27 July 2011

Aku Pun Melayu ..Aku Bukan Wahhabi ..Ha ha




Berdasarkan riwayat yang sahih dalam al-Muwata karya al-Imam Malik bin Anas, bilangan rakaat yang Saidina Umar perintah dilaksanakan adalah sebelas rakaat. Kata al-Saib bin Yazid:
“Umar telah memerintahkan Ubai bin Ka’ab dan Tamim al-Dari untuk menjadi imam kepada orang ramai sebanyak sebelas rakaat” (Riwayat Malik).
Maka dengan itu riwayat al-Baihaqi melalui Yazid bin Khasifah daripada al-Saib bin Yazid yang menyebut bilangan yang ‘Umar perintahkan sebanyak dua puluh rakaat adalah bercanggah dengan riwayat sebelas rakaat yang sahih tadi. Sedangkan dari segi kekuatan riwayat, riwayat sebelas rakaat itu lebih kuat, maka riwayat dua puluh dianggap shaz (ganjil) kerana menyanggahi rawi yang lebih kuat.
Justeru, riwayat dua puluh dihukum daif oleh sesetengah ahli hadis. Sebahagian pula menerima riwayat Yazid bin Khasifah dan mentakwilkan bahawa ada hari Umar memerintahkan sebelas rakaat dan ada hari pula yang diperintahkan dua puluh. Apapun, hadis al-Imam Malik tadi yang menyebut sebelas rakaat menafikan dakwaan yang menyatakan sesiapa yang solat tarawih beserta witir sebelas rakaat tidak sah. Itu adalah dakwaan yang melampau dan zalim.
BACA lanjut daripada sumber ilmu di sini

3 comments:

  1. Assalamualaikum Yob Hanz,
    asai dekat bulan Ramadhan, timbul isu bape rakaat solat terawih nih...aiiisyyy! Selamat sambut Ramadhan Al-Mubaraq Yob!

    ReplyDelete
  2. Sebab tahap mentalaliti & intelektual orang kita - Muslimin & Muslimat - masih rendah tahap otak senget...apa taknya, hanya Islam pada nama, gaya saja.. Islam semasa @ ikutan ...a.k.a. Islam warisan @ keturunan.

    analytical thinking memang out of order, la.

    SELAMAT SAMBUR RAMADHAN al-Mubarak buat Kak yong & famili. Moga sentiasa tenang beribadat dgn ikhlas. 11 rakaat pun ok...buat lak solat sunat + baca Al-Quran bebanyak & juga zikir.

    ReplyDelete

Comment as you like... Tulislah seikhlas hatimu!