Peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad S.A.W. – 27 Rejab
Diperlihat kepada Rasulullah Muhammad s.a.w. semasa dalam kembara "Israk Mikraj" baginda menaiki Buraq daripada Mekah ke Masjid Aqsa sehingga dinaikkan ke Sidratul Muntaha Hadhratul-Qudus untuk menemui Allah melalui 7 lapis langit.
Antaranya yang boleh dijadikan pedoman & peringatan untuk kita yang mengaku "umat Muhammad s.a.w." :
# Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu.
Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
# Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain.
Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
# Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa.
Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tak melakukannya.
# Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka.
Kata Jibrail:
Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
Apa yang lebih penting kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa Israk Mikraj tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang jelek. Khasnya kepada pemimpin, pembesar semua yang diberi tugas & amanah !!
Peristiwa Israk dan Mikraj memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya. Justeru, dapat mengelakkan diri kita daripada melakukan perbagai kesalahan dan kejahatan. Semoga kita diberi dilindungi syafaat, diredhai &
Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji keimanan (kepercayaan) umat Islam (apakah mereka percaya atau tidak dengan Rasulullah selepas peristiwa tersebut) ??
Abu Lahab dulu pembesar Mekah sibuk bertanya itu ini kepada Rasulullah TAPI tak juga nak percaya malah menghasut rakan karib/ penyokong kuat baginda iaitu Abu Bakar supaya meragui baginda seterusnya berpaling daripada ajaran baginda. Begitulah keimanan & keperibadian Abu Bakar "As-Siddiq" yang sentiasa mempercayai & membenarkan apa jua yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w. !!!
Hanya seorang murtad selepas peristiwa ini.
Kita ada ke iman yang jitu? Adakah kita orang yang 'berpaling'? "Tepuk dada, tanya iman" !!
Mark this space, you've been warned !
No comments:
Post a Comment
Comment as you like... Tulislah seikhlas hatimu!