I’m a bit of a rebel as I hate INJUSTICE. Together we help to build a better nation by criticising any wrongdoings or bad governance, mismanaged by today's BIGOTS who're at the reign! I and many more out there are adamant in GOOD GOVERNANCE, SHREWD LEADERSHIP, INTEGRITY and JUSTICE !!
Showing posts with label sketsa. Show all posts
Showing posts with label sketsa. Show all posts
17 July 2011
29 June 2011
Berita Sensasi, Hiburan Terkini ...
MAAF .. tiada berita, tiada cerita daripada penulis sejak berzaman. Ha ha ha ..sibuk? Ya juga. Tapi sempat baca & menjenguk alam maya untuk menajam pemikiran!
PAS makin kuat dengan pimpinan baru? Mungkin. Semangat baru daripada old-school. OK nampaknya begitu. Nanti menang jangan belagak tapi terus buat kerja tadbir dengan lebih kemas, cekap, telus & amanah.
UMNO-BN makin kacau? Gila meroyan? Sasau? Biasa la. Tanda nak kalah lagi la tu. Tapi ada tempat dia ada menang. Tak sebanyak dulu dah. Ya, elok juga dia kalah perlahan-lahan, layu, kecut & mati. You deserve to suffer, see before your eyes your own undoing before you die for, right? Karma?
Bagi meraikan (a tad pre-mature?) kita elok la buka meja rundingan untuk kita kongsi apa yang patut. Ide of UG is welcome then! Pasal yang akan kalah pasti akan mengamuk, buat huru hara. Depa ni biasa menang & boleh 'cover' salah depa selama hari ni dengan kuasa & nama. Dah kalah, habis la. Mati la. Ada yang mati mengejut. Eh! Bukan dibunuh atau bunuh diri. Bukan lompat bangunan tinggi. Atau ditolak, ditendang. Bukan bukan! Depa sakit hati, lau depa sakit la jantung. Sudden death! Macam golden goal la.
BERSIH 2.0? Tu semua bagus kalau buat elok elok. Tapi tu pun wayang jugak daripada UMNO. Depa - the circle - nak agenda & demo BERSIH 2.0 diadakan sebenarnya. Ni maklumat dalaman. Akan ada cerita tak best berlaku sekarang, semasa & selepas demo yg depa harap akan beroleh untung - gains. Mungkin harap simpati rakyat. Head turning? Harapnya tak la berlaku apa yg depa yg jahat tahap setan ni mahukan. Allah lindunglah mereka yg berada di jalan Mu.
Dr. Wan Khair-il akan jadi MP Kuala Kangsar kali ni? Tengah melobi. Datuk Ramli? Dia layak ker? Hehe. Kak Rafidah tu orang UMNO sendiri dah meluat, getik. Hapah takde gunenye jadi MP selama hari ni ciput saja dia boleh tolong. Takat hulur sekali 2 aje pastu haram tak pernah jeru, jengah kuale ni. Bazir karen saja. Orang tempatan langsung la tak mandang denye. Dah lame buang dia pun. Jangan tak tahu la, kan. Harap undi kem & undi entah mane datang dia menang PRU-12 hari tu. oh UMNO, UMNO macam macam haru! Eh, deme buat keqah (bahagi bahagi) 1 tanah luas beratus ekar untuk bagi sesame deme, tak tahu ker? Ada ler tanah bagi ke yayasan ker aper ker (ada kene mengena Dr. Wan Khair-il? Entah ler. Hehe). Tajuk asal deme mintak tanah tu deme kata nak tolong bantu orang susah yang miskin. Ya, konon rakyat didahulukan, kan? Tapi herannya, tok ketua kampung teman pun dapat 1 ker 2 lot 3 ekar tanah untuk kelapa sawit tu? Dia tu miskin ker? Tak jugak. Kalau dia katergori miskin, kenapa yang lain tak pernah ditolong, dibantu & dibahagi tanah ker duit secukupnya? Ada ramai lagi miskin papa kedana kat keliling rumah dia pun. Eh, cikgu pencen yg dah kaya ada Mercedez pun dapat? Alahai....ape cerite ni? Koman, sungguh. Ade ler sorang 2 orang yang betul betul miskin yg dapat peruntukan tu. Tapi kena la tolong deme usahakan tanah tu. Mane deme nak cekor duit untuk majukan tanah tu? Deme akai ada ker tak ni? Allah! Engkau kalung la tanah tu kat tengkuk kome mati karang, bagi deme makan tanah tu untuk kami semua yang teraniaya dizalimi sebegini, yer. Amin!
Duit gayanya nak luruh daripada langit dalam masa terdekat ni. Mesyuarat, meeting sesaja pulak dah deme tu sekarang ni. Sibuk memanjang. Time to ask for some donation? Yeah, why not! Perkasa, 30, apa apa jadah persatuan Melayu lain tu, bangkit la. Pergi jerkah deme tu & mintak banyak (kaw-kaw) kali ni. Eh, orang lain (kaum lain) deme boleh bagi beratus juta RM & ada yg jutaan RM, tak kan kita tak dibagi deme? Kan kan?
09 April 2011
Malaysia oh My Mess-ia
Malaysia oh what a big mess-ia,
Politik songsang budaya ramai pemimpin yang gila kuasa, pangkat dan pengaruh,
Rakyat terbanyak disaji berita berupa fitnah, pembohongan dan janji cuma,
Direka jalan dan tajuk cerita begitu adanya seperti drama,
Sehingga yang orang berkuasa sentiasa terlepas daripada sebarang hukuman dunia,
Jika seorang rakyat biasa mati dikatakan membunuh dirinya sendiri?
Sedang pembangunan sekadar dikecapi mereka yang berada, berkepentingan dalam kerajaan?
Apa makna 1Malaysia kepada kami?
Apa semua ini sandiwara semata?
Jika hanya sekerat dua dapat merasa nikmat ekonomi tetapi yang lain dipinggirkan?
Mereka bukan rakyat jugakah?
Adakah rakyat pada kamu adalah sesiapa yang sokong kamu?
Sedaplah kamu di atas membolot semua apa yang ada di negara sedang kami mengemis kepada kamu pula?
Malaysia oh what a big mess-ia,
Ramai Raja dan Sultan tapi apa sangatlah manfaat mereka untuk kita rakyat biasa?
Istana buat baginda & kerabat, ada merata-rata,
Harta panjang berjela-jela diperah daripada khazanah negeri kita bersama,
Cukupkah kita ini setakat tumpang payung mereka?
Berbangga dengan kekayaan, senangnya mereka?
Sedangkan ramai rakyat melata, hidup cukup makan pakai sahaja?
Laknatullah terhadap sesiapa yang mengkaburi lagi menganiaya orang kita.
Malaysia oh what a big mess-ia,
Kita ada seorang Agong tapi Perempuan Pertama Negara bukan Raja Permaisuri?
Yang menonjol diri kenapa sidia yang berbonjol di dada, berdandan rambut kembangnya?
Tidak cukup hebatkah Raja Permaisuri kita?
Ayuh usahakan supaya lebih ramai lagi rakyat miskin mendapat anugerahNya melalui tangan-tangan di atas tahta istana.
Janganlah hanya seorang perdana bermaharajalela di negara kita,
Orang sana diberinya, orang sini pula melopong ternaganga menunggu pemberian sidia,
Sana dapat, sini tidak dapat langsung?
Sini dapat sikit, sana dapat banyak?Blah blah blah rant over ... what the hell. I just wanna say like it is. I call a spade a spade, nowt wrong with that, right? Though it'd be a tat naive to do so. Whatever! Who would give a damn@dime about us, eh? Baik depa bagi duit depa@projek@sedekah@derma@simpati pada orang mangsa tsunami di luar negeri, kan? F u.
To be continued!
08 April 2011
"RCT@ Suruhanjaya Bebas untuk saya juga", kata Altantuya (who?)
Eh, kalau nak siasat DSAI buat ke tak buat dengan si budak jambu, Saiful, tu ke China pimp ke, doll ke, SIASAT saja lah. Buatlah 1 Suruhanjaya Bebas. TAPI siasat juga si Najib, Rosmah & pemimpin UMNO-BN dalam segala hal besar yang 'songsang'. Altantuya must agree with this mere RCT matters for her case! Fair enough!
05 April 2011
Belated April Fool to all Fools ... Can't i say that?
Damn it ... Don't be a folly or be fooled. Just get a grip!
Eloknya, janganlah kita terlibat langsung main-main "Aprilfool" ni sampai membahayakan sapa-sapa@si dia. Kesal tak sudah nanti. Agak-agak la. Banyak benda kita boleh buat to have fun in our life. Tapi yg sedang-sedang saja tu, gua sokong kita buat hari-hari ..hahaha! Bang Bang Boommm!
p/s: Main bolasepak pun main la betul-betul. Jangan la main-main masa main sesuatu game. Be serious! Play to win. Jangan la buat lawak macam goalie dalam VC di atas. Apa da? Buat malu kaum saja. Hehe!
21 February 2011
Kalaulah Qaradawi ada bersama pejuang kemerdekaan kita tahun 1950an dulu ??
Just imagine, it's a BIG if or just another a coulda should woulda story@theory lah, tapi cuba la kita bayangkan kita di perhimpunan raksasa di seluruh tanahair Malaya masa tu. A la perhimpunan rakyat menentang Union Jack lah kot. Atau BERSIH atau anti ISA?
Eventually, seorang ustaz (Melayu panggil ulamak) berucap ala TGHH di Rusila tu (gamaknya lah) di podium atau padang yang dikerumuni ratusan ribu orang pelbagai bangsa Malaya masa tu. Beliau terus berpesan kepada audien@kita seperti di bawah:
Egypt revolution unfinished, Qaradawi tells Tahrir masses
Leading Islamic theologian Yusuf al-Qaradawi returned from Qatar to rally hundreds of thousands at Tahrir Square today in his first public speech since 1981.
“Don’t let anyone steal this revolution from you – those hypocrites who will put on a new face that suits them,” he said, speaking to at least 200,000 who gathered for Friday prayers in Tahrir Square, the epicenter of Egypt's uprising. “The revolution isn’t over. It has just started to build Egypt … guard your revolution.”
![]() |
| Raise our flag, eh? Yeah like he cares that much? |
Lu olang ingat:
- Tunku Abdul Rahman & UMNO akan berkuasa & perintah negara melalui PRU1 sehingga kini?
- Siapa berkuasa sebenarnya, rakyat @ pejuang revolusi atau pemimpin yang selama hari sebelum revolusi tu hanya tahu menyundal@sekongkol dengan kerajaan penjajah & proksinya?
- Agak-agak UMNO dulu lagi adalah "those hypocrites who will put on a new face that suits them" ??
- Agak-agak lu TGHH boleh ke berjaya pimpin kebangkitan rakyat (kecuali Rusila dia lah) a la Mesir vs Hosni Mubarak?
26 December 2010
Merry Yourself .. Why playing that Gay game?
NO no not wishing you Merry Christmas. I leave that job for Pakcik Santa from TV3. Was he around this Chrismas?
Have a nice weekend = Wish you all Merry, jovial live.
Gosh! Not recommending you to be a gay who likes homosexual. Just be a brisk, lively person & who will always be looking at positives thingy. Scrap that gay, dull & boring routine or what ever games you are playing, then.
Ho ho ho ... am i on a high? ... Na ah, on cloud 9, perhaps. See ya later then!
23 December 2010
Ho ho ho .. Santa Melayu 1Malaysia Tak Ucap Selamat X'mas ker?
Senyap aje awok ijok nak nuleh kat blog beberape hari ni. Maleh pun ade. Tak semiak pun ye jugak. Badan dah kudik kot. Ade aje sakitnye. Lenguh-lenguh badan le, sakit lutut le, demam selseme le. Sabo aje le. Awok pun teringat ropenye udoh ujung tawun doh ni. Ohghang puteh pun nak beraye X'mas 25 haribulan ni hah. Ate ijok le pulak TV3 nuh nak tayang iklan ucap selamat X'mas ala 1Malaysia. Takkan le deme tak jumpe tok Santa ohghang Melayu rambut beruban pake songkok ke ketayap puteh yang naik krete ruse boleh trobang nuh? Ishh, mane pegi pulak Santa Melayu yang lambat siang nak meraikan raye pose bulan 9 hari tu? Dah pencen ke ape ke hei denye? Udoh tak larat kayuh sika kot? Kesian bebudak tak dapat nengok Santa Melayu 'round-round' makan angin pusing pusing KLCC. Ape nak buat, yek?
Heran jugak awok boleh deme PLUS bagi diskaun bayaran tol raye X'mas ni? Raye kite hari ade ke idak awok ijok le ingat pulak? Ade? Oh murahnye hati deme yek? Tak ade diskaun? Eh! Bior bebeno chor? Takkan tak ade? Iskhh iskhk ... tu le deme yek.
Awok ingat tol tak ade pun laghi baguih kot? Baghrang boleh turun rege kot? Ha ha ha jangan mimpi le yek? Udoh naik tu naik teruih le, ijok le nak turun turun sekupang 2 pun. Rege minyak pun rope tu, haram turun! Ate mane tak ohghang naik minyak. Sekolah pun dah dekat nak bukak ni. Semue nye nak pake duit dengan yuran sekolah anak-anak deme dah berape ratuih, baghrang lain laghi? Kesian ohghang miskin. Sabo aje le tare ni aje mampu. Kot besok besok ni udoh kaye ingat le ohghang miskin pulak. Bantu le deme. Sape laghi nak bantu sesame ohghang kite, kan?
Ho ho ho
30 November 2010
Terima Kasih UMNO & Kami sokong Ketuanan Melayu ...
JIKA ( that's a big IF) :
1- Projek mega PNB yang dikatakan sudah meluluskan pembinaan Menara Warisan yang dikatakan tertinggi di, ek, di Malaysia gamaknya dengan ketinggian 100 tingkat di persekitaran Stadium Merdeka di Kuala Lumpur itu disahkan akan memberi penempatan kepada semua orang-orang Melayu yang miskin tegar atau di bawah paras kemiskinan (pendapatan bulanan bawah RM1000). Kemudahan asas seperti bekalan elektrik, gas, air adalah percuma - ditangungg halal oleh kerajaan - selagi mereka yang layak masih miskin. Setiap orang Melayu yang berjiwa merdeka sahaja layak menduduki rumah di menara itu. Mereka akan diadili & dipilih oleh Perkasa yang merupakan jaguh kampung dalam membelai orang Melayu. Yahoo! Jutaan terima kasih UMNO kalau begitu sekali pembelaan terhadap Melayu di KL! Bukankah "Rakyat didahulukan"? PRU-13 pasti milik UMNO jika UMNO sanggup "berhabis-bergolok" membela orang Melayu yang miskin.
2 - Sebuah padang berukuran sesuai untuk kejohanan antarabangsa yang diperakui oleh badan bolasepak dunia FIFA akan didirikan di tingkat tertentu di menara tersebut supaya negara kita mempunyai stadium tertinggi sekali di dunia? Stadium canggih & terulung itu juga mungkin akan dinamakan Stadium Warisan Melayu sebagai menggantikan Stadium Merdeka yang akan dilelong di E-bay? Siapa kata kerajaan UMNO akan berikan projek & tanah di stadium Merdeka itu secara percuma kepada tauke bangsa lain selain Melayu?
3 - Semua kerja-kerja berkaitan projek Menara Merdeka itu akan diserahkan kepada orang-orang Melayu sahaja tanpa mengira ideologi politik - pro-UMNO atau PR, warna kulit & agama orang Melayu itu? Adil, bukan? Ini pasti akan menjadikan lebih ramai orang miskin menjadi kaya-raya, jutawan. Dijangkan 10,000 orang jutawan baharu di kalangan orang Melayu akan dilahirkan dalam tempoh pembinaan menara itu.
4 - PM & keluarga setuju berpindah ke puncak menara itu untuk DS Najib & Rosmah mengawasi rakyat tidak susah menderita akibat kelaparan, kemiskinan atau tiada pendapatan per kapita tinggi seperti negara maju lain. selain beliau dapat menikmati nikmat dunia di aras tertinggi negara & udara segar untuk kesihatan mental & rohani yang lebih baik untuk memimpin negara & parti UMNO yang melahirkan generasi Melayu yang rosak akidah, akhlaq, selain korup, hina di mata rakyat miskin tetapi berjiwa merdeka. Demi pembelaan terhadap rakyat jelata & "Pencapaian diutamakan", bukan?
p/s : I can dream, can't i? Naah, am not high on drugs or anything illegal. Ha ha ha .. in my dream.
05 August 2010
Perpaduan Melayu = Tikus Kencing, lah
Tak ada maknanya. Apa sebab? Ada banyak sebab boleh diberikan. Antaranya, sila anda rujuk artikel ini. Pancing? Jerat? Agenda terselindung. Kepentingan pihak tertentu. Biasalah itu. Adatlah permainan politik untuk kelangsungan. Siapa? Tahu bukan? Tak tahu sendiri cari. Kebenaran dan ilmu itu dicari, didatangi. Fikir-fikirlah. Gunalah mata. Guna telinga. Guna otak. InsyaAllah kita akan mendapati hidayah petunjuk kebenaran ilmu dan kejayaan di sisiNya. Namun, jika hati anda kita benak, otak pun bengap lagi senget, mata sudahlah buta, telinga pula pekak maka jadilah mayat hidup sahaja. Tiada gunanya anda kita menjadi manusia sebegitu jika sekadar menumpang, menyusahkan dan menyesakkan muka bumi yang kian tenat dengan masalah itu dan ini.
Wabak kencing UMNO tikus sangatlah mengancam nyawa manusia. Apabila negara kediaman atau alam sekitar kita seperti panorama tepian pantai dan sungai kita berubah menjadi lesu angkara kotoran buatan manusia durjana lalu ia tercemar. Kotor. Lambakan sampah sarap hasil kerja tangan-tangan dan otak senget manusia durjana, maka sekalian manusia lain yang 'tidak berdosa' pula akan terkena tempias bahananya. Sedangkan 'keadilan hukuman' sepatutnya dijatuhkan khas kepada pesalah yang berakhlaq dan bermoral sama keji dengan binatang kotor itu. Tikus. Si pengotor. Apabila manusia durjana sesuka hati membuang anak haram sampah alam tercemar. Sistem ekologi tergugat. Kegiatan ekonomi terjejas. Rugi. Nyawa akan melayang. Pergi.
Sungai-sungai adalah sumber air kita yang 'tidak berdosa'. Bila ia tercemar dan kotor, ini hanya mengundang makhluk Allah, si tikus, bertamu dan kencing sana sini. Parahlah. Wabak melanda. Nyawa manusia 'tidak berdosa' akan juga terancam. Si pengotor sudah pun 'cuci tangan dan kaki' daripada hal ini kerana dia sendiri telah 'bersih dan menyucikan diri'. 'Perpaduan' antara manusia durjana dengan tikus-tikus selaras kehendakNya. Kitaran alam semulajadi? Sunnatullah pastinya. Dosa mereka, si pengotor, tidaklah tertanggung pula oleh para tikus pengotor yang kerdil itu. Lalu tikus-tikus suka ria berlari ke sana ke mari, berenang kuak bebas dan kencinglah mereka merata-rata untuk menghukum manusia lain yang 'tidak berdosa'. Zalim? Dunia seakan kejam, bukan?
Please ask Mr. Adolf Hitler that question...no, no, not that Hitler, son of Zami, mind you.
Mungkin ayat Al-Quran, surah Ar-Rum : 41 menjawab soalan di atas.
30 July 2010
Sudahlah YB Zul ... Just Shut Your Fucking Mouth !
Apa ada hal dengan 5% tu Zul untuk orang Melayu yang kaya-raya, hah?
DAP mungkin "cauvinis, rasis, ala-komunis, anti-Melayu dan anti-Islam" macam yang UMNO dan ADUN Bebas Melompat seperti ADUN Kulim YB Zulkifli Noordin katakan sejak dulu, kini & selamanya,. Pasalnya, 1 sebab saja iaitu depa memang tak suka DAP kuat? Depa tak suka PR kuat? That's it.
Apa masalah dengan cadangan Tony Pua yang juga penasihat ekonomi kepada setiausaha agung DAP yang mencadangkan penghapusan pemberian diskaun 5% bagi pembelian hartanah (rumah dll) untuk kuota Bumiputera yang hanya melibatkan nilai hartanah melebihi RM500,000 ke atas. Ok apa? Orang Melayu yang kaya-raya pulun apa lagi? Dah tentu depa tu kaya-raya apa depa hendak diskaun apa lagi? Depa tak tahu malu ka hingga terhegeh-hegeh nak subsidi sedangkan orang biasa - golongan sasaran - ditarik pelan pelan subsidi?
Pergi mampus sama orang Melayu perangai macam celaka ini. Islam pun tak ajar aniaya orang malah menganjur keadilan. Personally, cadangan tu cukup adil la bila orang Melayu kaya ditarik 5% tetapi hendaklah dikekalkan diskaun (atau ditambah?) untuk menolong rakyat susah, bukan saja orang Melayu TETAPI semua bangsa lain, yang masih miskin dan memerlukan tempat kediaman.
Apa masalah dengan cadangan Tony Pua yang juga penasihat ekonomi kepada setiausaha agung DAP yang mencadangkan penghapusan pemberian diskaun 5% bagi pembelian hartanah (rumah dll) untuk kuota Bumiputera yang hanya melibatkan nilai hartanah melebihi RM500,000 ke atas. Ok apa? Orang Melayu yang kaya-raya pulun apa lagi? Dah tentu depa tu kaya-raya apa depa hendak diskaun apa lagi? Depa tak tahu malu ka hingga terhegeh-hegeh nak subsidi sedangkan orang biasa - golongan sasaran - ditarik pelan pelan subsidi?
Pergi mampus sama orang Melayu perangai macam celaka ini. Islam pun tak ajar aniaya orang malah menganjur keadilan. Personally, cadangan tu cukup adil la bila orang Melayu kaya ditarik 5% tetapi hendaklah dikekalkan diskaun (atau ditambah?) untuk menolong rakyat susah, bukan saja orang Melayu TETAPI semua bangsa lain, yang masih miskin dan memerlukan tempat kediaman.
12 June 2010
Keputusan Perlawanan Piala Dunia 2010
Afrika Selatan 1
Mexico 1
Uruguay 0
Perancis (France) 0
Perlawanan pertama Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan berjaya dilangsungkan pada tarikh 11 Jun pukul 4.00 petang waktu tempatan ( 10.00 pm di Malaysia). Perlawanan pertama antara hos, Afrika Selatan dengan pasukan Mexico berjaya menarik perhatian peminat bolasepak sedunia dengan aksi bertenaga, mendebarkan akibat percaturan kedua-dua pasukan yang agak terbuka & saling menyerang untuk menjaringkan gol & memenangi perlawanan. Bagaimanapun 'passing game' kedua-dua pasukan agak tidak lancar, kadang-kadang kawalan bola juga menghampakan. Begitupun pujian harus diberikan kerana taktikal jurulatih kedua-dua pasukan agak menghiburkan penyokong di stadium sehingga mereka sanggup membingitkan telinga kita dengan tidak berhenti-henti meniup vuvuzela (what ever they call it) & peminat seluruh dunia yang menyaksikannya secara langsung.
Rating: 7/10
Perlawanan ke-2 ....er ...ianya suatu pertunjukan sarkas yang sangat ...$%*#* (kepala mengantuk & mata berpinar). Sukar menjelaskannya...fuhhhh! Pendek cerita - Rating: 5.5 sahaja! ...(Sigh!) France vs Uruguay game dreadfully bored me to death...a scoreless draw with the ball was hovering mostly in the middle pitch...no finishing touches from both set of centre forwards....really not worth staying up late...guys,that's for now, am afraid, till later....yawn....i'll take a catnap now......zzzZZZ)
04 June 2010
Hidup Kita 24/7 Menguntungkan Israel & Proksinya?
Suatu petang selepas solat fardhu Jumaat beberapa orang berkumpul di halaman masjid untuk membincangkan demontrasi jalanan untuk membantah tindakan kerajaan & askar Israel bertindak kasar & membunuh beberapa ahli konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza, Palestin tempoh hari. (Nama samaran digunakan untuk melindungi profil individu terbabit dalam sketsa ini daripada ditahan tanpa hak bicara (di mahkamah awam) oleh pihak berkuasa Israel 1Malaysia . Dimaklumkan, saya tidak menerima apa-apa arahan daripada Ketua, Pengarah atau Presiden APCO, UNESCO, Pemuda UMNO dan sebagainya.
"Kita tak boleh biarkan. Israel sudah melampau. Aku harap 20 ribu orang berdemo hari ini. Baru Israel tahu kita tak takut mereka tu," kata AT, pemuda yang berpakaian 'casual' baju-T & berseluar jeans Levi's 501 biru lusuh sambil meneguk minuman berkarbonat, Pepsi.
"Betul tu, AT. 'Go to hell' Zionis ni semua. Zalim sungguh," sokong kawannya, Adika, the Big Boss Man, yang berbadan gempal berbaju kemeja jenama Timberland yang sedang makan 'lunch' dia. Sekotak ayam goreng KFC.
"Aku harap polis tak halang demo hari ini. DSAI mesti turun punya. TGHA mesti tak turun, kan?," kata Din yang sedang membaca majalah 'The Times'.
Tiba-tiba AT mendapat panggilan telefon. Tergesa-gesa dia mengeluarkan henponnya untuk menjawap panggilan tu.
"Hello! Oh awak. Dah makan? Dekat Mc D? Makan burger saja. Bla bla bla (dipendek cerita) .. Oh! Nak i beli minyak wangi untuk awak? Ok ok. Nanti i belikan untuk awak untuk awak di Carrefour. Mark & Spencers? Mana-mana saja demi awak i sanggup. Ok Calvin Klein? Oh bukan. Ralph Lauren? Atau Giorgio Armani? Ok ok no hal punya. I pun nak beli Boss. InsyaAllah tak lupa punya. Kotex awak tak nak kirim ke? Ha ha ha. Ok, sayang. Bye" jawab AT sambil menghembus asap rokok. Marlboro.
"Wah! Henpon Nokia baru ker tu AT? N5800?," tegur Adika sambil mengunyah Kit Kat dan minum Sprite.
"Alaa N97 saja. No big deal, man", jawab AT. "Jom kita gerak. Orang dah ramai berdemo nampaknya. Kasi bakar Israel. " sambung AT mengajak rakannya mengorak langkah perwira yang perkasa.
Selesai berdemo, bakar bendera Israel, menjerit-jerit slogan anti-Israel & Zionis di hadapan kedutaan Amerika di Jalan Tun Razak, peserta demo yang 95% orang Melayu-Islam pun bersurai. Selesai 1 perjuangan? Tak ada pendaftaran askar sukarela untuk pergi berperang dengan Israel? OIC dah sepakat & sedia berperang dengan Israel? DS Zahid Hamidi dah sedia hantar askar kita ke sana untuk latihan ketenteraan? Betul kata Mufti perak, Datuk Harussani, setakat cakap kosong, kutuk-kutuk Israel apa ada hal? Bukan sia-sia tapi habuk pun Israel tak cuak, tak kisah & kezaliman mereka akan terus 'terjamin' untuk terus dilakukan masa hadapan.
Apa pun mari kita sama-sama menyanyikan sebuah lagu untuk dunia. Untuk Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan. Sekurang-kurangnya dalam sukan ada ruang untuk perpaduan yang lebih besar & perjuangan yang lebih ikhlas untuk semua warga dunia daripada pelbagai negara. Hehe. Enjoy the tune from Mr. K'naan.
Apa pun mari kita sama-sama menyanyikan sebuah lagu untuk dunia. Untuk Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan. Sekurang-kurangnya dalam sukan ada ruang untuk perpaduan yang lebih besar & perjuangan yang lebih ikhlas untuk semua warga dunia daripada pelbagai negara. Hehe. Enjoy the tune from Mr. K'naan.
03 June 2010
KJ Lebih Berani Melawan Israel daripada Ulamak ...
Kini kesudian beliau bersama penyokongnya untuk 'turun padang', bermandi peluh, memekak, terpekik terlolong menghasut rakyat supaya membenci jenayah Israel adalah amat dihargai & dipuji umpama "Hero of the day". Beliau telah membuktikan kepada Pemuda PAS latihan ketenteraan yang beliau hadiri di sebuah kem Wataniah baru-baru telah menzahirkan semangat jihad yang tinggi untuk membela agama, bangsa & negara. Begitu ulasan pemerhati bebas akan gelagatnya di sekitar tempat beliau berdemo tempoh hari.
Serius? Harapan penulis mereka tidak tersilap orang. Kerana dikhabarkan Mr. Bean telah cuba dipadankan untuk menjayakan watak seorang hero kung-fu dalam Ip Man 2. Mungkinkah KJ lebih perkasa & tinggi semangat jihadnya daripada Ustaz Nasha al-Bachok & Ustaz Hj. Nasrudin bin Hj. Hassan At-Tantawi? Beliau, dikhabarkan oleh sumber yang tidak boleh dipercayai, mungkin menyeru ribuan pengikut beliau & menggerakkan Pemuda untuk mati syahid, berjihad & bertempur dengan askar Israel dan Zionis dalam masa terdekat ini? Ini sekaligus menyangkal beliau hanya berkata kosong sahaja & tidak berani bertindak sebagaimana sindiran seorang ulamak (mufti) tersohor negara, baru baru ini. Beruntung Pemuda UMNO mempunyai kapten yang sebegitu berani. Sebaliknya, Ketua Pemuda PAS yang dikatakan telah melarikan mengelakkan diri daripada bertempur dengan askar Israel dengan hanya menghadiri & mengutuk Israel di Persidangan Belia Islam di luar negeri? Adakah ini benar?
Angin juga menyatakan beliau dan Pemuda UMNO sedang mengumpulkanharta dana & menyusun daun strategi pertempuran yang efektif dalam beberapa hari ini untuk membeli segala kelengkapan & kekuatan ketenteraan daripada sekutu Israel iaitu USA dengan pertolongan APCO? DS Najib telah memalu gendang perang & memperkenan serangan dilancarkan segera. Kapal selam yang baharu dibeli iatu Scorpene akan membantu taktikal peperangan tersebut dengan timbul di permukaan laut demi menghalang kemaraan bot-bot laju maritim & tentera laut Israel yang dijangka akan takut dengan kelibat Scorpene tersebut. Jika semangat sebegitu dapat dipamerkan, pastilah askar Israel yang kejam tersebut akan menghadapi masalah. Penulis sebagai rakyat hanya mampu berdoa agar beliau & Pemuda UMNO & lain-lain pemimpin akan mencapai kemenangan dalam membuktikan mereka adalah layak digelar sebagai juara rakyat & pejuang Islam yang sanggup berkorban nyawa demi Islam & rakyat Palestin yang tak berapa berdosa tersebut. Pastinya pemimpin sperti KJ yang bijak & beriltizam tinggi akan sentiasa memenuhi aspirasi agama & rakyat. Dikhabarkan beliau telah banyak mencurahkan jasa & pengorbanan kepada semua rakyat di kawasannya, di Rembau. Alhamdulillah.
Angin juga menyatakan beliau dan Pemuda UMNO sedang mengumpulkan
01 June 2010
You're Damn Brilliant Dr. M
What is haram in Islam should apply only to Muslims. As
such, non-Muslims cannot be prohibited from doing some things or
carrying out activities just because they are haram to Muslims, former
prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad said today.
"We have many different races in this country. We cannot stop people from taking what to them is not haram, (but) for us is haram," he said at the Perdana Leadership Foundation here.
"It is the same with other things which are haram. Muslims must not be involved. Like the lottery.... Muslims who are found buying will be arrested."
Commenting on the sports betting licence re-issued to
Ascot Sports recently, Mahathir said what is important now is for the
government to ensure the Muslims do not get involved in sports betting.
"To the Muslims, don’t. Until now, we have never allowed Muslims to be involved in betting, but if they are to go to Singapore to get involved, we can’t do anything," he said.
Mahathir said the objections raised by certain
quarters against the government’s recent decision to legalise sports
betting were more political than religious.
"I think the objections are more political, not so much (because of) Islam," he said, adding that he believed Penang Chief Minister Lim Guan Eng had a political motive when he announced the state government’s decision to prohibit sports betting in the state.
"Lim does not eat pork now because he is good friends with PAS. So, he would not be involved in betting, too," he quipped.
ha ha ha ...Damn you're right Dr. M, thank you for rescuing me from being such a mug. Now i realised I've fooled by the oppositions leaders all this while. They made me believe that it's not good to Muslims & many others of that betting activities but hardly justify all the good it brings to the country when the betting being legalised. Islam don't allow to bet but still some Muslim are so wished to bet their lucks & still lingering around the prohibited betting outlets .
My oh my.... actually this don't surprise me abit. Just devastated as he is a Muslim. Seemingly like one. Considering he purely meant business, yeah of course, why not we soon legalise all activities of prostitution, human trafficking, drug, booze, selling weapons to public, police brutality, street fighting, all other illegal things. Such is life huh? Surely government would get its route one in obtaining more on the tax revenues which would help to fill government coffers. Money, money, money. Hopefully by then they can stop giving lame excuse such as allocating billions RM in subsidies to our own people would soon bankrupt the country in a few years time, instead of admitting the facts we're losing a lot of money due to the mismanagement of the highest order. Gain more, they'll be misleading more and more, wasting more too. God damn it! Earnestly I beseech of why not we just waste those scumbags instead.
25 May 2010
Satu lagi Projek Barisan Nasional - Najis Judi Bolasepak
Sana sini orang Islam kata judi haram tapi dia hendak orang lain buat kerja bersihkan taik judi sedangkan dia tak buat apa-apa? Buruk perangai sungguhlah penyokong judi & penyokong UMNO-BN dalam hal judi bolasepak khususnya & perjudian (berlesen atau haram) amnya. Seiras? Saling tak tumpah.
Presiden Perkasa pula mencabar Pemuda PAS, yang dikatakan sengaja mengeksploitasi isu kelulusan lesen judi bolasepak kebelakangan ini selain beliau mendesak kerajaan pimpinan PR di Selangor, Pulau Pinang dan Kedah untuk mengharamkan urus niaga perjudian iaitu penjualan teka Nombor Ekor (Empat Digit) syarikat Magnum, Toto, Damachai dan Loteri, seperti yang pernah dibuat oleh kerajaan Kelantan.
"Bukankah Selangor, Pulau Pinang dan Kedah dibawah kerajaan Pakatan Rakyat? Gajah di depan mata yang dilanggar sedang mata melihat kuman di seberang. Saya cabar jika mereka ada telur dan anak jantan supaya desak Kerajaan Pakatan Rakyat menghapuskan semua bentuk judi di negeri di bawah Pakatan Rakyat"
Wah! Pendekar yang beremosi selalunya berakal pendek. BN yang luluskan lesen itu sebelum 2 tahun ini PR menang di negeri-negeri tersebut. Kelantan disebut (terima kasih sebab menghargai usaha pemerintah Kelantan) telah berjaya menutup atau menghapuskan maksiat judi di sana. Tetapi pendekar Perkasa tersebut lupa atau buat-buat lupa, seperti kebanyakan penyokong UMNO-BN yang buta hati (maaf ini bukan ditujukan kepada orang UMNO yang jenis baik-baik itu), bahawa kerajaan PAS di Kelantan pun jenuh berusaha ke arah membersihkan segala najis perjudian di sana. Bertahun-tahun jugalah. Mula-mula dengan sesi penerangan (dakwah) & seliaan, penguatkuasaan & mengawal kelulusan lesen lama & menghapuskan (atau menghadkan bilangan lesen?) baharu.
Apa yang UMNO buat sebenarnya? Tahi atau taik. Tepat sekali. Judi adalah najis dalam Islam. Maka sesuailah kita katakan UMNO-BN buat tahi. Nampaknya UMNO & judi adalah seperti UMNO & taik. Sudah sinonim dalam 1 baris ayat. Busuk & menjijikkan. Padanlah. Eh! semua lesen judi telah diberikan oleh pemerintah atau pemimpin UMNO-BN yang kononnya lebih rajin & ikhlas memperjuang Islam. Sehingga satu bukit Genting Highland diserah kepada tauke judi. Ketahuilah UMNO-BN telah sekian lama diperkuda oleh tauke judi. Kini tahi kerajaan terdahulu iaitu UMNO-BN perlu segera pemimpin kerajaan PR membersihkannya supaya dapat mengawal wabak judi aktiviti yang tidak sihat & berdosa lagi merugikan itu. Pemimpin UMNO sekadar berani menyatakan "Yang haram tetap haram", kononnya, mereka tak merelakan kegiatan judi di Malaysia. Atau mereka tak rela judi haram tapi kalau diberi lesen mereka ini boleh terima?
Untuk makluman, logiklah bukan senang nak "cover" tahi orang ini. Kerajaan UMNO-BN berak merata-rata pulak tu. Macam mana pun kena jugaklah PAS atau sesiapa yang ganti kerajaan yang buas & nakal (baca: UMNO-BN) membuang tahi atau taik yang sudah busuk lagi meloyakan orang ramai termasuk yang segelintir pak imam UMNO-BN yang sudah tak tahan dengan gejala itu. Projek Kerajaan Barisan Nasional sepatutnya menguntungkan semua rakyat tetapai malangnya hal yang satu ini, judi, merugikan banyak orang kecuali beberapa orang yang dapat kontrak konsesi atau lesen perjudian itu selama hari ini. Berpuluh tahun sudah taik tu di depan mata orang UMNO-BN sendiri sampai semua kita rasa ia tiada apa-apa urusan dengan kita sehingga akhir-akhir ini. Kelemahan kerajaan UMNO-BN janganlah kita lupakan atau buat-buat tak tahu pulak sehingga tak malu buat kecoh suruh orang lain pula cuci taik mereka.
Sewajarnya semua kita perlu berlapang dada & memberi peluang (unfortunately) PR buat kerja pembersihan seperti pernah dilakukan di Kelantan dahulu. Tapi cepat-cepatlah jangan banyak kerenah PR pulak. UMNO-BN eloklah jangan bersuara lagi & lebih baik diam saja. Dia buat silap orang yang nak kaver. Dia yang buat taik tak rasa malu pula nak cabar & desak orang lain cuci taik dia? Apa jenis orang sebangsat begitu?
22 May 2010
Final CL: Inter vs Bayern Munich, Siapa Tentu Kalah?
Penjudi! Majoriti orang-orang yang suka berjudi sedunia akan kalah pelaburannya atas pertaruhan mereka dalam 1 perlawanan yang ditunggu-tunggu oleh sekalian peminat bolasepak & kaki judi. Vincent Tan? Ibrahim Ali? Penyokong kepada pemberian lesen judi bolasepak di Malaysia? Hanya Allah yang Maha Melihat & Maha Mengetahui betapa mereka gembira atau tidak menyaksikan perlawanan Inter-Bayern Munich pagi Ahad, 23 hb Mei 2010 ini.
Ada yang akan kalah berjuta US dollar. Ada yang marah-marah lalu pukul anak bini. Ada ramai yang sakit hati. Ada yang menambah hutang dengan ceti & ah long. Ada yang cabut lari? Ada yang bunuh diri? Ada yang kalah kena belanja makan atau minum sahaja. Alahai berapa ringgit saja tu, kan? Ya, walaupun sedikit, walau hanya seringgit tetapi sebab kita janji kalah bayar minum kopi, seringgit pun kira judi. Hah! Jika kita seseorang Islam kita peka hal begini walau seolah-olah perkara remeh. Maka sebaiknya kita sebagai Muslim maka jangan terlibat aktiviti judi sebab ianya adalah haram iaitu berdosa. Beringatlah supaya sedar diri bahwa jika kita main judi & menang pertaruhan judi pun kita tetap dikira kalah di sisi Allah yang suci sebab terlibat aktiviti haram & dosa. Jangan ditambah dosa yang sedia ada. Jangan hanya tahu marah-marah kalimah "Allah" dipakai oleh sebahagian penganut Kristian di gereja tetapi ada antara kita sendiri gadai agama Islam (pegangan) & mencari kemurkaan Allah. Pertahan hak Allah yang dituntut ke atas apa yang sepatutnya kita melakukan, seperti membenci akitiviti berkaitan judi & juga membantah idea kegiatan perjudian yang kian berleluasa di negara kita sama ada berlesen atau haram. Bukan beriya-riya mempertahan kalimah "Allah" sehingga bakar gereja.
Datangilah ilmu jika berasa asas Islam dalam diri pun masih lemah & iman pula mudah goyang. Bertaubatlah wahai Muslim saudaraku yang berdosa. Belum terlambat untuk menjadi seseorang yang bertaubat, suci lagi mengerjakan amal soleh. Jangan bertangguh lagi untuk bertaubat sebab tak tertanggung kita azab derita yang Allah janjikan iaitu seksaan kubur & neraka sebagai hukuman atas perbuatan keji kita melanggar perintah-Nya & ingkar larangan-Nya.
Yang menang pastinya yang untung hasil judi seperti operator perjudian. Si bos, taipan, tauke pusat-pusat perjudian berlesen (halal pada kerajaan jika kerajaan dapat hasil judi) & haram (sebab tauke saja untung, kerajaan tak dapat apa-apa). Inter Milan tak tentu kalah lagi. Begitu juga Bayern Munich tak tentu menang lagi. Yang pasti kalah adalah Manchester United & Real Madrid sebab musim 2009/10 tidak memenangi kejuaraan liga negara masing-masing. Hehehe!
21 May 2010
Judi & Liberalisasi
Judi pada setiap individu Islam wajib terima kenyataan ia aktiviti yang diharamkan Allah & Rasul-Nya. Sesiapa secara simbolik, sinis atau berani berkata yang sebaliknya adalah diragui keimanan & akidahnya. Semudah itu kita dapat mengenal watak seseorang Muslim atau musuh Islam seperti munafik. Ya, sebab kita belajar garis panduan kehidupan sebagai Muslim. Kita ada ilmu mengenainya bermakna kita berilmu. Kita harus dengan sebab itu punya prinsip kehidupan. Jika penegasan Islam begitu, begitu jugalah kita terima & pegang. Itulah tali Allah. Biar panas seakan mengenggam bara api. Biar orang lain yang tidak memahami Islam memandang pelik & curiga. Biar dikatakan tidak moden, sesuai mengikut zaman, karut, lapuk, keras dan sebagainya.
Begitupun ketahuilah ada setengah-setengah perkara Islam membenarkan kelonggaran daripada hukum asalnya. Tapi hal judi tiada di dapati kelonggaran tersebut. Tiada ulamak muktabar menafi hukum tetap mengenai berjudi & segala berkaitannya.
Judi & bolasepak kini telah sinonim dalam 1 baris. Penjudi telah berminat menikam nasibnya dalam sukan bolasepak walau dia sendiri tidak pandai sepak bolasepak atau pernah mewakili sekolah apatah lagi sebagai pemain skuad negara di Kejohanan Piala Dunia atau "World Cup". Islam membenarkan sukan bolasepak selagi ia tidak melalaikan pemain & penontonnya mengerjakan suruhan-Nya seperti menunaikan solat fardhu, cukup rehat, cukup produktif semasa kerja & sebagainya. Islam juga tidak membenarkan pemain & penonton bolasepak melanggar larangan-Nya seperti melambatkan urusan solat, meniggalkan solat, berkelakuan buruk seperti mencaci pemain & pengadil, ponteng sekolah atau kerja, tidak produktif kerana tidur tak cukup akibat menonton siaran langsung perlawanan bolasepak di tengah malam. Apatah lagi berjudi untuk mendapat habuan dunia & menjual akhirat demi bolasepak? Justeru judi tetap haram walau alasan keperluan meletakkan tokoh Melayu dalam syarikat perjudian. Jika Melayu kaya-raya melalui judi maka banyak kebaikannya kepada masyarakat? Muslim yang rosak iman mungkin berfikir begitu walaupun beliau seorang Perdana menteri atau mufti.
Liberalisasi adalah harus jika terdapat ruang kelonggaran dalam sesuatu hukum syariat Islam. Bersikap liberal janganlah sampai kepentingan umat Islam terabai. Jika pemimpin Islam memberikan 1 lagi lesen judi ia bermakna membiarkan masyarakat kita Muslim tertekan dengan cabaran & godaan maksiat judi. Umum mengerti umat Islam kita cukup tenat pegangan akidah & lemah jati diri. Mengapa perlu ditambah derita penyakit hati mereka dengan maksiat yang dijemput bertamu? Jika pun kita mahu menjadi lebih liberal cukuplah mengawalselia kegiatan judi berlesen sedia ada dahulu. Penguatkuasaan mesti diberatkan. Tarbiyah atau kempen anti-judi di kalangan umat Muslim hendaklah efektif sehingga tiada lagi umat Islam berani mendatangi kedai judi atau kasino.Sehingga kita membenci aktiviti judi & gembira kita tidak seperti umat bukan Islam yang terpesona dengan janji manis operator perjudian.
Sehingga umat Islam kita mampu menangkis dugaan sebegitu saya secara peribadi rela operator judi-judi haram & ah long seluruh Malaysia mendirikan pusat-pusat perjudian mereka di mana jua mereka suka. Kita tidak boleh bertolak ansur dengan kawan bukan Islam hanya kerana segelintir penjudi tegar yang mahu merosakkan masa depan mereka. Apatah lagi untuk mengkayakan seorang 2 kawan Cina dengan pemberian lesen berkenaan? Ia umpama membenarkan kawan-kawan bukan Islam kita bermain judi di dalam rumah kita sendiri. Mungkin pada mulanya kita tidak bermain & hanya memerhati kerana tidak berminat untuk turut serta. Secara tidak langsung kita pun akan berjinak-jinak belajar bermain judi. Dan berikutnya mungkin kitalah 'banker', 'congker' di kalangam penjudi? Bisikan syaitan & iblis terus menerus akan menyesatkan kita dengan langkah-langkahnya halus. Ada manusia mungkin terpesona dengan germilapan keindahan syurga dunia buatan tauke-tauke atau taipan bilioner perusahaan. Mereka mungkin terlupa jerat syaitan laknatullah tetapi syaitan tidak akan berdiam diri untuk menyusun jeratnya untuk menyesatkan kita.
Nauzubillahi minzalik.
Nauzubillahi minzalik.
09 April 2010
Menang Tapi Kalah ... FAM Tak Boleh Disalahkan.
Ini berita sukan dalam dan luar negeri (or call it a banter or rant) .
1st, ManUre were shown the door, out of the European Champions League competition on Wednesday night (early Thurday morning local time). They were ahead by two goals in less than 10 minutes, courtesy of some sloppy & poor defending from the Germany football giant in Bayern Munich. Their midfield were initially caught napping and it's obvious for all fans around the world to see they were completely at sea. Uncomposed & at times just running headless chicken like. So after Nanu Nani somehow looked like a good striker with his brace ManUre were seemed destined of winning this tie to meet Lion Lyon FC of France. But that's good about football game (no, not that stupid American football), Bayern Munich managed to score 1 goal each half to make the match even on aggregate. Oh 4-4! But Bayern Munich thrived & went through to the semi-final on merit of 2 away goals they've managed to score at the Theatre of Dreams (perhaps, nightmare instead on this occasion).
Take it easy this is only a football (some calls it soccer) banter. Feel free to punt back a few. Hahaha.
Back to Malaysia or Mess-ia, there some extraordinary sport news too...Opss! I've to change this to national language...BM.
Berita sukan dari tanahair tidak kurang hebatnya. FAM menerusi jurucakap rasminya iaitu Setiausaha Agung Encik Azzudin telah memberikan 'kemenangan' kepada FAM. Beliau berkata pihak FAM tak boleh disalahkan oleh sesiapa jua (termasuk media + bloggers) akan keadaan stadium tidak dipenuhi atau dihadiri ribuan penonton bolasepak Liga Super. FAM, bagi beliau, hanya menganjurkan liga dan terpulang kepada pihak pasukan negeri dan kelab untuk menarik minat & perhatian penyokong masing-masing. Kajian terperinci FAM mendapati orang Malaysia, khususnya orang Melayu, terlalu mementingkan kualiti & bakat pemain-pemain antarabangsa & taksub kepada liga bolasepak yang lebih 'established' seperti EPL, La Liga, Bundesliga & Ligue 1.
This is a so much 'play safe' choice of words from a muppet from FAM. Stop bluffing. FAM janganlah bodoh sombong dalam hal ini. Jika tak lama dahulu liga tempatan kita pernah ada penglibatan barisan pemain import yang bagus bukankah ramai memenuhi stadium biar pun cuaca hujan lebat & tak selesa menonton permainan. Tiket pun mahal tapi masih berpuluh ribu memenuhi stadium Perak (contoh saja ini). Liga tempatan jadi meriah & dapat sambutan. Tak ada siaran langsung pun orang tak kisah sangat (tapi elok juga ada live telecast). Orang nak tengok permainan bolasepak yang menarik, lah, maka orang sanggup ke stadium. Sekarang dah tak ada pemain import & rata-rata mutu permainan mana-mana pasukan negeri & kelab pun tak seberapa, tak bagus & menarik. Maka tu FAM janganlah salahkan peminat yang 'desert' liga tempatan & hanya tinggal peminat setia masing-masing (skima persis Hang Tuah lah atau dapat tiket masuk percuma, kot) yang pergi stadium. Apa pun, kudos to them all.
FAM boleh sahaja melakukan sesuatu yang menggalakkan kehadiran ratusan peminat bolasepak tempatan ke stadium. Contohnya FAM sentiasa membuat kempen pemasaran Liga Super secara efektif & agresif untuk menarik minat peminat di semua media cetak & elektronik. Mungkin dengan sentiasa mengadakan ekspo bolasepak seperti karnival 'Jomheboh' anjuran Media Prima itu di stadium-stadium terpilih saban minggu. Orang kita bukankah minat hiburan & pesta? We never know huh? Gunalah propaganda sikit untuk memenangi hati rakyat & peminat bolasepak tempatan, janganlah asyik guna jentera kerajaan & duit rakyat hanya untuk menangkan UMNO & Barisan Nasional setiap musim pilihan raya. Tu pun tak boleh pikir & buat ke?
Keduanya, Presiden FAM (you know who) telah bertitah bersedia mempertahankan kemenangannya sebagai Presiden FAM untuk sesi akan datang. 2010-2014 agaknya. Yeah why not? His spokeman, Mr Azzudin praised the Pahang Sultan for his 25-year long good services & 'jasa' (Or is he doing his bit of lobbying himself for a hot seat?). Sultan Ahmad is welcome to do so as no wants with the right mind will stand on his way? Except some rebels or evolutionists, perhaps, could do with a 'Sembah Derhaka' trait for nation's football good sake & brighter future.
12 February 2010
Makan Luar? Makan Dalam? Mana Lagi Sedap?
1st, "Ribuan Maaf" didahulukan kepada rakyat (?). Bukan apa, entri kali ni guna bahasa rojak, slanga & illicit yet explicit. Again, forgive me for being so.
Makan ada bagai-bagai, yo brader! Orang biasa paham makan yang masuk ikut mulut. Tapi orang nak cerita makan cara lain lah. Ni makan ada masuk ada keluar. Sedap? Yo, man! Kalau tak sedap lu kerat saja lah lu punya barang. Sis pun tau apa cerita gua nak bawak ni, kan? Good!
Makan biasa pun 'best' tapi makan luar kawan orang kata lagi lah 'best'. Like being in seventh heaven? Kawan ada cerita makan luar ni bukan laki saja suka, pompuan pun sama naik. Naik? Hmm ada kena mengena 'naik' juga lah. Nanti orang cerita lah. 'Naik' bermakna pompuan pun sama suka kes ni. Wohaa! Am i bluffing? No. Serius ma.
'Makan luar' kurang-kurang pun ada dua (2) makna. 1, makan luar yang bila kita ada senang, ada masa, ada budget, ada couple, hah! apa lagi makan luar lah. Pergi lah sama kapel, hotel ker, resort ker untuk menikmati 'the lovely moment'. Gerenti sedap lah. Makan luar ni, tinggal tunjuk saja mana nak. Tak pun, senduk/scoop saja lah mana nak makan, buh dalam pinggan sendiri. Nak lebih romantik, kongsi 1 pinggan. Wow!
We're getting to the best part. Ok, 'makan luar' makna ke-2: Main kayu 3. Weh! Bukan main konda-kondi, apa punya toing toing. Ni pasal curang. Tak kira lah, kapel tu BF-GF atau suami-isteri. Biasanya, dah ada steady Boyfriend tu orang zaman sekarang kira dah macam laki dia lah. Get what i mean? alaa, buat-buat paham sudah lah. Hehe. Serupa lah kalau laki tu dah ada steady Girlfriend, kira-kira bukan aweks lagi lah, pasal aweks kena go through shortlist lagi, tapi ni dah calon bini yang dikenalpasti. Bakal isteri.
Tapi kerana hebatnya godaan makan luar ni maka ada eksiden lah di mana-mana tempat tu. Terbabas di katil lah bersama aweks lain atau bohjan mana entah. Curang? Presicely. Bila dah naik berahi susah mau kawal lah. Suami isteri pun ada kes makan luar ni. Apa lu ingat senang-senang nak makan luar pun? Susah jugak. Tapi sebab 'its temptation is irresistible' maka sudah naik syok lah. Tak kira agama, masa, tempat sudah. langgar semacam saja. Janji puas. Tapi tak juga puas. 'Puas' is not really the word. Apa entah? Gatal? Jalang? Mengeleya? Suit yourself.
Ada suami cari pelacur, bohsia ker, Mak Jan ker, 'call girl' ker, pasang pompuan lain (pompuan simpanan) ker, tu biasa lah kita dengar. Tapi kalau 'telaga cari timba' apa kes, brader? Tu gua nak tanya sapa yang paham kes cenggini? Selalunya Mak Datin lah. Mak Datin Muda cari gigolo mesti lah bini nombor 2 atau 3 atau 4 (itu pun kalau kawin sah lah) Dato' mana entah. Gua ingat Dato' Tua tua keladi lah kot. Dia nak pakai buang tak boleh, maka dia kawin cara sah. Tapi dia dah biasa 'makan luar' atau baik sangkanya dia sibuk 'outstation' ke overseas kot, maka terkontang-konting lah Mak Datin tu. Siot. Sebab Mak Datin tak puas bersama & dia ada baik punya sosial, maka banyak lubang mau cari 'part-time lover' dia. Duit banyak siot, apa kisah. Janji servis baik. Gua nak saja taruh sini lokasi yang dikenalpasti....tapi on 2nd thought, baik tak payah lah. Kang ada pulak anxious to try... Gua jugak dapat saham...Tidakkkk. Eh! Bukan jugak kes gua mau makan sorang, brader! Lillah mana ada makan luar ni...Dosa besar, siot lah lu. Cut! Cerita lain.
Isteri orang payah sikit nak makan luar. Kalau tak puas sebab barang lakinya tak keras & tahan lama, tu tak ada masalah dah. Banyak ubat mampu selesaikan masalah tu. Kot isteri dia ni kuat sangat tu boleh jadi lah. Tapi makan luar tak mungkin sebab kes abangnya gila seks. Selalunya punca isteri makan luar ni bila si isteri masih ada syok ex-BF dia dulu yang dia tak pernah boleh lupakan tu, tambahan pulak pernah merasa nikmat XXX tu dulu dulu masa baik punya cinta, taim kapel tu, so by chance, dia jumpa semula x-BF dia, rumahtangga dia pun dah hampeh taim tu tambah lagi iman dah sedia lemah maka ada chance makan luar terjadi. 'One night stand' pun jadi lah. Atau mungkin ada ulang tayang. Kes isteri terlampau bila dia minat lesbian pun dah makin banyak kat Malaysia. Nauzubillah.
Moral of the story: Makan luar ni eloklah dielakkan demi poket & keharmonian rumahtangga. Hehe...Makan luar sesaja, mana tahan brader, rabak lah poket gua. lain lah gua jutawan. InsyaAllah makan luar cenggitu no problem lah. Makan luar yang makna berlaku curang tu, lagi merosakkan rumahtangga. Kot terlintas pun niat atau peluang depan mata, lupakan saja lah. Ingat azab Allah, ingat penjara, ingat muka anak bini. InsyaAllah terhindar. Doa lah pelindungan-Nya.
Moral of the story: Makan luar ni eloklah dielakkan demi poket & keharmonian rumahtangga. Hehe...Makan luar sesaja, mana tahan brader, rabak lah poket gua. lain lah gua jutawan. InsyaAllah makan luar cenggitu no problem lah. Makan luar yang makna berlaku curang tu, lagi merosakkan rumahtangga. Kot terlintas pun niat atau peluang depan mata, lupakan saja lah. Ingat azab Allah, ingat penjara, ingat muka anak bini. InsyaAllah terhindar. Doa lah pelindungan-Nya.
Hal 'makan dalam' ni pun 'best' jugak. Tapi lain kali lah gua cerita. Dah lewat malam dah ni. Gua ingat gua nak makan dulu lah. Hehe...So long. Good Night!
Subscribe to:
Posts (Atom)















