Ni apa ditulis suratkhabar:
Dr M: Beza faham politik punca perpecahan
Perbezaan fahaman politik di negara ini menyebabkan umat Islam dikatakan berpecah belah dan bukan kerana agama, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau berkata umat Islam di negara ini kini berpecah kepada tiga puak dan telah "berperang" sesama sendiri walaupun tidak menggunakan senjata seperti di beberapa negara Islam yang lain.
"Umat Islam di Malaysia berpecah bukan dari segi agama tetapi dari segi fahaman politik yang mempengaruhi ahli-ahlinya," kata beliau.
Semata-mata untuk menjayakan fahaman politik mereka, umat Islam di negara ini tidak sanggup solat di masjid yang sama dan mempunyai tanah perkuburan yang berbeza, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Multaqa Wehdatul Ummah ke tiga di Butterworth hari ini.
"Kalau kita sedar, ajaran agama Islam ini adalah persaudaraan dan kita harus memupuk sikap perpaduan lagi-lagi dalam satu agama yang sama," kata Dr Mahathir.
"Umat Islam perlu bersatu padu dan tidak berpecah belah serta bermusuh-musuhan sesama sendiri kerana perpaduan itu adalah asas hidup masyarakat Islam," katanya.
Dr Mahathir yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) berkata umat Islam di negara ini seharusnya memainkan peranan yang penting dalam menonjolkan diri kepada dunia tentang kehidupan Islam yang sebenar supaya agama Islam dihormati oleh kaum lain.
"Kita akan menjadi lemah akibat daripada persengketan antara umat Islam. Kita mungkin lupa 55 tahun dulu, semua orang Islam dan Melayu di negara ini berjuang untuk kemerdekaan dan menentang Malayan Union.
"Masa itu umat Islam memang lemah tetapi kita dapat tumpaskan Malayan Union kerana kita bersatu padu. Walaupun tiada wang ringgit dan kekuatan lain tetapi kerana bersatu kita boleh mengalahkan Malayan Union," kata beliau.
Yang turut hadir pada majlis itu adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang Elias Zakaria dan Yang Dipertua Persatuan Qaryah-qaryah Masjid Pulau Pinang Datuk Seri Mohd Yusoff Latiff.
- Bernama
Apa tujuan semua ni? Konon dia pejuang Islam? Konon dia nak kita cinta sayangkan Islam & kuat akidah? Tak la murtad? Tak jugak. Semua tu perang saraf atau propa politik dia saja.... matlamat dia UMno mesti menang... bukan sangat hal Islam... sebab kalau PAS menang semua kawasan lawan UMNo adakah Melayu kalah? Tak! Melayu tetap menang. Jadi tu semua pukau politik, black magic atau pesona mata ... mungkin ni pseudo effect saja... Realitinya dia sendiri tak mau Islam sepenuhnya yang syumul tu... masa dia perintah pun apa sangat dia buat soal Islam ni? Ekonomi? Ada la usaha tapi hancus jugak... masih juga ramai Melayu yang miskin malah bertambah... Ada la yang jadi kaya raya ..tu pun HANYA sekerat 2 tambah2 yang rapat dengan dia.
Salam Yob,
ReplyDeleteMacam main rekod LP rosak, ulang-ulang, ulang-ulang. Err...deme-deme yg bawoh 30 tahun tau ke apa rekod LP ni?
:) tu ler teman rase tu semua propa Tun M&M saje ...
ReplyDeleteTentunya dia cukup terer dalam perang saraf sebab dia General seumor hidup UMno Baharu (mm.. ape ker pangkat tertinggi tentera yek?) dalam politik.
Ape bender pun selalu sangat diulang-2 akan ader pseudo effect macam orang kate (testimoni) ubat itu ini baguih elok untuk sakit tu ini. Padeheinyer tak ler ape sangat kalau pakar fasmasi ker pakar aper ker kaji ubat tu tak ader ler nilai nutrisi atau faedah saintifik berape sangat. Tapi udah percaye sangat & sampei keyakinan/ sistem badan berubah & bertindakbalas seswai seadanya.
LP ni teman merase ler jugak dengor mase taim teman bebudak. Sama naik kot zaman kaset tape besor tu..cartridge!! Haha...banyak lagu 70an Hail Amir, Uji Rashid dll. Sayang bender player'nyer rosak. LP (long play) ato orang kite panggei piring hitam tu sebenornyer masih dikategori terbaik dalam audio recording... bunyi lagi perfect/ sedap berbanding audio CD biasa sekarang.