10 July 2009

GMP 1 UBN 0 ..leading 1 gol

Tindakan pemansuhan PPSMI ini walaupun dilengahkan pada tahun 2012 adalah hasil dari kempen berterusan dan perjuangan yang dilakukan oleh pihak pejuang bahasa, pakar pendidikan, pengkaji, ibubapa pelajar, badan-badan bukan kerajaan (NGO), parti politik seperti PAS dan pelbagai lapisan masyarakat.  Keputusan pemansuhan ini dilaksanakan setelah ratusan (ribuan?)  juta RM wang rakyat dihabiskan untuk melaksanakan satu dasar yang tidak mengalami proses kajian dan perbahasan yang teliti, di samping ianya adalah merupakan satu ujikaji yang akhirnya mendatangkan kesan yang buruk kepada generasi anak-anak. 

Para pengkaji dan ibubapa juga sebenarnya telah menilai prestasi pelajar dan jurang pencapaian matapelajaran Sains dan Matematik yang semakin melebar di antara pelajar luar bandar dan di kawasan kosmopolitan.

ulasan berita daripada perseptif pengulas sukan (hanz):

     Dari awal lagi sejak tiup mula wisel pasukan GMP sudah menyerang bertalu-talu kubu UBN yang dibarisi oleh bintang-bintang (dan binatang-binatang?) yang tersohor seperti Naji-alantuya, Muhyidey, Hishamoody. Sedangkan barisan underdog GMP hanya terdiri daripada veteran pejuang bahasa, politikus PR sahaja. Muhyidey bermain sebagai striker solo (alone striker) dalam formasi yang pelik (tak pernah dibuat oleh Sir Alex) iaitu 7-2-1. Nampaknya mereka bermain secara bertahan (defensive) dan, secara taktikalnya, mengharapkan serangan balas sahaja & jika begini peluang untuk menang adalah tipis.Agak mustahil.

Naji-alantuya agak lembap permainannya selepas menggantikan Dr.M setahun lalu. Naji-alantuya yang kelihatan hebat dengan senyumannya, tidak dapat pun mengatur sebarang gerak bahaya & mahu pun lorongan yang baik kepada rakan sepasukan. Sepatutnya sebagai pemain nombor 1 UBN di padang beliau harus bijak merencana gerakan taktikal dan mengarah rakan sepasukan memberi tentangan bermakna kepada pasukan GMP. Beliau hanya asyik membetulkan rambutnya dan melambai-lambai tangannya kepada jutaan penonton yang semakin tidak mengendahkannya. Yang menjadi tanda tanya peminat ialah mengapa kapten UBN Rosma tidak diturunkan untuk perlawanan sepenting ini? Adakah beliau masih membeli belah di London atau berada di konsert amal? Adakah beliau tidak sihat? Adakah beliau dihantui roh sepolan?

Perlawanan yang bermula sejak 2003 ini begitu mendebarkan dan pada 2008 ia semakin hangat kerana disemarak dengan sokongan padu rakyat seluruh Malaysia yang hadir memberi sokongan. Kedengaran AT berteriak mencemuh UBN dan beberapa pemain GMP terutama Y.B Tuan Guru Hj. Abdul Hadi & Ustaz Nasha. Dia yang memakai jersi merah Red Devil (sesuai ler tu dgn perangai dia ..hehe) dengan nama 'Owen' tertera di belakang jersi. Manakala penyokong pasukan UBN yang tidak berapa ramai itu, sedang asyik bercakap sesama sendiri mengenai ekonomi negara (konon), rasuah yang perlu diberi untuk projek-2 kerajaan, percutian dan sebagainya tanpa sedikit pun memberi tumpuan kepada permainan di padang.

Pengadil tidak pula kelihatan. Mungkin dia masih dikuarantin akibat jangkitan selsema babi. Tiba-tiba  tanpa disangka penjaga gol UBN Hishamoody tertewas. Beliau yang terpinga-pinga mengkaji kenyataan kebenaran GMP hanya melihat bola masuk ke jaring apabila 'striker' GMP Dato’ A. Samad telah menjaringkan gol...."GOOOOOAALLLLL"  hasil rembatan padu (screamer what a beauty?) daripada tengah padang. Pak Samad, gelaran yang diberi oleh penyokongnya kelihatan ceria & berlari ke sudut bendera seterusnya melakukan somersoult 3 pusingan ala gimnastik sambil memberi gaya (pose) istimewa kepada jurukamera yang kini berlari mengejar mendapat foto Pak Samad meraikan detik cemerlangnya.

Kapten GMP Dato’ Dr Hassan Ahmad, Dr Shaharil Mohamad Zain, Prof Emeritus Abdullah Hasaan, Prof Emeritus Dato’ Nik Safiah Karim telah bermain dengan cemerlang sepanjang perlawanan dan merekalah sebenarnya menguasai perlawanan dengan kemahiran,baca perlawanan yang tinggi sambil menetapkan tempo perlawanan sehingga UBN lemah dan hanya mampu bertahan dan menunggu pengadil meniup wisel menamatkan kesengsaraan mereka. Y.B Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Y.B Dato’ Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang, Y.B Lim Kit Siang juga menyumbang sesuatu kepada perlawanan tetapi "hero of the day" adalah Pak Samad. Beliau walaupun matanya masih merah & pedih akibat ditembak air asid pedih mata oleh FRU tempoh hari semasa berdemo jalanan, beliau masih bertenaga dan bersemangat memberi yang terbaik untuk memenangkan GMP.

Begitupun perlawanan dilanjutkan ke waktu kecederaan (sapa cedera entah? sakit hati kot?..hehe) untuk 3 tahun lagi sehingga 2012. Penyokong UBN telah mula mengosong stadium untuk pulang merawat duka. Penyokong GMP bersyukur & gembira meraikan gol pendahuluan...kelihatan AT menggamatkan keadaan dengan meluru masuk ke padang seperti lagak penyokong fanatik & 'hooligan' di England..nasib baik dia masih waras & berpakaian lengkap. Dia tak sempat masuk padang kerana cedera siku. Dia terjatuh semasa melompat papan iklan tepi padang lalu ditahan untuk siasatan lanjut oleh Menteri Dalam Negeri.

5 comments:

  1. tapi hanz, cpj bimbang, perlawanan belum tamat sedangkan skor hanya satu, tambahan pula waktu kecederaan ini agak luar biasa...macam ada sesuatu yang tak kena.Apa kata kalau saat-saat akhir dia orang skor pulak, nanti bukan lagi main dalam masa kecederaan tapi tambahan masa!...Apa yang patut dilakukan ialah pasukan hanz kena berusaha kuat untuk skor supaya kedudukan 3-0...baru boleh lambung opi!hehe...

    ReplyDelete
  2. lambung topi!...
    walaumacamanapun tahniah buat hanz...

    ReplyDelete
  3. hehe..tu yg pelik tu...pengadil garisan yg angkat kotak no. tepi padang untuk tambahan masa nampaknya berat sebelah, sesaja kot tambah masa ... pengadil pun ilang entah kemana entah...wisel dia hilang kot..tu dia pi cari kat bilik persalinan dia...hehe

    betul, dalam keadaan tu pasukan GMP harus serang terus jgn kasi 'can' sama pihak lawan yg nampak lemah semangat & hampir ngaku kalah tu...talian hayat dia cuma tambahan masa! Oh kot ada super-sub striker 2 orang ..keadaan akan jadi lain...betul tu cpj...GMP kena tambah gol..gasak lagi & lagi...till the end of the game.

    Penyokong GMP jangan inke sgt. no...hehe..perlawanan belum tamat & belum menang lg. Apa-apa leh berlaku.

    ReplyDelete
  4. teruskan perjuangan anda!...cpj bagi tabik spring nih!.....psssuuuuuppp.

    ReplyDelete
  5. insyaAllah apa yg termampu akan kuharung agenda ini.

    ReplyDelete

Comment as you like... Tulislah seikhlas hatimu!