21 October 2011

Rektor UIA Gantung Diri Sendiri?



ISU AZIZ BARI: REKTOR UIA KAKI AMPU?


Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainal Abidin mengkritik keras tindakan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) menggantung tugas pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari dengan menyifatkannya sebagai “tindakan mengampu”.”Tindakan kepada Prof Aziz Bari merupakan sesuatu yang amat memalukan dunia akademik kita.”Tindakan ini tiada asas ilmu sama sekali sebab dalam dunia ilmu setiap orang berhak berbicara atas asas fakta dan ijtihad.

“Tindakan ini adalah tindakan mengampu,” kata fellow pelawat di Universiti Oxford itu.

Dalam kenyataannya hari ini, Dr Asri menyifatkannya sebagai “tindakan yang paling tidak bertamadun dalam dunia akademik”.

Beliau bahkan sinis terhadap apa yang dirujuknya sebagai “kepimpinan baru di UIA” yang tidak melambang ketokohan akademik, tetapi lebih kepada nilai-nilai politik.

“Kepimpinan UIA sekarang tidak di bawah orang yang terbilang dari segi pemikiran dan dunia ilmu sebaliknya orang yang berpotensi melakukan tindakan yang melambangkan kejumudan fikiran yang bertentangan dengan norma dunia akademik,” katanya.

Katanya, setahu beliau rektor UIA sekarang merupakan ahli Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), justeru beliau bimbang berlaku konflik kepentingan dalam tindakan mengambil tindakan terhadap Aziz. Rektor yang baru dilantik pada dua bulan lalu ialah Prof. Datuk Dr. Zaleha Kamaruddin (gambar). Beliau juga merupakan pensyarah undang-undang di UIAM sebelum ini.

“Sebagai lepasan UIA, saya rasa telah berlaku kesilapan besar dalam pengurusan akademik di UIA hari ini.

“UIA yang patut bertaraf pusat pendidikan dunia, telah bertukar menjadi pejabat agama yang penuh kesempitan fikiran,” katanya.

Tindakan terhadap Aziz, termasuk disiasat polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berpunca daripada komennya terhadap Sultan Selangor berhubung isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) – bawah MAIS – terhadap sebuah gereja di Petaling Jaya.

Dr Asri mengibaratkan tindakan UIA itu seperti “mencampak diri ke zaman kegelapan Katholik yang membakar tokoh-tokoh akademik protestan atas tuduhan derhaka kepada istana dan heresy (menyeleweng) kepada agama”.


Sumber: Malaysiakini & juga http://biaqpila.blogspot.com/2011/10/isu-aziz-bari-rektor-uia-kaki-ampu.html#ixzz1bO6GgAYp

P/s: Susahnya jadi orang merdeka kat M'sia ni. FACT. Sampai sorang rektor UIA pun takut "the Circle" power that be...Hey, please, don't afraid of the "darkness"... Lu , supposedly, orang Islam yang bijak, Prof, JANGAN la buat lawak b**** boleh tak? Orang besar (pangkat, bijak) mesti jiwa pun mau besar. Jangan la ampu camni (gantung kerja Prof Aziz Bari) & ikut cakap pemimpin eksekutif kerajaan UMno-BN di kementerian tu. Apa? Baginda Sultan Selangor arahkan? Susah la camni. Sebab kalau ya malulah Baginda Sultan Selangor masuk campur hal undang-undang, politik sepertinya baginda is above all the laws? Tolong la Prof Zaleha jangan ampu camni. Ini hanya memalukan nama lu, UIA & Islam as a whole. Take a grip! Stand out & be counted. 


4 comments:

  1. Salam,

    Sesapa nak buat Facebook "Singkir Rektor UIA!"?

    ReplyDelete
  2. Boleh jugak idea tu, kak Yong.. FB ni senjata revolusi (tranformasi pun boleh) alaf baru.. Just push her to the limit to wake her up from her slumber! Cuba bayangkan dia & ramai lagi orang bijak pandai yg lebih accountable > drp Prof Aziz Bari bebas (Islamic virtue applied) di negara kita tentu kita dapat manfaat yg jauh > lebih baik untuk negara. Kalau terkandas/dihadang oleh kebejatan alasan "Demi tugas, demi negara, arahan orang atas..DLL"..habis la. Macam tak ada wibawa. Hal ni berlaku lama dah, sampai ulamak dulu & kini pun byk "play safe' diam bisu 1000 bhs kalau ada kemungkaran dpn mata dia pun. Tak kuasa nak tegur? Entah la. That's pathetic. Kita have to change..kena b'gerak ke arah dinamika baru.. lebih open, pragmatik, progresif, komprehensif.
    Apa pun...Jangan la ada orang niat & buat dia tersingkirkan macam a la pemberontak buat kat Gaddafi di Libya tu, sudah la..Kita 'tangkap' the culprit & stop the bloody mess, tu dah cukup la..Kita jangan "overkill" ..that's too much...non-Islamic.

    ReplyDelete
  3. Salam Yob,

    Harap2 orang kita tak pendendam cam rakyat Libya, Iraq yg senang2 lanyak pemimpin deme samapi lunyai. Kejam camner pun kita ada saluran undang2. Kalau deme salah, bicara.

    ReplyDelete
  4. Ya beno sesangat dah tu.. Elok bicara tu lebih adil walau jahat macam mana pun seseorang tu. Allah yg Maha Adil pun dah tunjuk kat kita dgn edisi siasat 360 dlm kubornya,neraca al-Mizannya,hisab d Pdg
    Mashyarnya, semua...untuk KEADILAN. Melainkan keadaan tertentu i.e. ada penjenayah tak boleh ditangkap hidup-hidup sebab dia melawan/membahayakan keselamatan...tu Hanz setuju hukum "tembak",pancung & dll. Keadilan Islam tu luas selagi kita mudahkan aplikasinya. Kalau ikut emo kita biasanya terbabas drp batas keadilan tu sendiri.

    ReplyDelete

Comment as you like... Tulislah seikhlas hatimu!