasan ustad ini... 
 He's proved right all the time...Almost! God bless him & us all!!


Kini hasil usaha dia Kedah sudah di tangan PAS. Malangnya... Ustaz Azizan bukanlah Ustaz Fadhil Noor. Pemimpin a la Taliban Afghanistan mungkin lebih layak ditujukan kepada ustaz Azizan. Tegasnya kadang-kadang tak bertempat. Akhlak dia dalam kepimpinan? Allah!! Dia sajalah yang tahu betapa luruh jantung hati kami melihat pemimpin PAS ini memimpin negeri Kedah. Ya, bukanlah dia sentiasa silap, tak tepat atau semuanya buruk. Tidak! Tapi cukuplah 1 atau 2 perkara keburukan atau kekurangan dia jika itu mampu meruntuhkan apa yang diusahakan oleh Allahyarham Ustaz Fadzil Noor malah ia pasti merosakkan kepercayaan & melukakan hati kami penyokong PAS. Sepertinya ada 'gap @ jurang perbezaan' yang besar di antara 2 tokoh di atas. Mungkin harapan kami terlalu tinggi untuk digalas oleh seorang pemimpin seperti Ustaz Azizan.   

Penulis blog hanya mahukan kepimpinan Islam yang sewajarnya untuk mengungguli kepercayaan awam. Bukan sangat kepimpinan ulamak tetapi serba serbi lemah, karut, jumud, kasar! Kerjalah sebaiknya & tunjukkan Islam itu tertinggi dalam segala sudut kehidupan yang dianjurkan islam. Jika ada kekurangan & kesilapan maka berubahlah. Jika tidak mampu berubah tukarlah kepada pemimpin yang lebih baik daripada sedia ada. Kalau keadaan berterusan - soal kepimpinan & akhlak seorang pemimpin Islam - sebegitu, biarlah kita menyaksikan kekalahan demi kekalahan dalam PRU biar pun 1000 tahun lagi. Tak mengapalah. Asalkan hati kami tak pedih & sakit lagi seperti sekarang. Kalau ditakdirkan UMno Kedah menang, biarlah dengan kerenah UMno dengan segala kebobrokan dia. Apakan daya kami. 


p/s:


Umno is the evil we know, right? But don't we forget lest there are always some demons in & around every single of us, Ulamak or not, Nevertheless. That holier than thou spring to mind! Just be prudent & watch your step! If all is then well & good yeah why not we try to administer the nation? Putrajaya is in the offing, right? So, don't ever throw a spanner into the work.




6 comments:

  1. Al Fatihah untuk Ustaz Fadhil Nor... tiada lagi pejuang yang sepertinya...kawan dan lawan menghormati dan mengaguminya...

    ReplyDelete
  2. A ah Cpj. 1 dalam 1000 juta orang. Semoga dia (& kita semua) tergolong dalam ahli syurga, hendaknya!! Dia agak sederhana, selalu gentlemen. Mungkin tu sebab dia disegani kawan & lawan dia. kemenangan bukan segalanya. Dia pentingkan keikhlasan. Seorang pemikir, kritis, dalam sinis ada ketegasan kebenarananya. Sepanjang amat video ceramah dia jarang la lancang mulut (kalau tak pernah capui mulut dalam ceramah, entah ler)... Sayangnya yg (ter(baik) antara kita pergi dahulu setelah merintis jalan perjuangan.

    well, they say, only the good die young, eh?

    ReplyDelete
  3. Salam Yob,

    Kekadang hanya kerana satu atau dua koje buruk yg kita lakukan, buleh rosakkan banyak usaha murni yg lain!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kat Kak Hajjah kita..hehe.. pekabor kak yong? A ah kak... 1, 2 perkara yg kritikal tu ler yg buat dia & parti dia jatuh tercepuk karang...Ni macam rugi banyak ooo...Akhlak dia kena sama naik dengan makam ilmu dia...baru cun! Kena lebih tawaduk & gentlemen ... Tak apa kita mengalah sikit untuk kompromi, toleransi, dll. Sometimes, kita kena move 1 step backward in order to get going@ march 2 steps forward.... Kalau tak, hancur semua...Back to square one.

      Delete
  4. Bhai Hanz...

    MB Kedah nih susah nak terima nasihat... tambah lagi kalu nasihat tue datang dari blogger ker.. aper ker... yang bukan ader belajar agama tinggi... langsung takder masuk dalam kapla dier...

    Perangai sebijik sama dengan Zaharuddin (www.zaharuddin.net) ... biler berdebat ... selalu guna ayat "ana tak mau berdebat dengan ente pasai ente tak ader degree dalam bidang agama" ..... (kes ini gua alami sendiri pada tahun lepas dalam kes Islamic Banking).... jenis berlagak tak bertempat.... susah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gua bukan apa C+++... Gua memang tak mahu Islamphobia terus membendung kemaraan Islam menunjukkan keindahannya kepada semua kita, Moslem & non-Moslem. Islam tertinggi & tiada lagi yg setingginya, kan? Kalau pemimpin Islam sendiri tak mampu manifestasikan Islam tu kepada kita, siapa lagi? mana ada Rasul@ Nabi bangsa Melayu nak turun lagi nak tunjuk semua tu..kan?

      Kalau tahu jenis pemimpin atas gua perangai tak cun... taubat la gua nak sokong. Daripada awal lagi gua cantas..tak payah abgi naik lagi bagus. Lantak la dia ulamak ker apa... Come on, ilmu 1 hal, tapi akhlak dia & tindakan dia mesti berhikmah, tepat .. astute. His conscience & commonsense jangan sampai menjejaskan pandangan umum terhadap Islam, PAS.

      Kita tak mahu dibayangi imej negatif pemerintahan Islam a.k.a. Taliban.

      Oh Zaharudin macam tu? OMG... Ya, ilmu tinggi atau luas petala langit tak semestinya akhlak seseorang tu sama hebat, kan? Logika!

      Delete

Comment as you like... Tulislah seikhlas hatimu!