Baruku tersedar perasaan ini perlu terpandu,
Ramadhan kali ini mengajarku sesuatu,
Selama ini aku tak mengaku kebenarannya,
Aku menafi perasaanku sendiri,
Sedangkan perasaanku bukan mutlak kepunyaanku,
Seperti halnya waktuku, jasadku, ilmuku, kekayaanku,
Apa jua yang kupunya, yang aku rasa ada,
Mahupun tiada atau kehilangan,
Apa jua yang zahir mahupun abstrak sifatnya,
Segalanya hakikatnya hanya sebuah pinjaman.
Dalam mengharungi kehidupan yang satu ini,
Sandaran kita adalah iman dan taqwa,
Amalan soleh buat melunas hutang kita,
Inilah jual-beli para pendokong agama Islam tercinta,
Sebuah perniagaan di mana Allah janjikan syurgaNya,
Dengan membeli dunia kita,
Walau siapa jua kita,
Biar nama tersohor, kejayaan terbilang, duit berjuta dolar,
Tiada suatu pun milik kita,
Hati ini pun milikNya,
Justeru perasaan kita hendaklah terpandu,
Demi beroleh janji nikmat akhirat yang kekal abadi.
Kita di dunia ini diberi peluang memilih,
Baik buruk atas kita memikirkannya,
Pilihan kita akan dihalusi dihisab kelak,
Di sana pasti diganjari atau dihukum,
Setimpal seadilnya ,
Tiada pernah sia-sia.
Pentingnya aku bijaksana mengendali perasaanku,
Suka atau duka, cinta mahupun benci,
Biarlah berpada,
Ikut ukuran iman di dada,
Tahu mana batas sempadanNya,
Moga-moga tak sesat dan menyimpang,
Harap kita diredhoNya sentiasa.
Di kesempatan ini aku rakamkan terima kasihku,
Atas anugerah perasaan yang terindah,
Walau mengharung detik duka nestapa yang dashyat,
Tak terucap dengan perkataan,
Apa sahaja keadaan,
Biarlah sahaja minda dan perasaanku bebas berkelana,
Menikmati erti hidup sebenar,
Dan moga matiku,
Hanya semata untuk-Mu Allah.
Hanz:Kita di dunia ini diberi peluang memilih,
ReplyDeleteBaik buruk atas kita memikirkannya,
Pilihan kita akan dihalusi dihisab kelak,
Di sana pasti diganjari atau dihukum,
Setimpal seadilnya ,
Tiada pernah sia-sia.
cpj:lantaran itulah adanya syurga dan neraka, kita sendirilah sebenarnya memilih ke mana hala tuju kita,di situlah keadilan dan Maha Bijaksana Ilahi, Pencipta semesta raya...
wah hanzie...
ReplyDeletepuitis nya puisi...
;)
~k.maymot~
ya betul cpj...syurga neraka tu dah sedia, takdir kita pun dah sedia (diputuskan) ke mana tuju. Tapi tetap kita boleh ubah nasib kita dr. neraka ke syurga, atau sebaliknya.
ReplyDeleteKeadilan ada dlm kebebasan memilih..perlunya ilmu,hidayah,taufik untuk terus tetap pada jln-Nya..atau mudah shj kita terbabas lalu sesat.
hehe kak maymot, bese ler jiwang Ramadhan..."kumengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna...".
ReplyDeletehah! sihat ker kak & famili? Raya kat mana?
Moga berbahagia selalu!