06 June 2012

Plet WTF ada lagi, tuan?

Nziar : "Aku ingat la, kalu kita ada duit sebanyak RM520,000 ker RM5juta ker kan ker elok duit tu digunakan untuk kita sedekahkan untuk buat beberapa rumah untuk rakyat yang susah lagi miskin pada zaman serba mencabar ni, betul tak? "
King Kong : "Eh, gua peduli apa? Bukan gua pakai duit orang pun. Gua kaya, gedung di darat, kapal di laut. Berbilion duit & harta gua. Gua punya suka la nak plet WWW1 ker, WWF1 ker WTF1 ker, lu apa susah?
Cumi : "Ya betul jugak tu. Bayangkan aku ada duit ada sebanyak tu elok la aku pergi umrah ker banyakkan sedekah ker atau buat apa-apa yang patut, yang lebih faedah. Orang pun suka & puji kita kalu kita buat baik kat orang. Kalu asyik makan sendiri, takut-takut mati nanti kubur berasap, kena azab.. kan, kan? "
Ciki : "Eh, aku tak paham la apa yang kecoh-kecoh ni. Tolong bagitahu kat aku sekejap. Apa salahnya seorang yang berkuasa, berpangkat, lagi kaya raya dia nak beli apa dia suka? Dia nak beli kereta Ferrari ker istana ker Lady Gaga ker dia pakai duit dia. Salah ker? Lagi pun dia dah kata dia tak pakai duit gaji dia pun beli plet WTF tu. Semua duit daji dia sedekah kat orang. Biar la, kan?"
Cumi : "Memang la tak salah! Dia nak beli atau dia dapat percuma sebab orang sponsor, hadiah memang tak ada apa salahnya. Tapi isunya bukan pasal duit dia ker, atau, untung tak untung beli nombor khas tu, TAPI isu sebenarnya kita kena bijak berbelanja. Jangan membazir. KALAU la  orang kaya nampak kepentingan berbelanja secara berhemah tentu tak banyak berlaku pembaziran. Sifat baik cermat lagi berjimat tu amalan mulia. Tambahan kepada seorang pemimpin besar. Kalu dia tak nak bagi duit dia untuk buatkan rumah untuk orang lain tu tak pa lagi, tapi jangan la nampak kat orang dia tu berbelanja besar macam rakus saja. Tu contoh saja RM520,000 tu. Kalu dia ada RM5 juta, 100 juta entah macam mana la dia belanja? Tentu lagi banyak dia membazir, belanja tak sepatutnya dia beli pun. jadi jangan la ikut nafsu. Kan ker amalan membazir tu tak elok, tahu? Berdosa. Sepupu dengan syaitan yang dilaknat Allah. Kamu nak ker jadi sepupu setan ker, Ciki?"


Ciki : "Eh, aku pun ada banyak duit tapi aku tak mahu la jadi macam perangai setan. Ok sekarang aku dah paham dah. Terima kasih Cumi. Kamu memang 'cool'."
King Kong : "Lantak lu orang la. Sapa suruh lu orang tak sekaya gua. Lu boleh tengok saja la apa saja gua hendak gua senang hati boleh beli itu boleh beli ini. Lu orang busuk hati, dengki gua kaya, dapat plet tu, kan?"
Nziar, Cumi & Ciki : "Astaghfirullah halazhim. Bertaubat la sedara King Kong .Kita tegur silap kamu sepatutnya kamu berterima kasih. Jangan la konar-konar, belit-belit, spin cerita lain pulak. Moga Allah swt memberi taufik hidayah kepada kita semua supaya kita semua sentiasa berada di jalanNya & & diredhai. "
Nazri si macai : "Betul tu King Kong. Lantak dia orang la. Dia semua tu orang biasa saja. Aku ingat dia orang semua tu dengki sama lu. Nanti sikit lagi gua pergi balai polis buat repot polis si Nziar tu hina status quo lu sebagai orang yang hebat, lagi kaya & hensem di nuansa ini. Kita kasi malu sama dia."


King Kong : "Lu Nazri, itu macam, bagus la. Lu memang orang gua yang taat setia. Orang yang berguna (untuk gua)..hahaha"
Nziar : "Hanya Allah kita patut taat setia setinggi-tingginya. Raja, Sultan, Maharaja, King ker sapa kita hormat seadanya saja. Rakyat hanya perlu taat bertempat, jangan taat membabi buta macam orang tak ada otak atau macam lembu.... atau, macam barua macai (si Nazri) tu"  
Here is the headline ... Perdana Menteri Malaysia ..bla bla bla...UMno, bla bla Presiden UMno...TPM adds to that ... bla bla bla.... Undi la Um-No & BN, ok? 

7 comments:

  1. Gua tarak hal kalau lu guna duit lu sendiri beli nbr plet..., tapi jadi hal buat gua kalau rumah, pakaian dan makan minum lu pun orang tanggung beb... lagi mau mewah macam rosmah... piiiiraaaahhhhh....!!!!

    Sekarang gua mau tanya, lu kerja apa...??? berapa gaji lu sebulan...??? mana lu dapat duit selama nih...???

    ReplyDelete
    Replies
    1. sa,

      hahaha

      Semua King Kongs spesis pelupa gamaknya. Duit, harta, istana, vila, kereta King Kong yg dah banyak berlambak-lambak tu dia ingat datang sendiri ker? Semua hadiah ker? Dia buat-2 tak ingat ker selama hari ni, in fact, dah beratus (mungkin ribu) tahun, keluarga, keturunan dewa, demigods Melayu ni, dia perah hasil mashyul negeri & rakyat. Kiri kanan keturunan dia sapu.

      Setakat baru berapa puluh tahun (54 tahun??) tak cekau duit gaji 1 sen pun, apa kudis sangat buat dia, kan? Syok woo hidup ni bila boleh duduk saja, arah itu ini, tapi semua benda ditanggung halal, ditaja.

      Conventional wisdom, better we eke out a living to earn some money the assets & all that. Way better than from get it unethically & living like spineless, boneless parasite !! U know what i mean, right.. hehe!!!

      Delete
  2. Bhai Hanz...

    Gua memang baik.. pasai tue la gua kasi sedekah sama Kerajaan Malaysia duit skit... aper lu dengki... lu ader ka duit manyak itu macham... hahaha.... lu jangan dengki la bhai... hahaha...

    Gua kalu tarak kerja pon... duit gua banyak... mana gua dapat lu tarak payah tanya la... hahahaha....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha C++... gua nampak dengki ker? Ya kut ada la sikit...apa la gua tak dilahir dalam istana & jadi ahlul bangsawan, kan?

      Demi M'sia gua sedekah la apa yang patut. Kita kan warga yang baik lagi patuh, kan kan?

      hohoho

      Delete
  3. Salam Yob,

    Sultan tu kata tu bukan duit rakyat, duit dia sendiri. Duit jatuh dari langit kaa?

    ReplyDelete
  4. Wslm kak jah!!

    Hehe...We're not talking about any Sultan in M'sia, are we? Hell no...They're untouchable, invicinble. Sorry to say, above the laws. Bahaya kita persoal kehendak dia orang tu. Kita rakyat, they say, hanya boleh tengok saja, duduk dendiam jangan bantah. Sultan semua baik, kan?

    ;)

    Ni kita sembang pasal Seltan ..bak kata AT. Sultan kat Turki macam mana rupa gamaknya? Ada ker dia motor kuasa besor boleh dia tengok rakyat dia 1x, 2x setahun? Dia ada ker tentera sendiri? Dia ada ker istana buat pakai duit sendiri?

    Hehe

    ReplyDelete

Comment as you like... Tulislah seikhlas hatimu!