Showing posts with label Kemanusiaan. Show all posts
Showing posts with label Kemanusiaan. Show all posts

26 June 2010

ISA : Runtuh Juga Akhirnya Kem Kamunting???


Malangnya perkara ini tidak mungkin berlaku semasa pemerintahan UMNO-BN. Ini kerana Kem Kamunting untuk tahanan ISA berkenaan tiada nilai komersil berjutaan ringgit untuk direbut dan diratah oleh  pemimpin UMNO-BN, pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan tertentu dan juga rakan-rakan atau proksi pemimpin UMNO-BN atas alasan pembangunan seperti terkorbannya Penjara Pudu di kawasan strategi perdagangan dan perniagaan iaitu di "Segitiga Emas" bandaraya Kuala Lumpur. Hakikatnya Kem Kamunting di Taiping, Perak dan ISA akta 'drakonian' itu sendiri adalah sinonim dalam kelangsungan pemerintahan UMNO-BN. Ia sudah menjadi talian hayat UMNO-BN apabila mengalami detik mencemaskan 'survival' politik mereka dalam menghadapi kemaraan lawan politik mereka khususnya Pakatan Rakyat. 

Dengan tertegaknya penjara, suspek ISA mereka (baca: musuh UMNO-BN) pada bila-bila masa sahaja boleh ditahan tanpa perlu sebarang bukti yang konkrit dan selanjutnya  Menteri  (lantikan  politik) di Kementerian Dalam Negeri akan mengarahkan penahanan suspek sehingga bertahun-tahun lamanya selain menafikan hak perbicaraan tahanan ISA di mahkamah umum atau terbuka. Kementerian akan memberi alasan keselamatan negara daripada ancaman subversif atau pelampau pengganas antarabangsa tanpa mendatangkan sebarang bukti untuk menjustifikasikan pertuduhan. Setiap penahanan ISA pula adalah dalam tempoh yang begitu lama dengan tiada sebarang bukti sewajarnya dan tidak pula mereka diberi peluang membela diri seperti mendapat khidmat peguam bela dan kes tidak dihadapkan ke mahkamah, jelas adalah amat tidak bertepatan dan menyalahi prinsip kemanusian. Bukankah itu satu bentuk kezaliman dan simbol salahguna kuasa kerana melanggar sistem keadilan umum selain ia ternyata menyalahi sistem keadilan Islam?

Rakyat yang menginginkan kedamaian dan keamanan negara perlulah mempercayai sistem dan akta yang sudah sediaada, selain ISA, adalah mencukupi untuk menjaga keselamatan negara dan kita semua. Ini termasuk aspek perisikan, tinjauan, pencegahan dan pemantauan oleh pihak berkuasa keselamatan negara. Kita sendiri sebagai pencinta keamanan perlu bersikap adil dalam menilai dan menjangka ciri-ciri seseorang 'pengganas' supaya kita tidak mahu pihak berkuasa negara kita tersilap dengan menahan orang yang tidak bersalah pula walau pun dia mungkin suspek penjenayah yang dikehendaki. Maklumat dan bukti hendaklah jelas dalam menahan suspek. Setiap penahanan yang silap adalah bermakna kita telah juga bersalah dan membawa erti menyokong kezaliman ISA yang mengimplikasikan suatu penyiksaan kepada tahanan ISA tersebut. 

Kita hanya perlu akur kepada sebarang tindakan kerajaan jika ia sentiasa berlandas kepada prinsip keadilan sejagat. Pentadbiran kerajaan mungkin mempraktikkan dan mempromosi mythic reality” yang menyeru kepada rakyat Malaysia untuk menyokong keputusan dan tindakan kerajaan yang kabur. Justeru, cukuplah kezaliman setakat di situ. Janganlah pula kita pada masa hadapan sampai merelakan Kem Kamunting yang menahan suspek ISA menjadi sebuah kem maut seperti mana-mana kem tahanan Perang Dunia ke-2 dahulu seperti KZ Dachau, Auschwitz-Birkenau, Belzec, Chelmno, Majdanek, Sobibor dan Treblinka di Jerman semasa zaman kezaliman regim Nazi.
“'Lurking beneath the surface of every society, including ours, is the passionate yearning for a nationalist cause that exalts us, the kind that war alone is able to deliver.’ When war psychology takes hold, the public believes, temporarily, in a ‘mythic reality’ in which our nation is purely good, our enemies are purely evil, and anyone who isn't our ally is our enemy.
New York Times, Op-Ed by Paul Krugman, quoting Chris Hedges, Sept. 7, 2004

15 June 2010

Berita Baik untuk Perokok ...


(Cough) ... What? A good news to smokers?? Really? Hey man, what have you been smoking? Share some with me. Hehehe.


 Dr Joanna Owens, of  the Cancer Research UK, said.
"Vitamin B levels might be higher in people who eat a healthy diet, and this in itself can help reduce the risk of cancer,"

People with plenty of a B-vitamin in their blood appear to be at a reduced risk of lung cancer, even if they smoke, a European study suggests. High levels of Vitamin B6 and the amino acid methionine cut the risk by half, a study of 400,000 people suggested. These occur naturally in nuts, fish and meat or can be taken as supplements.


Dr Panagiota Mitrou, of the World Cancer Research Fund (WCRF), said:
"These findings are really exciting as they are important for understanding the process of lung cancer and could have implications for prevention. But while this is an important study, it is vital that we get the message across to smokers that increasing intake of B-vitamins is not - and never will be - a substitute for stopping smoking."

Experts told the Journal of the American Medical Association that stopping smoking remained the best way of reducing lung cancer risk.


07 February 2010

Do What We Love & Cherish For Better Life.


 
Click for Mariah Carey
Setiap kejadian dalam hidup kita ada hikmah daripada Allah, Maha Pencipta. Sesungguhnya, kita sebagai manusia & ditakdirkan pula menganut Islam sebagai kepercayaan hidup kita, seharusnyalah mempunyai matlamat hidup (wawasan), merancang dengan sebaik mungkin hala tuju hidup kita & berusaha untuk mencapai 'kejayaan' dalam kehidupan yang sementara di dunia ini. Begitupun ada sahaja dugaan, rintangan & cabaran yang merencatkan perjalanan matlamat kita dari masa ke semasa. Selalunya juga kita menghadapi kegagalan. Ada kala kita mampu terus bangkit menyambung cita-cita. Ada yang terus tersungkur, rebah & kalah. Ada pula masih terkial-kial, mencari-cari dalam membina semula.

Pasti ada hikmah untuk masa hadapan kita selagi kita mahu memikirkan & merencana kehidupan kita. Malangnya kita tidak mampu memikirkan apa sebenarnya natijah daripada setiap sesuatu kejadian terutamanya peristiwa atau episod kegagalan atau kekecewaan dalam hidup kita. Jikanya kita tidak mampu mengenalpasti natijahnya pada ketika itu, mungkin tidak mengapa. Kerana mungkin kita sedang diselubung perasaan yang tidak tenang untuk mengerti & menerima hakikat ketentuan (takdir) sebegitu. Sebenarnya kita lebih mudah memahami mengapa ia terjadi sekiranya kita selepas itu ditakdirkan berada di puncak kejayaan. Maka segalanya seperti semalam baru berlaku walaupun ia mungkin sudah menjangkau 10 tahun lalu. Sebenarnya setiap kegagalan adalah juga titik  penyambung kehidupan untuk kita berpeluang lebih berjaya pada masa hadapan kita. 
 Again, you can't connect the dots looking forward; you can only connect them looking backwards. So you have to trust that the dots will somehow connect in your future. You have to trust in something - your gut, destiny, life, karma, whatever. This approach has never let me down, and it has made all the difference in my life.
 - Steve Jobs, CEO of Apple Computer and of Pixar Animation Studios

Dalam hidup ini kita semua perlu LOVE dalam apa jua kita lakukan, baik sebelum, semasa atau selepas ia terjadi. Contoh, kita perlu LOVE dalam bentuk minat, dorongan sebelum memulakan sesuatu perkara seperti berkerja, belajar & lain-lain. Justeru, LOVE ini boleh hadir dalam banyak bentuk seperti: minat, sokongan, dorongan, semangat, ilmu, pengalaman, kepercayaan, kesetiaan dan sebagainya. Tanpanya apalah erti hidup? Kosong? Seperti tiada apa maknanya lagi. Kecewa. Kalah. Mati?

p/s: Without LOVE we're nothing, lost, devastated, low key, dead or living dead. So keep the faith (love to live, follow your heart with positive thinking, know the ropes), be strong, be wise only then  something magic soon to happen or gradully  we can make it (to gain more successes in life). Ameen !


06 February 2010

Kemiskinan: Ada Kita Tolong ?

Sesungguhnya tiada yang sia-sia Allah, Tuhan yang Maha Esa, jadikan sesuatu perkara. Timbulnya sesuatu perkara atau isu adalah sebab musabab & keperluan memikirkannya. Ia wajar kepada yang berakal normal & punya hati untuk prihatin keadaan sekelilingnya. Mereka yang bertaqwa seharusnya lebih memahami & menyelami apa kewajaran terjadinya permasalahan berkaitan masyarakat dewasa ini.  Kita harus bersedia membantu menanganinya (tolong-menolong) sedaya-upaya yang termampu. Ini kerana semua orang Islam itu bersaudara & pada asasnya semua manusia tanpa batasan agama kepercayaan, bangsa, ideologi adalah juga amanah kita di muka bumi ini.

Isu kemiskinan, YBK, 'homeless' & perkara berkaitan adalah suatu ingatan Allah kepada kita semua yang mengaku beriman kepada-Nya. Lebih-lebih lagi kepada mereka yang pegang AMANAH & tampuk pemerintahan walau setinggi mana pangkat atau martabatnya. Tak kira dianya Raja, Sultan, Menteri di kementerian yang sepatutnya bertanggungjawab, Majlis Agama Islam Negeri-2, pegawai-2 & kakitangan kerajaan yang berkenaan, NGO sehingga kita sebagai individu dalam masyarakat. Meskipun masing-masing kita adalah orang-orang yang kaya-raya & seakan-akan tiada kaitan dengan masalah kemiskinan ini, tetapi hakikatnya semua kita tidak terlepas daripada tanggungjawab sosial ini. Percaya atau tidak, ramai di antara kita akan dihisab dengan urusan tanggungjawab sosial iaitu masalah kemiskinan ini.

Matlamat yang perlu kita tetapkan adalah membantu golongan sasaran iaitu individu atau keluarga yang melarat, dibebani masalah kekurangan apa jua keperluan asas kehidupan seperti pendapatan, kediaman, keselamatan dan sebagainya. Hendaklah kita berusaha mencari mereka yang memerlukan bantuan asas ini hati yang ikhlas, bersungguh-sungguh. Tidak wajar jika pihak 'tangan yang memberi' yang sewajarnya menyalurkan bantuan segera atau secara langsung, tidak menjalankan tanggungjawabnya dengan cepat, tepat & betul. Janganlah juga mementingkan 'nama', publisiti, imej dalam memberi pertolongan. Kepentingan individu akan hanya menjejaskan perjalanan sumbangan kepada golongan sasaran. Kelewatan sehari bantuan sudah cukup memburukkan keadaan individu yang miskin tegar. Bayangkan jika bantuan tidak sampai berlarutan sehingga sebulan, 6 bulan atau suatu tempoh yang lebih lama? Alasan tiada masa, kerenah birokrasi, tiada peruntukan adalah cuma alasan  yang direka-reka daripada kelemahan pihak kita sendiri yang tidak 'berjaya' menolong. Fikirkanlah kesan perbuatan kita terhadap mereka. Kasihan mereka!  

Janganlah kelewatan, kecuaian, kealpaan kita yang mampu menolong ini, memaksa mereka yang malang itu berterusan merempat, mengemis, melarat, masih tidak dapat keluar daripada keadaan yang menyeksakan hidup mana-mana insan. Bukankah apabila kita menolong mereka itu sebaik & seikhlas mungkin , itu perbuatan yang mulia? Mengapa kita selalu tidak bersungguh-sungguh & ikhlas untuk melakukan jihad ini?  Maka itu marilah kita segera membantu mereka yang memerlukan di sekeliling kita, siapa pun mereka itu.

 

17 January 2010

If Only We Cared Enough ...


"If Everyone Cared"

From underneath the trees, we watch the sky
Confusing stars for satellites
I never dreamed that you'd be mine
But here we are, we're here tonight

Singing Amen, I, I'm alive
Singing Amen, I, I'm alive

[Chorus:]
If everyone cared and nobody cried
If everyone loved and nobody lied
If everyone shared and swallowed their pride
Then we'd see the day when nobody died

And I'm singing

Amen I, Amen I, I'm alive
Amen I, Amen I, Amen I, I'm alive

And in the air the fireflies
Our only light in paradise
We'll show the world they were wrong
And teach them all to sing along

Singing Amen, I, I'm alive
Singing Amen, I, I'm alive
(I'm alive)

[Chorus x2]

And as we lie beneath the stars
We realize how small we are
If they could love like you and me
Imagine what the world could be

If everyone cared and nobody cried
If everyone loved and nobody lied
If everyone shared and swallowed their pride
Then we'd see the day when nobody died
When nobody died...

[Chorus]

We'd see the day, we'd see the day
When nobody died
We'd see the day, we'd see the day
When nobody died
We'd see the day when nobody died

16 October 2009

Basmi Kemiskinan - Mulakan dengan jiran kita



Setengah kita dirundung malang kemiskinan sejak mengenal dunia lagi. Ada yang jatuh miskin kerana hutang lalu diistihar muflis (bankrap) dan dirampas segala harta bendanya. Ada yang terpaksa memulakan era hidup baharu akibat kerugian perniagaan, kehilangan pendapatan, pekerjaan dan sebagainya. Tidak semua kita sentiasa bernasib baik mengecapi keselesaan hidup sehingga ada hanya mampu berangan-angan tentang kemewahan hidup. Jika diusahakan dan ditakdirkan pula seseorang pengemis hari ini mungkin sahaja menjadi seorang jutawan dalam sekelip mata atau dalam tempoh yang tertentu. Tiada yang mustahil. Cuma dalam mereka yang memerlukan sedikit bantuan bagi menempuh hidup berliku, menyedihkan dan memeritkan itu, haruskah kita pula tidak  berbuat apa-apa ydengan maksud membantu menyelesaikan atau sekurang-kurangnya meringankan beban tersebut. Haruskah kita bersikap berlepas tangan mengenai tanggungjawab sosial kita dalam soal kebajikan anggota masyarakat kita?

Jika diperhati visi Jabatan Kebajikan Masyarakat ialah "Masyarakat Sejahtera dan Penyayang" dan misinya ialah "Membangun Masyarakat Ke Arah Kesejahteraan". Apa pun objektif pihak badan-badan kerajaan persekutuan dan negeri serta pihak individu pastilah visi dan misi mereka membantu golongan yang memerlukan khususnya dalam kebajikan kanak-kanak dan keluarga. Sasaran dan kaedah mungkin berbeza. Ada usaha membantu dan membangunkan anggota masyarakat berteraskan modaliti penjanaan modal insan. Ada membantu menyalurkan bantuan modal kewangan dan bimbingan perniagaan. 
Syarikat-syarikat badan kerajaan dan swasta iaitu korporat  tempatan dan multinasional, selain, ratusan ribu syarikat SME haruslah menyalurkan sedikit keuntungan mereka untuk merealisasikan objektif bersama membasmi kemiskinan.  Sumbangan dana kewangan dan bimbingan keusahawanan adalah antara jalan untuk membangunkan masyarakat. Begitu juga pihak yayasan dan badan pungutan zakat seperti Baitul-Mal negeri hendaklah menjiwai tugasan mulia untuk membasmi kemiskinan masyarakat tempatan sehingga mencapai sasaran sifar miskin.  Janganlah mereka tahu meminta orang ramai berzakat sedangkan mereka bersikap kikir menyalurkan bantuan kewangan segera kepada pihak yang terdesak khususnya orang miskin selain asnaf yang diiftiraf syariah.

Janganlah kita mengabaikan tanggungjawab kita yang satu ini hanya kerana kita sibuk berkerja, meniaga, atau mengurus hal peribadi seperti membesarkan lagi rumah tanpa keperluan mendesak, membeli set home-theater yang berharga puluhan ribu ringgit, handphone yang canggih dan mahal, bercuti ke luar negeri jika ia sebenarnya suatu pembaziran. Adalah lebih baik kita membelanjakannya dengan menolong jiran tetangga kita  yang  sangat-sangat memerlukan. Bukankah ia adalah tanggungjawab sosial kita, sehingga di akhirat kita akan ditanya dan dihisab amalan kita kepada jiran-jiran kita. Mengapakah kita hanya mementingkan diri sendiri? 
Jika anak-anak jiran kita kelaparan atau kesakitan sedangkan ibu bapa mereka mempunyai pekerjaan yang berpendapatan rendah, bukankah wajar kita membantu mereka? Tak usahlah kita bersikap sombong dan menunggu mereka mengemis simpati kepada kita. Kita sendirilah mengambil inisiatif untuk membantu mereka seikhlas hati kita dan memadailah sekadar kemampuan kita. Jika kita turut serta membantu insan malang seperti itu  kita sebenarnya telah melakukan suatu perbuatan yang mulia. Kita hendaklah menjadi agen masyarakat yang menyumbang kepada pembentukan masyarakat madani yang saling menyayangi dan bantu-membantu sesama kita. Dengan itu kita menyumbang kepada kehidupan dunia yang bahagia lagi aman sentosa. Allah s.w.t akan menganjari khidmat bakti kita itu di dunia lagi sehingga akhirat. 
Mulai dengan meninjau keperluan adik beradik, jiran tetangga kita sehingga kita menjangkaui batasan geografi dengan membantu manusia sejagat di sekeliling dunia khususnya di negara-negara di benua Afrika yang miskin mahu pun  di Afghanistan atau Iraq yang dilanda perang.



 

07 October 2009

Bencana Alam: Hukuman atau Ujian?



Are we really going towards the end of this world? Dah nak kiamatkah dunia kita? Aku berasa saat-saat dunia yang kita diami ini sudah kian nazak. Hampir ada sahaja berita bencana alam setiap hari di kaca TV dan media cetak. Cuaca sudah tidak menentu. Di Malaysia, mungkin sekarang musim tengkujuh di mana hujan sentiasa turun. Tak silap aku, lazimnya hujan turun lebat sekitar bulan Oktober sehingga awal tahun Januari. setiap tahun. Tahun ini sahaja hujan sudah turun dengan lebat (walaupun bukan setiap hari) seawal bulan Ogos? Sehingga berlaku banjir teruk di setengah-setengah kawasan. Mungkin telahan aku meleset. Lupakanlah!
Tahun 2004 berlaku tragedi tsunami di beberapa negara Asia, bencana angin puting beliung 'Hurricane Katrina' yang juga mengakibatkan banjir besar pada 2005 di kebanyakan kawasan selatan Amerika Syarikat (United States), pada 2008 angin taufan (cyclone) yang melanda negara Myanmar, meragut ribuan nyawa dan terbaru, gempa bumi di Padang, Indonesia, adalah antara rentetan peristiwa bencana alam di seluruh dunia. Sebenarnya ia menakutkan dan suatu petanda aras untuk kita semua perlu bersedia dalam menghadapi segala kemungkinan dan akibat penangannya.
Eloklah kita bersiapsiaga, mungkin kita boleh menyelamatkan nyawa, mengelak kecederaan (safeguard against injuries and loss) dan kehilangan atau kerugian harta benda. Orang selalu berpesan seperti "Sediakan payung sebelum hujan". 'Natural disasters' bukan kehendak sesiapa manusia, semuanya ketentuanNya. Sesiapa pun boleh mengalami malang terlibat dan terjerat dalam kecelakaan bencana alam seperti wabak penyakit, banjir,  kebuluran, jerebu, angin taufan, tanah runtuh, kebakaran hutan, tsunami, gempa bumi dan lain-lain.
Some people dare to question God’s goodness of why do these natural disasters need to  ever happen. Mereka mengeluh dan membentak ketentuanNya yang nayata menyusahkan mereka. Mereka tidak mampu menerima kenyataan ini semua (Just couldn't come to term of "acts of God", that is Allah s.w.t.) adalah sebenarnya keputusan (sunnatullah qadak dan qadar) Allah.  Maka ketika itu mereka sudah menganggap bencana itu sebagai suatu hukuman. Sesungguhnya mereka terlupa untuk terus bersyukur atas nikmat-nikmatNya lain yang sudah banyak dianugerahNya (while no credit is given to God for years of peaceful weather, prospherity and others). Teguhkan pegangan kita di saat yang mencengkam iman kita, moga-moga kita terselamat daripada tergelincir akidah kita. Berusaha mencari jalan keluar bagi semua masalah yang sebenarnya menguji  kita (so it’s not lingering about in our system). Setidak-tidaknya jika kita atau sesiapa sahaja ditakdirkan gagal menyelamatkan diri daripada bencana alam jangan kita juga gagal ujian Allah s.w.t. yang berserta dengan bencana alam berkenaan. Tiada apa yang kekal di dunia ini (Just enjoy life whilst it lasts) maka nikmati  kehidupan dan pasrah. Yang kekal abadi hanya di akhirat. Kejarlah ia. InsyaAllah. 
 
p/s: Marilah kita tolong membantu sekalian manusia sejagat yang dirundung malang akibat bencana alam dengan kapasiti kita yang ada. Jika bermampuan pergilah menghulur bakti  dengan berkhidmat seperti menyertai gerakan 'seek & rescue', hulur derma ubat-ubatan, pakaian, makanan dan minuman. Paling tidak pun haruslah kita prihatin untuk memanjatkan doa kepada Ilahi. 1for-ALL-for1. 
 

02 October 2009

NASIHAT: Berhati-hati di jalan raya



Amaran! Entri ini adalah 1 khidmat nasihat. Jika sesiapa pembaca blog saya tak mahu dinasihat, sila berhenti membaca seterusnya.
Terima kasih kerana terus membaca dan mahu dinasihatkan. Nasihat ini berkisar pembentukan sikap berhati-hati di jalan raya (termasuklah lebuh raya, ya!). Kita bicara mengenai sikap berhati-hati ini 1 amalan mulia yang terbit daripada hati yang baik. Tanpa hati yang baik, hampir pasti tiada juga sikap berhati-hati dalam semua perkara yang kita lakukan mahu pun fikirkan. Oleh itu, disarankan semua pengguna jalan raya dan lebuh raya (highway) supaya mempunyai hati yang baik supaya kita boleh berhati-hati. Bukan apa, dengan adanya sikap berhati-hati, kita mampu berfikir dengan baik dan wajar seperti orang (manusia) normal, bukan seperti orang gila yang tidak boleh berfikir sewajarnya sehingga membahayakan diri sendiri dan nyawa orang lain (yang kemungkinan besar tidak gila sepertinya).
Akal hendaklah sentiasa digunakan untuk menyelamatkan keadaan dan nyawa kita dan orang lain. IQ orang normal akan sentiasa peka dengan keadaan sekitarnya. Di atas jalan raya yang kelihatan tenang (innocent?) pernah meragut nyawa manusia. Maka, pasti kita yang waras akan mengambil langkah berjaga-jaga sebelum dan semasa perjalanan kita ke apa jua destinasi kita. Pasti kita akan memeriksa kenderaan kita supaya elok keadaannya, enjinnya, brek dan sebagainya. Minyak (petrol atau diesel) pun kena diisi dalam tangkinya. Gila, jika tidak isi 'fuel' (secukupnya) melainkan kenderaan kita memang tak perlu minyak - pakai arang batu, air atau pakai doa jampi saja.
Selain itu, dengan sikap berhati-hati kita mampu mengawal emosi untuk menangani segala dugaan dan cabaran di jalan raya. EQ orang yang waras sememangnya berbeza-beza. Tetapi di atas jalan raya seseorang yang IQ tinggi pun akan bertukar tidak semena-mena kepada seorang yang persis binatang buas yang ganas, kasar dan membahayakan.  Ada yang menjadi seorang penjenayah atau samseng jalan raya dalam sekelip mata dengan sikap yang agresif lagi membahayakan. Ini kerana cabaran, dugaan dan masalah-masalah yang timbul bukan  sedikit dan kecil. Ia bisa saja menyakitkan mata, hati, dan juga menyesakkan dada. Merimaskan. Jangan biarkan kita kerasukan oleh 'hantu' jalan dan lebuh raya dengan sentiasa mempertingkatkan EQ kita. Dengan EQ yang tinggi akan menjaga kita supaya sentiasa berhati-hati, tenang, bersabar dengan cabaran dan masalah di jalan raya, selain  boleh bertolak-ansur dengan sesama pengguna jalan raya yang lain. Apabila semua orang telah membudayakan amalan berhati-hati di jalan raya, kita semua akan selamat. Tanpa keraguan. Insyaallah. Seterusnya, banyak nyawa boleh diselamatkan - kerana kemalangan tetap berlaku di mana-mana - berpijak di bumi yang nyata. Sehingga kita tidak perlu peraturan jalan raya seperti tanda had laju untuk menyekat kelajuan kita di jalan dan lebuh raya kerana semua kita berhati-hati demi keselamatan bersama. Lampu isyarat? Juga tak perlu di setiap simpang 3 atau 4. Dengan sikap berhati-hati, maka cukuplah kita bersabar dan bersopan santun menunggu giliran kita.

Hehe..aku bermimpi di siang hari ker?

28 June 2009

Michael Jackson ... another conspiracy?

wa ingat si Jacko ni belum mati ler... saja jer cerita 'kematian' ni dikecohkan 1 dunia untuk 'verify' dia dah mati... wa ingat dia pi menyorok mana-mana ni.  TAPI jika dia mati ini kemungkinan 1 lagi kes konspirasi pembunuhan terancang seperti terjadi kepada Princess Diana (assuming the great Princess Diana was to marry Mr. Dodi Al Fayed and eventually convert to Islam..what a shame to the Queen of England & heir if that really happened, huh?). 

Bukan wa ada ilmu laduni ker firasat ker, cuma nak kongsi pandangan jer...bukan jugak wa nak buruk sangka sama Jacko.. kalau dia mati betul pon tak apa la, innalillahi wainnailaihirajiun..moga dia RIP & Allah's bless upon him. Takpa la dia nak mai singgah dlm mimpi wa bagitau wa dia betul-betul dah mati & nak pi syurga dah, mai la..tak loghat pun..hehe..I'd say to him "hey i bought your album that double-gold-disc HIStory" & "Hope we can meet 1 day in holy heaven".

Lagi pun dia ada banyak hutang ..kot dia mati boleh langsai hutang, kira 'burn' semua hutang, ok gak kan?  teringat wa criter "Eraser" (eh betul ker tajuk nih?) pasal erase identiy & create another one & becoming a new person...hmm....dah ada criter selepas 'kematian' jacko ni yang ada kemungkinan boleh generate some cash/income up to hmm.. maybe ratusan jutaan US dollar jugak la. Holy s***... tu ler citer rich & famous people. 

Apa pun wa memang minat Jacko drp dia 'budak itam' lagi..hehe...rambut pun kerinting lagi masa tu... idung? hmm wa tak ingat pulak...ada idung ker dia? entah ler...hehe.

He's my favorite singer through & through since... really a gifted singer....here are some phrases which i like most:

There's a place in your heart and i know that it is love, And this place could be much brighter than tomorrow, And if you really try you'll find there's no need to cry, In this place you'll feel that there's no hurt or sorrow. There are ways to get there, If you care enough for the living, Make a little space,  Make a better place. ....... I see the kids in the street, With not enough to eat, Who am i to be blind? Pretending not to see their needs.

...... They follow each other on the wind ya' know 'Cause they got nowhere to go, That's why i want you to know.

.....

I had to tell them I ain't second to none And I told about equality An it's true Either you're wrong Or you're right ..... It don't matter if you're black or white

..... What have we done to the world Look what we've done What about all the peace That you pledge your only son What about flowering fields Is there a time? What about all the dreams That you said was yours and mine Did you ever stop to notice All the children dead from war Did you ever stop to notice The crying Earth the weeping shores? What about the bleeding Earth Can't we feel its wounds What about nature's worth What about animals We've turned kingdoms to dust

.........

Give thanks to Allah, for the moon and the stars prays in all day full, what is and what was take hold of your iman dont givin to shaitan  oh you who believe please give thanks to Allah. Allahu Ghefor Allahu Rahim Allahu yuhibo el Mohsinin, hua Khalikhone hua Razikhone whahoa ala kolli sheiin khadir Allah is Ghefor Allah is Rahim Allah is the one who loves the Mohsinin, he is a creater, he is a sistainer and he is the one who has power over all.

13 June 2009

Bebaskan Mat Sah ..Free him NOW

"No one shall be subjected to arbitrary arrest, detention or exile." (Article 9, the Universal Declaration of Human Rights) The United Nations Commission on Human Rights has addressed the disturbing expansion of the practice of administrative detention without charge or trial since 1985. Then in 1991, the the former Commission on Human Rights in its resolution 1991/42 set up the Working Group on Arbitrary Detention and entrusted with the investigation of instances of alleged arbitrary deprivation of liberty, according to the standards set forth in the Universal Declaration of Human Rights and the relevant international instruments accepted by the States concerned. The Working Group on Arbitrary Detention has stated that the detention of Mr. Mat Sah bin Mohammad (in picture below) the husband of unfortunate Mrs. Norlaila Othman is arbitrary and contravenes Articles 9 and 10 of the UDHR (classified it under categories I and III). Article 10 of the International Covenant on Civil and Political Rights establishes that “all persons deprived of their liberty shall be treated with humanity and with respect for the inherent dignity of the human person”, but reality looks different in some parts of the world. The Working Group considers it necessary to reiterate the prominent concern that, in the counter-terrorism context, some States continue to use deprivation of liberty without charges or trial or other applicable procedural guarantees against persons accused of terrorist acts; a practice the Group considers as contrary to international human rights instruments. Specifically, the Working Group considers that detained persons suspected of terrorist activities and/or acts shall be immediately informed of such charges in line with relevant national legislation; they shall be brought before a competent judicial authority; and they shall enjoy the effective right to habeas corpus. The Working Group deems it appropriate to put forward a list of principles in conformity with articles 9 and 10 of the Universal Declaration of Human Rights, and articles 9 and 14 of the International Covenant on Civil and Political Rights, which may be used in the context of measures countering terrorism. We Malaysians must now support Kak Laila Merah Hitam and will be echoeing her demands to Malaysian government to accept and implement the recommendations of the Working Group on Arbitrary Detention requesting the Malaysian government to take necessary steps to remedy Mr. Mat Sah bin Mohammad her husband’s situation to conform with provisions and principles enshrined in the UDHR. A few words to recap my above-mentioned views in Bahasa Malaysia: Marilah kita rakyat Malaysia, tanpa mengenal sempadan agama mahu pun bangsa, marilah bersatu hati demi nilai kemanusiaan sejagat, di mana keadilan bagi setiap manusia itu tidak bersalah sehingga dibicara dengan adil di dalam mahkamah lalu jika sabit kesalahan dengan bukti-bukti kukuh, hukumlah tertuduh atau bebaskanlah dia. Demi Allah yang nyawa kita di dalam kekuasaanNya, hentikanlah kesesatan dan fitnah ini demi keadilan & kebebasan semua insan.