19 February 2012

Hassan Ali-son Sebijik Ektremis Agama.. Atas Nama Allah (Islam), Melayu & Raja (IMR).. Konon!! F*** off to fallacy!


Sejak berzaman sehingga akhir waktu bila mana dunia & seisi alam ciptaan Allah s.w.t. ini punah akan sentiasa ada pihak tertentu di antara kita (mungkin termasuk penulis & pembaca blog ini), sama ada secara sengaja atau tidak telah & akan memanipulasi keadaan bersandar kepada tagline "Dengan Nama Allah (Islam, Rasul, Melayu, Raja dan sebagainya)". 
Baca di SINI dulu.

Manipulasi oleh si penipu (impostors) ini bukanlah ikhlas kerana Allah, kerana sebenarnya mereka hanya menyamar berlindung dengan nama Allah atau Islam. Ini hampir berlaku di mana-mana sahaja dan di dalam pelbagai cara. Di surau atau masjid atau di mana sahaja, di acara ceramah atau di majlis ilmu atau khutbah Jumaat kita umat Islam muthahir ini sering sahaja didendangkan doa-doa oleh penceramah jemputan. Tempat di mana umat sepatutnya berdoa dengan memuja dan pemuji Allah sebagai Tuhan seluruh alam telah bertukar bacaan doa atau 'zikir'nya kepada meratib doa menyampu, memuja dan memuji pihak pemerintah - kerajaan dan sultan.

Menjadi kesalahan apabila berlimpahan doa untuk penguasa, raja dan sultan dengan hiasan madah kata puja dan puji seakan darjat kemuliaan mereka itu sama tinggi dengan ambiya para Rasul & Nabi Allah. Doa mengampu disusun sebegitu rupa khas untuk sang penguasa negara & negeri, untuk para sultan dan raja serta keturunannya sedangkan mereka, si ulamak (atau mufti) ini, bukan tidak sedar realitinya mereka di atas itu hampir semua adalah perasuah, perembat harta rakyat, bermewahan dengan istana, kereta dan harta sedangkan rakyat bawahan menderita airmata. Doa yang dikarang oleh 'orang agama' ini - si ulamak atau mufti - untuk rakyat sekalian terutama yang susah lagi miskin hanya secebis, atau, tiada langsung diberi ruang.

Hal ini mungkin bukan terjadi atas permintaan sang penguasa atau raja umat itu tetapi idea ini diolah oleh ‘sang berjubah agama' yang mempunyai agenda hidupnya yang tersendiri. Inilah yang berlaku di seluruh dunia ‘berjubah agama' tapi bertujuan jelik yang lebih menjurus kepada kepentingan mereka sahaja. Berdoa umpama "syair syaitan" sebegini ini akan hanya melalaikan para pemerintah yang berkuasa daripada prioriti utama mereka iaitu melaksanakan kepentingan awam.

Orang-orang agama ini selalunya mendapat upah gaji yang lumayan dan perkhidmatan yang istimewa, mereka berjubah yang jauh lebih hebat dari segala ulama yang terbilang dahulu, tetapi sekadar berperanan untuk membaca doa yang puitis untuk sang penguasa di singgahsana dan mereka juga mengeluarkan fatwa yang meredhakan perbuatan penguasa dan raja umat Islam. Kegerunan mereka kepada kehilangan jawatan, kuasa, pengaruh, keistimewaan yang sedia ada pada mereka adalah jauh lebih hebat dari kegerunan mereka  apabila sanggup berbohong dengan putar-beli dalil dan hukum Tuhan.

Justeru, kita lihat di dalam lipatan sejarah silam dan sepanjang sejarah hari ini, begitu ramai penguasa, raja dan sultan berserta keluarga dan kerabat mereka walaupun mereka sangat buruk tingkah laku, berketamakan harta dan kuasa serta berlaku zalim terhadap hak rakyat mereka, masih juga mereka terus berasa di singgahsana malah selesa di situ hanya kerana adanya 'orang agama' yang menjadi penasihat agama penguasa yang sebenarnya berlidah biawak dan berpakaian 'jubah agama' demi untuk membodek penjenayah, penyangak, penjenayah yang berada di puncak kuasa tersebut.



Keadaan bertambah parah apabila adanya para ulamak (holier than thou) atau orang 'tampak alim' seperti Hassan Ali-son yang hakikatnya begitu jahat ini berani pula memanipulasi keadaan untuk mempengaruhi orang ramai untuk menyokongnya aspirasinya. Khususnya dalam bidang politik dan diplomatik antarabangsa. Kejahatan mereka ini mempergunakan ayat-ayat cinta yang mempersona hanya mengakibatkan ramai orang menjadi mangsa keadaan, terkeliru, terpedaya, diperbodohkan, diperkudakan, di'kambinghitam'kan untuk kepentingan individu atau organisasi tertentu.

Pelbagai slogan mempersona direka untuk bermadah yang hampir semuanya mirip ayat "Atas nama Allah", Demi Islam", "Demi Melayu", "Demi Raja dan Sultan Melayu" dan sebagainya. Mereka sanggup mempertaruhkan nyawa orang awam atau penyokong atau pengikut mereka supaya berjuang atau berperang untuk mereka. Sedangkan mereka itu sentiasa bebas dan terlepas daripada apa-apa kritikan dan hukuman. Hingga Islam agama Allah pula yang mendapat nama buruk akibat kelicikan strategi mereka. Maka tidak hairanlah ramai umat Islam sendiri malu hendak mempertahankan akidah mereka atau ramai orang bukan Islam membenci, ragu-ragu dan takut terhadap orang Islam atau apa jua aktiviti anjuran Islam (Islamphobia). Label pengganas, extremis agama yang membunuh sesama manusia atas nama Allah menjadi stigma masyarakat dunia. Jihad pula kini dipandang sepi oleh umum akibat adanya pejuang umat Islam sentiasa tersalah langkah sehingga melanggar batas-batas etika perjuangan Islam yang berlandaskan akidah dan akhlak terpuji.

Apa jua bentuk pembunuhan - genocide, politicide, ethnic cleansing, democide - adalah kejam, tiada peri kemanusiaan dan perlu dihindarkan dilakukan atas kapasiti perjuangan "Atas nama Allah". Kejadian perang atau pembunuhan beramai-ramai ini (atrocious things) hanya memalukan kita umat Islam sahaja. Kecuali dilakukan oleh mereka yang tertindas hak mereka dan sememangnya mereka tampak berkarektor lagi ikhlas kerana Allah maka pejuang jihad sebegitu kita doakan mereka kemenangan dan pahala syahid jika terkorban.



Semua kita harus bimbang jika ia terjadi kepada diri sendiri dan di kalangan umat Islam sebagaimana pernah diamarankan oleh Nabi S.A.W:


 "Apa yang paling aku takut terhadap kamu ialah orang munafik yang petah lidahnya" 
(Riwayat Ahmad, sahih)

Take the heed!! Now listen to this tune & learn the lesson.

Hypocrites are working hard
Behind camouflage
Claiming they’re down with the cause
But I accuse these criminals with sabotage
Surveillance-ing the spread of Islam 
Straight up espionage
Telling us they have the key to paradise
It’s all a mirage

These fake Islamic leaders
Wrapping the headbands of  La-ellaha-ella-lah
Around innocent Muslim believers
They want us to blow ourselves up 
Into thousand pieces

Brainwashing our Ummah with lies
Making them run into mines
So they can watch them die
Selling weapons to 

The opposite side
Claiming we’re fighting Jihad
They’re taking us all for a ride
Playing on both side
They been raping and killing

p/s:


What worries us Muslims most that these days knowing the fact that they who mutilate this religion of Islam is not so much of heavenly-guided followers in Islamic paradox or fundamentalists. But it is down to the fault of those scumbags, are they impostors who have their own hidden agenda and undoubtedly dangerous men in form of extremists who lest susceptible of being affected emotionally to do things the wrong way.


Gua susah mau cakap la apa lagi .. (sigh!!!)  Orang pandai cakap ni boleh wayang macam -macam i.e. beriya riya dia nak I(slam),M(elayu),R(aja) la, menangis meraung-raung la. Tentu saja dia boleh tipu sama orang kita .. jadi lu baca lu sendiri mau ingat la ... Kita kena paham itu ajaran Islam sebaik mungkin. InsyaAllah kita tak akan tertipu. Selamat. Merdeka. 



6 comments:

  1. bro...cuba baca mingguan malaysia arini...asan ali kata...dia ngn kawan2 dia dah bekerja keras tiga bulan untuk agenda JATI....3 bulan?...wtf....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Keliru dgn hala tuju mereka yg bergelar ulamak. Apa yg mereka perjuangkan? Di satu pihak mereka mengata perkara itu kufur dan di satu pihak pula mereka mengatakan ianya tidak. Mereka berani mengatakan itu kufur kepada rakyat tapi tidak kepada raja2 dan pemimpin mereka. Tidak menjadi satu kekufuran bila yg melakunya berpihak kepada mereka tapi kufur bila ianya berlaku kepada mereka yg tidak di memihak kpd mereka. Maka rakyat marhaen terus hanyut dlm kehidupan. Gua tujukan kepada semua mereka yg bergelar ulamak tak kiralah dr belah mana pun. Layak ke dosa dgn Allah di ampunkan oleh seorang manusia?.

      Delete
  2. Welcome to Anon & bunbinban.. me guess u r all new ere... tolong bagi teguran kat gua bila masa gua tersilap atau sengaja silap...ok? Anytime!

    Kapla JATI tu hari kata depa tak mau masuk bab politik sebab JATI ni NGO saja. IMR konon! TAPI biasa la, si Hassan yanky Ali-son, ni dia cakap apa hari tu gamaknya dia sendiri pun lupa, orang tetap ingat lagi. IMR konon, tapi gua tengok tak nampak ikhlas pun untuk IMR melainkan for his own f*** sake!! Fallacy!

    Orang macam ni byk kat luar sana.. even in PAS. Shame! Kita kena la jaga-2 & pandai menilai : mana 1 kaca, mana 1 intan permata!? UMNo langsung byk hipokrit harus ada over 80%.. ciput aje UMNO members & followers ikhlas untuk Allah & IMR. Depa tu selalunya jenis boleh pikir panjang, gentlemen, tak mau gasuh hal kecik2 ni, boleh bawak runding kalau hal tu memang hal penting untuk umat.

    Dosa kita ni kdg-2 dapat sebab orang lain buat mungkar/fasakh. Dosa apa pun kita tanggung sendiri. Maka eloknya kita mintak ampun terus sama Allah, Yaa Ghafurrur Rahim, tak kira kita berdosa sama Dia atau sama manusia lain. Ulamak boleh bagi heaven-guided advice saja... dia pun ada dosa dia. Jadi kita tak payah la hormat ulamak sampai tahap dewa pulak... sampai bila jumpa sorang alim (ulamak) kita pegi cium kaki dia ker, telan air liur jampi dia ker, et al.

    Ulamak politik pun bila dia betui kita ikut la dia (sokong, undi). Kalau ulamak neutral tu kita tengok jugak la dia tu lalang perosak umat ker tak. Macam ustaz Kezim Alias tu sah la lalang macam YB Zaharin..dulu sokong PAS kutuk UMNO la dia kutuk PAS pulak TAPI tak kutuk hal UMNO yg dia tak suka dulu. APA halnya. Mana adil? UMNo bila masa dah insaf & tak buat silap yg dulu dia buat? Nak tibai tolong berani tibai 2 2 pihak...jangan main wayang untuk tunjuk konon dia pejuang IMR.

    Jangan la kita ikut ustaz perosak umat mana2. Kalau dia memang suka PAS ok cakap saja hal PAS di majlis PAS. Kutuk UMNO bila di majlis PAS saja. Elak kutuk UMNO di masjid, surau & tempat yg neutral. Melain indirect..berkias. Tak kisah la dia tu sapa, ustaz Azhar Idrus ker Kezim Alias gua tak kisah. Janji jaga ustaz tu sendiri jaga akhalak seorang yg berstatus alim ulamak.

    ReplyDelete
  3. Salam Yob, tu kaa maksud IMR? Dalam sehari dua ni akak nmpk acronym ni merata-rata...ingatkan Institute of Medical Research (IMR) tmpt older sister akak dulu kursus! Ha ha ha another lidah untuk parti Melayu tu...sebab lebih 54 tahun agenda deme Melayu, Melayu, dan Melayu jer.

    ReplyDelete
  4. Deme tu pesyen ghope tu...Janji dapat kuase macam-2 slogan, doktrin IMR ler ape ler...TAPI dah ade kuase lebih 50 tahun pun tak reti2 nak buat kroje elok-elok i.e. buat sesuatu supaya ramai (if not all) orang Melayu tak la melarat di bumi sendiri. Ramai melayu masih miskin, susah tapi hanya beberapa kerat saja dapat dibantu. Bukan saje di Klate di kota raya juga ramai filthy gelandangan, homeless, jobless akibat tekanan hidup. Tu baru bab ekonomi. Yg deme buat tu tak cukup efektif secara total. Dah 50 tahun masih masalah seghope aje. Selaghi deme berkuase masalah ni tak boleh selesei nampaknyer.

    Belum bab akdah, iman Islam orang kite ni. Yang hanyut sebab kaye sesangat pun ade... yg sebab dibok sesangat sampei tak ingat akhirat pun ade... iskhhh... Semua ni nakkan kroje yang efektif... kuase Melayu ade tapi macam takde maknenyer aje selame hari ni tu pasei bertambah teruk masyarakat kite.

    Kuase bukan segalenyer nampak gayenyer.

    ReplyDelete
  5. ralat: yg sibok sesangat....yer akak yer!

    Pada awak ler ade Raje ker Sultan pun bukan boleh kite tumpang senang pun... sekupang pun tak jeru!

    ReplyDelete

Comment as you like... Tulislah seikhlas hatimu!