23 August 2014

A Moment of Silence @ Tafakkur ? Berkabung ke Gula Kabung ...Oh yeah !!



I am not all against it... You guys can do it every day, over time.. i don't give a $** of your antics too.

But, do you really do it the right way??

I mean as a Moslem, sebagai seorang Islam @ Muslim, betul ke apa korang buat bertafakur camtu ? Berdiri atau duduk diam sekejap sambil tunduk kepala selama beberapa minit ( in this national case, for 1 minute ) ??


Kita kena paham bertafakkur dalam Islam tidaklah sama dengan apa yang dilakukan sekarang ini yang orang panggil ‘moment of silence’ untuk respek orang dah mati?

Come on ... don't ridicule yourself. It's clearly cara orang lain, non Moslem, in honouring their respects to the deceased & families! TAKKAN le kita orang Islam kena buat rupa juga tu? DO it our way lah !

Betul ... universally, setakat kita nak respek tu memang takde hal lah.... Tapi cuba perhatikan sekiranya perbuatan tersebut ada disertai dengan ritual keagamaan agama lain maka ia menjadi tidak selari dengan amalan Islam ( dilarang oleh syarak ). Ada baiknya daripada bertafakkur setakat kita diam saje tu kita pun fikir semua kejadian, isu adalah takdir, qada & qadar Allah. Allah berkuasa. Kita kena ingat Allah akan ambik nyawa kita juga. Jadi kita kena sentiasa 'ikut cakap', bertaubat & bersedia untuk mati.


Ofc, bacakan le doa keampunan dosa untuk sedara Msulim kita yang dah mati tu. Asas hukum ke"harus"an @ boleh tu diambil dari perbuatan Rasulullah s.a.w. yang bangun menghormati jenazah seorang Yahudi yang lalu di hadapan baginda atas dasar kemanusiaan.


Ada kisah seorang Sahabat Nabi s.a.w., Qays Ibn Syamas, yang menyatakan hasratnya kepada Rasulullah untuk menghadiri majlis kematian ibunya yang beragama Nasrani di mana Nabi membenarkan dan menyuruhnya berjalan di hadapan jenazah sebagai tanda hormat. (Ibn Qayyim al-Jawziyyah, Ahkam ahl Zimmah, vol.2 ms. 434).


Gua nak ingatkan saje isu bertafakur ni ada kaitan dengan soal tauhid dengan Allah, Tuhan yang Maha Menghidupkan & Mematikan. Hidup mati kita mesti ikut apa Allah redha & suruh kita buat. JANGAN buat yang orang lain buat walau mak bapak kita suruh buat sekalipun, sedangkan is menyalahi syariat, akidah dengan Allah ! Tiada ketaatan dalam urusan bidaah, sesat & maksiat ! Tinggal & rentikan aje le buat benda sia-sia.


Isu baca talkin & tahlil untuk si mati pun ramai tak reti reti lagi. Buat sebab adatnya rupa tu? Haha ...kalau rupa tu sah sah bidaah, buat dosa saje la sebab dah salah ! Boleh le buat TAPI ada syarat, niat, akidah yang betul untuk buat sesuatu ibadat.


Islam bukan main ikut la, siol. Islam bukan agama adat resam nenek moyang kita. Kita hanya perlu buat apa yang Islam suruh, sebab ia daripada Allah melalui sunah Rasulullah s.a.w.. Jadi bertafakkur dengan mendoakan mereka yang dah mati dan baca ayat-ayat suci al-Qur’an.


Jadi gua setuju bertafakkur, TAPI ada syaratnya.


JAKIM pun ngong & bacul jugak bila deme nampak orang kita boleh buat ‘moment of silence’ tu sebab kita tak baca ritual agama lain. Apa tak tekankan kita buat cara Islam kita sudah le. Dulukan Islam le weih. To be fair to others, bior lantak le deme orang kafir nak bertafakkur 1 minit ke 1 hari ke. Deme punya pasal le.


1 hal lagi "perbuatan berkabung" ni memang ada ... boleh ! Bagi menunjukkan tanda dukacita kepada orang yang meninggal dunia orang pun pakai pakaian berwarna hitam.


Tapi tu dalam kontek wanita kematian suami... Malah ke 4-4 mazhab mengharuskan (Wahbah al-Zuhayli, Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, jild 7. 662)


Gua paham ...TAPI perkabungan bererti janda atau balu dia tu kena meninggalkan perbuatan memakai haruman, perhiasan, celak, minyak, sama ada yang harum ataupun tidak, iaitu yang khusus bagi tubuh untuk beberapa hari. Kalau janda berhias dalam tempoh iddah tu mungkin sebab dia gatai @ bernafsu tinggi & degil le gamaknya ye? hehe


Jadi ulamak di kementerian, JAKIM & yang lain yang duk ada ni dah berkias dalam konteks kes tragedi MH17 kita kena berkabung - mengibarkan bendera separuh tiang dan pakai pakaian warna hitam atau suram, adalah diharuskan, dibenarkan saja. TAK wajib pun.


Perkara yang WAJIB kita kena buat dulu sebelum perkara sunat.... Buat yang sunah dulu baru yang harus, kan? Dah tu apa pasal ramai tak buat solat fardhu (be it cara berjamaah or stand alone), kenapa tak tinggalkan rasuah, berjudi, makan benda haram sedangkan itu semua HARAM...wajib kita tak buat. JANGAN tahu berkabung saje tapi suka buat maksiat. Benda atau perbuatan yang sedap, manis macam gula kabung tu tak semesti betul. Kalau dah tau ia maksiat, renti le.


So be it....Tafakur atau berkabung mestilah suatu yang kita sebagai hamba kepasa Allah wajib merenungkan sesuatu kejadian, isu dengan melihat, menganalisa, menghubungkan ia dengan keyakinan terhadap Allah. Tafakur, berkabung dalam Islam akan meningkatkan tauhid, keyakinan dan kepercayaan kita kepada Allah dengan kita menggunakan akal fikiran dan perasaan atau hati kita untuk "dekat kepada-Nya".






3 comments:

  1. Salam hanz...kalau buat cara kita, barulah ada makna Islam tu Agama Rasmi Negara ini kan? Kalau ikut cara orang, mmg ngonglah kita....sedih kerana kita ngong

    ReplyDelete
  2. Salam Cpj... pekabor chor? Sihat le kut .. hehe

    Ye le cikgu...ape ke hei nye kite nak ikut cara orang ?, sedangkan kite ada cara hidup kite sendiri sebagai umat Islam a.k.a. Muslim.

    Kenapa?? Tak bangga ke (dalam kontek hati senang, bahagia, seronok) korang kite mempraktikkan cara kaedah yang dianjur Rasulullah, keluarga baginda yang agung & para Sahabat ajmain ?? Allahu Akbar.

    Ulamak kita banyak kali dah "play safe" saje... padahal deme boleh saje ambik sebahagian peluang yang ada untuk tegaskan hukum, mentarbiah umat Islam tentang kepentingan jaga akidah, ibadat & mengangkat darjat Islam !

    Orang kite ni "banyak main-main" .. tapi bila suruh main betul-betul, deme nge-lat, malas le pulak! iskhh....mane nak maju rupa ni? hehe

    ReplyDelete
  3. It's real mess out there speaks other languages, feel free to do so in a drowning area.
    - You can observe the person is engaging in boom beach hack
    unprofessional conduct, they will. This
    was the day and night participating in the rook. If you haven't watched
    all of this one was using the farm, so why not kill two birds with one stone.
    Raise that leg Okay we are richer or poorer did it go up because
    we borrowed from the desert base, the light coming off your
    screen into your eyeballs right now.

    ReplyDelete

Comment as you like... Tulislah seikhlas hatimu!