13 September 2009

Pergi Jahanam sama Penangguhan PPSMI

Gapena mendesak kerajaan pusat pentadbiran BN memansuhkan (to scrap) PPSMI sebelum penggal persekolahan bermula Januari 2010. Ketua Pengarahnya, Tan Sri Profesor Emeritus Ismail Hussein menyatakan tahun pemansuhan PPSMI pada tahun 2012 seperti yang diumumkan oleh Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, hendaklah disemak semula (be revised) dan berharap penggunaan Bahasa Malaysia sepenuhnya pada tahun hadapan ini juga. Penangguhan pemansuhan atau 'soft-landing' berkenaan tidak mungkin dapat menyelamatkan keadaan yang semakin parah dan kian ramai pelajar yang akan gagal dan merosot pencapaian peperiksaan kerana kelemahan sedia ada dalam penguasaan bahasa Enggeris (English). Satu kajian mendapati PPSMI hanya berjaya meningkatkan 4% penguasaan bahasa Inggeris tetapi sebaliknya mengurangkan minat untuk mempelajari Sains dan Matematik. Kajian 53 pakar bahasa itu, merumuskan dasar kontroversi tersebut "Menimbulkan kerugian berganda kepada kepada murid, terutama kepada 75 peratus murid yang tergolong dalam kategori (pencapaian) sederhana dan lemah dalam tiga mata pelajaran terbabit, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik." Terdahulu berbelas ribu orang menyertai demonstrasi membantah PPSMI dengan berarak ke Istana Negara. Ia didukung Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) yang diketuai oleh Datuk A Samad Said dan Datuk Dr Hassan Ahmad. Kesemua lima Sasterawan Negara yang masih hidup menolak dasar ini yang sekali gus mencipta rekod sejarah golongan budayawan menentang dasar kerajaan tersebut termasuk Prof. Muhammad Hj. Salleh dan Anwar Ridhwan . Kebanyakan cendekiawan antaranya Profesor Diraja Ungku Aziz termasuk golongan sasterawan dan juga budayawan menyatakan penentangan kepada dasar PPSMI. Pak Samad menegaskan perjuangan mereka adalah untuk melestarikan bahasa Melayu. Antara resolusi mereka ialah Malaysia seharusnya mencontohi sistem pendidikan negara Scandinavia, Belanda, Belgium dan Switzerland yang rakyatnya boleh berbahasa Inggeris dengan tidak mengabaikan bahasa ibunda. Beberapa masalah yang dihadapi Malaysia bukan berpunca daripada penguasaan bahasa Inggeris. Terdapat banyak negeri yang pernah dijajah oleh Inggeris yang menggunakan bahasa itu sebagai bahasa pengantar di sekolah tetapi masih tidak cemerlang dalam pentadbiran, ekonomi dan ilmu. Sebaliknya di Malaysia yang menggunakan bahasa Melayu sekian lama sebagai bahasa kebangsaan telah membawa kita jauh maju di dalam dunia industri, sains dan teknologi.

Tokoh akademik, Profesor Diraja Ungku Aziz berkata, keputusan memansuhkan PPSMI adalah suatu yang sangat tepat dan memuaskan hati semua pihak. Malah langkah ini juga ke arah mewujudkan perpaduan menerusi penggunaan satu bahasa iaitu bahasa Melayu sebagai hubungan antara kaum. PPSMI sebenarnya adalah satu kesilapan kerana kita mampu mengajar matapelajaran sains dan matematik dalam bahasa Melayu. Universiti Malaya telah melahirkan banyak pensyarah dalam pelbagai bidang dengan menggunakan bahasa Melayu,” tegas Ungku Aziz ketika diwawancara oleh Mingguan Malaysia.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin turut sama (baru nak terhegeh-hegeh) mempertikaikan dasar tersebut dengan memberi amaran "Jangan jadikan pelajar bahan ujian" dasar yang "Jelas mempunyai pelbagai kelemahan ketara." Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman pula berkata "Salah, tidak beretika dan tidak rasional jika dasar pendidikan negara diputuskan melalui prasangka, emosi, persepsi dan andaian individu-individu tertentu yang tidak mempunyai kepakaran dalam bidang pendidikan sebenarnya.".

No comments:

Post a Comment

Comment as you like... Tulislah seikhlas hatimu!