02 May 2014

Harta Sedang dibagi-bagikan ! Berebutlah Kita Semua.




Dalam ramai duk kalut mencari pesawat sebesor burung gergasi iaitu MH370 yang hilang tu, ada juga orang kita duk kalut la mencari harta Firaun sana, harta sang Kelembai situ, harta karun si Qarun, Namrud. 


Maka semua aset maritim yang 'boleh menyelam & mengesan bunyi ping' telah dikerahkan ke Teluk Benggala pulak dah Selat Melaka. SOP pencariannya mesti utamakan Pulau Nangka, Melaka. 

Arakian, dikhabar oleh sang satelit puaka Im-Satan negara King-doom United isyarat terakhir dirakam lagi "credible" bahawasanya kapal yang membawa khazanah berbilion RM tu dikesan berakhir pelayaran dekat pulau banyak pokok nangka tu.

Haha...TAPI betul jugak tu. Realitinya, cari 1 benda tu dah habih banyak duit negara, maka baik la depa pi cari hat harta karun ni, boleh jugak masyuk kantung pemimpin negara. Esok lusa bertambah lagi kantung negara & pemimpin atasan dengan adanya GST yang "effisien lagi adil" tu pulak dah.. Ini kerana cukai ini akan dikenakan kepada semua orang termasuk orang miskin. Adil le tu semua sama-sama kena cukai, yek?? Dalam masa "dulu kendian" kerajaan pulak terus- menerus "jadi puaka & penunggu" dengan sewenang-wenangnya boros & cuai berbelanja dalam pengurusan. Hebat, kan?

This is Malaysia, you know?


Sebenor-beno nye teman nak kabo ada lagi harta yang jauh lebih penting daripada harta "King Solomon Mine", Firaun atau Qarun atau Namrud... iaitu harta warisan daripada Rasulullah s.a.w. untuk semua kita yang "terpilih & sudi"  untuk SAR keselamatan di dunia & akhirat !

On serious note, am writing a thoughtful piece of how blessedly fortunate we are ... please read... here it is !

Diceritakan, sepeninggal Nabi SAW, puterinya, Siti Fatimah, yang meminta kepada Khalifah Abu Bakar agar diberikan warisan dari harta peninggalan 
Rasulullah s.a.w. 

Namun, Abu Bakar menolak permintaannya seraya menyatakan sabdaan Rasulullah s.a.w.,

 “Kami para nabi tidak mewariskan harta. Apa yang kami tinggalkan menjadi sedekah [milik umat].”      (HR Bukhari dari Aisyah).

Dalam riwayat lain, dikisahkan pula bahwa sahabat Rasulullah s.a.w. iaitu Abu Hurairah r.a. berasa hairan melihat banyak orang di salah satu pasar di Madinah, yang begitu sibuk berbisnes. Lalu, kepada mereka Abu Hurairah bertanya, 

“Kalian di sini, tahukah kalian bahwa warisan Nabi sedang dibagikan di Masjid Nabawi?”

Mereka pun bergegas menuju masjid tetapi didapati tiada pembagian warisan di sana. Mereka dengan rasa kecewa kembali menemui Abu Hurairah. “Tak ada pembagian warisan di masjid,” sanggah mereka.


Jawab Abu Hurairah, “Apa kalian tidak melihat di sana ada orang-orang yang sedang sholat, membaca Al-quran dan belajar tentang hukum-hukum Allah? Itulah warisan Nabi.” 

                                        (HR Thabrani dari Abu Hurairah).



Rasulullah Muhammad s.a.w. bersabda, “Aku tinggalkan untuk kalian dua perkara [pusaka]. Kalian tidak akan tersesat selama-lamanya selagi kalian berpegang teguh pada keduanya, iaitu Kitab Allah (Al-quran) dan sunnah Rasul.”  

(HR Malik, Muslim dan Ash-hab al-Sunan). 


Ingatlah wahai umat Islam ....

“Allah menganugerahkan al-Hikmah (kefahaman yang dalam tentang Al-quran dan as-sunnah) kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan barang siapa yang dianugerahi hikmah, dia benar-benar telah dianugerahi kurnia yang banyak.”      (QS al- Baqarah [2]: 269).




No comments:

Post a Comment

Comment as you like... Tulislah seikhlas hatimu!