Showing posts with label Sunnah Rasulullah Muhammad S.A.W.. Show all posts
Showing posts with label Sunnah Rasulullah Muhammad S.A.W.. Show all posts

25 February 2010

Selawat kepada Junjungan Besar Rasulullah Muhammad صلى الله عليه وسلم



 

Dalam surah al-Ahzab Allah SWT berfirman yang bermaksud:  
Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad صلى الله عليه وسلم); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. (al-Ahzab: 56)
Daripada sebuah hadis, Baginda Rasulullah صلى الله عليه وسلم telah ditanya oleh sahabat, Bashir bin Sa’ad:  

Kami diperintah Allah agar mengucapkan selawat ke atas kamu wahai Rasulullah صلى الله عليه وسلم, maka bagaimana caranya kami harus mengucapkan selawat itu, lalu baginda diam terlalu lama sehingga ada yang mengharap alangkah baiknya kalu dia tidak bertanya soalan itu kepada baginda. Kemudian barulah baginda bersabda bahawa: ” Ya Allah selawatlah atas Muhammad صلى الله عليه وسلم  dan keluarga Muhammad صلى الله عليه وسلم, sebagaimana engkau telah memberikan selawat ke atas Nabi Ibrahim dan keluarga Nabi Ibrahim. Dan anugerahi ke atas Muhammad صلى الله عليه وسلم dan keluarga Muhammad صلى الله عليه وسلم, sebagaimana engkau anugerahi Nabi Ibrahim dan ahli keluarga Nabi Ibrahim di dalam alam sekelian, sesungguhnya engkau adalah yang Maha terpuji lagi Maha Mulia. Kemudian ucapkanlah salam sebagaimana yang telah kamu ketahui. (riwayat Muslim, Abu Daud, al-Nasaie, al-Tarmidzhi).

 Sabda Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم yang bermaksud:

" Sesiapa yang berselawat ke atasku ( محمد صلى الله عليه وسلم) sekali maka Allah akan berselawat ke atasnya 10 kali, menghapuskan kesalahannya dan mengangkatnya 10 kali darjat""

اللهم صل على محمد وعلى اله وصحبه وسلم 


22 February 2010

Sunnah Rasulullah: Tidur Siang & Kajian Kebenaran Sunnah ini Melalui Saintifik



Imam Al-Ghazali rah.a. di dalam kitabnya ‘Ihya’ Ulumuddin’ telah berkata : “Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum tergelincir matahari untuk solat zohor.”

Dari Anas r.a. dikatakan bahwa Ummu Sulaim menghampar tikar [dari kulit] untuk Nabi saw., kemudian beliau tidur [siang] di atasnya. Anas r.a. berkata: “Ketika Nabi s.a.w. tidur, Ummu Sulaim mengambil keringat dan rambut beliau, lalu mengumpulkannya dalam suatu bejana, kemudian menghimpunkannya ke dalam wangian.” (HR Bukhari dan Muslim)

Kajian saintifik dari warga Barat (what? unislamic? haha..) 


Pemeriksaan ke atas aktiviti elektrik otak (brain electrical activity) menyatakan proses berkenaan kemungkinan besar berlaku semasa fasa tidur mereka iaitu di antara 'tidur lena' dan 'mengantuk' (dreaming sleep'), yang dipanggil "stage 2 non-rapid eye movement sleep", di mana memori berasaskan fakta (fact-based memories) akan beralih dari 'simpanan sementara' (temporary storage) di dalam bahagian 'hippocampus' otak kepada bahagian lain iaitu 'pre-frontal cortex'.


Demikian juga yang disebutkan oleh David F. Dinges dan Roger J. Broughton di dalam buku mereka, "Sleep and Alertness: Chronobiological, Behavioural and Medical Aspects of Napping.". Sementara itu, Dr. James Maas, pakar tidur dari Universiti Cornell juga telah merumuskan bahawa tidur pada waktu tengah hari sekadar 15-20 minit sudah mencukupi untuk mengembalikan tenaga dan menjaga kesihatan. Seorang pengkaji yang lain, Donald Greeley, telah mengatakan bahawa tidur pada waktu tengah hari adalah bermanfaat selama mana ianya tidak melebihi satu jam (Rujuk: Gail Benchang: ‘Parents and Sleep Deprivation,’ Family.com).

Amalan tidur tengah hari yang ditunjukkan Nabi Muhammad s.a.w. sebenarnya merupakan suatu yang amat relevan dalam kehidupan manusia dan ini disokong oleh penemuan dan kajian saintifik dari masa ke semasa. Justeru, marilah kita memperkasakan 1 sunnah demi 1 sunnah dari masa ke semasa dalam hidup kita sebagai umat baginda s.a.w., insyaAllah.

21 February 2010

Sunnah Rasulullah s.a.w.: Adab Tidur




Dalam riwayat yang berasingan yang turut diriwayatkan oleh Al-Bara’ bin ‘Azib ra., beliau berkata:



"Daripada 'Abbad bin Tamim, daripada bapa saudaranya, bahawasanya Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam tidur terlentang di masjid sambil meletakkan satu kaki di atas yang lain." (Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)




"Terima Kasih" kpd tuan punya blog "Semuanya Tentang Tidur" untuk informasi di atas & semoga dirahmati Allah akan usaha anda.