08 October 2015

Kenali Ulama' idola Anda ... Jangan Terikut Fahaman Ulama' Fasiq ( Su' ) Pengikut Iblis, Syaitan, Dajjal Laknatullah !




Ciri-ciri ulama’ "pewaris nabi" ialah; (1), Bersifat takut akan Allah s.w.t. 

Sebagaimana firman Allah:
إنما يخشى الله من عباده العلمــؤا إن الله عزيز غفور
“Sesungguhnya golongan yang paling takut kepada Allah di antara hamba-hambaNya ialah para ulama’. Sesungguhya Allah Maha Perkasa lagi Maha Pengampun,” (Al-Fathir: 28)

Ibnu Abbas berkata : "Sesiapa yang takutkan Allah maka dia adalah seorang alim."

Dr. Yusuf Al Qardhawi ..he's #1st..
#2nd??  I don't give a darn..hehe !

Sifat taqwa dalam ertikata ulama' menjadi wakil ALLAH di bumi dalam urusan membimbing umat manusia yang lain ke arah ketaqwaan kepada Allah. Ciri-ciri dan sifat ini jugalah yang dimiliki oleh Auliaullah. Auliaullah bersifat " Tidak takut dan tiada dukacita dalam diri mereka ".

Sifat utama Ulamaulamilin dan Auliaullah ialah tidak bergantung dengan makhluk dan tidak berpegang kepada Madah (unsur-unsur kebendaan).

Sifat dan ciri-ciri yang ada pada seseorang adalah menjadi kayu pengukur untuk kita mengenal pasti watak dan keistimewaan seseorang.

Sebaliknya JIKA ulama' lebih risau kekurangan duit saraan (gaji) bulanannya, bimbang kejatuhan pangkatnya, hilang populariti, hilang pengaruh dan kehebatannya serta tidak selesa ada ulama' lain yang menyaingi ilmunya, MAKA ini bukan ulama' akhirat.

Kita akan mendapati ulama' yang bersifat jelek sebegini akan sanggup melakukan apa saja demi mempertahankan kepentingan itu semua. JIKA keinginan duniawi seorang alim (ulama') itu yang besar dan citarasa kehidupannya yang tinggi menjadi target utama maka ulama' ini akan menjadi pengejar dunia yang dahsyat.

Nabi s.a.w. pernah bersabda;

الدنيا جيفة فطلأب هاكل

"Dunia adalah najis dan pengejarnya adalah ANJING."


BILA ulama' fasiq itu sendiri sudah kurang yakin kepada Allah s.w.t. dalam soal Qadha' dan Qadar, dan ulama' itu sendiri tidak bersungguh dalam bertawakkal dan sentiasa bergantung hidup pada makhluk, TIDAK mungkin ulama' fasiq boleh membimbing orang lain bertaqwa kepada ALLAH.


Paling bertambah parah lagi BILA ulama' fasiq ini kerap memberi contoh akhlak jijik seperti berdendam, dengki, takabbur, mencaci maki dan menghina orang lain. DAN TIADA pula sifat kasih sayang dan memaafkan orang lain !!! DAN bertambah malang lagi dengan adanya pula ramai pengikutnya yang setia membabi-buta ??





(2), Ciri lain ialah ulama' itu beramal dengan segala ilmunya sebagaimana sebuah hadist dalam Sunan Ad-Darimi :


فَإِنَّمَا العَالِم مَنْ عَمِلَ بِمَا عَلِمَ

Maksudnya : Sesungguhnya orang alim itu adalah orang yang beramal dengan apa yang dia ketahui.

Sayyidina Ali k.r.a. berkata : "Wahai orang yang mempunyai ilmu! Beramallah kamu dengannya kerana sesungguhnya orang yang alim itu adalah orang yang beramal dengan ilmu yang dia ketahui serta selaras pula antara ilmu dengan amalannya."

Ciri ketiga (3) - Hati ulama' sentiasa bersih terpelihara daripada syirik dan maksiat serta tidak tamak kepada makhluk di dunia.


Ibnu Umar r.a. berkata : "Tiadalah seseorang lelaki itu dianggap alim sehinggalah dia tidak berhasad dengki kepada orang yang lebih alim daripadanya dan tidak menghina orang yang kurang daripadanya serta tidak mencari dengan ilmunya upahan kebendaan."

Ciri keempat (4) - Ulama’ akhirat ini akan meneruskan tugas-tugas nabi aitu mengajar, mendidik, membimbing dan membersihkan hati umat daripada syirik dan maksiat selain berdakwah dan memerintah mengikut perintah Allah.

Sebagaimana difahami daripada ayat 2 surah al-Jumaah :

هو الذي بعث فى الأميئن رسولا منهم يتلوا عليهم ءايــته ويزكيهم ويعلمهم الكتب والحكمة وإن كانوا من قبل لفى ضلــل مبين

Maksudnya :” Dialah (Allah) yang telah mengutuskan kepada kalangan orang-orang Arab yang buta huruf seorang rasul dari bangsa mereka sendiri yang membacakan ayat-ayat Allah yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya. Dan membersihkan mereka daripada aqidah yang sesat serta mengajarkan mereka kitab Allah dan hikmat pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syariat. Dan sesungguhnya mereka sebelum kedatangan nabi Muhammad s.a.w. adalah dalam kesesatan yang nyata”



Dunia merakamkan ada ramai di kalangan para alim ulama'  yang lebih rela menyembunyikan kebenaran demi kepentingan diri, jemaah tertentu, atau demi profession 'pendakwah" @ demi "periuk nasi"  daripada mereka jadi pemberani yang bercakap hal yang benar @ haq pada penilaian Allah s.w.t..  Hal ini begitu jelas pada akhir-akhir ini di mana para ulama' ada sanggup bermuka-muka dalam menyampaikan sesuatu maklumat, ilmu, atau kebenaran.


Sebagaimana yang diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr bin al-Ash r.a:
عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” يَكُونُ فِي آخِرِ الزَّمَانِ عُبَّادٌ جُهَّالٌ ، وَعُلَمَاءُ فُسَّاقٌ ” . ابن حبان
Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Allah tidak akan mengambil kembali ilmu (agama) dengan mengambilnya dari (dalam hati) manusia, tetapi mengambilnya kembali dengan kematian para ulama hingga tidak bersisa, lalu orang ramai akan mengambil orang-orang bodoh sebagai pemimpinnya yang apabila orang-orang itu bertanya kepada mereka, mereka akan memberikan jawapan-jawapan yang tidak didasarkan kepada ilmu. Maka mereka akan berada dalam kesesatan dan menyesatkan orang lain.


Ulama' su' atau fasiq boleh kita lihat secara jelas pada akhir zaman ini. Ulama fasik yang disebut dalam hadis adalah pakej yang Allah datangkan pada akhir zaman bersama dengan ahli ibadah yang jahil. Hal ini menjelaskan kepada kita bahawa mengapa ulama' akhir zaman tidak begitu berperanan dalam mendidik umat Islam ke arah aqidah dan ibadah yang betul.


Hadis daripada Anas r.a. dia berkata, Sabda Rasulullah s.a.w.:


عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْه  وَسَلَّمَ : " يَكُونُ فِي آخِرِ الزَّمَانِ عُبَّادٌ جُهَّالٌ ، وَعُلَمَاءُ فُسَّاقٌ "
 (ابن حبان)

“Akan berlaku pada akhir zaman ahli ibadah yang jahil dan ahli ilmu yang fasik.” (Riwayat ibnu Hibban)



Ciri-ciri Ulama Fasik


Ulama' fasiq ini akan selalu menyanggah pandangan dengan apa yang dibawa oleh ulama' amilin, apatah lagi jika dan bila suara mereka disokong oleh golongan atasan dan orang ramai (majoriti).

Secara zahirnya, tiada beza pada golongan ulama' su' (fasiq) ini pada sudut pakaian dan percakapan, 

NAMUN kita dapat menilai mereka melalui tindakan dan kesan daripada tindakannya

Antara ciri-ciri ulama' fasiq ialah :
  1. Takut untuk menyampaikan kebenaran.
  2. Menyembunyikan ajaran Islam yang sebenar.
  3. Perjuangan kerana dunia yang ditawarkan.
  4. Cakap berbolak balik dalam sesuatu isu atau tidak berani berterus terang.
  5. Hasad dengki dengan yang lain.
  6. Bercakap agama atas kepentingan orang lain.

Hakikatnya, ulama' "plastik" ini nyatalah terlebih BESAR bahayanya kerana dia mampu mempengaruhi pemikiran seseorang secara halus sehingga boleh merosakkan aqidah dan iman ramai orang. 
Terdapat juga ulama' kini terpesong kerana lebih mengejar nama, pengaruh dan kebendaan.  



"Fikir-fikirkan yer" ... 
euphemism, untuk  "JANGAN ikut ulama' fasiq"
You've been warned !



2 comments:

  1. SAYA SANGAT BERSYUKUR ATAS REJEKI YANG DIBERIKAN KEPADA SAYA DAN INI TIDAK PERNAH TERBAYANKAN OLEH SAYA KALAU SAYA BISA SEPERTI INI,INI SEMUA BERKAT BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA YANG TELAH MEMBANTU SAYA MELALUI NOMOR TOGEL DAN DANA GHAIB,KINI SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTANG-HUTANG SAYA BAHKAN SAYA JUGA SUDAH BISA MEMBANGUN HOTEL BERBINTANG DI DAERAH SOLO DAN INI SEMUA ATAS BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA,SAYA TIDAK AKAN PERNAH MELUPAKA JASA BELIAU DAN BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU OLEH RAWA GUMPALA MASALAH NOMOR ATAU DANA GHAIB SILAHKAN HUBUNGI SAJA BELIAU DI 085 316 106 111 SEKALI LAGI TERIMAKASIH YAA MBAH DAN PERLU ANDA KETAHUI KALAU MBAH RAWA GUMPALA HANYA MEMBANTU ORANG YANG BENAR-BANAR SERIUS,SAYA ATAS NAMA PAK JUNAIDI DARI SOLO DAN INI BENAR-BENAR KISAH NYATA DARI SAYA.BAGI YANG PUNYA RUM TERIMAKASIH ATAS TUMPANGANNYA.. BUKA DANA GHAIB MBAH RAWA GUNPALA

    ReplyDelete
  2. Ass...saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH RAWA GUMPALA atas bantuan nomor dan dana ghaibnya,alhamdulillah kini saya sudah bisa membuka usaha kembali yang dulunya pakum karna masalah faktor ekonomi dan kini kami sekeluarga sudah sangat serba berkecukupan dan tidak pernah lagi hutang sana sini,,bagi anda yang punya masalah keuangan jangan sungkan-sungkan untuk menhubungi MBAH RAWA GUMPALA karna insya allah beliau akan membantu semua masalah anda dan baru kali ini juga saya mendaptkan para normal yang sangat hebat dan benar-benar terbukti nyata,ini bukan hanya sekedar cerita tapi inilah kisah nyata yang benar-benar nyata dari saya dan bagi anda yg ingin seperti saya silahkan hubungi saja MBAH RAWA GUMPALA di 085==316==106==111




    (((( BUKA BLO DANA GHAIB DAN NOMOR GHAIB MBAH RAWA GUMPALA ))))







    Ass...saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH RAWA GUMPALA atas bantuan nomor dan dana ghaibnya,alhamdulillah kini saya sudah bisa membuka usaha kembali yang dulunya pakum karna masalah faktor ekonomi dan kini kami sekeluarga sudah sangat serba berkecukupan dan tidak pernah lagi hutang sana sini,,bagi anda yang punya masalah keuangan jangan sungkan-sungkan untuk menhubungi MBAH RAWA GUMPALA karna insya allah beliau akan membantu semua masalah anda dan baru kali ini juga saya mendaptkan para normal yang sangat hebat dan benar-benar terbukti nyata,ini bukan hanya sekedar cerita tapi inilah kisah nyata yang benar-benar nyata dari saya dan bagi anda yg ingin seperti saya silahkan hubungi saja MBAH RAWA GUMPALA di 085==316==106==111

    ReplyDelete

Comment as you like... Tulislah seikhlas hatimu!