09 March 2010

Ok Lacur Jika Dharurat...Ingat Tu?


Mungkin Melayu mudah lupa bahawa suatu hari dahulu Dr Mashitah pernah berkata mengenai hukum pelacuran dalam Islam di mana jika dalam keadaan dharurat, pelacuran adalah dimaafkan. Ia disiarkan dalam Harian Metro Ahad 19 Jun 2005 & ini adalah jawapan yang amat kontroversi & mengelirukan. Isu ini tidak pernah diselesaikan secara sempurna & ia seperti kebanyakan isu-isu lain hanya dibiarkan 'sejuk' sendiri lalu dilupakan.

Persoalannya ialah wujudkah istilah dharurat dalam keadaan di Malaysia, sebuah negara membangun yang sedang menuju negara maju & kaya raya? Adakah ibu tunggal yang mengalami “dharurat”? Adakah definasi "dharurat" hanya terhad kepada ketidakmampuan menyara & mengadakan keperluan hidup? Atau ia termasuk ketidak puasan seks oleh mana-mana wanita seperti janda berhias, ibu tunggal beranak sepuluh  & sebagainya di luar sana? Bukankah Malaysia mempunyai pelbagai badan-badan & agensi kerajaan seperti Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat yang sedia menyediakan 'payung' atau bantuan asas & sokongan untuk mereka berdikari?

Mungkin ada segelintir menyetujui langkah 'pradigmatik' sebegini sehingga ada anggota masyarakat akan mengambil jalan mudah untuk menyelesaikan segala masalah di dunia ini atas nama “dharurat”. Contohnya, apabila menghadapi masalah setelah meminjam sekian banyak wang “Along” bolehkah si suami menggunakan istilah dharurat & merelakan isterinya dilacurkan untuk membayar hutang tersebut? Atau seorang siswazah yang tiba-tiba kesempitan wang, tidak mendapat biasiswa, dan tidak pula mendapat pinjaman PTPTN & sukar hendak menghabiskan pengajiannya. Masalah kian berlarutan sehingga menjejaskan konsentrasi kepada pelajarannya. Apakah ini dikira “dharurat” di mana siswazah tadi boleh melacurkan diri hanya untuk mencukupkan 'keperluan' & untuk membayar segala hutang seperti yuran pengajian yang beribu ringgit?

Sekiranya seorang wanita dibenarkan menjadi 'pelacur sambilan' (part-time lover?) kerana  dia berada dalam dharurat bagaimana menyediakan perkhidmatan? Adakah dia hanya boleh memberi 'servis' kepada pelanggan lelaki bukan Islam? Bukankah pihak berwajib di jabatan & majlis hal ehwal Islam seperti baitulmal patut membantu wanita atau perempuan yang dalam keadaan dharurat tadi? Adakah mereka tidak layak dibantu? Mungkin  kerana masalah karenah birokrasi agensi Islam, maka pihak gereja atau tokong lebih baik gerak kerja mereka & pantas pula membantu & ikhlas menolong mereka. Mana lebih haram; melacur diri atau menerima sumbangan wang daripada pihak bukan Islam, dalam keadaan dharurat?

Patutlah gejala sosial kian parah dalam masyarakat kita kerana pemimpin sendiri hanya sibuk mengkayakan diri & memnuhi tembuluk mereka & tidak kisah untuk mengatasi masalah rakyat yang dalam kesusahan hidup di serata pelosok negara ini. Jika dibiarkan maka ia seperti 'harus' atau dihalalkan (seems like it) maka salah satu jalan keluar dari dharurat ialah menjadikan pelacuran sebagai kerjaya. Terima kasih  atas  'khidmat nasihat' Dr. Mashitah tersebut kerana dia sebagai seorang wanita pastinya 'memahami' jiwa wanita yang 'dharurat'. Maka sesiapa yang masih belum lagi melibatkan diri dalam kegiatan pelacuran ini  diharapkan mereka fikirkan tawaran & alternatif ini. Begitupun hanya wanita sahaja diberi pertimbangan & dibenarkan. Maka subur mekarlah sektor pelacuran negara kerana bukan sahaja mak janda (makjan) & GRO profesional  tetapi kian ramai anak-anak belasan tahun mencebur profesyen tertua di dunia ini & melacurkan diri kerana 'sesak', 'terdesak', 'sangap' dan sebagainya. Mungkin ramai boleh mengikuti langkah Sufiah Yusof, yang membuat satu kejutan apabila dia mengakui tindakannya menjual tubuh memberinya kehidupan jauh lebih seronok dan glamor, berbanding kejayaannya memasuki Universiti Oxford pada usia 13 tahun. Dia  telah mengaku bahawa dia sebagai 'wanita penuh berahi' mampu menerima bayaran £1,000 (RM7,000) bagi setiap sesi perkhidmatannya atau pendapatan tahunan kira-kira £60,000 (RM420,000).

Setelah sudah tiada 'dharurat' maka boleh fikir untuk kembali ke pangkal jalan dan bertaubat. Aku yakin semua agama melarang pelacuran tapi ada pula pemimpin Islam tak kisah ia berlaku jika 'dharurat'... yehaaa! Bayangkan suatu masa mungkin Dr. Mashitah tersungkur &  tengah 'dharurat', masa tu pasti ramai mahukan 'membantu' dia. Pasti ada balasan setimpal untuk orang sepertinya yang terbukti 'menolong' dalam urusan agama Allah.

No comments:

Post a Comment

Comment as you like... Tulislah seikhlas hatimu!