Showing posts with label Islam. Show all posts
Showing posts with label Islam. Show all posts

06 December 2010

Happy New Year to all Moslems .. Salam Maal Hijrah 1432 @ Selamat Tahun Baru !!!


Allah berfirman, 
”Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana merekapun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa.” (QS At-Taubah: 36)

Bulan-bulan haram yang dimaksudkan dalam ayat di atas ialah: Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam & Rejab, di mana umat Islam dilarang berperang dalam bulan-bulan ini kecuali jika mereka diugut.

Al Allamah Ibnu Hajar menulis, Abi Daud telah meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad (صلى الله عليه وسلم) memandubkan (yakni menSUNAT) berpuasa di bulan-bulan haram.

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Seutama-utama puasa sesudah puasa bulan Ramadan ialah puasa bulan Muharram dan seutama-utama solat sesudah solat fardu ialah solat malam". (Sahih Muslim)


29 August 2010

Hanya Kebenaran Islam Diperlukan. Bukan Perkenan Sultan atau Izin Kerajaan UMNO


Kecoh lagi. Kali ni pasal orang bukan Islam masuk masjid, untuk apa juga urusan sama ada hadir untuk berbuka puasa bersama rakan seperjuangan dan umat Islam lain, atau, memberi penerangan, dan sebagainya. Sureheboh pun tak sehebat ini. 1 Malaysia kecoh hal ini. Sementelah spesis orang 1Malaysia sememangnya suka cari publisiti pun. Bagi semua tahu. Kononnya puak ini buat kerjalah. Kononnya mereka sajalah sayang, cinta Islam & bangsa Melayu, orang lain tak. Tetapi dalam hal melarang orang bukan Islam masuk - duduk, berdiri, berbual, berkata-kata (ceramah), - hanya menampakkan kejahilan orang Islam sendiri. Sensitif atau beremosi pun janganlah tak pakai otak & guna mata melihat semula atau rujuk hadis Rasullullah s.a.w. tentang peristiwa di zaman baginda - membenarkan orang yang tak beriman kepada Allah iaitu orang bukan Islam masuk masjid - bagi tujuan dakwah, diplomasi dan sebagainya.
YB Serdang, Teo Nie Ching (berkebaya) sedang makan minum di surau. Mesra gitu.
Ms Hannah Yeoh, right? Wow! Gorgeous lass.
Then who the fv(k is he? Muppet?
Kalau ikut corak beragama Islam acuan kerajaan UMNO (kini 1Malaysia) semua Jawatankuasa setiap masjid atau surau diminta merujuk kepada Majlis Agama Islam Negeri dalam soal membenarkan orang bukan Islam memasuki masjid. Alasan? Bagi mengelakkan sebarang tindakan yang boleh mengelirukan masyarakat? WTF is that? Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata setiap negeri mempunyai panduan masing-masing dalam soal itu dan jawatankuasa atau pengurusan masjid perlu mematuhi panduan tersebut dan tidak sepatutnya sewenang-wenangnya membenarkan orang bukan Islam memasuki masjid terutama di ruang solat. Katanya rumah ibadat agama lain pun, mereka mempunyai garis panduan dalam membenarkan penganut agama lain memasuki tempat ibadat mereka. Beliau berkata perkara itu juga menjadi satu isu kerana tidak sepatutnya perkara politik dibawa masuk ke dalam masjid.

Tetapi kenapa perlu kita rakyat minta kebenaran Majlis Agama lagi setelah hadis-hadis Nabi s.a.w. & fatwa kebangsaan terang-terang membenarkannya? Siapa sangatlah ustaz, ustazah & in this case, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, hendak melarang kita & tegar menyuruh orang buat itu ini? Islam bukan hak Datuk Seri Jamil Khir Baharom saja. Insklusif? Mungkin.

Tok Guru Nik Aziz pula umat Islam sekarang terlalu jahil dengan agama Islam - termasuk Sultan-Sultan, Raja-Raja? Kebanyakan pemimpin negara dari parti UMNO? Ya, semestinya. Sedangkan pada zaman Nabi Muhammad s.a.w., baginda mengajak orang kafir Quraisy tinggal di dalam masjid termasuk dibenar mereka tidur, makan dan minum.
"Cuma apa yang dilihat (benda) itu sebagai pelik di zaman ini menunjukkan umat Islam kita terlalu jahil dengan agama," kata Tok Guru Nik Aziz.

Bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri pula berkata Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab. Keputusan itu dicapai pada Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010. Dr. Mohd Asri itu tegas menyatakan bahwa bukan menjadi satu kesalahan kepada orang bukan Islam untuk memasuki surau dan masjid asalkan niatnya baik dan betul. Lainlah kalau mereka bukan Islam bertindak tak sopan, biadap, tak hormat, ganas, kasar, baling cat ? Itu pun tegurlah dengan cara elok-elok (berhikmah) kalau kita orang Islam nak marah sekalipun.

Almarhum Sheikh Ahmad Deedat pernah berkata rombongan Kristian dari Najran datang bertemu dengan Rasulullah untuk berhujjah mengenai Nabi Isa. Rombongan Kristian tersebut telah berkampung dalam masjid Nabi selama tiga hari. Ahmad Deedat who? Datuk Seri Jamil Khir Baharom tu siapa pula? hebat sangatkah ilmu dia berbanding almarhum? Seperti lazimlah, Umno mana tahu beza nilai ilmu. Main saruk saja. Kecoh sana sini. Mereka juga malu sudahnya. Mereka mesti tak mahu menyamati ucapan almarhum dan sesiapa saja mufti, ulamak yang memberi kebenaran dalam pasal hal kehadiran orang bukan Islam ke masjid, surau. Silap-silap teruk almarhum Ahmad Deedat kena hentam dengan Umno & penyokongnya, Sultan-Sultan Melayu & sebahagian rakyat Malaysia tentunya murka, marah-marah kepadanya tentang pendapat beliau dalam hal ini. Daripada sumber tertentu pernah beliau mengajak pelajar-pelajar bukan Islam masuk ke dalam Masjid UKM mendengar ceramahnya?


p/s: Lu olang tengok & pikir la sendiri betapa TERUK spesis UMNO mengajak umat Melayu-Islam mengenali ISLAM yang sebenarnya di negara ini. Orang bukan Islam pun kalau bukan sebab dapat hidayah daripada sumber lain semua pun tak ingin masuk Islam kalau mereka lihat perangai (akhlaq) Melayu-Islam macam celaka, buruk, jelek, biadap &, tak lupa untuk disebut di sini, JAHIL pasal agama sendiri. Kalau orang Melayu-Islam kita yang lahir-lahir Islam & patutnya tahu adab istiadat masjid pun Wanita, Puteri UMNO tak reti-reti nak bersopan apabila masuk dalam masjid - tutup aurat sepenuhnya, jadi apa nak kecoh bila ada orang-orang bukan Islam nak melancong, lihat-lihat masjid daripada dalam, nak tahu lebih lanjut pasal Islam & hal umat Islam? Apa susah sangat? Lu UMNO suruh saja (atau ajaklah) Samy Vellu ker, CSL ker, Ong Ka Ting ker pergi ceramah/ majlis ilmu dalam masjid. Ambik gambar mereka. Hah, baru persaingan yang sihat..kan?  Islam juga untung. Is that too much to ask, huh, u muppets?

14 August 2010

Let's Fast Guys, or, Feel Really Ashamed to Some Animals


Obviously, that fasting is not about abstinence per se. In universe verity it is almost as common as feeding. There are two similar conditions, which are related ; hibernation and aestivation.

There are some animals which hibernate - undergoing a period of winter sleep. Their metabolism is slowed down and they take no food for long periods of time. Bats, mice, hedgehogs, woodchucks, toads, lizards, snakes, flies, wasps, bees, bears, crocodiles, and alligators are among those that undergo some degree of hibernation. True hibernation is a dormant state of existence accompanied by great diminution of respiration, circulation, and metabolism.

Aestivation is a similar process which occurs in the summer time, and quite obviously these are not cold blooded animals. An example is the tenree of Madagascar. This climatic dormancy requires that the organism makes a variety of gradual physiological and biochemical adjustments that apparently correlate with temperature, light, and food scarcity.

The theory that "the sick must eat to keep up their strength" is inappropriate at times. It must be very unpleasant to many to see long established customs broken and long cherished prejudices set at naught even when a great good is to be achieved. There has been much contention in the scientific field about whether or not fasting is beneficial to one's health that fasting can do wonders for the human body. Fasting is an integral part of many of the major religions including Islam, Judaism and Christianity. To advocating fasting as a means of physiological rest and its physiological effects are as beneficial as the spiritual promoted by these religions, surely, should also be associated with physical, mental, emotional, and sensory rest so far as practicable. There are studies on fasting effect on human's body that prove the body rids itself of the toxins that have built up in our fat stores throughout the years. The body heals itself, repairs all the damaged organs during a fast. And finally there is good evidence to show that regulated fasting contributes to longer life.

In animal world, tadpole during its period of transformation to a frog, a number of fishes especially the female of the Cichlidae, they do fast during their breeding season. Penguins and the male goose are the only birds fasting during the mating season. Alaskan fur seal bull is the best known example of fasting by a mammal during the mating season. So is the sea lion during the mating season. There are many snakes do fast at times - that eat only at long intervals. Then there are marine iguana, seashore lizard of the Galapagos Islands which are apparently fasting in captivity.

p/s: 
So, why not us Moslems practicing the fasting for a whole Ramadhan month for god sake? Yes surely we can do it. It is , although hard initially, still a universe verity.

11 August 2010

Marhaban ya Ramadhan..Marhaban !!!








Antara fadhilat-fadhilat berpuasa di bulan Ramadhan adalah dinukil daripada beberapa ayatullah Al-Qurannul Karim & juga daripada koleksi hadis s.a.w. seperti berikut:

Firman Allah Taala:

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ.

"Wahai orang-orang yang beriman, kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana puasa itu diwajibkan atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa".
                                                                                                                                                (Ayat 183, Surah Al-Baqarah)


Firman Allah:

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْءَانُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ.
"Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Qur`an, menjadi pertunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan pertunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadhan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu .. ".

                                                                                                             (Ayat 185, Surah Al-Baqarah)


عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ الْإِسْلَامَ بُنِيَ عَلَى خَمْسٍ شَهَادَةِ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَإِقَامِ الصَّلَاةِ وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ وَصِيَامِ رَمَضَانَ وَحَجِّ الْبَيْتِ
(Sahih Muslim - bi Syarh al-Nawawi 1:177)

Dari Ibn Umar, r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Islam itu dibina dan ditegakkan di atas lima dasar (lima rukun), iaitu mengucap dua kalimah syahadat (dengan meyakini serta menerangkan kebenaran) bahawa sesungguhnya tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Nabi Muhammad ialah pesuruh Allah,  mendirikan sembahyang,  memberi zakat,  berpuasa pada bulan Ramadhan,  dan mengerjakan haji ke Baitullah".


Lain-lain hadis Rasullah s.a.w. meriwayatkan:


Berita gembira itu disampaikan pula kepada sahabatnya sambil baginda s.a.w. bersabda:
:"Sungguh telah datang kepadamu bulan Ramdhan, bulan yg penuh keberkatan. Allah memfardukan atas kamu berpuasa. Di dalam bulan Ramadhan dibuka segala pintu syurga dan dikunci segala pintu neraka dan dibelenggu seluruh syaitan. Padanya ada suatu malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Barang siapa tidak diberikan kepadanya kebaikan malam itu, maka sesungguhnya dia telah dijauhkan dari kebajikan."    (Riwayat Ahmad)
 "Apabila tiba bulan Ramadhan maka dibuka pintu-pintu rahmat." (Riwayat Muslim)
 "Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan kerana iman dan ikhlas mengharapkan pahala dari Allah, maka dosanya yang lalu akan diampun oleh Allah.” (Riwayat Imam al-Bukhari)
"Sesiapa sempat bertemu Ramadhan dan tidak diampun dosanya, maka semakin jauh dia dengan Allah" (Riwayat Ibn Hibban)

27 June 2010

Selagi Pemimpin UMNO Solat, ulama & rakyat perlu akur telunjuk pemimpin ... ???


Sekumpulan (atau perlu dibaca: segerombolan?) 40 ulama, tidak kelihatan Dr. Mohd Asri, telah menyatakan pendirian mereka menyertai parti 'Melayu-Islam' Umno hari ini, dengan harapan besar untuk mempromosi atau menerap nilai-nilai penghayatan yang sebenar kepada seluruh ahli parti tersebut yang dikhabar mencecah 3.2 juta orang. Begitu sekali status ulama dalam Islam dipandang tinggi oleh rakyat marhaen kerana ilmu agama di dada mereka adalah sangat tinggi. Setinggi langit yang berlapis-lapis agaknya. Sesungguhnya darjat seseorang ditinggikan melebihi daripada sekalian lain apabila dia mempunayai ilmu, pengalaman, karisma dan apa jua kelebihan melebihi daripada yang lain. Sekian lama ulama Islam serata Malaysia memperjuangkan Islam secara neutral, kini 40 daripada mereka telah memilih UMNO untuk berjuang? Hebat, bukan?

Hanya ulama berkenaan, selain Ustaz Nakhaie, Firdaus, Jamil Khir, Ustazah Mashitah dan sebagainya yang mendahului mereka, telah bersetuju memperkembangkan Islam kepada ahli-ahli UMNO supaya mereka mampu membina negara mengikut ajaran Rasulullah s.a.w. sejak dahulu, kini dan selamanya. Demi negara  mereka berkorban walau mengetahui ianya suatu cabaran yang teramat mulia dan hebat. Bukan mudah ulama berkenaan untuk mengajar ahli UMNO yang dituduh jahil agama (Islam), samseng, keras hati, busuk hati, suka berbomoh, suka main judi, perempuan, suka mengugut, suka menggunakan ISA, suka bagi & terima rasuah, menipu kertas (keputusan) undi dan lain-lain maksiat dan kemungkaran yang sejak dahulu. Kini mereka bolehlah insaf, bertaubat dan menjadi manusia berguna sesuai ajaran Islam dengan bimbingan dan pengajaran dari ulama yang sudi berdakwah secara berhikmah dan berhemah. Alhamdulillah Allah akan menyelamatkan saudara seIslam kita dari terus hanyut dalam kesesatan mereka. Harapanku agar semua pemimpin dan ahli-ahli UMNO selamanya akan benar-benar insaf dan bertaubat akan dosa silap mereka selama ini serta tidak mengulangi perkara maksiat dan kemungkaran mereka selain kezaliman mereka kepada rakyat terutama mereka yang lain ideologi politik daripada UMNO. 

Hadis Nabi s.a.w. melarangkan kita berkasar hingga memerangi (mengangkat senjata) pemimpin atau pemerintah yang mendirikan solat.

“Pemimpin yang baik ialah pemimpin yang kamu cintai mereka dan mereka mencintai kamu, kamu mendoakan mereka, mereka mendoakan kamu. Pemimpin yang jahat ialah pemimpin yang kamu benci mereka, mereka juga membenci kamu dan kamu melaknat mereka, mereka juga melaknati kamu”. Baginda ditanya: “Tidak bolehkah kami perangi mereka dengan pedang?” Jawab baginda: “Tidak, selagi mana mereka mendirikan solat. Ingatlah, sesiapa yang seseorang penguasa berkuasa ke atasnya, lalu dia dapati penguasa itu melakukan maksiat kepada Allah, maka hendaklah dia membenci maksiat tersebut namun jangan dia mencabut tangan dari ketaatan” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Mungkinkah lebih ramai ulama lain perlu akur kepada pemimpin atau umara UMNO seperti DS Najib dan TS Muhyiddin yang kini terpimpin oleh ulama yang begitu ikhlas mencuci dan menyucikan UMNO. Jika mereka bersolat maka tiada alasan untuk pihak lain dan rakyat memerangi mereka selain mereka perlu tunduk taat serta berjuang bersama (jihad) seperti anjuran Nabi kita.

Hadis Nabi s.a.w jelas menyuruh kita akur kepada pemimpin yang  masih solat walau mereka seorang  jahat (ingkar perintah & melakukan maksiat):
     
 “Sesungguhnya jihad itu wajib sekalipun bersama dengan pemerintah yang zalim, sepertimana ia wajib bersama pemerintah yang adil. Kezaliman mereka tidak menggugurkan kewajipan mentaati mereka dalam persoalan jihad. Demikian juga dalam perkara kebaikan yang lain yang menyamainya” (al-Khattabi, Ma‘alim al-Sunan, 2/ 357.)

Masalahnya, adakah setiap pemimpin UMNO yang mengaku menganuti Islam & juara bagi isu kalimah "Allah" mendirikan solat fardhu mereka? Perlukah kita mengintai dan memantau pemimpin seperti DS Najib dan TS Muhyiddin setiap waktu? Adakah jika didapati mereka culas (culam-culam) dalam mengerjakan fardhu solat juga masih dianggap 'mengerja'kan solat? 

Sebenarnya Islam tiada kekeliruan atau bercanggah dalam hal rakyat mentaati pemimpin mereka kerana hadis lain membenarkan kita semua tidak redha (atau taat dalam menyokong) perbuatan pemimpin yang bersalahan dengan Islam.

“Dengar dan taat (kepada pemerintah) adalah kewajipan setiap individu muslim dalam perkara yang dia suka atau benci selagi dia tidak diperintahkan dalam perkara maksiat. Apabila dia diperintahkan dalam perkara maksiat maka tiada lagi dengar dan taat.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

“Sebaik-baik jihad ialah perkataan yang adil –dalam riwayat yang lain: yang benar- di sisi pemerintah yang zalim, atau ketua yang zalim.” (Riwayat al-Nasai, al-Tirmizi, Abu Daud dan Ibn Majah, dinilai sahih oleh al-Albani).

Selanjutnya, Nabi s.a.w juga memberi amaran kepada sesiapa (kita semua) yang suka mengampu atau mengiyakan kezaliman pemerintah dengan sabda baginda:

“Sesungguhnya selepasku ini akan adanya para pemimpin yang melakukan kezaliman dan pembohongan. Sesiapa masuk kepada mereka lalu membenarkan pembohongan mereka dan menolong kezaliman mereka maka dia bukan dariku dan aku bukan darinya dan dia tidak akan mendatangi telaga (di syurga). Sesiapa yang tidak membenar pembohongan mereka dan tidak menolong kezaliman mereka, maka dia dari kalanganku dan aku dari kalangannya dan dia akan mendatangi telaga (di syurga).”. (Riwayat Ahmad, al-Nasai, dan al-Tirmidhi. Hadith ini sahih seperti yang dinilai oleh al-Albani.)

 Sumber - Malaysiakini & drmaza.com

19 June 2010

Imam-imam Mazhab al-Syafi’i juga Mengharamkan Majlis Kenduri Arwah










Dalam masalah jamuan sempena kematian, sahabat Nabi s.a.w. bernama Jarir bin ‘Abdillah al-Bajali menyebut:
كُنَّا نَرَى الِاجْتِمَاعَ إِلَى أَهْلِ الْمَيِّتِ وَصَنْعَةَ الطَّعَامِ مِنْ النِّيَاحَةِ
            "Kami menganggap berhimpun kepada keluarga si mati dan menyediakan makanan termasuk dalam (hukum) al-Niyahah (meratapi mayat)."

Berdasarkan hadis ini ulama Hanafiyyah berkata :
“Makruh menyediakan makanan pada hari pertama, kedua ketiga dan selepas seminggu (dari kematian)
(Lihat Hasyiah Ibnu Abidin Jld 2 MS 240)


Imam At-Tirmizi, Al-Hakim dan lain-lain meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda (ketika kematian Ja’far):
اصْنَعُوا لِأَلِ جَعْفَرَ طَعاماً فَقَدْ جاءَهُم ما يُشْغِلُهُم
“ Sediakanlah makanan kepada keluarga Ja’far , sesungguhnya telah datang kepada mereka apa yg menyibukkan mereka (musibah)."

Hadis di atas ini dihukum "Hasan" oleh At-Tirmizi dan "Sohih" menurut Hakim. Inilah pandangan jumhur ahli feqh termasuk ulama’-ulama dalam mazhab empat. Maka tiada keperluan mengadakan sendiri (oleh keluarga si mati) kenduri atau jamuan makan minum untuk tetamu jauh dan dekat. Justeru, jika perlu pun sajian perlu diadakan ianya ditanggung oleh jiran-jiran yang berkemampuan menyediakannya, melainkan ia hanya adat kelaziman masyarakat Melayu-Islam sahaja.


Para ulama mazhab al-Syafi’i lain juga menunjukkan mereka tidak pernah menyukai perbuatan ini. Umpamanya, tokoh besar mazhab al-Syafi’i, al-Imam al-Nawawi (meninggal 676H) dalam Al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab menyetujui tokoh-tokoh mazhab al-Syafi’i yang membantah jamuan atau kenduri sempena kematian. Katanya:
“Adapun menyediakan makanan oleh keluarga si mati dan menghimpunkan orang ramai kepadanya adalah tidak diriwayatkan daripada Nabi s.a.w sedikit pun. Ia adalah bid’ah yang tidak disukai”
 (Al-Nawawi, al-Majmu’ Syarh al-Mahazzab, 5/320, Beirut: Dar al-Fikr.)


Demikian tokoh-tokoh semasa mazhab al-Imam al-Syafi’i, antaranya al-Syeikh Mustafa Khin, al-Syeikh Mustafa al-Bugha dan ‘Ali al-Syarbaji menulis dalam kitab mereka:
“Daripada bid’ah apa yang dibuat oleh keluarga si mati adalah mengumpulkan orang ramai kepada makanan dengan munasabah yang dinamakan berlalunya empat puluh hari dan seumpamanya. Sekiranya perbelanjaan makanan tersebut dari harta peninggalan (si mati) dan di kalangan waris ada yang belum baligh, maka itu adalah dari perkara lebih haram. Ini kerana ia memakan harta benda anak yatim dan melenyapkannya bukan untuk kepentingan anak yatim tersebut. Terbabit juga dalam melakukan perbuatan haram ini setiap yang memanggil dan memakannya”.


Tambah mereka lagi:
“Menyusahkan keluarga si mati dengan membuat makanan dan menghimpunkan orang ramai kepada makanan –seperti yang menjadi kebiasaan di zaman kini- adalah bid’ah yang bertentangan dengan sunnah dengan percanggahan yang amat sangat”
(Mustafa Khin, al-Syeikh Mustafa al-Bugha dan ‘Ali al-Syarbaji, Al-Fiqh al-Manhaji ‘ala Mazhab al-Imam al-Syafi’i, 1/263, Damsyik: Dar al-Qalam).


Sebilangan imam-imam terdahulu yang berfahaman mazhab al-Syafi’i dari Nusantara yang tidak bersetuju dengan majlis adat seperti kenduri arwah (jamuan makan minum selepas majlis adat - bacaan tahlil). Perkara bidaah dalam agama begitu pernah ditulis dalam kitab-kitab Melayu Jawi lama seperti Bughyah al-Talab karangan Syeikh Daud al-Fatani (semoga ALLAH merahmatinya) di mana beliau sendiri pernah menyebut:

“(dan makruh) lagi bid’ah bagi orang yang kematian membuat makanan menserukan segala manusia atas memakan dia sama ada dahulu daripada menanam dia dan kemudian daripadanya seperti yang diadatkan kebanyakan manusia (dan demikian lagi) makruh lagi bid’ah bagi segala yang diserukan dia memperkenankan seruannya” (2/34)

Demikian juga kenyataan dibuat oleh al-Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari dalam kitabnya, Sabil al-Muhtadin. Begitu juga al-Marbawi dalam Bahr al-Mazi menyebut:
“Maka bid’ah yang tidak elok” (7/130)


Sesetengah ulamak dan golongan ustaz dan ustazah juga punca masalah bidaah terus menular dalam masyarakat kita. Mereka tidak dapat mempertahankan pegangan mereka maka sewenang-wenangnya menuduh atau melabelkan sesetengah golongan atau individu sebagai 'wahhabi'. Jika pun mereka ini tidak dapat menerima pandangan orang-orang (imam-imam fahaman mazhab al-Syafi’i ) yang merupakan imam yang muktabar sebelum mereka, mengapa golongan agama zaman ini pula merasa diri mereka "infallible" (tiada bersalahan) dan mudah mengharamkan orang lain berbeza pandangan atau ijtihad dengan mereka. Tambahan dengan rakus menggunakan senjata atau pertuduhan "awak wahhabi, orang itu wahhabi"?.


Dr al-Qaradawi pernah menyanggah golongan yang taksub (rigid) sedemikian dengan berkata :

“Golongan yang taksub ini tidak membolehkan sesiapa yang mengikut sesuatu mazhab keluar daripadanya, sekalipun dalam beberapa masalah yang jelas kepada pengikut mazhab bahawa dalil mazhabnya lemah. Sehingga mereka menyifatkan sesiapa yang keluar mazhab sebagai tidak berpendirian. Perbuatan ini sebenarnya mewajibkan apa yang tidak diwajibkan oleh Allah swt”
(Dr. Yusuf al-Qaradawi, Al-Sahwah al-Islamiyyah bain al-Ikhtilaf al-Masyru’ wa al-Tafarruq al-Mazmum , m.s 202, Kaherah: Dar al-Sahwah).

10 June 2010

Clash of 2 Titans?


An inevitable clash of two great names of Islamic clerics are ready to get one over on each other at any times. The scoreline could somehow determine the future of this country & its people. Some quarters believe the views of the conservatives were not shared by the majority of ordinary Muslims, the moderates were just generally failing to speak out. Hence, that gave free reign to a small but vocal minority of conservatives, represented by the religious bureaucrats who are the guardians of Islam in each of Malaysia’s states.

Islamic cleric, Asri Zainul Abidin, 39-year-old, stands for liberal Muslims who are tussling with hardliners in this multi-ethnic nation. He is a top Islamic theologians and has a growing following of young, educated Muslims who are drawn by his moderate views. He considers the conservatives are ramping about their rhetoric and imposing harsh punishments in a bid to cement their power base. He accuses the conservatives who espouse “narrow views” were damaging the delicate multi-ethnic balance in Malaysia. He together with his scholars & supporters believe there is an attempt to muzzle liberal voices in Muslim-majority Malaysia.


“Now they just say punish, punish and punish. Religion is not about punishment. Right now we have to educate the people. It is not the right time to impose punishment,” Asri said.

Harussani Zakaria, the 71-year-old Mufti of Perak state and one of the leading voices of Islamic conservatism in Malaysia, a group who are pushing for a conservative form of Islam. They are in power now. They want to do what they have been taught without taking into account the environment around them. For them, the country and this world will be a safer place if we have Islamic laws. Therefore, Harussani describes Asri as a “strange person” who had become “arrogant” after his advanced studies in Islam. He warns that Asri’s teachings could cause dangerous rifts among Malaysian Muslims.

“Muslims will be divided. Malaysia will become like Pakistan. We will bomb each other,” he said, urging Asri to respect the version of Sunni Islam officially sanctioned in the country.

02 June 2010

Hadis Rasulullah Merakamkan Penipuan Bangsa Yahudi

Ini diakui oleh Abd Allah bin Salam sendiri, sedang beliau juga berketurunanYahudi, ketika beliau menganut Islam. Katanya:

“Wahai Rasulullah! Kaum Yahudi adalah puak yang paling kuat berdusta. Mereka jika tahu aku menganut Islam mereka akan menuduhku bukan-bukan. Sembunyikanlah aku di sisi engkau dan hantarlah orang bertanya pendapat mereka mengenaiku”. Maka Rasulullah pun menyembunyikannya dan menghantar orang memanggil golongan Yahudi lalu mereka pun datang. Rasulullah s.a.w bertanya mereka: “Apakah kedudukan Abdullah bin Salam pada pandangan kamu?” Jawab mereka: “Dia orang yang terbaik di kalangan kami, anak orang terbaik. Pemimpin kami, anak pemimpin kami. Ulama kami, anak ulama kami”. Sabda Rasulullah: “Apakah jika dia menganut Islam, kamu akan turut menganut Islam?”. Jawab mereka: “Allah lindunginya dari perkara tersebut”. Sabda Rasulullah: “Wahai Abdulullah bin Salam, keluar dan beritahulah kepada mereka”. Abdullah bin Salam pun keluar dan berkata: “Aku menyaksikan bahawa tiada ilah melainkan Allah dan Muhammad Rasulullah”. Lantas mereka berkata: “Dia orang yang paling jahat di kalangan kami, anak orang yang paling jahat. Orang yang paling jahil di kalangan kami dan anak orang paling jahil”. Kata Abdullah bin Salam: “Aku telah beritahu wahai Rasulullah! Bahawa Yahudi adalah kaum yang kuat berdusta”.
(Riwayat Ahmad dan al-Bukhari).

p/s: Hadis di atas membuktikan segolongan Yahudi akan menipu demi kepentingan mereka dan menafikan kebenaran yang mereka sendiri akui. Semakin ramai manusia tanpa sempadan bangsa, ideologi, isme dan agama (kecuali Yahudi sendiri), di dunia kini kian mengenal sifat dan sikap orang Yahudi yang bermuka-muka dan sanggup bertindak rakus demi kepentingan mereka. Terutama mereka yang berkhidmat sebagai tentera Israel dan rakyat yang menyokong fahaman Zionis. Manusia akan terus membenci Yahudi akan keterlanjuran & kezaliman mereka, khususnya peristiwa berdarah ke atas konvoi kemanusiaan pelbagai pihak berkecuali ke Gaza Palestin. Mungkin 1 hari akan berlaku sejarah merakamkan pertembungan pakatan Kristian-Islam memerangi puak Yahudi yang dilaknati Allah sejak dahulu lagi itu. Zaman Eropah Gelap dan neo dan pasca Perang Dunia ke-2 menyaksikan masyarakat dunia meminggir kaum Yahudi dan Adolf Hitler menzalimi dan membunuh jutaan masyarakat mereka.

21 May 2010

Sufi Itu Sesat?


Dikhabarkan kepadaku,   
Zuhud itu prinsip mereka yang mengejar dunia,
Mereka seperti kebanyakan fitrah manusia,
Berusaha kuat, berilmu hebat, tersohor, kaya melangit,
Mereka tidak pula meninggalkan urusan akhirat,
Sentiasa taat syariat, solat, munajat, baik pekerti lagi dermawan, 
Salafus soleh akidah mereka.

Dikhabarkan kepadaku,
Belajarlah soal tasawwuf & sufi,
Bukan semestinya kita menjadi seorang sufi salafi,
Kerana tidak semua kita mampu terima hakikat,
Bahawa dunia tidaklah bernilai kepada-Nya,
Sedikit antara kita mampu meninggalkan segala urusan dunia kita,
Dalam mengejar akhirat semata-mata,
Takut-takut ada yang tersilap jalan lalu sesat pula,
Cuma cukuplah jika kita mampu mengenali diri sendiri,
Dan segala kaitan dengan Pencipta kita,
Moga-moga kita tidaklah terkeliru jika dikatakan Allah itu duduk di Arasy-Nya,
Bertangan pula?
Mana rasionalnya jika tidak terjangkau fikiran kita.
Tetapkan iman, carilah ilmu-Nya,
Nescaya dengan mengasing diri dari sekalian makhluk untuk menyucikan hati kita,
Dapatlah kita mengutamakan hal menyucikan Allah s.w.t.,
Dapatlah kekuatan ikhlas dalam kita beramal soleh dan menyekat nafsu serakah.

Dikhabarkan kepadaku,
Rasullah s.a.w. sebagai seorang sufi yang agung,
Kaum suffah adalah golongan sufi dan juga sahabat kepada baginda, 
Mereka golongan miskin yang menumpang tinggal di beranda masjid di kota Madinah,
Mereka tidak memiliki apa-apa, lemah dan tiada kemahiran dalam urusan kehidupan harian,
Hampir-hampir seluruh urusan hidup mereka ditanggung oleh orang ramai,
Pun begitu keadaan ahli suffah kaum Muslimin tidak pula berasa ia sebagai beban,
Bagitulah sifatnya ahlullah itu sebagai pembela agama Allah,
Mereka yang mengerti lagi senantiasa patuh,
Dan mengamalkan apa yang diperintah Allah dan Rasul-Nya,
Lalu meninggalkan larangan-Nya dan Rasul-Nya, 
Bukan kita semua mahu menjadi orang-orang yang mewarisi para Nabinya?
Dan diredhai Allah?

20 May 2010

Perlukah Tasawwuf?

 

Berkata Imam Imam Syafiâ r.h. : Aku telah mendampingi ahli sufi, maka aku telah mendapat faedah daripada mereka dua kalimah: 


  • Waktu itu seperti pedang, sekiranya kamu tidak memotongnya, maka ia akan memotong kamu.


  • Sekiranya diri kamu tidak disibukkan dengan perkara kebenaran, maka ia akan menyibukkan kamu dengan perkara-perkara yang batil. (Imam al-Suyuti, Taâqid al-Haqiqah al-Aliyyah). 

     

Berkata Imam Malik r.h. :
Sesiapa yang belajar ilmu feqah tetapi tidak belajar ilmu tasawwuf, maka ia adalah fasiq. Sesiapa yang belajar ilmu tasawwuf tetapi tidak belajar ilmu feqah maka ia adalah zindiq, dan sesiapa yang mengumpulkan kedua-duanya, maka ia adalah ahli haqiqat. (Shaykh al-Fasi, Qawaid al-Tasawwuf). 


Imam Ahmad bin Hanbal r.h. berkata kepada anaknya Abdullah:
Wahai anakku! Hendaklah kamu duduk bersama kaum ini (ahli sufi) kerana mereka telah melebihi kami dengan banyaknya ilmu, muraqabah, khashyah, zuhud dan tinggi himmah. (Shaykh Amin al-Kurdi, Tanwir al-Qulub).

11 March 2010

Tantawi Sudah Tiada - Al Fatehah !


Sheikh Mohamed Sayed Tantawi, pemimpin dan pengetua institusi Al Azhar, yang merupakan pusat pengajian Islam terulung dan tertua di kalangan penganut fahaman Sunnah wal Jamaah di negara Mesir, telah meninggal dunia pada hari Rabu 10 Mac 2010 pada umur 81 tahun. Dipercayai punca kematian adalah serangan jantung semasa rangka lawatan ke negara Arab Saudi.

Sebagai seorang alim atau ilmuwan Islam (lazimnya digelar ulamak) Tantawi terkenal sebagai seorang yang berfikiran liberal tetapi tegas (a bravely outspoken liberal)  yang sentiasa bertindak autokratik (authoritarian ways). Tantawi banyak memberi sumbangan kepada dunia intelektual Islam dengan menghasilkan buku-buku agama Islam, termasuk 15 jilid kitab tafsir al-Quran. Selama lebih suku abad beliau juga umpama menjadi seorang jurucakap atau teras penghubung bagi pihak kerajaan Mesir pimpinan Presiden Hosni Mubarak dalam soal keagamaan dan pentadbiran. Beliau telah berkerjasama dengan kerajaan dalam menrealisasikan kefahaman Islam sederhana (moderate interpretation of Islam) ke dalam Mesir moden.

Sikap kesederhanaan beliau sentiasa mengundang kontroversi telah dijemah ke dalam banyak perkara:
  • Kesanggupan berurusan dengan pihak kerajaan Israel.
  • Bermesra & bersalam dengan Presiden Israel Shimon Peres.
  • Mengistiharkan wanita tidak perlu berkhatan (female genital mutilation).
  • Menyokong golongan wanita harus dilantik memegang jawatan tinggi dalam kerajaan.
  • Menyatakan kadar faedah perbankan adalah sah (bukan riba - haram).
  • Menegah penutupan penuh bahagian muka (full face veil) pada wanita di sekolah wanita Al-Azhar.
  • Menyokong keputusan kerajaan Perancis yang melarang pemakaian tudung kepala di sekolah-sekolahnya.
  • Menyokong dan menjustifikasikan pembinaan tembok sempadan keluli (a steel barrier) di sepanjang sempadan dengan Gaza adalah baik demi untuk mencegah aktiviti penyeludupan.
  •  
Kita merafakkan doa kepada Tuhan yang tiada lain melainkan Allah, semoga beliau dianugerah Rahmat berupa kebahagiaan sementara di pusara iaitu umpama berada taman syurga & Pengampunan Allah atas segala salah silapnya kepada kita semua umat Islam - RIP~ Al- Fatehah 1x.

31 December 2009

Murtad daripada Islam : Kebebasan? Terbabas Akidah?


Apabila seseorang itu Islam, beliau dipanggil orang Islam atau Muslim. Beliau patut patuh dan serah diri kepada Allah & mengikut ajaran yang ditunjukkan oleh Utusan Allah, Rasulullah Muhammad s.a.w. & percaya kepada tuntutan kitab suci Al-Quran. Setia adalah elemen yang sangat diperlukan.

Murtad (atau riddah) pula memperlihatkan ketidaksetiaan seorang yang asalnya Muslim terhadap teologi Islam. Mungkir janji setia & tidak lagi percaya tentang apa-apa perkara pokok dalam rukun Iman & Islam. Terbabas akidah, khasnya. Ia boleh terjadi dalam niat di hati atau zahir pada perbuata & percakapan si murtad. Menurut definasi dari kitab fekah - Murtad adalah kembalinya orang Islam yang berakal dan dewasa ke kafiran dengan kehendaknya sendiri.
Sesiapa yang kufur kepada Allah sesudah ia beriman (maka baginya kemurkaan dan azab dari Allah), kecuali orang yang dipaksa (melakukan kufur) sedang hatinya tenang tenteram dengan iman; akan tetapi sesiapa yang terbuka hatinya menerima kufur maka atas mereka tertimpa kemurkaan dari Allah, dan mereka pula beroleh azab yang besar. [QS16.106]

Ibn Taimiyah membahagikan murtad kpd 2 jenis :
  1. Murtad semata-mata maka boleh diterima taubatnya.
  2. Murtad yang bersamanya muharabah (memerangi) Allah dan RasulNya serta menyeru kefasadan atas muka bumi, taubatnya tidak diterima.(sila lihat beberapa komentar dari Ustaz Zaharudin)

Dalam Islam, pelaku murtad tidaklah terus dibunuh setelah sabit kesalahannya, tapi dianjurkan mereka ini bertaubat (istitab). Keperluan menyuruh si murtad bertaubat adalah tanggungjawab pihak berwajib. Menurut sebahagian ulamak, kesempatan yang diberikan kepada orang yang murtad untuk menghilangkan keraguannya dan kembali ke dalam Islam adalah selama 3 hari. Tetapi sebahagian ulama lain mengatakan bahawa si murtad hanya diberi penjelasan dan pandangan secara berulang-berulang sehingga dapat diperkirakan dengan mantap, apakah ia tetap murtad atau kembali kepada Islam. Bila ia tetap murtad maka ia dijatuhi hukuman bunuh.

* Pandangan Jumhur (Imam Malik, Imam Syafie, Imam Ahmad, dan dari salaf dan khalaf :
Hendaklah si murtad disuruh bertaubat.
- Ibnu Qusar al-Maliki menaqalkan bahwa para sahabat telah ijmak dalam hal ini.

29 December 2009

From an Apostate's point of views: Good Reasoning or Led Astray?



Although those apostates were born & bred as a Muslim, the erosion of Islamic belief & system have started for long time, slowly and gradually, ever since their childhood. They'd have had followed their parents who prayed regularly, daily Qur’an recitation, observed fasting (Ramadan), performed Hajj at Mecca and follow other conventional rituals of Islam. Nonetheless, they were never fanatic Muslims. They also learned many Suras by reading Qur’an in Arabic. Some of the reasons i can gather for of benefits to all of us Muslims, are as below:
  1. They (the apostates), however, early on never understood the meaning of any word of Qur’an or suras, which used to bother them very much. Though practicing regular prayers but they did not attempt to read Qur’an because they didn't have any interest in something that they didn't understand. They couldn't conceive what being told about reading Qur’an without understanding the meanings, so they never read Qur’an. . 
  2. From their boyhood, they're very much inquisitive to know about the religion of  Islam.They'd wanted to know about the meaning of Allah, Prophet, and Angel etc. They've always got many questions on their mind & would be interested to ask about that to any Mullahs or scholars, but to no avail or the answers given never satisfied them, confusing or didn't met their rational thinking. They'd attended many religious sermons but would had a hard time digesting those stories about Islam and prophets, moreover on incredulous Islamic miracles & myths.
  3. What strange to them was that Islam and poverty goes hand in hand. For them, the poor people were always deeply religious, while the rich and affluent were mostly liberal or non-religiousfact. They blamed Allah to be flip-flop about this poverty and they just couldn't conceive the idea of testing imaan. The entire thing looked to them as incongruous and did not make any sense. (This is hardly a fact, & he let his broken heart clouded his mind of thinking of the basics in life. Why did he only focused this issue on his streets, why only in Bangladesh? The way life goes. people'd put their efforts to be rich. Hence, there're so many rich & good religious people around the world.)
  4. They convinced that many Muslims have a love-hate relationship with Islam. They claimed many Muslims didn't like those murderous, hateful and barbaric verses of the Koran, yet Muslims believed in the five pillars of Islam. It is just contradictory: all those five pillars of Islam are based on the Koran, so how could Muslims repudiate Koran in one hand while embracing it in another hand? 
  5. Many other ex-Muslims including ibn Warraq who criticised Islam for its savagery, barbarism, hatred, and cruelty. Their reason why they've to hide themselves is simply because our brothers in Islam would love to kill these apostates should some learn about their whereabouts. For them, that speaks of Islamic intolerance & Islam is fascistic.  
to be continued... 

p/s: This subject really interested me as i believed i was once on edge of becoming an apostate myself. The no. 3 reasoning was my love-hate with Islam & imaan. O' Allah! guide me through the darkness & place me along Your path.

28 December 2009

Hari Asyura & Peristiwa Karbala



Apa erti Hari Asyura kepada kita? Terbayang bubur 'Asyura' & keenakannya? Mengikut pandangan para ulamak kita disunatkan berpuasa pada 10 Muharam itu? Tapi kenapa? Apa sejarah & kaitannya? Mungkin ramai tak mengetahui rasional kita meraikan hari Asyura (10 Muharam) dalam erti kata yang tepat. Kebiasaan yang kita tahu pada hari Asyura itu orang-orang tua kita berpuasa sunat & ada budaya di kalangan orang-orang Melayu kita di Malaysia untuk bergotong-royong & bersusah payah menyediakan bahan & memasak bubur 'Asyura' atau 'syuro' atau 'suro'. Itu sajakah?

Sebenarnya, pelbagai peristiwa istimewa berlaku dalam bulan Muharam, seperti pada 16 Muharam, merakamkan sejarah satu arahan daripada Allah s.w.t. Rasulullah s.a.w. untuk mengalihkan 'kiblat' kita kepada Mekah daripada Jerusalem (Baitulmaqdis di Palestin). Ulamak menyatakan banyak peristiwa berlaku pada 10 Muharam. Antaranya, Nabi Allah Ibrahim a.s. terlepas daripada seksaan api oleh Namruz, Nabi Yunus a.s. terlepas daripada ujian terperangkap dalam perut ikan paus, Nabi Musa a.s. bebas & selamat daripada ancaman kerajaan Firaun dan Nabi Muhammad s.a.w. terlepas & selamat daripada sihir oleh seorang Yahudi.

Peristiwa Karbala pula adalah nolstalgia dalam mengenangkan jasa pengorbanan Imam Hussein ibnu Ali k.a., cucu Rasulullah s.a.w., yang dikhabarkan diperangi oleh tentera pimpinan Umar bin Sa'd bin Abi Waqqash, daripada arahan Ubaidullah bin Ziyad, gabenor Kufah.  Mereka telah dibunuh di Padang Karbala, Iraq, berhampiran Sungai Eufrat pada 81 Hijrah (kini 100 km barat daya Baghdad). Hampir keseluruhan kaum lelaki dalam rombongan Imam Hussein a.s. kecuali putera beliau, Zainal Abidin, telah dibunuh dengan zalim. Khalifah Yazid daripada Kerajaan Umaiyyah telah dipalit kesalahan atas berlakunya peristiwa malang ini. Ibnu Ziyad (Ubaidullah) tidak cukup menjadikan semua kepala-kepala yang dipenggal di Karbala sebagai barang tontonan orang ramai tetapi beliau naik ke atas mimbar sebuah masjid sambil berkata: " Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah menampakkan kebenaran dan ahlinya, memenangkan Amirul Mukminin, Yazid dan kelompoknya serta membunuh si pendusta putera si pendusta, Husein bin Ali dan pengikut-pengikutnya".

Ini adalah antara fitnah terbesar dalam sejarah Islam & ia mengarah kepada perpecahan sesama umat Islam terutama golongan Sunni dan Syiah di seluruh dunia. Bagi mengenang peristiwa menyayat hati di Karbala, maka puak Syiah telah menetapkan 10 Muharam untuk mengenang & meratapi peristiwa pembunuhan 'melampau' Imam Hussein a.s. oleh Khalifah zalim, Yazid dari kerajaan Muawiyah. Karbala juga dianggap bandar suci kepada umat Islam Syiah. Di Teheran, Iran, puak Syiah berasa perlunya mereka mengadakan pelbagai acara pada hari 'Asyura' demi mengingat 'overkill' berkenaan sehingga mencederakan diri mereka & menumpahkan darah. Pada malam hari Asyura mereka berpakaian serba hitam dan berarak di jalan-jalan di Teheran. Mereka membaca syair memuji Imam Hussein dan memalu gendang mengenang kisah sedih berkenaan. Sehingga Imam Reza Alaihissalam telah bersabda : “ Barangsiapa hari Asyura baginya adalah hari musibah, duka dan tangisan, maka Tuhan akan menjadikan kiamat baginya hari kegembiraan dan kebahagiaan”.

p/s: They Shiites can do what they please & believe in, that is to highly eulogize grandsons of Prophet Muhammad, mostly, Hussain a.s...but i'm not really sold. The murder was trully brutal & uncivilised as it might potrayed but the most malevolent Caliph, Yazid ibnu Muawiyah & Ubaidullah ibnu Zayid were the main culprits in this case. God-damn-it... & to all those 2-face Islamic leaders, just "Go to hell". Don't worry as i'm not a free thinker amongst us, or, an apostate like Syed Kamran Mirza.
 

25 December 2009

Redha untuk Hidup, Redhalah untuk Mati.


Di bumi ini, ada yang baru sahaja dilahirkan. Ada yang baru sahaja mati. Fana. Sementara sifatnya. Semua bermula untuk hidup dan akhirnya mati. Tiada beza presiden U.S.A. dengan pengemis jalanan yang tiada rumah (homeless beggar) dalam soal ini. Jika ada beza pun hanya "Berapa lama?". Ya, mesti ada beza walau pun 1 saat. Ada yang hidup 950 tahun. Ada 130 tahun. Lama juga. Ramai orang tua kini mati pada usia antara 70 hingga 80 tahun. Cukuplah tempoh hidup sebegitu. Sepatutnya. Itu jika kita membanding tempoh & nasib mereka yang tak sempat merasa zaman tuanya. Mati muda. Sebab-musabab mati? Punca kematian? Eksiden - Kecelakaan jalan raya, semasa berkerja, lemas, kebakaran, bencana alam dan lain-lain. Insiden - Pembunuhan, silap maka ubat, bunuh diri, strok, wabak penyakit, kecederaan, perkelahian, perang dan sebagainya.
Macam-macam pencetus, pemangkin, punca, faktor, sebab-musabab untuk kita meneruskan kehidupan ini. Pelbagai matlamat & objektif. Banyak juga perancangan, usaha & cara boleh dilakukan untuk mencapai maksud hidup kita. Ada yang mati dalam mereka berusaha mengejarnya. Dunia. Lumrah.
Ada juga tak berusaha untuk hidup lagi. Mungkin pemalas. Putus asa. Kecewa. Mereka itu berbeza dengan jenis yang berusaha untuk tak hidup lagi. Yang ini, mereka berusaha untuk mati pula. Sama mereka memang sudah gila otaknya atau cuba mencari Malaikat Maut. Ada yang mahu mati dalam usaha memerangi musuh. Pahlawan. Mulia. Syahid?
Sedangkan kematian tak perlu ditempa atau dinanti ketibaannya. Ia tak dapat dielakkan lagi. Kita tak mampu mengubah ajal kita. Tiada sapa terkecuali. Kematian pasti menjengah bila tiba saat kita untuk mati. Sesiapa saja. Di mana jua. Bila-bila masa. Apa jua sebab & cara. Menakutkan. Merunsingkan? Bertenang. Fikir. Teruskan hidup kita. Bersedia dalam apa jua hal kehidupan. Sama. Kita juga perlu bersedia untuk mati. Siap siaga. Yang berpegangan hidup Islam dan beriman itu, pastinya tahu bagaimana dan apa yang dianjurkan oleh agama Allah s.w.t. dalam persediaan menghadapi kematian & hidup selepas mati itu.
Anda mungkin seorang pesakit kronik yang telah diberitahu doktor yang anda akan mati esok hari, atau, anda sedang merokok sambil merenung gambar ngeri pada kotak rokok, atau, anda sedang memandu pada kelajuan yag boleh membunuh anda & penumpang, atau, anda seorang askar atau 'jaga' yag sedang bertugas dalam suatu operasi yang berisiko tinggi, atau, anda sangka anda hanya mengalami batuk-batuk sedikit di kala wabak H1N1 gelombang ke-2 sedang melanda, sama saja kesudahan kita semua. Ada kes kematian nampak bersebab, ada yang tanpa punca dia mati. Logik & Misteri. Cepat atau lambat mana pun kita akan mati juga.
Mati bukan rutin. Bukan sekali-sekala juga. Mati hanya sekali. Tak berapa penting untuk kita pening memikirkan, kenapa kita mati, bila, di mana, punca dan sebagainya itu. Yang paling penting ialah kenapa kita perlu mati, bila saat ajal kita adakah kita telah cukup bersedia untuk mati & dihidupkan kembali, adakah kita berbekal keimanan & keredhaan Allah? Maka itu, marilah menuju mati dengan bersahaja. Ikhlas & redha. Moga matinya kita dengan kemuliaan. Akhiri nafas kita dengan ingatan atau ucapan 'Allah'.

p/s: Life is so short, just make full use of it. You (& I) have been warned about this. Watch our steps along the way to paradise. Ameen & InsyaAllah! 

29 October 2009

Hidayah Iman & Islam



Aku percaya kewujudan sesuatu legasi Rasulullah Muhammad (s.a.w.), di dalam setiap kita manusia. Jika kita jujur menghalusi dan menyelami jiwa kita sendiri di mana secara rasional pun melalui genetik pun kita pasti mewarisi apa-apa jua karektor generasi sebelum kita.  Ingatkah perumpamaan Melayu iaitu "Kemana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi"? Pasti bukan semua karektor ibu bapa kita akan turun kepada kita. Kepercayaan (faiths) adalah jua abstrak sehingga jika sejak daripada alam bayi hingga remaja kita membiarkan jiwa kita kosong tanpa pegangan akidah yang tepat maka kita akan mudah hanyut mengikut tempo semasa atau keadaan. Dengan adanya didikan, bimbingan dan hidayah iman dan Islam akan subur dan mekar menunjukarah kehidupan yang sepatutnya kita telusuri.
Islam mencorak gaya hidup seseorang dan adalah segalanya dalam kehidupan yang sementara ini. Dunia Arab yang terkenal kini bukan kerana hasil masyhulnya sahaja seperti limpahan minyak mentah, pelencongan dan sebagainya tetapi dirujuk sebagai tempat kelahiran Rasulullah Muhammad (s.a.w.) dan perkembangan ajaran Islam yang diutuskan kepada baginda. Tidak keterlaluan aku menyatakan Arab kini tiadalah siapa mereka tanpa Islam menyelamatkan keadaan masyarakat Arab ketika itu.
Terdapat begitu banyak bahan bacaan mengenai indahnya Islam daripada pengakuan beberapa saudara baharu Islam kita di serata dunia. Sehingga orang Yahudi (Jewish people) di negara Israel di mana kelahiran fahaman Zionisme yang menganut fahaman Judaisme yang begitu totok terpaut hati memeluk Islam. Tatkala kemelut politik melanda hebat di sana begitu ramai orang Yahudi yang dahulunya menganut fahaman Kristian dan Judaisme, telah terbuka hati untuk mengambil Islam sebagai prinsip atau halatuju kehidupan mereka. Sebenarnya mereka telah memahami hakikat yang mereka mengambil jalan yang tepat iaitu pulang ke pangkal jalan dan semua manusia adalah  secara fitrah kelahiran adalah seorang Islam (in Submission to Allah).
Salah seorang daripadanya ialah Jemima Goldsmith, puteri kepada seorang Enggeris yang begitu kaya raya (billionaire) bernama Sir James. Beliau memilih menganut Islam sebelum membuat keputusan mengahwini Imran Khan, seorang atlet sukan kriket yang berjaya di Pakistan. Haiqa, nama lain bagi beliau telah mengisahkan bagaimana pentingnya Islam kepadanya sehingga beliau sanggup merantau daripada alam penuh glamer di kota London ke penghidupan baharunya di Lahore, Pakistan untuk mempelajari Islam. Adakah beliau seorang budak mentah yang liar pada umur 21 tahun yang telah membuat suatu keputusan yang salah dalam hal yang teramat penting dalam kehidupannya sehingga beliau sanggup mengabai kesan tindakan dan keputusannya itu? Tidak. Semuanya dilakukan dengan penuh kerelaan hatinya juga.
Sebenarnya begitu ramai orang yang asalnya bukan Islam, setengah mereka begitu tersohor  memilih menganut agama Islam sejak dahulu lagi. Abdullah ibn Salam ibn al-Harith, asal Yahudi daripada Mekah - sahabat Nabi s.a.w., Salman al Farisi, Muhammad Ali (Cassius Marcellus Clay Jr.)-bekas jaguh tinju, Parameswara (1344 – 1414) (dengan nama Iskandar Shah),  Maulana Ubaidullah Sindhi, Dr. Murad Wilfried Hofmann - seorang bekas diplomat German  & penulis, Malcolm-X, Daniel Moore, Hussain Ye (penceramah/pendakwah) dan sebagainya.
Sebaliknya jika tiada petunjuk hidayah daripada Allah maka ada juga yang tersesat lalu lari dari landasan akidah (murtad daripada Islam). Bukan kuantiti yang kita soroti tetapi kualiti dan kekuatan pegangan membuktikan Islam adalah sesungguhnya agama yang tertinggi dan agama pilihan Allah untuk semua umat manusia.  


13 October 2009

Apocalypse - just a thought


With so many disasters happened around the world i cannot help but wonder of what is really going on? What's wrong with our earth recently? Devastating earthquakes, tsunamis,  floods, hurricane, spiking global temperatures leaded me to come to predictions of how it will all end.
Let's us investigate this chilling correlation with an open mind and skeptical eye. The truthful Prophet, peace be upon him, once described ten signs of the Last Hour with authentic narrations. With no speculations or ambiguities, the matter of the Last Apocalypse is clear in the authentic texts of Islam.
"The last Hour will not come until you witness ten signs beforehand: the Smoke, the Antichrist, the Beat, the rising of the Sun from the west, the descent of Jesus, son of Mary; three tremors, one in the East and one in the West, and one in the Arabian peninsula. The last (sign) is a fire that will rage from Yemen heading people to the final gathering ground."
Many people delve into historical and spiritual materials as diverse as Revelations, the I Ching, the Islamic Hadith, and the Bible Code. Some revelations of the curious fact that  year 2012 has been pinpointed as a pivotal, perhaps cataclysmic, year in human history by ancient sources and contemporary science alike. The ancient Mayan Long Calendar, the source of the 2012 prophecies, with Mayan shamans confirm the 5,000-year-old vision. In a scientific research city in the heart of Siberia, some geophysicists contend that the solar system is moving into a highly charged interstellar energy cloud. Even many physicists and psychics are now trying to make sense of the fact that the earth’s magnetic field is vanishing.
We are indeed in a race against time. Chill out! Like we going to live hundred of years. In conclusion, we either just be ready for everything, or take it for granted. We cross the bridge when we come to it. One at a time, huh?

06 July 2009

Masuk & tak boleh keluar? ... Kongsi gelap kot?

MURTAD  ...

Terpanggil untuk menukil sedikit dari hal 'Murtad' yang dianggap serius dalam ajaran & larangan agama Islam. Setakat ini, antara agama yang menjadi pilihan untuk dianuti oleh orang Melayu (Melayu-Islam yang murtad) ialah Kristian, Hindu dan Buddha. Agama Kristian yang merupakan agama paling aktif berbanding dengan agama lain kerana ia melibatkan gerakan Missionari antarabangsa. Manakala Hindu dan Buddha terlibat hanya melalui perkahwinan dan percintaan secara rambang. Sejak heboh satu Malaysia beberapa orang secara terbuka mengumumkan diri mereka keluar & tidak percaya (beriman) agama Islam seperti Azalina Jailani@Lina Joy, Jamaluddin@ Jeshua Othman 1987, Kamariah Ali (pengikut Ayah Pin), Aisyah Bukhari, Hartina Haji Kamarudin dan sebagainya.

Sebahagian isi tulisan ini adalah hasil kesimpulan para sarjana Islam juga, manakala sebahagian yang lain adalah isu khilaf di kalangan ulama. (dipetik & diolah sedikit tanpa izin tuan punya blog http://www.zaharuddin.net/content/view/844/72/)  Sebagai pendahuluan, ibaratkan kita ingin membuat keputusan untuk menjalankan sebuah bisnes atau menetap di luar negara, anda sedang memilih beberapa buah negara yang sesuai. Kita sememangnya bebas untuk memilih, namun sejurus anda memilih dan telah menetap di sesebuah negara, kita TERPAKSA sama ada suka atau tidak untuk tunduk dan patuh kepada undang-undang di negara tersebut.  Itu asas analogi pertama yang perlu difahami, jika keadaan seperti di atas dirasakan logik dan boleh diterima oleh minda dan aqal sihat, sepatutnya boleh juga menerima undang-undang Islam yang dikenakan ke atas penagnutnya, Islam ada undang-undangnya yang khusus buat mereka. Sebahagian dari undang-undang ini adalah MELARANG PENGANUTNYA UNTUK KELUAR MASUK Islam sewenang-wenangnya. Persoalan adakah mesti dibunuh jika keluar? baca selanjutnya tulisan ini untuk mengetahui.  Islam sememangnya tidak memaksa sesiapa untuk masuk ke dalamnya, ia perlu dibuat secara sukarela dan kefahaman sendiri. Namun sejurus ia telah masuk ke dalam Islam, semua kewajiban SELAKU UMAT ISLAM, MESTI dilakukan tanpa culas. Jika culas, sebahagiannya membawa dosa di antara si pelaku dosa dengan Allah swt, pembalasannya adalah di akhirat. Sebahagian jenis dosa yang melibatkan manusia lain seperti membunuh, merompak, menyeksa, berzina dan lain-lain, hukumannya ada diperuntukan di dunia juga, tetapi ia hanya akan dijalankan setelah proses penghakiman yang adil dijalankan.  Berikut adalah ulasan untuk tidak boleh keluar dari Islam setelah masuk:  1. Hal Agama Bukan Perkara Kecil  Larangan Islam untuk penganutnya keluar dari Islam memberikan indikasi kepada semua yang ingin menukar agamanya menganuti Islam bahawa sebarang keputusan di dalam bab agama bukanlah satu keputusan kecil seperti pembelian kereta dan rumah atau lain-lain barangan komoditi. Ia melibatkan satu hal yang amat penting.  Ini adalah nota awal yang ingin diberikan kepada mereka yang ingin menganut Islam, jika mesej ini difahami oleh orang bukan Islam, tatkala itu mesej dikira sudah sampai tetapi terdapat perinciannya dan ia bukan hanya satu fakta ringkas sebegitu sahaja.  Oleh itu, jika ada sesiapa yang menganggap agama sebagai candu, permainan, barang murah seperti baju yang tidak perlukan fokus berlebihan semasa memilih, mereka dinasihatkan agar berfikir panjang sebelum memasuki Islam. Itulah satu jenis pembelajaran Islam kepada seluruh bakal penganutnya hatta sebelum mereka menjadi Islam. Dengan demikian, kuranglah para ‘penganut agama secara main-main' yang berani untuk keluar masuk ke dalam agama Islam. Semua orang mungkin boleh sesuka hati keluar dan masuk Kristian, Hindu, Budhha tetapi mereka tidak boleh berbuat demikian dengan Islam. Dengan undang-undang ini, Islam lebih terjaga.  2. Sifat Islam Sebagai Agama Atas Asas Ilmu  Oleh kerana Islam adalah sebuah cara hidup atau agama yang amat mementingkan ilmu. Islam mengarahkan semua individu yang ingin mendekati atau menganuti Islam agar mendekatinya dengan ilmu dan kefahaman yang jitu, bukan dengan emosi dan kehendak semata-mata. Perlu dibezakan pemilihan agama dengan pemilihan sesuatu yang lain. Justeru keputusan memasukinya adalah beserta tanggngjawab kefahaman yang jitu tentang Islam itu sendiri.   3. Menjaga Kesucian Dari Digugat  Kewujudan undang-undang larangan keluar Islam (murtad) juga amat relevan jika dilihat dari sudut logik demi survival dan kesucian sebagai sebuah agama. Dengan itu ia akan mengelakkan perancangan licik man-mana gerakan musuh Islam, yang merancang untuk menganut Islam dan kemudiannya keluar beramai-ramai dengan niat mencemar imej Islam.  Sebagai contoh logik, lihat apa yang dilakukan oleh George Soros kepada matawang Malaysia, dia membeli matawang Malaysia sebanyak-banyaknya dan kemudian menjualnya sekaligus, menyebabkan nilai matawang Malaysia jatuh teruk serta tergugat. Benar, agama tidak seperti matawang tetapi sesebuah agama yang boleh keluar masuk dengan mudah, tanpa displin dan undang-undang adalah bukan sebuah agama yang bernilai.  4. Kaunseling Proses Penting  Bagi mereka yang benar-benar ingin keluar dari Islam bukan kerana dengki dan rancangan jahat terhadap Islam, mereka akan mendapat privilege untuk berbincang dengan ilmuan Islam yang berkelayakan, untuk benar-benar menyemak semula sebab-sebab yang mencetus keinginannya untuk keluar dari Islam. Ini adalah satu proses kaunseling yang dinamakan ‘istitab'. Tempohnya boleh mencecah 3 hari sehingga seumur hidup bergantung kepada keadaan dan keputusan pemerintah Islam dalam menilai seseuatu kes dan individu.  Namun tidak dinafikan berkemungkinan sewaktu tempoh kaunseling itu, individu itu telah pun keluar dari Islam, walaupun begitu tidak semestinya hukuman bunuh serta merta akan dilaksanakan, khususnya jika tiada sebarang kempen memburukan Islam. Sepanjang tempoh itu, kaunseling boleh terus berjalan. Usaha membawa dirinya untuk kembali yakin dengan Islam berterusan.  5. Keluar Islam Secara ‘Senyap' & ‘Bising'  Bagi yang tetap pendirian walau apa juga jenis kaunseling yang diberi, pemerintah Islam juga tidak akan mengambil tindakan ke atas mereka jika keluarnya mereka secara senyap sunyi tanpa kempen dan memperlecehkan Islam.  Hakikatnya di Malaysia sudah amat ramai yang keluar dari Islam dengan cara ini. Adakah mereka dihukum bunuh!? Tidak !, ini disebabkan tiadanya pelaksanaan hukum hudud di Malaysia dan malah jika ada sekalipun, dia tetap tidak dihukum kerana ia berlaku di luar pengetahuan pemerintah. Hukuman tatkala itu hanya akan bermula di alam kuburnya sehingga akhirat.  Tindakan hukuman (dalam sesebuah Negara yang melaksanakan hukum Islam) hanya akan pasti dilaksanakan berpunca dari tindakannya yang memperlecehkan dan memburukkan Islam, tindakan ini sama seperti menyerang dan mengkhianati Islam dan seluruh penganutnya, itulah erti keluar Islam dengan 'bising'.  Malah jika mengikut logik sekalipun, dalam sesebuah negara maju dan rakyat berpendidikan, sudah tentu semua kita dilarang untuk mengutuk sesama agama lain secara terang-terangan kerana ia tidak mendatangkan kecuali keburukan dan kebahayaan yang besar. Allah swt sendiri melarang mencerca sembahan-sembahan selain Allah yang dilakukan oleh penganut agama lain. (Rujuk Surah al-An'am : 108)   Pun begitu, tentunya setiap hari dan waktu, akan sentiasa ada musuh-musuh dan pembenci Islam yang mencerca Islam dan Allah swt Islam secara tertutup, di rumah -rumah mereka, di sekolah mereka atau di dalam kelompok mereka. Hal yang sama turut berlaku di dalam kelompok Islam, mereka mencerca agama lain secara tertutup. 

Itu adalah perkara biasa yang tidak dapat dielakkan di dalam kehidupan manusiawi. Ia turut berlaku di zaman nabi s.a.w, orang munafiq amat kerap mengutuk Nabi dan Islam secara tertutup walaupun dipimpin oleh manusia yang sehebat nabi Muhammad s.a.w. .

p/s: Biaq pi ler depa nak murtad? Atau gi mana sich? Wa hanya mau mengingati diri ini & semua atas sifat "berpesan-pesan dengan kebenaran ..." moga kita tak alpa akan bahana murtad yang masih menular di dalam masyarakat kita.