06 May 2013

BN Sebenarnya Kalah dalam Menang (Majoriti Mudah) dalam PRU13


PR kalah terhormat. Buktinya kerusi DUN & Parlimen bertambah berbanding PRU12. PR pilihan ramai. BN menang pilihan raya pun tak sempoi langsung.. poyo...main kotor, menipu, sapa pun leh menang. Kalau tak tipu, main kotor, apa namanya tiba-2 kiraan undi boleh berubah to BN favour sedangkan kiraan awal PR was leading? Banyak tempat. Bangla leh mengundi ker? IC leh buat la apa susah tapi lu ada mata, gua ada mata, takkan tak kenal sapa mat Bangla, Nepal, Indonesia?

Contoh kita letak saja Pak Ibrahim Ali kat Pekan Pahang tu. Kalau BN nak menangkan dia, tentu kena guna cara kotor, kalau tak, mampus la dia nak dapat 1000 undi pun. Kredibiliti takda langsung. Melalak slogan, cliche Ketuanan Melayu amnya, boleh la dia buat. Camtu ker those rural Malays, orang Melayu kampung nak sebagai ketua depa? Cam haram ! Noktah !

Menang memang la berbaloi .. BN as the winner takes it, if not ALL, pretty much taking almost all. Janji menang tak kira apa nak jadi kendian, apa cara kotor sekali pun. Nampaknya orang Melayu nak juga orang yang jahat jaga hak depa sebagai warga, jadi payung negara. Pemerintah. Kerajaan. Mungkin cakap cenggini nampak kasar..TAPI memang sial la nasib anak bangsa sendiri...proven
, terbukti selama hari ini.. kian ramai rakyat yang miskin & tak terbela.

Hakikatnya memang kita, negara  ini ditadbir-urus oleh sekumpulan orang Melayu yang jahat. Nampak aje baik tapi perbuatan licik mereka jauh menyimpang ajaran Islam & adab Melayu amnya. Ini la undang rimba. Yang kuat akan menyerang, mengasak, membuli, membaham warga yang lemah. Menang sapu semua, raup apa ada, apa nak ! Kalau aku nak korek rahsia peribadi & dedahkan to public kejahatan pemeimpin UmNo yang sebenarnya jahat aku nak saja buat..tapi bukan begitu caranya. Cukup la kita melawan, menegur, mengutuk kepincangan, penyelewengan & kezaliman pemimpin UmNo-Bn dalam memerintah negeri & negeri. Tak perlu reka cipta fitnah, konspirasi, menipu untuk menang !

Tu pasal kita dah lama cakap yang UmNo-BN zalim. Masyarakat Melayu di pinggir bandar masih lemah. Me-layu serba serbi. Akidah lemah, amalan soleh infradi pun lemah, ekonomi & prinsip jati diri pun layu. Kesian Melayu cenggini mangsa keadaan! Sentiasa ! Tengok & belajar la daripada Cina. Kena nekad, baru orang kita kuat. Berani berubah, & ubah lagi selagi mana tak kena. Baru kuasa politik Melayu jadi lebih kuat & berdaulat.


p/s : Jangan bersedih sangat akan kekalahan ni...Sabar!  Muhasabah diri Istighfar..  mesti ada yang tak kena ! Kita merancang, Allah juga merancang...ada pasal kemenangan kita tertangguh ke LAIN KALI LAH !

2 comments:

  1. Memang sedih dgn pegangan segelintir org melayu kita, memperjudikan nasib masa depan keturunan sendiri dgn pilihan yg terang2an salah.....mengakibatkan kesusahan kepada melayu yg inginkan kebaikan utk warga warisannya....x apa, mereka2 yg menyokong sesuatu yg terang2an tersasar dr jalan islam akan menerima musibah mereka sendiri...wahai bangsaku, sedarlah dan bukalah mata....gunakan akal fikiran dan carilah petujuk Allah dalam mencari kebenaran.....itu yg hakiki.....ALLAHUAKBAR!!!!....insyallah Allah akan tunjukkan dan beri kemenangan kpd hambaNya yg mencari kebenaran.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gua rasa sedih gak la sampai payah nak lelap mata mlm keputusan PRU13 tu. Normal la sebab kita prihatin untuk memenangkan perjuangan PAS yang mengangkat Islam !
      kejar oleh puak Musyrikin
      Nabi Muhammad s.a.w. pernah berkata kepada Sayyidina Abu Bakar r.a. ketika Nabi s.a.w. dan beliau bersembunyi di Gua Tsur :

      La Takhaf Wa La Tahzan. Innallaha Ma’ana

      “Janganlah kamu takut dan janganlah kamu bersedih hati. Sesungguhnya Allah ada bersama kita”

      Firman Allah s.w.t.

      Maksudnya :"Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang-orang yang beriman."
      (Surah Ali Imran Ayat 139)

      Kita diuji dengan cabaran kesedihan akibat kekalahan, terguris perasaan tapi hendaklah kita terus cekal, bersabar.

      Firman Allah s.w.t.

      Maksudnya : " Apakah manusia itu mengira bahawa mereka itu dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman,” sedang mereka tidak diuji lagi.”


      Firman Allah s.w.t maksudnya :

      “(iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan :’Innaa lilaahi wa innnaa ilaihi raji’uun."
      (Surah Al Baqarah ayat 156)

      “Ingatlah hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.”
      (Surah Al Ra’ad ayat 28)

      ”Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
      (Surah Al Baqarah ayat 286)

      keep the faith... march on! hail People Power !

      Delete

Comment as you like... Tulislah seikhlas hatimu!