I’m a bit of a rebel as I hate INJUSTICE. Together we help to build a better nation by criticising any wrongdoings or bad governance, mismanaged by today's BIGOTS who're at the reign! I and many more out there are adamant in GOOD GOVERNANCE, SHREWD LEADERSHIP, INTEGRITY and JUSTICE !!
15 January 2013
Jangan la lu orang jadi bangang, busuk macam bangkai + menipu atas nama (kalimah) Allah !! Chill out!
Melayu, orang-orang Melayu ni ..aisehmen...susah woo... gua pun malu nak cakap la...sebabnya gua pun Melayu, tulen beb, bukan baru jadi Melayu ..dah berapa generasi la ! Dulu tu wa phu chi taw la gen. sebelum tok moyang gua apa bangsa.. kot Batak ka Raden ka .. lantak lah !
Tapi kalu cakap sama Melayu jenis emo begitu sensitif tahap bab* gila, maka bab nama "Allah" pun jadi 1 masalah bila mana ia digunakan oleh orang bukan Islam. KNOW the difference, shall we! Mesti la ada beza, siot. Tu pasal kita dipanggil orang Islam, hat sana nun kita panggil orang kafir, musyrikin. Depa tu paham lain walau depa tahu Tuhan tu ada, Allah tu Pencipta semua atas bumi ini, dsb. Ni soal keimanan yang tak lari daripada bab akidah kita pasal ketuhanan Allah tu sendiri. Mana sama? Tak sama langsung lah.
Allah kita 1 (Maha Esa)... tiada Tuhan (yang layak disembah) Melainkan Dia (Allah sahaja).
DAN....mesti kita kena akui juga - Muhammad (s.a.w.) itu Rasulullah (utusan Allah) !
Ni la syahadah kita + jadi syariat hidup mati kita sebagai orang Islam. Ok paham? Kita ada jalan kita, cara kita, teologi kita sendiri iaitu syariat apa yang Rasulullah ajarkan melalui Quran & hadith Rasulullah. Depa bukan Islam tu paham cara lain, Al-Masihi lah, Isa Tuhan Anak lah..tu depa punya pasal lah. Tu pasal kita sangkal depa tu sesat daripada kebenaran akidah.
Tu baru betul Allah, Tuhan kita yang Rasulullah pahamkan untuk kita semua. Islam yang Rasulullah mahu kita paham tak larang orang lain pakai nama "Allah" sejak dulu lagi depa dah salah paham konsep ketuhanan "Allah" tu. Tu pasal kita tak perlu cuak, kecut perut takut kita, anak beranak, cucu-cicit kita jadi murtad kot tersalah pilih "Allah" hat mana satu nak kena ikut ni?
Tak jadi kudis lah. Janji ilmu asas agama (Islam) kita sendiri mesti mantap. Sifat Allah kita kena la tahu + paham ! Jangan la cuma cerdik ilmu dunia hat lain tapi kureng ilmu agama bengong hal agama sendiri... tu celaka badan lah, siot ! Sendiri cari mara ! Jadi, kena utamakan hal agama jugak la. Kena ada jati diri + pastu kita tahu la dakyah puak tu tentang agama depa tu.
Kenapa ada orang nak pilih keluar Islam kalu dia memang paham Islam kita anuti ni dah memang terbaik, tiada yang teratas melain Islam agama Allah (yang Maha Esa, Tuhan kepada Muhammad s.a.w.)? Tak mungkin terjadi masalah gejala murtad macam berlaku sekarang...beratus ribu orang dah murtad. Tu salah sapa? Sendiri salah jugak lah. Kerajaan tentu punya lah.
Pendidikan asas agama tu kena kita tengok, semaikan kepada generasi muda kita. Ilmu mengenal Allah, mengenal diri, seterusnya kita beramal soleh dengan ilmu tu.
Soal orang bukan Islam nak pakai nama "Allah" dalam kitab, risalah depa tu no. 2 ..sebab ni bukan perkara baru ni depa pakai nama Allah. Dulu lagi zaman dulu lagi. Hang Tuah pun tak lahir lagi masa tu. Zaman Nabi Muhammad s.a.w. dah terbukti depa nak guna gak nama "Allah" dalam urusan depa. Nabi dulu pun tak larang depa pakai. Ada nash melarang depa orang bukan Islam guna "Allah"? Boleh tunjuk mai? Takda 1 pun, kan?
Ni la peluang, ruang, lubang untuk kita sampaikan kat komuniti bukan Islam (kawan, lawan kita, dsb) -"Allah" yang macam mana yang Islam ajar kat kita. Kita bukan liberal sampai tahap menyamakan "Allah" dalam semua agama.
Kita patut bersyukur orang lain menerima "Allah"....TAPI ada hadnya. Kalu takat depa nak sebut "Allah" sebab depa dapat hadiah, anugerah apa-apa. Tu tak dal lah..no problemo. Memang Allah pun bagi rahmat, berkat di dunia ni.
Depa pun tahu dunia ni "Allah" buat, tapi masih gak sesat, tak mahu mengakui keesaaan, konsep Allah dalam Islam yang Rasulullah bawa. Selagi tak mecemar nama, sifat Allah yang kita umat ISlam paham + sepakati maka kita mesti berlapang dada & menganggap ini peluang kita berdakwah hal sebenar (Allah).
Hat ni kerja kerajaan yang peka Islam lah. Kerajaan + agensi dia patutnya boleh jaga kepentingan Islam. Jangan la biarkan orang mana pulak pi buh nama Allah kat patung tu ini ka, kat salib ka, apa juga unsur keagamaan lain - ni dah lebih la...melampau. Tu dah kira menghina kesucian Allah yang kita sanjungi. 1 undang-undang khas boleh diadakan bagi membataskan penggunaan kalimah "Allah" oleh orang bukan Islam. Kalu takat depa terkhilaf sejak dulu, kini, & selamanya tu... tapi ikhlas, terbuka untuk mendengar, mempelajari hal Allah dalam Islam, pasti pintu hati depa akan terbuka memeluk Islam 1 hari nanti. Kalu depa orang bukan Islam yang jenis pembelit, kaki auta, hati keras .. ok hat ni kita kena la waspada lah + adakan sekatan, lawan balik atau undang-2 tertentu menyekang dakyah agama depa kepada orang Islam kita & aktiviti subversif depa.
p/s : Kita, agama kita, depa agama depa, lah .. u tool!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
gua stuju dgn statement lu bro :)
ReplyDeleteSetuju? tq, bro! Apa pun gua astaghfirullahal'azhim.. pujian ni leh mendatangkan riak, ujub, samahah kat gua ni.. aduiii yai!! :)
ReplyDeleteX setuju pun x pa eihhh ..gua takkan suruh (hatta berniat sekalipun) lu blah@ halau lu & sapa2 yg bangkang/ x ikut rentak gua. Kerakyatan lu terjamin, insyaAllah! haha
Iman, amal, ilmu tu tuntutan atas kita.. cari sendiri. masing-2. Kalu ibu bapa tu wajib la leh bimbing, bentuk pemikiran anak2 dia dlm hal ni! Kalu hal kenegaraan, tu kita harap orang yg kat kerajaan jaga lah. Kalu tak leh, turun aje lah..orang lain pulak kita amanahkan buat kerja tu.