06 August 2010

Akhirnya, Aku Akur akan Pentingnya Melayu-Islam Bersatu, Berpadu ...


Tajuk bajet bagus. Perpaduan Melayu-Islam? PAS-UMNO? Hehehe....Bukan. Perpaduan Melayu-Islam hanya akan berkesan setelah setiap insan Muslim Muslimah dapat keimanan yang tuntas dan juga mengamal ajaran Islam dan meninggalkan laranganNya sebaik mungkin. Sebenarnya penulis mengajak sesiapa yang Melayu-Islam yang membaca entri ini marilah kita semua umat Melayu-Islam bersatu dalam meraikan kedatangan bulan penuh rahmat dan keberkatan iaitu Ramadhan kali ini. Banyakkanlah ibadah sunat, bertaubat, menghidupkan amalan qiam di malam Ramadhan. Ibadah fardhu sudah tentulah wajib kita semua kena buat. Tak payah susah-susah penulis ajak hal itu.  
 
Marhaban ya Ramadhan. Dikau dirindui sekelian umat Muhammad s.a.w. dirindui oleh para abid. Ditangisi bila kian penghujung dan sentiasa diharap kembali setelah dikau pergi.   

Sesungguh dalam penghidupan kita di dunia ini ada syurga - iaitu kebahagiaan mutlak - bukan keseronokan - syurga dunia yang hanya dijumpai orang-orang yang terpilih oleh Allah s.w.t. yang tetap di jalanNya. Malang sekali mereka yang tidak menjumpai syurga itu pastinya tiada baginya syurga di kampung abadi di sana.  

2 comments:

  1. hehehe...jom berkiam kat masjid bukit candan bersama hanz dan jin-jin Islam kat situ...semoga mendapat fadhilat beribadat di malam lailatul qadar...

    ReplyDelete
  2. mari kita bersatu hati mengimarahkan masjid bulan Ramadhan ni... insyaAllah...bahagia kita sini hingga ke sana.

    Jemputan perpaduan ni tak terhad kepada ahli & penyokong UMNO saja, malah jin-jin Islam, bunian, khadam-khadam pun dijemput sekali...hehe

    Oh cpj tahu ye cerite ada jin-2 Islam kat masjid atas bukit tu...tu belum kot dengor cerite Hang Tuah & kengkawan dia duk sekali mesyuarat (& qiam??) dalam tu?

    Hehe

    ReplyDelete

Comment as you like... Tulislah seikhlas hatimu!