Aku percaya kewujudan sesuatu legasi Rasulullah Muhammad (s.a.w.), di dalam setiap kita manusia. Jika kita jujur menghalusi dan menyelami jiwa kita sendiri di mana secara rasional pun melalui genetik pun kita pasti mewarisi apa-apa jua karektor generasi sebelum kita. Ingatkah perumpamaan Melayu iaitu "Kemana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi"? Pasti bukan semua karektor ibu bapa kita akan turun kepada kita. Kepercayaan (faiths) adalah jua abstrak sehingga jika sejak daripada alam bayi hingga remaja kita membiarkan jiwa kita kosong tanpa pegangan akidah yang tepat maka kita akan mudah hanyut mengikut tempo semasa atau keadaan. Dengan adanya didikan, bimbingan dan hidayah iman dan Islam akan subur dan mekar menunjukarah kehidupan yang sepatutnya kita telusuri.
Islam mencorak gaya hidup seseorang dan adalah segalanya dalam kehidupan yang sementara ini. Dunia Arab yang terkenal kini bukan kerana hasil masyhulnya sahaja seperti limpahan minyak mentah, pelencongan dan sebagainya tetapi dirujuk sebagai tempat kelahiran Rasulullah Muhammad (s.a.w.) dan perkembangan ajaran Islam yang diutuskan kepada baginda. Tidak keterlaluan aku menyatakan Arab kini tiadalah siapa mereka tanpa Islam menyelamatkan keadaan masyarakat Arab ketika itu.
Terdapat begitu banyak bahan bacaan mengenai indahnya Islam daripada pengakuan beberapa saudara baharu Islam kita di serata dunia. Sehingga orang Yahudi (Jewish people) di negara Israel di mana kelahiran fahaman Zionisme yang menganut fahaman Judaisme yang begitu totok terpaut hati memeluk Islam. Tatkala kemelut politik melanda hebat di sana begitu ramai orang Yahudi yang dahulunya menganut fahaman Kristian dan Judaisme, telah terbuka hati untuk mengambil Islam sebagai prinsip atau halatuju kehidupan mereka. Sebenarnya mereka telah memahami hakikat yang mereka mengambil jalan yang tepat iaitu pulang ke pangkal jalan dan semua manusia adalah secara fitrah kelahiran adalah seorang Islam (in Submission to Allah).
Salah seorang daripadanya ialah Jemima Goldsmith, puteri kepada seorang Enggeris yang begitu kaya raya (billionaire) bernama Sir James. Beliau memilih menganut Islam sebelum membuat keputusan mengahwini Imran Khan, seorang atlet sukan kriket yang berjaya di Pakistan. Haiqa, nama lain bagi beliau telah mengisahkan bagaimana pentingnya Islam kepadanya sehingga beliau sanggup merantau daripada alam penuh glamer di kota London ke penghidupan baharunya di Lahore, Pakistan untuk mempelajari Islam. Adakah beliau seorang budak mentah yang liar pada umur 21 tahun yang telah membuat suatu keputusan yang salah dalam hal yang teramat penting dalam kehidupannya sehingga beliau sanggup mengabai kesan tindakan dan keputusannya itu? Tidak. Semuanya dilakukan dengan penuh kerelaan hatinya juga.
Sebenarnya begitu ramai orang yang asalnya bukan Islam, setengah mereka begitu tersohor memilih menganut agama Islam sejak dahulu lagi. Abdullah ibn Salam ibn al-Harith, asal Yahudi daripada Mekah - sahabat Nabi s.a.w., Salman al Farisi, Muhammad Ali (Cassius Marcellus Clay Jr.)-bekas jaguh tinju, Parameswara (1344 – 1414) (dengan nama Iskandar Shah), Maulana Ubaidullah Sindhi, Dr. Murad Wilfried Hofmann - seorang bekas diplomat German & penulis, Malcolm-X, Daniel Moore, Hussain Ye (penceramah/pendakwah) dan sebagainya.
Sebaliknya jika tiada petunjuk hidayah daripada Allah maka ada juga yang tersesat lalu lari dari landasan akidah (murtad daripada Islam). Bukan kuantiti yang kita soroti tetapi kualiti dan kekuatan pegangan membuktikan Islam adalah sesungguhnya agama yang tertinggi dan agama pilihan Allah untuk semua umat manusia.
Sebab itulah keikhlasan hati dalam mencari kebenaran itu akan menjadi nur yang akan menerangi hati itu sendiri dengan petunjuk kebenaran Islam, sama ada bagi seorang yang dilahirkan dalam Islam atau yang bukan Islam.Allah meletakkan syarat berusaha, berdoa dan bertawakkal dengan hati yang tulus ikhlas dalam apa juga yang dihajati.Mari kita sama-sama menyampaikan konsep ini kepada siapa sahaja makhluk Tuhan tidak kira bangsa dan agama.Itulah dakwah.Kesesatan berada di mana-mana, bukan sahaja dalam kalangan bukan Islam yang dah konfirm sesat tetapi juga dalam kalangan orang-orang yang namanya Islam, mengaku Islam dan mengaku beriman.Semoga Allah melindungi kita semua daripada kesesatan sehingga kita semua bertemu-Nya.
ReplyDeleteYa..sehingga kita putus nyawa/temu ajal selagi itulah sentiasa ada cabaran kpd iman..selagi itulah kita boleh saja tergelincir drp sempadan iman & Islam. Kesesatan wujud dlm pelbagai bentuk & keadaan hanya kerana tiada cahaya iman menerangi jln...atau menjadi ia aura benteng kpd kita dpd melakukan perbuatan fasakh/maksiat..dsb.
ReplyDeleteMoga kita sentiasa berdoa agar diberi hidayah se'pjg waktu..& dakwah selalu dgn ikhlas.