Formula 1Malaysia yang diterap belum menampakkan keberkesanannya. Nampaknya kita perlu bersyukur dan terus bersabar untuk 100 tahun lagi. Malaysia atau digelar 'Harimau Malaya' masih belum berjaya menjuarai apa-apa kejohanan peringkat antarabangsa sejak berjuta-juta generasi baru warga Malaysia dilahirkan, iaitu, berpuluh tahun dahulu. Semalam, pasukan Harimau tersebut telah dikalahkan oleh Vietnam, hanya 3 gol berbalas 1. Vietnam, (khas buat sesiapa yang malas membaca tu) adalah sebuah negara yang terbukti lebih laju dalam dunia bolasepak jika pun bukan lebih maju ekonomi daripada Malaysia (Shame on Malaysian faithfuls). Suatu 'result' yang mungkin membanggakan sesetengah orang. Cuba lagi. Cuma lain kali biarlah kalah bermaruah dengan dibolosi 1 atau 2 gol sahaja. Kita harus berfikiran positif dan tidak malu dengan kekalahan itu. Bolasepak adalah bulat, maka, sesiapa pun boleh kalah, betul?
Kesetiaan dan kepercayaan itu prinsip yang penting. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Bersama kita setia (wala dan thiqah) mendokong kepimpinan FAM dan perancangannya, kita akan terus 'dibuai' mimpi indah. Oh asyiknya! Berikan kepercayaan kepada beberapa tokoh politik, yang sentiasa bijak berkata-kata, untuk menjadi pemimpin atasan FAM. Hasilnya? Tiada? Ramai yang kata begitu. Tapi lihatlah keliling, amati dengan adil. FAM telah banyak berjasa kepada dunia bolasepak negara. Stadium besar dibina seperti Stadium Nasional Bukit Jalil, Stadium Shah Alam, tidak dilupakan Stadium Sultan Mizan di Trengganu (yang bumbungnya runtuh tu..gege 1Malaysia, takkan lu olang boleh tak tau?) yang boleh memuatkan berpuluh ribu penyokong bolasepak yang setia, wala, taksub, 'hooligans' (morons?), selain kemudahan lain yang bertaraf dunia. Liga tempatan kita juga agak meriah dengan kehadiran 2, 3 ratus penyokong ke stadium kelab atau negeri masing-masing pada setiap minggu. Kita juga ceria kerana liga Super kita mampu melahirkan ratusan bintang, terbukti kini skuad negara mampu mengalahkan negara yang misteri kekuatannya, iaitu, Timor Leste. Sekali-sekala kita berjaya juga menumbangkan Maldives. Sungguh membanggakan. Siapa kata kita perlu khidmat pemain import? Siapa kata kita perlu rombak FAM?
Kita sebagai warga Malaysia dan penyokong bolasepak negara hendaklah mencintai Presiden FAM seumur hidup itu yang telah begitu lama berkhidmat dengan ikhlasnya. Lebih 25 tahun telah berlalu (Who could believe it? Ripley?). Tanpa beliau siapalah kita di persada dunia. Ranking 150 di dunia adalah petanda aras kemajuan negara selama hari ini. Kemimpinan beliau bukanlah seperti dimomok oleh jutaan peminat yang tidak puas hati itu, sebuah sarkas yang dianggotai oleh barisan badut dan pak turut seperti Raja Mad. Mereka tidak hanya mencukupi bilangan ahli FAM (No, who say they just only make up the numbers? me?). Mereka sentiasa mahukan penyokong mereka terhibur lalu terlena dengan aksi persembahan barisan pemain negara yang nama mereka hebat di atas kertas itu. Ada pemain yang begitu hebat sehingga mampu menarik perhatian selebriti wanita. Hebatnya.
Biarlah hari-hari pasukan Malaysia kalah teruk, dimalukan pun 'tak apa', 'biarkan', asalkan kepimpinan FAM terus dijulang dan disokong. Bukankah itu suruhan agama kita yang mengajar kita setia dan taat. Ingat, mereka itu, pemimpin FAM, tidak sesekali menyuruh kita melakukan maksiat dan melakukan perkara berdosa dalam pentadbiran mereka menguruskan bolasepak negara. Maka itu, adalah wajib semua para peminat, penyokong dan warga Malaysia menunjukkan taat setia (wala dan thiqah) setiap masa dan keadaan. "Long live the King". "Malaysia Boleh".
Sekian, harap maklum makna tersirat di sebalik cerita di atas.
Hehehe
malas nak ulas sebab dah bosan!...dah berbuih mulut aku...minatku dlm arena bola sepak tempatan dah lama terkubur!...good bye FAM & MSN !...
ReplyDeleteterima kasih kerana memahami keadaan yang sungguh bosan ni...hehe
ReplyDelete