I’m a bit of a rebel as I hate INJUSTICE. Together we help to build a better nation by criticising any wrongdoings or bad governance, mismanaged by today's BIGOTS who're at the reign! I and many more out there are adamant in GOOD GOVERNANCE, SHREWD LEADERSHIP, INTEGRITY and JUSTICE !!
18 November 2010
English language can drive us crazy, eh?
29 September 2009
Killing it softly ... end of!
13 September 2009
Pergi Jahanam sama Penangguhan PPSMI
Gapena mendesak kerajaan pusat pentadbiran BN memansuhkan (to scrap) PPSMI sebelum penggal persekolahan bermula Januari 2010. Ketua Pengarahnya, Tan Sri Profesor Emeritus Ismail Hussein menyatakan tahun pemansuhan PPSMI pada tahun 2012 seperti yang diumumkan oleh Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, hendaklah disemak semula (be revised) dan berharap penggunaan Bahasa Malaysia sepenuhnya pada tahun hadapan ini juga. Penangguhan pemansuhan atau 'soft-landing' berkenaan tidak mungkin dapat menyelamatkan keadaan yang semakin parah dan kian ramai pelajar yang akan gagal dan merosot pencapaian peperiksaan kerana kelemahan sedia ada dalam penguasaan bahasa Enggeris (English).
Satu kajian mendapati PPSMI hanya berjaya meningkatkan 4% penguasaan bahasa Inggeris tetapi sebaliknya mengurangkan minat untuk mempelajari Sains dan Matematik. Kajian 53 pakar bahasa itu, merumuskan dasar kontroversi tersebut "Menimbulkan kerugian berganda kepada kepada murid, terutama kepada 75 peratus murid yang tergolong dalam kategori (pencapaian) sederhana dan lemah dalam tiga mata pelajaran terbabit, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik."
Terdahulu berbelas ribu orang menyertai demonstrasi membantah PPSMI dengan berarak ke Istana Negara. Ia didukung Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) yang diketuai oleh Datuk A Samad Said dan Datuk Dr Hassan Ahmad. Kesemua lima Sasterawan Negara yang masih hidup menolak dasar ini yang sekali gus mencipta rekod sejarah golongan budayawan menentang dasar kerajaan tersebut termasuk Prof. Muhammad Hj. Salleh dan Anwar Ridhwan . Kebanyakan cendekiawan antaranya Profesor Diraja Ungku Aziz termasuk golongan sasterawan dan juga budayawan menyatakan penentangan kepada dasar PPSMI. Pak Samad menegaskan perjuangan mereka adalah untuk melestarikan bahasa Melayu.
Antara resolusi mereka ialah Malaysia seharusnya mencontohi sistem pendidikan negara Scandinavia, Belanda, Belgium dan Switzerland yang rakyatnya boleh berbahasa Inggeris dengan tidak mengabaikan bahasa ibunda. Beberapa masalah yang dihadapi Malaysia bukan berpunca daripada penguasaan bahasa Inggeris. Terdapat banyak negeri yang pernah dijajah oleh Inggeris yang menggunakan bahasa itu sebagai bahasa pengantar di sekolah tetapi masih tidak cemerlang dalam pentadbiran, ekonomi dan ilmu. Sebaliknya di Malaysia yang menggunakan bahasa Melayu sekian lama sebagai bahasa kebangsaan telah membawa kita jauh maju di dalam dunia industri, sains dan teknologi.
Tokoh akademik, Profesor Diraja Ungku Aziz berkata, keputusan memansuhkan PPSMI adalah suatu yang sangat tepat dan memuaskan hati semua pihak. Malah langkah ini juga ke arah mewujudkan perpaduan menerusi penggunaan satu bahasa iaitu bahasa Melayu sebagai hubungan antara kaum. “PPSMI sebenarnya adalah satu kesilapan kerana kita mampu mengajar matapelajaran sains dan matematik dalam bahasa Melayu. Universiti Malaya telah melahirkan banyak pensyarah dalam pelbagai bidang dengan menggunakan bahasa Melayu,” tegas Ungku Aziz ketika diwawancara oleh Mingguan Malaysia.
Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin turut sama (baru nak terhegeh-hegeh) mempertikaikan dasar tersebut dengan memberi amaran "Jangan jadikan pelajar bahan ujian" dasar yang "Jelas mempunyai pelbagai kelemahan ketara." Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman pula berkata "Salah, tidak beretika dan tidak rasional jika dasar pendidikan negara diputuskan melalui prasangka, emosi, persepsi dan andaian individu-individu tertentu yang tidak mempunyai kepakaran dalam bidang pendidikan sebenarnya.".10 July 2009
GMP 1 UBN 0 ..leading 1 gol
Tindakan pemansuhan PPSMI ini walaupun dilengahkan pada tahun 2012 adalah hasil dari kempen berterusan dan perjuangan yang dilakukan oleh pihak pejuang bahasa, pakar pendidikan, pengkaji, ibubapa pelajar, badan-badan bukan kerajaan (NGO), parti politik seperti PAS dan pelbagai lapisan masyarakat.
Keputusan pemansuhan ini dilaksanakan setelah ratusan (ribuan?) juta RM wang rakyat dihabiskan untuk melaksanakan satu dasar yang tidak mengalami proses kajian dan perbahasan yang teliti, di samping ianya adalah merupakan satu ujikaji yang akhirnya mendatangkan kesan yang buruk kepada generasi anak-anak.
Para pengkaji dan ibubapa juga sebenarnya telah menilai prestasi pelajar dan jurang pencapaian matapelajaran Sains dan Matematik yang semakin melebar di antara pelajar luar bandar dan di kawasan kosmopolitan.
ulasan berita daripada perseptif pengulas sukan (hanz):
Dari awal lagi sejak tiup mula wisel pasukan GMP sudah menyerang bertalu-talu kubu UBN yang dibarisi oleh bintang-bintang (dan binatang-binatang?) yang tersohor seperti Naji-alantuya, Muhyidey, Hishamoody. Sedangkan barisan underdog GMP hanya terdiri daripada veteran pejuang bahasa, politikus PR sahaja. Muhyidey bermain sebagai striker solo (alone striker) dalam formasi yang pelik (tak pernah dibuat oleh Sir Alex) iaitu 7-2-1. Nampaknya mereka bermain secara bertahan (defensive) dan, secara taktikalnya, mengharapkan serangan balas sahaja & jika begini peluang untuk menang adalah tipis.Agak mustahil.
Naji-alantuya agak lembap permainannya selepas menggantikan Dr.M setahun lalu. Naji-alantuya yang kelihatan hebat dengan senyumannya, tidak dapat pun mengatur sebarang gerak bahaya & mahu pun lorongan yang baik kepada rakan sepasukan. Sepatutnya sebagai pemain nombor 1 UBN di padang beliau harus bijak merencana gerakan taktikal dan mengarah rakan sepasukan memberi tentangan bermakna kepada pasukan GMP. Beliau hanya asyik membetulkan rambutnya dan melambai-lambai tangannya kepada jutaan penonton yang semakin tidak mengendahkannya. Yang menjadi tanda tanya peminat ialah mengapa kapten UBN Rosma tidak diturunkan untuk perlawanan sepenting ini? Adakah beliau masih membeli belah di London atau berada di konsert amal? Adakah beliau tidak sihat? Adakah beliau dihantui roh sepolan?
Perlawanan yang bermula sejak 2003 ini begitu mendebarkan dan pada 2008 ia semakin hangat kerana disemarak dengan sokongan padu rakyat seluruh Malaysia yang hadir memberi sokongan. Kedengaran AT berteriak mencemuh UBN dan beberapa pemain GMP terutama Y.B Tuan Guru Hj. Abdul Hadi & Ustaz Nasha. Dia yang memakai jersi merah Red Devil (sesuai ler tu dgn perangai dia ..hehe) dengan nama 'Owen' tertera di belakang jersi. Manakala penyokong pasukan UBN yang tidak berapa ramai itu, sedang asyik bercakap sesama sendiri mengenai ekonomi negara (konon), rasuah yang perlu diberi untuk projek-2 kerajaan, percutian dan sebagainya tanpa sedikit pun memberi tumpuan kepada permainan di padang.
Pengadil tidak pula kelihatan. Mungkin dia masih dikuarantin akibat jangkitan selsema babi. Tiba-tiba tanpa disangka penjaga gol UBN Hishamoody tertewas. Beliau yang terpinga-pinga mengkaji kenyataan kebenaran GMP hanya melihat bola masuk ke jaring apabila 'striker' GMP Dato’ A. Samad telah menjaringkan gol...."GOOOOOAALLLLL" hasil rembatan padu (screamer what a beauty?) daripada tengah padang. Pak Samad, gelaran yang diberi oleh penyokongnya kelihatan ceria & berlari ke sudut bendera seterusnya melakukan somersoult 3 pusingan ala gimnastik sambil memberi gaya (pose) istimewa kepada jurukamera yang kini berlari mengejar mendapat foto Pak Samad meraikan detik cemerlangnya.
Kapten GMP Dato’ Dr Hassan Ahmad, Dr Shaharil Mohamad Zain, Prof Emeritus Abdullah Hasaan, Prof Emeritus Dato’ Nik Safiah Karim telah bermain dengan cemerlang sepanjang perlawanan dan merekalah sebenarnya menguasai perlawanan dengan kemahiran,baca perlawanan yang tinggi sambil menetapkan tempo perlawanan sehingga UBN lemah dan hanya mampu bertahan dan menunggu pengadil meniup wisel menamatkan kesengsaraan mereka. Y.B Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Y.B Dato’ Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang, Y.B Lim Kit Siang juga menyumbang sesuatu kepada perlawanan tetapi "hero of the day" adalah Pak Samad. Beliau walaupun matanya masih merah & pedih akibat ditembak air asid pedih mata oleh FRU tempoh hari semasa berdemo jalanan, beliau masih bertenaga dan bersemangat memberi yang terbaik untuk memenangkan GMP.
Begitupun perlawanan dilanjutkan ke waktu kecederaan (sapa cedera entah? sakit hati kot?..hehe) untuk 3 tahun lagi sehingga 2012. Penyokong UBN telah mula mengosong stadium untuk pulang merawat duka. Penyokong GMP bersyukur & gembira meraikan gol pendahuluan...kelihatan AT menggamatkan keadaan dengan meluru masuk ke padang seperti lagak penyokong fanatik & 'hooligan' di England..nasib baik dia masih waras & berpakaian lengkap. Dia tak sempat masuk padang kerana cedera siku. Dia terjatuh semasa melompat papan iklan tepi padang lalu ditahan untuk siasatan lanjut oleh Menteri Dalam Negeri.
28 June 2009
PPSMI memang bersalah ... banyak masalah
Prof Diraja Ungku Aziz dalam ucapannya di kolokium mengenai PPSMI anjuran sebuah NGO di Shah Alam baru-baru ini, menyifatkan masalah dalam sistem pendidikan berlaku disebabkan terlalu banyak kompromi pemimpin politik.
"Banyak pemimpin politik luar dan dalam kabinet tentu hendak mencari kompromi. Orang politik suka berkompromi. Bila banyak komporomi, dia tidak boleh berpikir dengan rasional. Tambahan lagi, orang politik hendak cepat. Bagi saya, jalan singkat tidak ada," katanya yang kerap bercerita dan berjenaka dalam ucapannya. Ungku Aziz menegaskan, tindakan kerajaan memperkenalkan PPSMI enam tahun lalu sebagai "tindakan gila" kerana Matematik menggunakan "bahasa simbol" – melalui angka, nombor dan penggunaan rumus tertentu. "Apa bahasa matematik? Bahasa simbolik, angka, semua simbol. Matematik ini bahasa simbolik. Kalau pilih bahasa Inggeris untuk belajar Matematik, (itu tindakan) gila. "Kalau hendak belajar bahasa Inggeris dengan bahasa matematik, bagaimana boleh belajar?" katanya di hadapan 150 pendidik sekitar Selangor. Selain menyokong saranan Pembina supaya PPSMI dimansuhkan di semua peringkat, Ungku Aziz mencadangkan masa pengajaran bahasa diajar secara tetap tiga hingga empat jam seminggu, selain menggunakan kaedah pembelajaran terkini. "Masa untuk belajar bahasa tidak cukup. Itu kunci kepada semua sekali, perkara pokok sekali. Dalam sistem pembelajaran di sekolah rendah, menengah dan universiti, masa untuk belajar bahasa itu diberi sedikit sahaja. Pendekatannya pun salah. Banyak orang (pemegang) PhD bawa teori lapuk sepuluh tahun lalu. Dia lupa, apa dia belajar dulu orang lain sudah tukar (hari ini)," katanya. Pembina pertama kali mengedarkan dan membentangkan kajian PPSMI mereka kepada umum hari ini. Dokumen itu pernah diedarkan kepada peserta Kongres Melayu ke-2 penghujung Mac lalu di Wisma Sejarah, Kuala Lumpur.Selain laporan itu setebal 200 halaman, dua lagi kajian berhubung pelaksanaan dasar kontroversi itu yang dihasilkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) turut dibentangkan.
17 June 2009
Hidup ni biar jadi orang (berguna) ...
23 May 2009
Kempen sejuta poskad mansuh PPSMI
Menurut setiausahanya, Hasni Abas, kempen terkini membantah dasar pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) itu diharapkan terus menggemblengkan bantahan rakyat, sebagai kesinambungan kepada demonstrasi 7 Mac lalu.
Katanya, GMP berharap, pelaksanaan kempen itu - dinamakan "Sejuta Poskad kepada Menteri Pelajaran" - dapat memandu Muhyiddin membuat keputusan yang betul dengan memansuhkan dasar kontroversi itu.
"Kalau tiap-tiap hari beliau buka pintu, tengok ada poskad (bantahan), takkan beliau tidak terfikir hendak mansuhkan PPSMI," katanya kepada Malaysiakini.
Turut hadir ialah Timbalan Pengerusi GMP, Dr. Shaharil Mohamad Zain; pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau; Ketua Penerangan Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat dan beliau sendiri. Mengulas lanjut, Hasni berkata, kira-kira 2,000 orang menghadiri majlis itu dan seribu poskad telah diedarkan.
Pihak yang ingin turut serta, boleh membeli poskad tersebut dari pejabat Teras Pengucapan Melayu (Teras) - sebuah NGO yang bergabung dalam GMP - di negeri-negeri, dengan harga RM1 sekeping.
Hasni bagaimanapun menafikan pihaknya cuba mengambil kesempatan untuk membuat keuntungan daripada penjualan bahan kempen tersebut.
"Tak ada (buat untung). Kos cetak pun sekeping dah berapa," katanya sambil menjelaskan bahawa buat permulaannya 5,000 keping poskad telah dicetak.
Bagaimanapun, katanya, ia akan dijalankan "selagi PPSMI tidak dimansuhkan" dan "selagi tidak cukup sejuta poskad dihantar".
Awal bulan ini, kerajaan dilaporkan memerlukan lebih masa bagi menilai perlaksaaan dasar itu kerana "keputusan terhadap isu berkenaan adalah kritikal". TPM Muhyiddin juga dilaporkan tidak berpuas hati dengan kajian dan perbincangan meja bulat anjuran kementeriannya sebelum ini. Menurut beliau, dalam sesi perbincangan tersebut, kadangkala pandangan yang dikemukakan tidak berasaskan fakta dan bukti, sebaliknya apa yang dirasai.
PPSMI gagal
Datuk Dr Anwar Ridhwan :
Datuk Dr Anwar Ridhwan agak tersohor dan disebut-sebut sebagai calon Sasterawan Negara ke-10, beliau semakin lantang mempertikaikan dasar kontroversi Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) - hari ini di depan 200 penulis muda dunia sastera Melayu, 'Arah dan Cabaran Penulis Muda' di Perhimpunan Penulis Muda Nasional 2009.
"Adalah suatu ironi dan tragedi apabila bangsa yang sedang berkuasa di sesebuah negara, tidak menggariskan wawasan yang besar dan realistik tentang masa depan bahasanya, sebaliknya meminggirkan bahasanya ke sudut pentas kehidupan utama bangsa dan negara. Jika sesuatu dasar, seperti dasar PPSMI ini hanya memberi faedah kepada segelintir pelajar, tetapi dalam masa yang sama mengecewakan begitu banyak pelajar luar bandar, ceruk dan pedalaman, maka dasar itu boleh dianggap gagal. Para pelajar di luar bandar, ceruk dan pedalaman bukan sahaja tidak dapat mempertingkatkan penguasaan bahasa Inggeris mereka melalui pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik, malah lebih malang lagi tidak dapat menguasai ilmu sains dan matematik yang disampaikan bukan melalui bahasa ibunda mereka. Jika kegagalan itu berterusan, dan dianggap remeh pula oleh kementerian yang berkenaan, maka satu generasi pelajar luar bandar, ceruk dan pedalaman (kebanyakannya Melayu) menjadi mangsa kepada dasar yang tidak adil ini. Akibat kegagalan itu, mereka akan terlepas peluang pekerjaan yang lebih baik. Sejak sedekad yang lalu, masyarakat Melayu pada umumnya meragui adanya rasa bangga (terhadap) bahasa Melayu di kalangan ahli politik Melayu yang berkuasa. Mereka mempunyai pertimbangan lain, termasuk politik, yang dilihat lebih besar dan wahid (pertama) berbanding bahasa bangsanya."
Sebelum ini kesemua lima sasterawan negara yang masih hidup termasuk A. Samad Said, Muhammad Salleh, Datuk Noordin Hassan dan Datuk Abdullah Hussain menolak dasar kontroversi itu - pertama kali gabungan tokoh besar budayawan Melayu secara terbuka dan berani menentang dasar kerajaan.
