03 June 2010

KJ Lebih Berani Melawan Israel daripada Ulamak ...


KJ telah merakam sejarah dengan mengatasi & mendahului para ulamak baik pro-kerajaan & pro-pembangkang, dengan menyeru semua orang Islam berjihad melawan kekejaman Israel. Cara ini, beliau pantas menunjukkan karektor sebenar beliau sebagai pemimpin yang disegani kawan & lawan politik beliau. Kecekapan, kesungguhan, keberanian, semangat beliau yang tinggi telah diterjemah dalam penyertaan beliau dalam demontrasi anti-Israel. Bertuah sungguh Pemuda UMNO mempunyai seorang pemimpin muda seperti beliau yang menjadi idola & ikutan generasi belia Melayu pada hari ini untuk mencuba cabaran demontrasi jalanan yang sebelum ini hanya sanggup ditempuh oleh rakyat yang tidak hormat perintah polis, dikatakan gila kuasa & berkepentingan sendiri.


Kini kesudian beliau bersama penyokongnya untuk 'turun padang', bermandi peluh, memekak, terpekik terlolong menghasut rakyat supaya membenci jenayah Israel adalah amat dihargai & dipuji umpama "Hero of the day". Beliau telah membuktikan kepada Pemuda PAS latihan ketenteraan yang beliau hadiri di sebuah kem Wataniah baru-baru telah menzahirkan semangat jihad yang tinggi untuk membela agama, bangsa & negara. Begitu ulasan pemerhati bebas akan gelagatnya di sekitar tempat beliau berdemo tempoh hari.



Serius? Harapan penulis mereka tidak tersilap orang. Kerana dikhabarkan Mr. Bean telah cuba dipadankan untuk menjayakan watak seorang hero kung-fu dalam Ip Man 2. Mungkinkah KJ lebih perkasa & tinggi semangat jihadnya daripada Ustaz Nasha al-Bachok & Ustaz Hj. Nasrudin bin Hj. Hassan At-Tantawi? Beliau, dikhabarkan oleh sumber yang tidak boleh dipercayai, mungkin menyeru ribuan pengikut beliau & menggerakkan Pemuda untuk mati syahid, berjihad & bertempur dengan askar Israel dan Zionis dalam masa terdekat ini? Ini sekaligus menyangkal beliau hanya berkata kosong sahaja & tidak berani bertindak sebagaimana sindiran seorang ulamak (mufti) tersohor negara, baru baru ini. Beruntung Pemuda UMNO mempunyai kapten yang sebegitu berani.  Sebaliknya, Ketua Pemuda PAS yang dikatakan telah melarikan mengelakkan diri daripada bertempur dengan askar Israel dengan hanya menghadiri & mengutuk Israel di Persidangan Belia Islam di luar negeri? Adakah ini benar?  


Angin juga menyatakan beliau dan Pemuda UMNO sedang mengumpulkan harta dana & menyusun daun strategi pertempuran yang efektif dalam beberapa hari ini untuk membeli segala kelengkapan & kekuatan ketenteraan daripada sekutu Israel iaitu USA dengan pertolongan APCO? DS Najib telah memalu gendang perang & memperkenan serangan dilancarkan segera. Kapal selam yang baharu dibeli iatu Scorpene akan membantu taktikal peperangan tersebut dengan timbul di permukaan laut demi menghalang kemaraan bot-bot laju maritim & tentera laut Israel yang dijangka akan takut dengan kelibat Scorpene tersebut. Jika semangat sebegitu dapat dipamerkan, pastilah askar Israel yang kejam tersebut akan menghadapi masalah. Penulis sebagai rakyat hanya mampu berdoa agar beliau & Pemuda UMNO & lain-lain pemimpin akan mencapai kemenangan dalam membuktikan mereka adalah layak digelar sebagai juara rakyat & pejuang Islam yang sanggup berkorban nyawa demi Islam & rakyat Palestin yang tak berapa berdosa tersebut. Pastinya pemimpin sperti KJ yang bijak & beriltizam tinggi akan sentiasa memenuhi aspirasi agama & rakyat. Dikhabarkan beliau telah banyak mencurahkan jasa & pengorbanan kepada semua rakyat di kawasannya, di Rembau. Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment

Comment as you like... Tulislah seikhlas hatimu!