21 May 2010

Sufi Itu Sesat?


Dikhabarkan kepadaku,   
Zuhud itu prinsip mereka yang mengejar dunia,
Mereka seperti kebanyakan fitrah manusia,
Berusaha kuat, berilmu hebat, tersohor, kaya melangit,
Mereka tidak pula meninggalkan urusan akhirat,
Sentiasa taat syariat, solat, munajat, baik pekerti lagi dermawan, 
Salafus soleh akidah mereka.

Dikhabarkan kepadaku,
Belajarlah soal tasawwuf & sufi,
Bukan semestinya kita menjadi seorang sufi salafi,
Kerana tidak semua kita mampu terima hakikat,
Bahawa dunia tidaklah bernilai kepada-Nya,
Sedikit antara kita mampu meninggalkan segala urusan dunia kita,
Dalam mengejar akhirat semata-mata,
Takut-takut ada yang tersilap jalan lalu sesat pula,
Cuma cukuplah jika kita mampu mengenali diri sendiri,
Dan segala kaitan dengan Pencipta kita,
Moga-moga kita tidaklah terkeliru jika dikatakan Allah itu duduk di Arasy-Nya,
Bertangan pula?
Mana rasionalnya jika tidak terjangkau fikiran kita.
Tetapkan iman, carilah ilmu-Nya,
Nescaya dengan mengasing diri dari sekalian makhluk untuk menyucikan hati kita,
Dapatlah kita mengutamakan hal menyucikan Allah s.w.t.,
Dapatlah kekuatan ikhlas dalam kita beramal soleh dan menyekat nafsu serakah.

Dikhabarkan kepadaku,
Rasullah s.a.w. sebagai seorang sufi yang agung,
Kaum suffah adalah golongan sufi dan juga sahabat kepada baginda, 
Mereka golongan miskin yang menumpang tinggal di beranda masjid di kota Madinah,
Mereka tidak memiliki apa-apa, lemah dan tiada kemahiran dalam urusan kehidupan harian,
Hampir-hampir seluruh urusan hidup mereka ditanggung oleh orang ramai,
Pun begitu keadaan ahli suffah kaum Muslimin tidak pula berasa ia sebagai beban,
Bagitulah sifatnya ahlullah itu sebagai pembela agama Allah,
Mereka yang mengerti lagi senantiasa patuh,
Dan mengamalkan apa yang diperintah Allah dan Rasul-Nya,
Lalu meninggalkan larangan-Nya dan Rasul-Nya, 
Bukan kita semua mahu menjadi orang-orang yang mewarisi para Nabinya?
Dan diredhai Allah?

2 comments:

  1. Sesat kalau ikut jalan yang salah, sesiapapun atau apapun nama diberi akan sesat bila ikut jalan yang salah.Jalan yang betul ialah jalan yang lurus.Jalan yang lurus ditunjukkan Oleh Allah dan Rasul-Nya.Al Quran dan As Sunnah memandu ke jalan yang lurus manakala Bid'ah membawa kepada kesesatan.Ikutlah Al Quran dan As Sunnah dan tinggalkan Bid'ah.Namun semuanya perlukan Ilmu dan Guru.Nak dunia dengan ilmu, nak akhiratpun dengan ilmu.Allahuaqlam.

    ReplyDelete
  2. benar, bernas & tepat sekali cikgupj. Dalam urusan duniawi kita kena ada guru. Kalau tempuh sendiri pun guru kita adalah Dia melalui pengalaman kita atau interaksi kita dgn alam.

    Bidaah ada diharuskan oleh setengah ulamak muktabar. Allahu aqlam. Yang penting kita pandai membawa diri kita, saat getir jadilah seperti Abu Zhar r.a. dll sahabat Rasullah, seumpamanya. Jika pun kaya usahalah menjadi spt. Khadijah, Abu Bakar r.a., Uthman bin Affan, Zubair al-Awwam dsb. Jika pemerintah/ penguasa contohi Rasulullah s.a.w. sendiri, atau, Ali ka.a., Umar al-Khattab, Umar Abdul Aziz.

    Kita ada 'guru' atau idol kita sendiri sbg umat Islam. Jika tiada lagi idol atau tokoh dlm bdg tertentu, kita masing-2 usahakan anak-2 kita atau dalam generasi kita & akan dtg akan mengisi kekosongan tu & menjadi contoh ramai.

    ReplyDelete

Comment as you like... Tulislah seikhlas hatimu!