04 March 2010

Ustazah Pun Pandai Buang Bayi ?




Ustazah juga mungkin suspek yang perlu disoalsiasat oleh pihak PDRM. Ustazah juga manusia yang pandai bermain cinta atau boleh terjatuh ke dalam perangkap cinta penuh berahi. Mungkin dalam diam atau dalam gelap ada ustazah pernah mengandung & melahirkan anak haram & tergamak pula membuang bayi merata-rata seperti yang lazim dilakukan oleh bohsia, mangsa rogol atau pelajar perempuan yang menjadi 'mangsa keadaan'. Ustazah manakah yang sangkut beg plastik sampah di pagar masjid yang berisi anak haram hasil hubungan terlarang mereka? Ustazah manakah yang menyelubungkan 'anak haram'nya dengan kain batik lalu letak dalam masjid (biasanya dijumpai pada waktu Subuh). Sedih jika ia terjadi.
Kegiatan ustazah 'terlampau' adalah spekulasi semata-mata kerana kisah sebenar aktiviti seperti tersebut hanya terbongkar setelah ditunjukkan 'aib' itu oleh Allah. Rasionalnya ustazah atau ustaz tak mungkin menzahirkan perlakuan maksiat atau apa jua perbuatan keji mereka. Mereka pun tahu 'cover line'. Ia akan  terlihat bukan selepas kainnya diselak tetapi setelah berita mereka diketahui umum. Seperti  kisah khalwat seorang ustazah dengan bekas kekasih yang juga seorang bergelar ustaz baru-baru ini. Ustazah itu pula masih bersuami ketika kejadian yang menggemparkan itu. Apa pun masalah 'dalaman' antara suami-isteri si ustazah itu sepatutnya selesaikan dengan cara yang betul & ikut syariat. Bukan mengadu masalah kepada 'motivator' atau kekasih gelapnya sehingga terlanjur. Ia bukan saja memalukan diri sendiri, keluarga, tetapi menghina Islam itu sendiri. Mana letak iman dia & ustaz itu ketika beberapa kali beraksi sambil 'beramas mesra' tu? Celah kangkang kot? Cisss... kalau macam tu sapa pun boleh, tak payah jadi ustaz pun tahu zina tu haram & hubungan sulit akan hanya membawa jahanam kepada rumahtangga.

Ok let's not forget that human beings make mistakes. Tetapi apabila seorang bertaraf ustazah graduan institusi pengajian tinggi  (tak kisahlah dari universiti Jordan atau Mesir, India atau Rusia) pandangan umum (not me entirely) pastinya mengharapkan dia terkawal (be in control) sebaliknya dia terbabas & terjebak dengan perangkap cinta & she really made some BAD & BIG mistakes, seperti mempunyai kekasih gelap, berkhalwat, berzina (berapa kali pula tu..wohaa!) ???. Malu kita. Eh tu ustazah yang penuh ilmu agama di dada tu, bukan bohsia atau budak nakal atau 'makjan' yang kemaruk seks, yang sedang kita bicara ni. Sapa tak berasa apa-apa tu mungkinlah dia sibuk dengan urusan sendiri saja (busy as a bee) sampai tak mahu fikirkan hal orang sekeliling atau prihatin nasib umat, Islam? Kepala batu? Mungkin.

Kini terbukti ilmu agama yang tinggi saja tak cukup kebal nak membentengi kita umat Islam daripada  tersungkur dalam masalah sosial seperti zina & cinta 'buta' ni. Pastinya ilmu tu pra-syarat yang perlu ada untuk melengkapi kita TAPI sesungguhnya akhlaq & ehsan selain 'emotion control' juga perlu setara tinggi untuk mengimbangi perjalanan kita di dunia ni sebelum kita berjaya ke kampung kekal abadi, syurga. Kawalan nafsu memerlukan setiap elemen kekuatan selain kita menutup segala apa jua kelemahan kita yang boleh memberi  ruang untuk nafsu & lain-lain unsur jahat berputik lalu bermaharajalela.    

Mungkin juga kita memang keras hati (hati buta & busuk hati) sehingga menganggap perbuatan ini tiada kena mengena kita? Kita bukan mahu kutuk perbuatan ustazah yang 'terlampau' tu as it's already happened nothing we can do about it now. TAPI apa yang penting apa pengajaran yang perlu kita ambil iktibar daripadanya. Renungilah. Insaflah. Apa yang perlu kita fikirkan ialah penyakit sosial dalam masyarakat umat Islam di negara Malaysia adalah sangat kritikal & 'meruwap' seumpama suatu gunung berapi atau bencana yang pada bila-2 masa boleh meletus & boleh membahayakan kita semua. Ia boleh menjadi ujian atau hukuman kepada kita semua. Kita sebagai sebahagian masyarakat Islam marilah kita sama-2 memikirkan yang terbaik selain berusaha ke arah kebahagiaan & 'kesempurnaan' hidup & mencapai mardhotillah (redho Allah).





6 comments:

  1. Kini manusia lupa tentang keberkatan yang bersifat ghaib.Manusia hanya fokuskan kepada yang zahir.Sekadar mendapat pelajaran tinggi dalam bidang agama, sekadar gelaran ustaz atau imam, sekadar mendirikan rumah tangga dengan kenduri besar-besaran di hotel atau di dewan, sekadar menjadi pemimpin yang mendapat gelaran dato' atau dato' seri atau Y.B atau Y.A.B tetapi tidak mendapat keberkatan daripada apa yang diperoleh atau diperbuat, maka yang lahir tetap akan pincang dan rosak.Apa lagilah sekiranya apa yang diperbuat dan diperoleh itu sudah dikategorikan dalam sesat, hina dan keji, sudah tentulah akan melahirkan kehinaan, kekejian dan kesesatan juga.Sebab itu kita semua kena kembali kepada Allah dan Rasulnya.Hanya itulah satu-satunya jalan yang selamat.

    ReplyDelete
  2. Mmg berat..
    berat mata memandang ..berat lagi aib yg kita terima..
    MMG kalau status ustazah tu terlalu bingkas utk dipandang terlalu keji berbandingkan dgn pompuan biasa dan apatah lagi yg berpeleseran sbb wanita yg berstatus ustazah ini menjadi harapan serta sandaran masyarakat utk menjadi ikutan buat anak didik...
    Kita mendoakan agar gejala atau bencana maksiat ini dihindari Allah keatas ahli keluarga kita terutamanya Umat Muhammad SAW...akhir zaman..

    ReplyDelete
  3. buang bayi budaya jahiliyah, adakah masyarakat malaysia juga jahiliyah?

    ReplyDelete
  4. cikgupj,

    walaupun pendidikan anak-2 bermula dr rumah yg bermakna ibu bapalah contoh & petunjuk dalam banyak perkara kehidupan, guru & ustaz serta ustazah tetap contoh & ikon masyarakat. Maka jika ada salahlaku (rosak akhlaq) ustazah (which is rarely happen indeed) kita kena ambil tindakan tepat supaya masyarakat tidak cuba memandang ringan kesalahan tersebut.

    Supaya ini pengajaran kpd kita oleh Allah bahawa dunia penuh ujian & hukuman jua. Yg beriman pasti mengharungi perjalanan ini walau jatuh bangun (berdosa & bertaubat) berkali-kali. Sekali-sekala kesusahan umpama hukuman (denda, hudud et al) untuk memantapkan lagi keimanan atau mengasingkan kekotoran diri.

    ReplyDelete
  5. LanaBulu,

    Ustazah tu dah tersilap langkah & pada hanz ler jelas dia dizahirkan Allah untuk kita (orang umum) mengetahui & ambil iktibar drp kesilapannya. Jarang berlaku. Walau sebelum ni kita mungkin pernah dengar cerita tok guru cabul atau zina dgn anak didikan, ni lagi dahsyat nampaknya LanaBulu. Astaghfirrullah...

    sama-2 kita meng'amin'kan doa anda untuk kebaikan bersama! ameen

    ReplyDelete
  6. Kucing Parsi,

    Dunia akhir zaman camtulah brader! Ada saja benda pelik & tak disangka berlaku, ada berlaku depan mata kita pulak tu. Apa sangat pada budak pompuan Melayu-Islam buang bayi rata-rata ni? Macam buang sampah saja analoginya..hehe..Dah makan (dalam) pandai pandailah simpan atau buang..sukahati u lah! Free to do so! hehe..astaghfirullah...hmm

    Orang makan bayi pun ada,kat restoren pulak tu? caya tak? Sedap gamaknya! Psycho? No..they're normal ppl.

    ReplyDelete

Comment as you like... Tulislah seikhlas hatimu!