01 May 2012

Bersih 4.0 next change coming soon ... buat kat PUTRAJAYA, baru depa kecut !


Polis sedang menyelamatkan mangsa daripada dirogol, kot ? 
Hah! Polis sedang belasah ramai-ramai seorang peserta Bersih 3.0... ya ker ni? 
iskh iskh iskh !! 


Apa nak takut lagi? Selagi SPR tak buat rombakan drastik + tuntutan yang optima (7 tuntutan dahulu pun belum buat lagi) pada PRU-13 ini, kita kena gerak 'nadi rakyat' ke Putrajaya pula. Asyik asyik KL saja, tak best der!! Putrajaya pulak. “Aim for the sky and you’ll reach the ceiling. Aim for the ceiling and you’ll stay on the floor.” Target kena set tinggi sikit la brader!! Baru boleh kita dapat bersihkan senarai undi (Daftar Pemilih); Reformasikan Undi Pos; Akses Media yang bebas & adil; Tempoh Berkempen Minima 21 Hari; Kukuhkan Institusi Awam; Hentikan Rasuah dalam parti politik & masa kempen & Hentikan Politik Kotor!!!

Polis sedang menguji tahap pencemaran asap kenderaan gamaknya tu... Bukan? 
Gas pemedih mata? Takkan la kot gamak polis kita buat kat orang ramai... 
kita bukan Tel Aviv, kan kan? 

Er, wait a sec! Pejabat SPR kat mana? Seremban? London? Ok, ke situ la kita akan demo & hantar referendum suruh pegawai-2 atas SPR yang balaci UMno-BN tu letak jawatan saja la. Buat apa lagi kerja, nak buat kerja pun takut orang politik (atau tak boleh be neutral) baik la dia letak jawatan tak payah makan gaji buta. Amanah tu siot. Haram makan gaji, tuntut elaun tapi kerja menipu/manipulasi kepercayaan rakyat yang mahukan 1 sistem pilihan raya yang lebih telus & adil untuk semua parti bertanding!

Wow!! Hebatnya polis kita sepak terajang PATI yang menyamar sebagai pengundi, ya? 
Cekap.. er, bukan PATI? Apa, warga kita, peserta Bersih 3.0? Alahai... 

Apa yang kita tahu selepas ni PATI - orang Indon, Bangla, Paki dll - pula boleh mengundi selepas mereka berduyun-duyun dapat kad pengenalan segera & cara mudah. Selepas boleh mereka pula bertanding atas tiket BN, ya? Hebat betul orang Malaysia ini mudah sungguh 'menjual' & sanggup menggadai maruah negara. Penjenayah. Harap mereka ini diberi hidayah petunjuk ke arah jalan yang diredhai Allah atau disegerakan azab bala atas mereka ni di dunia lagi.

Banyak dah video, cerita keganasan polis menangani demo Bersih 3.0 hari tu. Biasa la bad cops ni macam anjing gila la, pantang dapat peluang belasah orang awam, tu dia cukup suka. Kalu selepas ni Bersih 4.0 buat kat Putrajaya, harus sebulan lagi sebelum tarikh demo dah pihak PDRM (Polisi Dera Rakyat M'sia) kalut buat roadblock & whatnots. Tentu ketat punya kawalan keselamatan - bukan takat pagar kawat berduri selepas ni harus mereka akan letak pagar karen, pasni bukan bom asap pedih mata tapi mereka pakai bom betul mungkin C4 kot. Air kimia tak main dah pasni pakai air sisa radioaktif kompeni Lynas la pulak. Haha .. Ramai nak berjihad, kan? Dah sanggup berjihad & nekad, apa kisah roadblocks, redah saja la. Tunggu!!!


4 comments:

  1. Salam Yob,
    Hmmm sian kat orang Malaysia, asyik kena belasah bila buat demo kat KL. Kat negeri lain takde pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm kak jah...

      a ah cian deme ... tak demokratik langusng Mess-ia nih. Bio aje ler deme demo tanpa perlu provokasi, FRU, SB cari pasei. Tentu aman punye demo tu.

      Delete
  2. ASSALAM HN. ate orait juge le sajesen mike tu HN. Teman pun teghingen le juge nok meghase ngelewor2 kat puteghejaye tu. kate deme sana tu lagi luweh dan lebo jalannye yek.....hoishhhh syok juga. Lagi ligat kita main aci kejo dengan pepuok kepala meghoh tu. ate kalu deme tak sio...buat tak ngombin je apa yang beghesih tuntut haaa.. kamon jom kite belaghok ke sana pulok...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm

      hehe .. aje nye yer, Pak Ngah, kat puteshejaye nun kite ler pulak yang kejor polis, kan? jangan ler deme asik ingat deme aje boleh sepak terajang oghang awam, sepak kite deme tak tahu laghi macam mane, kan? Tapi idak juge kite nak lawan deme kalau deme baik aje dengan kite, kan? Kalau dah main kasor teman nak aje 'ratah', kepak ker kokak ker tangan deme tu. Ate jahat bebeno buat oghang yang tak boleh lawan deme pun.. ape he nyer.

      haha

      Delete

Comment as you like... Tulislah seikhlas hatimu!