08 December 2009

Amalan-Amalan Yang Dapat Mengubat Hati Terluka



Hehe...sebelum sesiapa pembaca seperti dirasuk lalu tak dapat mengawal emosi seperti Aidil Zaquan (whatever his name is) yang memberontak kepada pengadil perlawanan dan akibat perbuatan tak senonohnya dia telah dilayangkan kad merah (actually 2 yellows in a match meaning a match suspension), diberitahu bahawa entri kali ini bukanlah untuk menjaga hati Muslimin Muslimat supaya segera insaf, bertaubat dan beramal soleh mengikut kaedah rawatan Islam. Pasal itu diharap pembaca blog ini cari lah para ustaz  atau ustazah yang mahir perkara tersebut.
Sebenarnya ia adalah berkenaan 'tips' atau saranan aku untuk amalan-amalan FAM, MSN, KBS atau mana-mana authoriti memperbaiki keadaan yang merimaskan dan menyenak perut yang kini melanda dunia bolasepak negara. Meraka sepatutnya menyelesaikan kemelut dan kepincangan dalam memajukan skuad senior bolasepak negara supaya 'Harimau Malaya' kembali dengan kadar segera mengaum dan mengancam di persada Asia (Really this mess somehow has been haunting me lately. Just happened i couldn't had a good sleep last nite, no wonder why).
Antara-antara saranan aku sebagai peminat bolasepak sedunia (apa kelas 1Malaysia? hehe) ialah seperti berikut:
  1. FAM perlu dirombak semula dan pembugaran ini adalah untuk melepaskan semua jawatan tertinggi FAM tidak terkecuali Presiden, Timbalan Presiden. Mereka selama ini telah terbukti 'mandul idea', 'penipu' kerana hanya tahu bermadah dan berjanji tentang kemajuan dan penigkatan, tetapi realitinya, hasilnya tidak seberapa malah memalukan. Mereka hanya 'menghabis beras' sahaja. Pembugaran juga untuk 'tutup buku' dosa kesalahan kepimpinan terdahulu, dan, untuk 'buka buku baru' dengan memilih atau melantik hanya mereka yang layak daripada kepakaran, keahlian, juga mereka yang terdiri daripada professional yang kredibiliti tinggi. Mereka mungkin daripada golongan bekas-bekas pemain negara atau negeri , yang berpengalaman luas, sebaiknya mereka pernah mewakili negara, para jurulatih-jurulatih atau bekas jurulatih tempatan dan pengurus atau bekas pengurus  pasukan. Diharapnya aspirasi mereka yang bakal dipilih atau dilantik ini dapat mencetus momentum yang dinamik dan meniup semangat inspirasi baru dalam dunia bolasepak negara. 
  2. Liga Super hendaklah dikormesilkan dengan penglibatan lebih banyak pihak swasta selain geran tahunan (atau wang ehsan/sedekah) daripada FAM atau MSN atau Kementerian Sukan. Seharusnya setiap kelab dan pasukan negeri diurus seperti sebuah syarikat, khususnya daripada aspek pengurusan dana, untung-rugi yang lebih sistematik, profesional dan telus. FAM harus mencontohi liga-liga mashyur seperti Barclays English Premiere League (EPL), La Liga dan lain-lain liga di mana semua kelab diurus tadbir dengan cemerlang oleh badan yang efektif. Amalan  memberi geran (atau 'wang ehsan' ?) yang tidak mencukupi untuk perbelanjaan satu tempoh musim pertandingan bagi setiap pasukan negeri atau kelab, adalah perlu diganti dengan sistem yang lebih efektif. Ini penting demi menarik perhatian jutaan peminat tanahair supaya teruja sehingga mereka hadir berbondong-bondong memberi sokongan kepada pasukan masing-masing di stadium. Pasti ia suatu yang mengkagumkan. Suasana stadium gamat dan penuh sesak. Sehingga tiada masalah untuk disiarkan secara siaran langsung di TV1 atau TV3 kerana faktor takut orang ramai tak datang stadium. Penyertaan 'awang import' hendaklah dibuka semula dengan kawalan/ quota tertentu bilangannya, katakan sekitar 3 orang untuk setiap pasukan, dan dengan had gaji sekitar hanya RM6 ribu hingga RM12 ribu saja. Jikapun alasan untuk melibatkan lebih ramai bakat muda tempatan atau meningkatkan kemahiran pemain-pemain tempatan, persaingan sihat dengan 'aang import' adalah dijangka dapat menyemarakkan maksud tersebut. Contoh, musim pertandingan tahun hadapan, FAM hendaklah mengarahkan hanya para pemain import yang hebat bermain di posisi pertahanan, dibenarkan diambil. Maka dengan kemahiran dan kualiti pertahanan 'awang import' yang beraksi di barisan pertahanan semua pasukan, diharapkan pemain tempatan yang bermain sebagai penyerang atau pemain posisi serangan (CF atau striker) akan memikirkan strategi terbaik (mentaliti) dan berusaha sedaya upaya (fizikal) menembusi tembok pertahanan yang dijangka kukuh dan kebal itu. Ini bakal melahirkan generasi penyerang kebangsaan yang berkualiti antarabangsa dalam beberapa tahun mendatang. Begitulah seterusnya FAM bolehlah menukar sedikit polisi dengan menghadkan pula hanya seorang 'awang import' pertahanan dan membuka penyertaan untuk 'awang import' penyerang demi untuk melahirkan generasi pemain pertahanan tempatan yang berkualiti antarabangsa dan mampu bermain untuk negara dengan baik. 
  3. Bagi skuad senior kebangsaan, mereka hendaklah disaring pemilihannya dengan teliti. Mereka hendaklah terdiri daripada barisan pemain-pemain yang berkaliber iaitu berkemahiran tinggi dan lengkap pakejnya iaitu serba-serbi mantap, berkualiti daripada aspek fizikal dan mental. Contoh, pemilihan barisan pemain pertahanan (the back 4) terutamanya 2 orang pertahanan tengah (Centre Backs) haruslah menepati standard fizikal antarabangsa. Faktor ketinggian dengan sasaran minima ialah 1.85 meter dengan berat yang sesuai, selain kebolehan utama seperti kuasa lonjakan di udara untuk bersaing dan menanduk bola, teknik kawalan bola yang baik, aspek penguasaan emosi kawalan semasa hebat diasak bertali-arus oleh pihak lawan, serta kemahiran membaca dan mematah gerakan lawan. Justeru, barisan pemain yang dipilih mewakili negara kini adalah tidak meyakinkan selain rendah daya tahan dan saingan mereka untuk menguasai sesuatu perlawanan kompetitif antarabangsa. Perlawanan-perlawanan persahabatan (international friendlies) yang berkualiti tinggi (FIFA Grade A) hendaklah selalu diadakan untuk pendedahan taktikal dan pemilihan barisan pemain yang tepat untuk setiap posisi. Janganlah hanya menunggu dan mengharap ketibaan pasukan kelab EPL sahaja saban tahun yang baru memulai sesi latihan. Bukan nama yang hendak dicari, tetapi carilah maruah dan kecemerlangan. FAM hendaklah bijak mengatur jadual perlawanan antarabangsa supaya Malaysia sentiasa bersaing dengan pihak lawan yang kuat misalnya Jepun, Australia, England, Slovakia, Portugal. Berlatih dengan pasukan seperti negara Maldives adalah tindakan tidak produktif dan 'bacul'. Jika bersungguh, jadual liga Super boleh ditangguh untuk memberi laluan sesi latihan intensif pasukan kebangsaan untuk setiap kejohanan antarabangsa yang disertai negara atau untuk perlawanan persahabatan kompetitif yang patut diadakan setiap bulan atau selang sebulan. Lebih kerap perlawanan adalah lebih bagus untuk jurulatih dan barisan pemain memantapkan diri daripada aspek taktikal dan mengesan dan membaiki sebarang kelemahan pasukan negara.
  4. Kejohanan seperti Piala Merdeka dan lain-lain hendak diadakan dengan tetap setiap tahun (dan dijadualkan awal-awal lagi) dengan penyertaan pasukan negara (bukan kelab) yang hebat di persada dunia bolasepak. Mengapa kita tidak boleh menjemput pasukan senior Brazil dan Germany ke Malaysia?  Kita harus menjadi hos kejohanan yang berprestij kerana kemudahan prasarana, faktor keselamatan iklim politik negara yang baik dan sebagainya.
Kembalikan maruah skuad negara, wahai FAM. Cukuplah sandiwara peringkat tertinggi FAM.  Jangan lagi ia menjadi lubuk untuk mereka terutama para politikus meraih pengaruh, kuasa dan mengaut  keuntungan peribadi. Rakyat sudah muak malah benci kepada alasan demi alasan  selepas setiap kekecewaan atau kegagalan prestasi pasukan kebangsaan. Dan juga pembaziran wang negara dengan idea-idea yang hanaya gah pada nama TETAPI hasilnya tidak memuaskan hati jutaan peminat dan penyokong bolasepak sejak berabad-abad lamanya. Mari semua rakyat bersatu kita hentikan 'Pencabulan' dan 'Perogolan' oleh durjana kepimpinan atasan FAM.  

p/s: aaahhh...i reckon tonite i'd have a good sleep...hehe

3 comments:

  1. Cpj sokong 100%.Baik cadangan ini dan kita mesti berani buat perubahan kalau mahu maju.Tapi cpj percaya 100% mereka TIDAK AKAN buat seperti yang dicadangkan.Sebab?jawablah sendiri.

    ReplyDelete
  2. hehe...cikgupj 100% betul di situ...tunggu sandiwara/ wayang babak seterusnya, especially, jika M'sia kalah vs Thailand esok (Jumaat) ni...apa-2 yg deme pemimpin nak kata/ buat atau tak kata apa-2, seakan-akan kita dah tau dah skrip/ adegan selanjutnya.

    ReplyDelete
  3. KIHKIHKIH!....KAHKAHKAH!.....LAWAK,LAWAK...NGOK BETULLAH KAN? KAHKAHKAH....KIHKIHKIH...KIHKIH..UHUKUHUKUHUKKKUWEKKK!
    Memang dah tahu apa depa nak kata!.

    ReplyDelete

Comment as you like... Tulislah seikhlas hatimu!