I’m a bit of a rebel as I hate INJUSTICE. Together we help to build a better nation by criticising any wrongdoings or bad governance, mismanaged by today's BIGOTS who're at the reign! I and many more out there are adamant in GOOD GOVERNANCE, SHREWD LEADERSHIP, INTEGRITY and JUSTICE !!
29 June 2011
Berita Sensasi, Hiburan Terkini ...
MAAF .. tiada berita, tiada cerita daripada penulis sejak berzaman. Ha ha ha ..sibuk? Ya juga. Tapi sempat baca & menjenguk alam maya untuk menajam pemikiran!
PAS makin kuat dengan pimpinan baru? Mungkin. Semangat baru daripada old-school. OK nampaknya begitu. Nanti menang jangan belagak tapi terus buat kerja tadbir dengan lebih kemas, cekap, telus & amanah.
UMNO-BN makin kacau? Gila meroyan? Sasau? Biasa la. Tanda nak kalah lagi la tu. Tapi ada tempat dia ada menang. Tak sebanyak dulu dah. Ya, elok juga dia kalah perlahan-lahan, layu, kecut & mati. You deserve to suffer, see before your eyes your own undoing before you die for, right? Karma?
Bagi meraikan (a tad pre-mature?) kita elok la buka meja rundingan untuk kita kongsi apa yang patut. Ide of UG is welcome then! Pasal yang akan kalah pasti akan mengamuk, buat huru hara. Depa ni biasa menang & boleh 'cover' salah depa selama hari ni dengan kuasa & nama. Dah kalah, habis la. Mati la. Ada yang mati mengejut. Eh! Bukan dibunuh atau bunuh diri. Bukan lompat bangunan tinggi. Atau ditolak, ditendang. Bukan bukan! Depa sakit hati, lau depa sakit la jantung. Sudden death! Macam golden goal la.
BERSIH 2.0? Tu semua bagus kalau buat elok elok. Tapi tu pun wayang jugak daripada UMNO. Depa - the circle - nak agenda & demo BERSIH 2.0 diadakan sebenarnya. Ni maklumat dalaman. Akan ada cerita tak best berlaku sekarang, semasa & selepas demo yg depa harap akan beroleh untung - gains. Mungkin harap simpati rakyat. Head turning? Harapnya tak la berlaku apa yg depa yg jahat tahap setan ni mahukan. Allah lindunglah mereka yg berada di jalan Mu.
Dr. Wan Khair-il akan jadi MP Kuala Kangsar kali ni? Tengah melobi. Datuk Ramli? Dia layak ker? Hehe. Kak Rafidah tu orang UMNO sendiri dah meluat, getik. Hapah takde gunenye jadi MP selama hari ni ciput saja dia boleh tolong. Takat hulur sekali 2 aje pastu haram tak pernah jeru, jengah kuale ni. Bazir karen saja. Orang tempatan langsung la tak mandang denye. Dah lame buang dia pun. Jangan tak tahu la, kan. Harap undi kem & undi entah mane datang dia menang PRU-12 hari tu. oh UMNO, UMNO macam macam haru! Eh, deme buat keqah (bahagi bahagi) 1 tanah luas beratus ekar untuk bagi sesame deme, tak tahu ker? Ada ler tanah bagi ke yayasan ker aper ker (ada kene mengena Dr. Wan Khair-il? Entah ler. Hehe). Tajuk asal deme mintak tanah tu deme kata nak tolong bantu orang susah yang miskin. Ya, konon rakyat didahulukan, kan? Tapi herannya, tok ketua kampung teman pun dapat 1 ker 2 lot 3 ekar tanah untuk kelapa sawit tu? Dia tu miskin ker? Tak jugak. Kalau dia katergori miskin, kenapa yang lain tak pernah ditolong, dibantu & dibahagi tanah ker duit secukupnya? Ada ramai lagi miskin papa kedana kat keliling rumah dia pun. Eh, cikgu pencen yg dah kaya ada Mercedez pun dapat? Alahai....ape cerite ni? Koman, sungguh. Ade ler sorang 2 orang yang betul betul miskin yg dapat peruntukan tu. Tapi kena la tolong deme usahakan tanah tu. Mane deme nak cekor duit untuk majukan tanah tu? Deme akai ada ker tak ni? Allah! Engkau kalung la tanah tu kat tengkuk kome mati karang, bagi deme makan tanah tu untuk kami semua yang teraniaya dizalimi sebegini, yer. Amin!
Duit gayanya nak luruh daripada langit dalam masa terdekat ni. Mesyuarat, meeting sesaja pulak dah deme tu sekarang ni. Sibuk memanjang. Time to ask for some donation? Yeah, why not! Perkasa, 30, apa apa jadah persatuan Melayu lain tu, bangkit la. Pergi jerkah deme tu & mintak banyak (kaw-kaw) kali ni. Eh, orang lain (kaum lain) deme boleh bagi beratus juta RM & ada yg jutaan RM, tak kan kita tak dibagi deme? Kan kan?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
setuju
ReplyDeleteOK teman pun setuju dengan mike.
ReplyDeleteYg lain tak perlu setuju. Bangkang ler ape patut, ok? Komen aje ler. Check & balance, kan? hehe