07 June 2010

Gaza Mahu Pinjam Kapal Selam Malaysia?



Pelbagai cara & usaha telah dilakukan oleh pihak sukarelawan & sukarelawati untuk program penghantaran bantuan kemanusiaan ke Palestin sejak akhir-akhir ini. Mereka telah pernah mencuba jalan darat & udara. Gagal. Mereka cuba pula jalan laut melalui fortilla konvoi kapal pengangkutan untuk Misi Membebaskan Gaza, Palestin. Bukanlah mereka hendak beradu kekuatan atau berperang dengan tentera Israel untuk membebaskan Gaza daripada kawalan pihak berkuasa Israel. Mereka hanya ingin berjaya menembusi kepungan tentera Israel yang menghalang kemasukan penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza. Mereka ingin membantu dalam menyalurkan bantuan ubat-ubatan, pakaian, bahan binaan & lain-lain barangan keperluan untuk penduduk Gaza (Gaza Strip) yang dikepung lalu terputus hubungan dengan West Bank & dunia luar. Penduduk Gaza adalah dianggarkan lebih kurang 1.5 juta orang.

Syor penulis pihak penganjur program bantuan kemanusiaan meminta kepada pembekal kapal pengangkutan kargo (freight or FOC?) menggunakan special vessel untuk membawa muatan mereka ke perairan Gaza. Sesuatu kenderaan yang tidak kelihatan oleh teropong maritim Israel & dikesan oleh radar mereka. Sesuatu yang invincible. Dipercayai kapal selam adalah vessel yang terbaik & paling licik untuk manoeuvre yang special ini. Kapal selam Scorpene TLDM Malaysia mungkin boleh dipinjam untuk misi ini. lagipun kita sebagai warga mahu melihat kemampuannya Scorpene kita beraksi di medan sebenar hingga berjaya menembusi kawalan maritim Israel. Mungkin penganjur memerlukan beberapa buah kapal selam yang telah diubah suai khas untuk memebawa beribu tan barangan untuk program bantuan kemanusiaan ke Gaza. It could work what? Insane idea? Hey, how dare you? Who are you then? Netanyahu ! Oh i see !


Adalah malang dengan segala kecanggihan yang ada pada kapal selam Malaysia KD Alantuya Tunku Abdul Rahman masih tidak dapat menembusi perairan Gaza hingga selamat sampai pesisiran pantai Palestin. Elok simpan sahaja kapal selam tersebut untuk pameran di muzium untk tatapan generasi masa hadapan tentang kekuatan ekonomi ketenteraan negara. Eloklah semua penderma budiman mengumpul dana untuk membeli sebuah atau 2 kapal selam yang mampu melaksanakan tugasan yang murni tersebut. Bukan mahal sangat pun sebuah kapal selam jenis Scorpene buatan Perancis berkenaan. Jumlah keseluruhan pembayaran setelah dicampur komisyen 114 juta euro (150 juta US dollar) kepada agen pembekal kapal selam tersebut Perimekar hanyalah 1.1 bilion US dollar SAHAJA. Murah bukan? 


 
God damn it. Isreali troops are damned bastards. Are they humans after all? Hey, there must be a way or two to get through their siege. Time to ruffle a few feathers. With both the West Bank and Gaza Strip were allotted to the Arab state under United Nations Partition Plan of 1947, but the West Bank was occupied by Jordan and the Gaza Strip was occupied by Egypt after the 1948 war. In 1950, Jordan annexed the West Bank, but this was recognized only by the United Kingdom. (see 1949 Armistice Agreements, Green Line). Damn. The Palestine were the victims of that Arab-Israel conflict. They who now living in Gaza are seeking for basic help just to survive.


2 comments:

  1. Bagus jugak idea tu, kalau hancur semua kena tembak dek "zainis isril" tu...dapat pahala syahid kan,kan,kan?

    ReplyDelete
  2. Masalahnya boleh kapal selam Scorpene yg baru beli menyelam jauh sedalam dia mampu? Kalau tak boleh selam hanya timbul di permukaan laut memang ari nahas la.

    Syahid tu patut dah niat semua mereka yg pergi sana. Kalau saja-2 sukarela nak cari pengalaman tu bagus la tapi dia kena ambil risiko diserang & sanggup mati untuk menjayakan misi. Kalau niat nak kena tahan & dihatar pulang untuk disambut seperti sorang wira negara baik la jangan pergi...cari dosa saja gitu...hehe

    ReplyDelete

Comment as you like... Tulislah seikhlas hatimu!