Guys, be jolly be estatic. Mari gembira! Sakan ler kita semua perokok sedunia meraikan berita gembira ini. Selama hari ini orang cemuh kita dengan pelbagai kata-kata nista. Ada kata perokok mencemar alam sekitar ler, membunuh diri ler hingga kerajaan tergamak mengguris hati kita perokok tegar dengan kempen besar-besaran seluruh negara tentang bahaya merokok. Kita dah jadi bahan diskriminasi dan cacian masyarakat. Mereka suka suka saja menganggap kita tak ubah seperti penagih dadah. Eh! mana ada dadah? Rokok bukan ker sah ada lesen oleh kerajaan? Perokok malah di anggap '2nd class people' atau mungkin kelas 'ekonomi' saja. Syarikat rokok sampai diharamkan taja pasukan bolasepak negeri/kelab.
Bukan ker doa mangsa yang teraniaya akan dikabulkan. Bersyukurlah! Kepada Allah jua kita panjatkan doa dipanjangkan & diberkati umur kita. Diampun & diberi peluang bertaubat lalu mensuci jiwa dan diri. Berkenaan sesiapa yang kata para perokok tiada kebaikan apa-apa, suruh dia mengucap bayak-banyak dan bawa bersabar. Bertenang! Ini aku nak bagi bukti kebaikan perokok memang ada. Telah terbukti. Setelah dikaji-kaji ada banyak sebenarnya kebaikan merokok ini, tapi cukup ler 3 kebaikan merokok aku bagi di sini. Antaranya ialah:
Selain kebaikan di atas, ditambah lagi di bawah kebaikan lain merokok:~
- Senang memulakan perbualan dengan sesiapa jua ("Eh! Ada rokok?"; "Bos dah makan?" etc)
- Senang dapat ramai kawan & mengeratkan ukhuwah/silaturahim (Bukan ker bagus tu? Terutama yang merokok ler, i.e. "Nah sekotak sorang, aku belanja rokok ni" etc. )
- Dapat ketenangan minda dan jiwa sambil melihat kepulan asap rokok (terutama mereka yg baru putus cinta, sebab asyik tengok kepulan asap rokok dia tak ler pikir nak bunuh diri, etc.)
- Pendapatan negara bertambah (Tengok perokok ni masyarakat produktif/berguna kpd ekonomi negara. Beratus juta RM perokok dah sumbang cukai kpd negara. Tak payah ada GST sepatutnya)
- Merokok lebih mulia (Dibandingkan daripada hisap dadah, dam, gam mahupun petrol, kan?)
Merry smoking...Enjoy it, smokers & let's put our minds at rest before yeah..we're finally Rest In Peace.... ho ho ho!~

