30 July 2013

Penyataan Kenyataan versus Kata-kata Setan (Syaitan) !!


Pernyataan Kenyataan ...daripada TGNA ..as per usual... tawadduk biar pun PAS kalah!

"Nyata sekali Kuala Besut adalah ‘kuala ujian’. Ujian untuk penduduknya yang ditawarkan pembangunan ratusan juta yang akhirnya ramai yang lemas di ‘kuala ujian’ ini. Ia juga medan ujian kepada petugas-petugas parti PAS yang datang dari seluruh negara namun akhirnya terpaksa menerima keputusan tewas pada malam tadi."
"Hakikatnya, ini bukan kali pertama PAS tewas di dalam pilihanraya. Saya mendoakan kesemua petugas parti PAS yang berpenat lelah di bulan Ramadhan ini demi kemenangan calon mereka diberikan ganjaran oleh Allah SWT. Inilah bekal kita yang paling berharga iaitu kita mengharapkan pahala daripada Allah SWT. Perhatikanlah ayat al-Quran yang bermaksud : Jangan kamu merasa hina (hilang semangat) memburu musuh kerana jika kamu merasa sakit mereka juga merasa sakit seperti kamu merasainya sedangkan kamu pula berharap kepada Allah apa yang mereka tidak harapkan.. (Surah al-Nisa’ ayat 104)."
"Kita bertanding di dalam pilihanraya untuk menang. Kita mungkin sedih jika tewas, tetapi jangan sesekali kita kecewa. Segera bangkit dan meneruskan perjuangan kerana perjuangan Islam sekiranya berpijak di lantai ikhlas pasti dihadiahkan dengan pahala!
Salam hormat."

Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Al-Mursyidul Am,
Parti Islam Semalaysia (PAS)


Kata-kata Setan (Syaitan) pula ... terjadi bila cakap tak serupa bikin, bikin tak serupa cakap, atau cise versa, boleh juga jadi,  tak cakap tak bikin + tak bikin, tak cakap pun !

Ni tok Mufti Negeri gua... al-fadhil ust. Harussani nama dia !


“Tuduhan tok guru Nik Aziz bahawa saya campur politik . . .ia tidak betul, saya selama ini tidak mencampuri mana-mana parti poliltik”.
“Bahkan saya tidak pernah pun mendaftar diri sebagai ahli dalam mana-mana parti politik”.
TAK BETUL dia campuri hal politik negeri? Ya ker? Selama hari ni Hantu Raye mana pulak yang menyerupai dia, bagi statement pasal PAS & all?  Oh, we just have to listen to him... forget & forgive ...that’s all water under the Perak river now...haha ! Setan dah berkata-kata, weh ! Sapa nak caya?

“Dia orang kata apa…mufti-mufti tidak lebih daripada anjing, jadi bolehkah kita mengelar orang anjing? Ini satu perkara yang sangat bertentangan samasekali dengan hukum syarak.“

“Jadi kalau itu yang dibawa sekarang maka dia bukan lagi membawa kepada Islam..dia membawa kepada syaitan..parti syaitanlah kalau memaki hamum dan sebagainya. Parti syaitanlah kerana syaitan itu nak membawa kepada perpecahan.”

Well said... kalau ada PAS yang maki hamun aje kerja dia, tak berdakwah semasa berceramah politik, tu sah la "kata-kata Setan" ! TAPI ya ker PAS ni anti perpaduan? SESAT, lagi MeNYESATkan a.k.a. PARTI SYAITAN?

Setakat tak mau berpadu bawah Umno-BN, tu kira PAS suka perpecahan ker? TAK !

Setakat ada sesetengah PAS maki, label orang tu ini, tu kira sangat berdosa & keji, tu betul la.. gua leh terima sebab ada kes. TAPI tak semua PAS bangsat macam tu. Ceramah selalunya informative, valid argumentation, tentang bad governance & jenayah sosial, rasuah, riba yang haram tu macam mana lak?

Kot betul pun, ya, dia tak daftar diri jadi ahli UmNo & such.. tu gua caya la!

Bukan semua pengikut Syiah boleh diperangi, malah ada di kalangan mereka pada kaca mata Ahli Sunnah Wal Jamaah, tidak sesat secara keseluruhannya....tidak menolak ada fahaman Syiah ini yang dianggap terkeluar dari Islam. Ini kerana ajaran Syiah yang hangat diperkata memang bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang sanggup mengkafirkan rakan seagama,” 

Well said Tok Mufti, ada Syiah yang bersifat subversive, kita kena tangani & kekang. Allright ! TAPI.. what about PAS... the same can't be said to PAS ?? JANGAN tangkap borong cakap yang PAS sesat, hanya sebab ada 1,2 kes maki terlampau + tak mau bersatu dengan UmNo.. that's ridiculous !  Be neutral, be just ! 

IF, ada kes PAS silap, please be vocal, tegur kami ! UmNo pun silap lu tegur la, kita mau tengok, ada berani? Jangan la berat sebelah. Tak baik, berdose, masuk neraka, Tok Mufti, kan kan?





2 comments:

  1. Salam Hanz

    Pada pandangan Yong, dalam PAS tu ada yang bahalul jer. Tapi perasan pandai, sebab ada degree, bagai...Demer bukan nak jadi daje (Dajjal). Kata orang dulu2:

    Si bodoh makanan si cerdik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm kak yong...mintak maap ler, tak berbalas komen ni lame dah.. sebenornye, lame dah tak bukak blog...teman sibuk sikit lepas raye ni...hehe


      Aje nyer iye.. Dalam PAS pun kite nak tengok gak oghangnye sape, macam mane perbuatan, koje usahe & cakap dia...Ada ker demer tu jenih yang bijakm bagus kojenyer, konsisten tawaduk??

      ATAU ada ker demer tu jenih consistently inconsistent a.k.a. impotent? hehe

      Delete

Comment as you like... Tulislah seikhlas hatimu!