07 November 2009

Hari Ini Dalam Sejarah PAS



Dalam seminar khas PAS tersebut, Dr. Abdul Aziz enggan mengulangi kritikannya, tetapi pandangan beliau telah dipertahankan oleh Dr. Abu Hassan yang mengakui analisis Dr. Abdul Aziz itu selari dengan tinjauannya mengenai kepercayaan politik, termasuk terhadap PAS. Dr. Abu Hassan juga telah meminta semua peserta bersikap terbuka terhadap tanggapan yang dilontarkan. Dr Abu Hassan menyatakan kekecewaannya terhadap sikap beberapa peserta melepaskan geram kepada pembentang seminar.

"Seminar politik sebegini diadakan buat kali pertama dalam sejalah politik negara. Masalah sepatutnya diselesaikan dengan intelektual, bukan dengan perbalahan." Tambahnya lagi, "Kenapa datang dengan soalan yang tersedia dari rumah, kemudian marah kepada pembentang? (Sikap) ini primitif. Yang hendak dibincangkan, (soal) kecerdikan politik." Tegasnya, "Kita kena tahu di kurun apa kita berada. (Zaman) ini bukan abad ke-13.” katanya.
Kali ini disambut tepukan gemuruh oleh penyokong PAS, malah, setiap komennya yang mengkritik kepemimpinan PAS dan kerajaan perpaduan sering disulam tepukan peserta, berbeza dengan reaksi terhadap pandangan yang mempertahankannya.
"Soal label pro-Umno, masuk Umno (yang dikaitkan dengan isu kerajaan perpaduan), ada atau tidak, tuan kena cari sendiri. Kalau tahu Umno cukup jijik pada PAS, yang pergi dekat, buat apa?" katanya. (Damn good UG cycnical joke here, Dr ...hehe)
Beliau juga mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa perlu ada "korban" dengan menggugurkan beberapa pemimpin kanan dalam PAS - jika mampu, termasuk Abdul Hadi - bagi menyelesaikan konflik dalaman parti Islam itu.
 "Saya pun bukan menuduh, (isu) ini bukan (kes) jenayah. Saya tidak hina, saya cuma menyebut prestasi seorang presiden (parti)." (Yes, that's it)
"Saya tidak kritik peribadinya (Abdul Hadi) sebagai seorang ulama. Siapa saya hendak persoalkan? Saya tidak ada niat langsung." jelasnya. (Same here..hehe)
Sejarah merakamkan antara lain peristiwa Datuk Abu Bakar Chik, pemimpin PAS Trengganu yang tidak selesa dengan pandangan ahli akademik itu dan beliau telah 'buat perangai' dengan menuduh Dr. Abdul Aziz sebagai seorang ejen musuh Islam atau Barat. (Bugger off.. Dasar bodoh sombong  dan penipu saja suka tuduh orang sewenangnya)

"Kenapa? Secara jelas (hendak) jadi ejen Barat apabila paksa kita ikut sistem dua parti. Kalau tidak ejen Barat pun, ejen nafsu dia. Turun, jadi orang politik!" cabarnya. (Omg..rasa tercabar ker? Lagi tak mengaku ada masalah 2,3 kerat pemimpin dalam PAS + siap tuduh orang pula?...hehe)
Setiausaha Pemuda PAS Kamaruzaman Mohamad juga senada dengan Datuk Abu Bakar Chik. Bagaimanapun ahli jawatankuasa Muslimat PAS Aiman Athirah lebih condong kepada analisis Dr Abdul Aziz.



4 comments:

  1. apa nak buat, ramai orang kita yang masih bermentaliti "ketayap, jubah, songkok dan baju melayu!..."

    ReplyDelete
  2. eh cpj tak tgk bola final ker? oh tgh buat entri baru yer? silakan...

    terima kasih komen...hmm..begitu ler susahnya nak bring down the mind barrier to something drastic...dah mentaliti terbentuk giti...tapi as time goes, kalau mau berfikir buat analisis (homework/muhasabah diri) kita akan jumpa kelemahan kita...tak payah orang lain dulu tegur kita...kan? kita our own biggest critic/ kita sendiri pengkritik diri sendiri...hehe

    ReplyDelete
  3. hakikat yg benar,walaupun pahit kena telan jugak jgn ditolak ke tepi camtu je...
    sama cam ubat walaupun pahit n tak sedap kena telan gak baru bolehsembuh(iA)..kalau buang ketepi tambah parah la penyakit..
    ;)

    Wallahua'lam

    ReplyDelete
  4. tu namanya yakin pada iman & amal...betul kita sandar setiap apa niat & perbuatan kpd Allah..moga diredhai/direstui/ditunaikan oleh-Nya. Ubat apa pun manusia kena cari/buat..kalau dah sakit kena caya Allah suruh kita cari/makan/minum/usaha ler..sambil berdoa (berharap) disembuhkan pastu buat ler apa yg patut/betul....pastu harap lagi Allah ..lagi & lagi...mana ada ruang nak ketepi/nafi wujudnya Allah dlm semua hal...kan akak?

    ReplyDelete

Comment as you like... Tulislah seikhlas hatimu!