25 October 2009

When Love & Hate Collide



Apabila ramai mula bising-bising,
Bukanlah mereka gila atau bodoh,
Lazimnya mereka ikut sahaja kata pemimpin,
Kerap mereka berdiam 1000 bahasa,
Tetapi apabila keadaan memaksa,
Tatkala pemimpin mula lemah dan alpa,
Mereka terpaksa melepas gejolak batin,
Hanya kerana mereka kasih, sayang dan cinta,
Keluarkan pendapat mereka,
Bukan apa-apa mahu mereka daripada pemimpin,
Mereka mahu pemimpin mendengarlah isi hati mereka,
Mahukan mereka perbaiki kelemahan dan kekurangan,
Binalah kekuatan untuk menggapai kemenangan mutlak,
Demi cintanya kepada agama, negara dan bangsanya.
Jika pun mereka bising-bising,
Maka kecohlah 1 negara,
Bagai nak pecah binasa semuanya,
Bukan mereka membenci dan mahu membinasakan,
Mereka sekadar menegur kesilapan tertentu pada pemimpin,
Hanya menzahirkan kerisauan halatuju dan objektif bersama,
Ketahuilah mereka pun punya perasaan kasih sayang dan cinta,
Hanyalah kerana mereka membenci kelemahan dan kesilapan pemimpin,
Akan membawa petaka kepada semua.
Wahai pemimpin berjiwa besarlah kamu,
Seharus kamu tahu menilai keadaan,
Bijak pula membezakan rungutan dan kritikan,
Walau kedudukan kamu sudah tinggi melangit,
Tapi lihatlah ke bawah kamu,
Wajarlah membalas jasa orang bawahan yang mengangkat kamu,
Sehingga kamu siapa kini,
Sehingga keadaan kamu kini,
Maka amatilah keluhan dan kerisauan mereka,
Dengan perasaan kasih, sayang dan cinta.
Janganlah benci ditegur malah berterima kasihlah kamu,
Jika kamu pemimpin kepada rakyat.
Tanpa kami siapalah kamu?




2 comments:

  1. Kusangka nanas atas permatang,
    Rupanya durian tajam duri;
    Kusangka panas hingga ke petang,
    Rupanya hujan di tengah hari.

    Medang sila buahnya cantik,
    Jatuh menimpa ke pasu bunga;
    Dengan sebab nila setitik,
    Habis rosak susu sebelanga.

    Perahu payang layarnya merah,
    Belayar menuju arah utara;
    Keris dipegang bersintukkan darah,
    Adat pahlawan membela negara.

    Tetak buluh panjang sepuluh,
    Mari jolok sarang penyengat;
    Angkat tangan jari sepuluh,
    Doa diminta biar selamat.

    ReplyDelete
  2. omg...bepantun cpj kali nih...hehe..tapi bottomline is mogakita semua selamat...amin!

    ReplyDelete

Comment as you like... Tulislah seikhlas hatimu!