05 August 2010

Perpaduan Melayu = Tikus Kencing, lah


Tak ada maknanya. Apa sebab? Ada banyak sebab boleh diberikan. Antaranya, sila anda rujuk artikel ini. Pancing? Jerat? Agenda terselindung. Kepentingan pihak tertentu. Biasalah itu. Adatlah permainan politik untuk kelangsungan. Siapa? Tahu bukan? Tak tahu sendiri cari. Kebenaran dan ilmu itu dicari, didatangi. Fikir-fikirlah. Gunalah mata. Guna telinga. Guna otak. InsyaAllah kita akan mendapati hidayah petunjuk kebenaran ilmu dan kejayaan di sisiNya. Namun, jika hati anda kita benak, otak pun bengap lagi senget, mata sudahlah buta, telinga pula pekak maka jadilah mayat hidup sahaja. Tiada gunanya anda kita menjadi manusia sebegitu jika sekadar menumpang, menyusahkan dan menyesakkan muka bumi yang kian tenat dengan masalah itu dan ini.

Wabak kencing UMNO tikus sangatlah mengancam nyawa manusia. Apabila negara kediaman atau alam sekitar kita seperti panorama tepian pantai dan sungai kita berubah menjadi lesu angkara kotoran buatan manusia durjana lalu ia tercemar. Kotor. Lambakan sampah sarap hasil kerja tangan-tangan dan otak senget manusia durjana, maka sekalian manusia lain yang 'tidak berdosa' pula akan terkena tempias bahananya. Sedangkan 'keadilan hukuman' sepatutnya dijatuhkan khas kepada pesalah yang berakhlaq dan bermoral sama keji dengan binatang kotor itu. Tikus.  Si pengotor.  Apabila manusia durjana sesuka hati membuang anak haram sampah alam tercemar. Sistem ekologi tergugat.  Kegiatan ekonomi terjejas. Rugi. Nyawa akan melayang. Pergi. 

Sungai-sungai adalah sumber air kita yang 'tidak berdosa'.  Bila ia tercemar dan kotor, ini hanya mengundang makhluk Allah, si tikus, bertamu dan kencing sana sini. Parahlah. Wabak melanda. Nyawa manusia 'tidak berdosa' akan juga terancam. Si pengotor sudah pun 'cuci tangan dan kaki' daripada hal ini kerana dia sendiri telah 'bersih dan menyucikan diri'.  'Perpaduan' antara manusia durjana dengan tikus-tikus selaras kehendakNya. Kitaran alam semulajadi? Sunnatullah pastinya. Dosa mereka, si pengotor, tidaklah tertanggung pula oleh para tikus pengotor yang kerdil itu. Lalu tikus-tikus suka ria berlari ke sana ke mari, berenang kuak bebas dan kencinglah mereka merata-rata untuk menghukum manusia lain yang 'tidak berdosa'. Zalim? Dunia seakan kejam, bukan?


Please ask Mr. Adolf Hitler that question...no, no, not that Hitler, son of Zami, mind you.

Mungkin ayat Al-Quran, surah Ar-Rum : 41 menjawab soalan di atas.


 

No comments:

Post a Comment

Comment as you like... Tulislah seikhlas hatimu!