25 May 2010

Satu lagi Projek Barisan Nasional - Najis Judi Bolasepak



Sana sini orang Islam kata judi haram tapi dia hendak orang lain buat kerja bersihkan taik judi sedangkan dia tak buat apa-apa? Buruk perangai sungguhlah penyokong judi & penyokong UMNO-BN dalam hal judi bolasepak khususnya & perjudian (berlesen atau haram) amnya. Seiras? Saling tak tumpah.

Presiden Perkasa pula mencabar Pemuda PAS, yang dikatakan sengaja mengeksploitasi isu kelulusan lesen judi bolasepak kebelakangan ini selain beliau mendesak kerajaan pimpinan PR di Selangor, Pulau Pinang dan Kedah untuk mengharamkan urus niaga perjudian iaitu penjualan teka Nombor Ekor (Empat Digit) syarikat Magnum, Toto, Damachai dan Loteri, seperti yang pernah dibuat oleh kerajaan Kelantan.


"Bukankah Selangor, Pulau Pinang dan Kedah dibawah kerajaan Pakatan Rakyat? Gajah di depan mata yang dilanggar sedang mata melihat kuman di seberang. Saya cabar jika mereka ada telur dan anak jantan supaya desak Kerajaan Pakatan Rakyat menghapuskan semua bentuk judi di negeri di bawah Pakatan Rakyat"
Wah! Pendekar yang beremosi selalunya berakal pendek. BN yang luluskan lesen itu sebelum 2 tahun ini PR menang di negeri-negeri tersebut. Kelantan disebut (terima kasih sebab menghargai usaha pemerintah Kelantan) telah berjaya menutup atau menghapuskan maksiat judi di sana. Tetapi pendekar Perkasa tersebut lupa atau buat-buat lupa, seperti kebanyakan penyokong UMNO-BN yang buta hati (maaf ini bukan ditujukan kepada orang UMNO yang jenis baik-baik itu), bahawa kerajaan PAS di  Kelantan pun jenuh berusaha ke arah membersihkan segala najis perjudian di sana. Bertahun-tahun jugalah. Mula-mula dengan sesi penerangan (dakwah) & seliaan, penguatkuasaan &  mengawal kelulusan lesen lama & menghapuskan (atau menghadkan bilangan lesen?) baharu. 

Apa yang UMNO buat sebenarnya? Tahi atau taik. Tepat sekali. Judi adalah najis dalam Islam. Maka sesuailah kita katakan UMNO-BN buat tahi. Nampaknya UMNO & judi adalah seperti UMNO & taik. Sudah sinonim dalam 1 baris ayat. Busuk & menjijikkan. Padanlah. Eh! semua lesen judi telah diberikan oleh pemerintah atau pemimpin UMNO-BN yang kononnya lebih rajin & ikhlas memperjuang Islam. Sehingga satu bukit Genting Highland diserah kepada tauke judi. Ketahuilah UMNO-BN telah sekian lama diperkuda oleh tauke judi. Kini tahi kerajaan terdahulu iaitu UMNO-BN perlu segera pemimpin kerajaan PR membersihkannya supaya dapat mengawal wabak judi aktiviti yang tidak sihat & berdosa lagi merugikan itu. Pemimpin UMNO sekadar berani menyatakan "Yang haram tetap haram", kononnya, mereka tak merelakan kegiatan judi di Malaysia. Atau mereka tak rela judi haram tapi kalau diberi lesen mereka ini boleh terima?


Untuk makluman, logiklah bukan senang nak "cover" tahi orang ini. Kerajaan UMNO-BN berak merata-rata pulak tu. Macam mana pun kena jugaklah PAS atau sesiapa yang ganti kerajaan yang buas & nakal (baca: UMNO-BN) membuang tahi atau taik yang sudah busuk lagi meloyakan orang ramai termasuk yang segelintir pak imam UMNO-BN yang sudah tak tahan dengan gejala itu. Projek Kerajaan Barisan Nasional sepatutnya menguntungkan semua rakyat tetapai malangnya hal yang satu ini, judi, merugikan banyak orang kecuali beberapa orang yang dapat kontrak konsesi atau lesen perjudian itu selama hari ini. Berpuluh tahun sudah taik tu di depan mata orang UMNO-BN sendiri sampai semua kita rasa ia tiada apa-apa urusan dengan kita sehingga akhir-akhir ini. Kelemahan kerajaan UMNO-BN janganlah kita lupakan atau buat-buat tak tahu pulak sehingga tak malu buat kecoh suruh orang lain pula cuci taik mereka. 
Sewajarnya semua kita perlu berlapang dada & memberi peluang (unfortunately) PR buat kerja pembersihan seperti pernah dilakukan di Kelantan dahulu. Tapi cepat-cepatlah jangan banyak kerenah PR pulak. UMNO-BN eloklah jangan bersuara lagi & lebih baik diam saja. Dia buat silap orang yang nak kaver. Dia yang buat taik tak rasa malu pula nak cabar & desak orang lain cuci taik dia? Apa jenis orang sebangsat begitu? 

3 comments:

  1. Nape letak gambar tu hanz! eeee....yek.Busuk!....

    ReplyDelete
  2. Sebaris, sama, seiras, sebau? hehe

    Maap mengganggu ruangan hidup kalian dgn gambar yg tak semiak....hehe

    Sebaik-baik memberi pengajaran (hidayah?/ ketuk hati) orang adalah dgn berkata-kata dgn penuh hikmah (cakap elok-elok, lemah lembut sekufu dgn'nya). Itu sepatutnya selalu (100%) menjadi amalan pendakwah. Begitu akhlaq Islam yg tertinggi drp Rasulullah s.a.w... & sapa-2 yg berakal waras seharusnya dapat hidayah cukup baginya dgn kata yg berhikmah. Mungkin gambar lebih mengesan fikiran mereka yg rendah sikit tahap kesedaran. Provokasi, invokasi, kiasan, cetusan minda? U name it.

    ReplyDelete
  3. Hehe... that's me being kind enough & having a bit of empathy with those bigots… obviously they are tripe who deserve some sticks!

    ReplyDelete

Comment as you like... Tulislah seikhlas hatimu!